Segalanya bermula dari roomate ku. Dia kena cikenpox selepas pulang dari rumah bakal mertuanya. Dia ni kawen masa student lagi. Aku masa tu dah keje kat shah alam. Parents dia takde kat mesia. Orang kelantan. Maka, dia tak lah balik kampung untuk mengkuarantinkan diri. Sebaliknya dia mengkuarantinkan aku sekali bersamanya. Aku pulak macam takde apa2 berlaku pulak. Tidak lah cuba menghindari dirinya. Tak lama kemudian, dia pun sembuh.
Aku pulak, masa tu balik ke kampung halaman sempena yayu bertunang. Raya ciner kot. Selesai majlis itu, aku pun balik semula dengan eita. Aku ingat lagi, aku rasa macam nak demam time tuh. Dan ada sebijik jerawat besar di pipi dekat hidung. Fuh! Detail tak aku? Aku balik tu hari ahad.
Malam itu, aku rasa gatal2. Belek2 kat cermin, aku nampak macam kesan gigitan serangga. Gatal giler. Aku tak terfikir langsung pasal cikenpox. Besoknya, aku terus pergi ke pusat kesihatan uni. Bila doktor tanya simptom, aku cakap aku demam dan macam kena gigit serangga di kampung. Salahkan kampung pulak, ya.
Tak berpuas hati dengan ubat yang aku dapat (ubat biasa2 orang demam), aku bertindak pergi ke klinik panel pula. Kat seksyen 7. Sekali pandang je doktor tu cakap aku suspek cikenpox. Pergh! Tergezut aku. Apa tak terkejut nya. Dah, aku baru je cucuk 'jerawat' kat pipi dekat hidung ku itu. Nanti parut berlubang lor... Selepas diberi ubat dan mc 2 hari, doktor suh datang lagi 2 hari kemudian untuk pengesahan cikenpox itu. Aku pulak terus tepon mak, untuk pengesahan. Abis, doktor pun takleh diagnos kan hehe. Dan mak mengesahkan simptom2 dan tanda2 itu ialah cikenpox. Sempat aku tanya mak, "nak kena balik kampung ke?" Eh, apa punya soalan nih? Tapi aku tak balik kampung immediately lah sebab mc aku 2 hari je. So, aku terpaksa 'suffer' la selama 2 hari itu. Apa la doktor ni...
Selepas 2 hari, aku pun pergi ke klinik itu semula. Aku pun tak tau kenapa aku pergi petang. Mungkin sebab kesan pirit0n tu menyebabkan aku asik nak tido je. Petang baru lah ada kekuatan untuk keluar. Kesian la pulak kat diri sendiri. Sorang2 menghadapi derita huhuhu.
Di klinik, doktor pun komfemkan penyakit ini. Dah naik satu badan baru nak sah ke? Dusy dusy dusy! Barulah aku dapat mc yang panjang sikit. Itu pun selepas aku kecek kat dia untuk extendkan mc tu supaya terus sambung ke satu cuti umum. Entah, raya haji ke? Tah, tak ingat la. Lantas, aku pun berdesup balik kampung.
Tapi, aku sedang lemah, macamana nak drive balik ni? Jauh ok. Lalu, aku pun membuat pakatan dengan encik hairul yang ketika itu bekerja di bp dan tinggal di muo (umah maklong). Aku pergi ke rumah maklong dan dia akan hantar aku balik.
Sampai di sana, dah malam dah. Aku pernah pergi rumah maklong tu masa abang yus kawen, tapi dah tak ingat la rumahnya. Tah, kenapa tah aku tak dapat call dia. Berpusing2 lah aku kat jalan tu. Sampai aku pun hampir berputus asa dan nak balik sendiri je. Mujurlah dia tergerak hati nak menjengah ke tepi jalan (rumah maklong kat dalam sikit), dapat lah aku jumpa dia. Drama sungguh la.
Dari situ, kami singgah di @tec untuk berjumpa yayu. Saje, nak tengok gambo tunang yayu yang baru dicuci. Kami pergi makan kat gerai bawah pokok kat depan @tec ni. Ingat lagi, aku makan meehun sup. Selepas itu, kami pun terus balik ke kota.
Kini yang tinggal hanya SATU parut yang kekal. Ya, di pipi dekat hidung. Aku tengok ramai artis mempunyai parut di tempat yang sama. Tak caya cer tengok gambar close up fashasandha. Sama la aku punya kat situ hehehe.