BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 30 March 2013

Bermain Dengan Toy baru


Kegilaan aku terhadap menggosok baju memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia macam satu senaman dan terapi bagi aku. Kalau dapat pegang iron tu, aku semacam khayal dan asyik. Aku akan berhenti bukan sebab penat, tapi sebab lain seperti dah tengah malam, ada kerja lain, nak solat, nak makan, nak keluar dll. Heran jugak aku, kenapa aku tak penat walau menggosok berejam2. Kadang kalau hari ahad tu, dari lepas zuhur sampai ke malam aku menggosok baju. Boleh? Bila takde kat rumah pada hujung minggu, benda yang sentiasa berlegar dalam fikiran aku ialah, bila nak gosok baju ni??? Kalau balik kampung ke, kalau boleh nak sampai rumah awal supaya sempat gosok baju. Tah kena badi apatah. 

Atas kapasiti itulah, akhirnya pada minggu lepas encik suami telah bersetuju untuk aku membeli (bukan dia belikan ok) steamer ala2 kat kedai2 pakaian tu. Sebelum tu aku takdelah terfikir nak beli sangat. Teringin, tapi takde pun takpe. Tapi pada suatu hari, kami pergi ke aeonbig (aku still nak panggil k4, boleh?) dan terjumpa sebuah steamer jenama philips berwarna hijau. Rasanya sebelum ni macam tak pernah nampak. sejak itu aku dah terbayang2 benda alah tu. Nak beli, tapi rasa macam tak perlu. Tapi macam syok pulak tengok budak kat paksen tu gosok tiset pakai benda tu.

Dan bila kami nak beli di k4, dah takde stok. Padahal masa aku tengok aritu kemain banyak stok baru sampai. Agaknya ramai yang macam aku kot hihi. Yang tinggal cuma sebiji jer, itu pun dah terbuka kotaknya. Maksudnya tali pengikat nya dah diputuskan. Tengok kat warrranty card pun dah ada cop tarikh. Tu maknanya ada orang dah beli, pulangkan balik, atau memula dia nak beli, tapi tak jadi pulak. Maka dengan rasa kecewa nya, tak dapat lah aku beli benda alah tu.

Tapi masa nak balik tu kami singgah pulak di sebuah kedai barang elektrik. Wahhh ada banyak jenis rupanya yea? Yang philips kaler hijau tu pun ada, tapi harga lebih mahal. Dan dia kata philips tu design lama. Oh? Dah lama ek? Aku ingat baru keluar. Kebanyakan yang baru, hanger nya melekat terus pada body steamer tu. Yang lama ni hanger asing. Dia pun terangkan la pasal philips tu memang untuk kegunaan domestik. Tak boleh on lama sangat bla bla bla. Ooooo sibbaik tak jadi beli tadi. Selain tu ada juga dari brand morgan dan firenzzi. Dia kata firenzzi ni memang main product dia ialah steamer. Tah ye ke tidak tah. Dan kat kedai tu ada 3 model firenzzi di mana 1 untuk domestik, dan 2 untuk industri. Cuma tu lah, mahal lah sikit kalau nak beli yang industri tu punya. 

Pikir punya pikir, akhirnya aku memilih firenzzi untuk domestik punya. 

Tadaaa! Ini lah toy baru saya!

Tu lah maksudnya hanger attach sekali dengan stamer.

Dengan penuh bersemangat, aku menyetim baju pada malam itu. Paling senang sekali gosok baju licin. Seluar pun senang. Cuma kemeja je susah sikit. Susah nak menggayakan. Lagipun tokleh buat 'side'.

Menyetim sambil disaksikan oleh erenajis, boleh?

Selain itu, tudung juga sangat senang digosok. Sekarang aku banyak pakai tudung kain t-shirt. Hari ni aku buat arrangement baru ke atas tudung2 ku. Rasanya kekdah ni lebih jimat ruang dan tidak merosakkan awning.



Pasni aku ingat nak susun tudung2 ni mengikut jenisnya. Baru senang nak cari kot. Tak pun ikut warna. Mana lagi baik?

Macamana kekdah korang susun tudung awning ni eh? Kalau ada yang lebih efektif, tolong lah share, eh?

2 komen:

Yayu said...

Bleh amik upah iron baju ni...part time ujung mggu

AyunasiA said...

letak papan iklan kat depan rumah ek hihihi