Hari jumaat beberapa minggu yang lalu (minggu bola jdt lawan n9 tu), aku sempat pergi ke program jelajah-merdekarakyat-pkr yang datang ke rengit. Program start pukul 8.30 katanya. Tapi aku tau dah, anwar mesti datang tengah malam karang. So, kami pergi selepas isyak. Singgah makan dulu kat simpang parit botak (belah rengit). Sedap makanan kat situ. Restoran tomyam and seafood. Malik ke haper tah namanya. Tapi nampak lah dia memasak dari hati. Aku makan nasi goreng paprik, nasi gorengnya pun sedap. Aku benci betul dengan kedai makan yang serve nasi goreng xxxx, tapi nasi gorengnya macam nasi yang disaluti cili boh jek. Sedap lagi nasi putih.
A'ah, dulu aku keliru antara nasi goreng ayam dengan nasi ayam goreng. Caner tu? Tapi masa sekolah dulu, time outing hari sabtu, ada akak senior ni kirim belikan nasi ayam goreng kat belakang coronation. Kat situ lah aku dapat kenal bahawa nasi ayam goreng ialah nasi goreng yang di dalamnya ada ayam goreng yang dicincang. Nasi goreng ayam pula ialah macam nasi ayam, tapi nasinya bukan nasi ayam tetapi nasi goreng. Mungkin lain tempat, lain kedai, lain maksudnya. Tapi itu lah yang aku pakai hingga sekarang eheh.
Macam aritu aku dengar segmen kakbed tentang frasa seperti pisang goreng, goreng pisang. Dia cakap, 'mereka' telah bersetuju penggunaan frasa goreng pisang boleh digunakan kerana ia telah biasa digunakan sejak dulu lagi. Siapa mereka tu eh? Bukan ke tu hukum DM? Boleh pulak ikut kebiasaan ek?
Whatever.
So lepas makan, kami terus ke rengit. Tak tau pun kat mana tempat tu. Sungai-tongkang. Katanya sebelum rengit. Ooo tepi jalan je. Cari2 parking, akhirnya kami parking betul2 kat simpang kampung sungai-tongkang tersebut. Depan kubur. Menapak lah 1km kot (mengambil kira selalu menapak ke stadium larkin dari plaza larkin tu 500m, tapi yang ni macam 2 kali ganda jauhnya).
Masa lalu depan tempat tu, dengar suara pempuan tengah berucap. Rupa2nya nurulizzah. Alah sayang nya tak sempat dengar. Aku memang agak 'sensitif' terhadap orang2 hebat yang sebaya dengan aku. Termasuk lah retis. CT, fahrin, mayakarin, wardina, BK (tau, dia muda setahun, tapi bulan 2 aritu dia dah masuk umur 33. kira sebaya la kan??? hahaha) dan lain2. Termasuk lah nurulizzah ni.
Sampai di tapak tu, tengah berucap seorang lelaki berbaju melayu siap bersamping. Saper tah. Bila dia sebut pasal orang melayu dalam dap, automatik aku teringat kat sakmongkol. Ni blog politik favourite aku ni. Antara bahan rujukan aku semasa isu fgvh tu ari. Dia sebenarnya bekas adun pekan. Kira geng najib la dulu2. Sekarang ni dia join dap. Tengah2 tu, dia sebut nama blog dia. Eh, betul lah dia! Excited giler aku hahaha.
Lepas tu sorang lagi berucap. Pak sheikh ke haper tah. Kendian bekas menteri kesihatan chua-jui-meng. Ni yang paling panjang ucapannya kot sebab nak tunggu dsai sampai. Tak lama kemudian, bas jelajah pun sampai, membawa dsai. Pung pang pung pang, aku tersuka lak tengok video najib-goyang tu hihi. Comel. Sebab dia lajukan. Kebetulan pada hari itu lah kejadian lahaddatu yang pertama berlaku (yang komando kena tembak tu).
Masa dengar ceramah tu, aku berdiri sebelah keluarga orang-india ni. Sorang lelaki dengan isteri dan mak dia kot. Bersungguh dia tepuk tangan. Sempat aku terfikir, apa yang dia fikir eh? Sebab kebanyakan ucapan malam tu banyak diselitkan ayat2 quran dan hadis nabi. Ok, abaikan.
Selesai dsai berucap, kami pun balik. Itu je. Tapi yang penting nak sampaikan kat sini ialah, pru13 akan menjadi sejarah tersendiri dalam hidup aku. Boleh?
Sakmongkol ak47. |
Baru balik dari sambutan maulid katanya. Tu yang berbaju melayu. |
Pak sheikh mana tah. |
Chua-jui-meng. Aku tak perasan bila masa dia kuar bn masuk pr. |
Kelakar orangnya ni. |
Bas baru sampai. |
Ok kali ni gambar yang aku tangkap lagi teruk dari yang lepas haha. Tapi yang ni nampak kepala. |
Bakal pm kiter ke ni? |
Dah, jom balik. |
Lembaga hitam itu ialah aku hehe. |
4 komen:
lama dah CJM masuk PKR..x silap tahun 2010.
aku x tahu pun ada beza antara 2 nasi goreng tu.hihi
lub: tapi sebab apa dia kuar bn eh? tak dgr lak citer tu.
irfa: mmg selalunya org pukul rata jer, dua2 pun nasi goreng yang dihidang mcm nasi ayam.
Post a Comment