Semasa saya sedang menunggu giliran di hospital, mata terpaku di skrin tv lcd yang sedang menayangkan sebuah program berkaitan kesihatan. Makin lama, makin banyak slot-slot menarik yang ditayangkan. Baru lah saya tersedar bahawa tv lcd itu sebenarnya baru sahaja dipasang di situ. Sebelum ini memang ada tv. TV lama. Yang cuma menayangkan stesen tv kerajaan yang bukan setakat kabur, tetapi juga tiada suara. Tidak faham apa fungsi tv itu pada asalnya.
Tapi, tv lcd ini, menayangkan sepenuhnya saluran berkaitan kesihatan yang diberi nama MedikTV. (berusaha tulis bahasa melayu penuh supaya kelihatan seperti di copy-paste). Ada slot kevinzahri, ada slot trivia, ada slot memasak makanan sihat, ada slot temuramah dan sebagainya.
Saya tertarik pada satu temuramah yang dibuat ke atas warga tua. Bila ditanya samada mereka tahu apa itu strok/angin ahmar? rata-rata boleh menjawabnya, siap dengan penerangan lagi. Tidak seperti stesen tv biasa yang selalu menyediakan teks di hadapan orang yang ditemuramah, pakcik-pakcik ini kelihatan bercakap secara spontan. Kalau ada teks, kita boleh nampak mata mereka asyik memandang atau mencuri-curi pandang ke arah teks itu.
Antara banyak-banyak program itu, kami tertarik (maksudnya sampai tahap mengaplikasikannya) dengan slot kevinzahri yang bertajuk diet protein. Atau orang kita sebut sebagai diet Atkins. Apa yang cuba disampaikan oleh kevin itu ialah bahawa diet protein ini adalah berbahaya untuk jangka masa panjang. Memang lah diet ini disukai kerana kepantasannya. Akan tetapi, jika ianya diteruskan untuk jangka masa panjang, mungkin boleh memberi kesan sampingan kepada pengamalnya.
Dia ada dua situasi. Pertama, kita diet protein dan bila dah kurus, berhenti. Maksudnya makan karbo dll semula. Risikonya berat badan kita akan naik dengan cepat, mungkin lebih cepat dari kadar penurunan. Yang kedua pula, kita diet protein selama-lamanya sebab tidak kisah lagi kalau tidak dapat makan nasi, kentang, mi dan sebagainya. Atau pun sebab takut berat naik semula kalau berhenti.
Kedua-duanya punya kesan sampingan yang nyata negatif. Asalnya berdiet sebab hendak kurus, sebaliknya bila dah ringan, berhenti dan kembali berat. Maknanya untuk situasi pertama memang tidak boleh diterima. Kalau ambil kira situasi kedua pula, memang lah berat tidak naik, tetapi boleh menjejaskan kesihatan badan. Ini bahaya!
Ini kerana protein yang berlebihan akan memberi kesan (yang saya sudah lupa, apa). Selain itu, karbohidrat, selain pembekal tenaga, boleh menjadi lemak, ia juga pembekal air kepada badan. Mungkin kita tidak nampak di mana kehadiran air di dalam makanan kita. Nasi misalnya. Nampak sahaja nasi itu kering, tetapi semasa dimasak, bukankah kita merebusnya dengan air? Air itu telah masuk kedalam butir-butir nasi itu. Itu lah yang saya maksudkan.
Jadi, sekiranya kita tidak makan karbohidrat dalam tempoh yang lama, kita akan kekurangan air dalam badan. Ini boleh mengakibatkan dehidrasi!
Alah, kita minum lah air banyak-banyak...
Ok, itu saya tidak boleh jawab kerana kevin hanya bercakap setakat itu. Tiada sesi soal jawab di situ. Lagi pun slot itu cuma 10 minit. Hujah-hujah dari encik Atkins adalah ditutup untuk entry ini. Tapi dia ada cakap kesan-kesan sampingan lain yang berbahaya, cuma saya yang sudah lupa.
Kesimpulannya di sini, saya telah membatalkan cita-cita untuk mencuba diet protein ini sebelum sempat mencubanya. Baru bercita-cita.
Selain itu, ada juga slot ala2 iklan budi bahasa. Ada seorang budak sedang asyik bermain playstation. Kemudian, datang seorang doktor (orang yang menyarungkan kotak kertas A4 untuk dijadikan kepala, siap dengan dilukis mata hidung dan mulut pada kotak itu) untuk menasihati budak itu supaya pergi keluar beriadah. Selepas beberapa alasan yang diberi tidak diterima, budak itu pun keluar. Selepas itu, doktor kotak itu pula mengambil alih budak itu bermain playstation. Kenapa bila saya ceritakan semula, cerita ni jadi tidak lucu? Tapi yang saya ingat, suara doktor itu ialah suara aznil. Oh ya, saya dapati bahawa aznilnawawi rupa-rupanya telah dilantik sebagai duta saluran tv ini.
Sebagai rumusan, saya sangat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh pihak kkm ini. Selepas ini, kalau saya tidak membawa majalah untuk dibaca pun, masih tidak rasa bosan menunggu. Cuma mungkin mereka perlu menambah siri-siri program yang sedia ada. Ada yang berulang kali ditayangkan. Sekarang ini, saya rasa tidak sabar untuk pergi ke hospital. Sultan Ismail khususnya.
Friday, 8 March 2013
MedikTV
Hasil karya AyunasiA pada 6:36 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Thanks very nice blog!1
When I originally commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and
now each time a comment is added I get several
e-mails with the same comment. Is there any way you can remove me from that service?
Many thanks!
Post a Comment