Aku tak pandai berpolitik, tapi aku mengikuti perkembangan politik. Walau pun begitu, aku tetap terlibat dengan orang yang berpolitik. Sebagai seorang rakyat negara ini, aku diberi hak untuk mengundi pemimpin politik. Itu je lah kaitannya. Namun aku nak berpolitik, tak mungkin. Dalam kerja aku pulak, memang terlibat dengan ahli politik. Tapi tidak lah secara direct. Selain soal dasar, pengaruh ahli politik, dalam kes ini menteri, boleh mempengaruhi kerja aku jugak secara tidak langsung. Ada beberapa isu yang nak aku bincangkan hari ini. Pertamanya tentang pengaruh yang menentukan undi aku. Undi adalah rahsia, sebab itu lah aku nak bincangkan di sini perkara yang bukan rahsia hehe.
Umur aku masuk 21 tahun pada tahun 2000. Maknanya baru lepas pru10 1999. Semasa pilihanraya 1999, aku berada di rumah kak uni hihi. Hujung tahun kot masa tu, kan? Tengah cuti semester. Dan masa tu aku pun tak ambil peduli pasal pru tersebut. Cuma yang aku paling aku ingat sekali, masa tu terengganu dimenangi oleh pas dan tol pulau duyung dimansuhkan dan kawan2 aku yang ambik pinjaman yayasan terengganu dapat duit sorang seribu. Tapi aku tak tau lah itu pinjaman atau hadiah percuma. Jeles betul aku masa tu. Tapi still, aku tak faham apa2 pasal politik dan pilihanraya. Alah, belajo sejarah kat sekolah pun sebab nak lulus je. Hapal je la fakta2 tu. Sekarang ni baru sibuk2 nak baca perlembagaan la, cobbold la, reid la. Padahal masa nak spm dulu semua tu dah di hujung jari je.
Bila masuk umur 21 tahun, aku terus mendaftar sebagai pengundi. Kalau tak salah abah yang suruh isi borang, kendian hantar kat cikgu jamidah. Tapi masa tu aku rasa daftar undi tu macam buat ic jek. Prosedur biasa sebagai rakyat mesia. Tak terfikir pasal pilihanraya pun sebab lambat lagi kot. Baru je pru tahun lepas.
Masa berlalu, dan tibalah masanya untuk pru11 2004. PRU pertama paklah sebagai pm. Pun masa tu aku belum ada kesedaran tentang kepentingan pilihanraya. Tapi aku sedar tentang peristiwa september 1998. Giler tak sedar? Walau pun aku student, tapi aku tau apa yang berlaku pada masa tu. Lagi pun aku kan kat shah alam. Jauh mana lah kl tu kan. Dalam berita pernah ada khabar angin kata, mungkin akan berlaku darurat dan kiter tokleh keluar ke mana2. Kiranya tokleh keluar dari itm lah. Tak boleh dating??? Tapi tak darurat pun. Aku masih boleh pergi kl dan takde apa2 pun berlaku. Orang kata kiter boleh kena tangkap kalau berada di tempat yang salah di masa yang salah. Tapi, entah, takde pun orang berdemonstrasi ke haper? Teringin jugak nak tengok, tapi takde pun. Tapi kan masa tu tengah berlangsungnya sukan komanwel. Kitorang dicutikan dan aku pun balik kampung. Mungkin dalam tempoh tu kot derang berdemo.
Tapi aku tak boleh mengundi pada pru11. Pada hari penamaan, mula2 abah cakap parlimen dah menang tanpa bertanding, dun boleh undi lagi. Tapi rupanya dun pun menang tanpa bertanding jugak. Lohhh. Tapi yang dun tu bukan sebab takde orang nak lawan, tapi orang yang nak lawan tu salah isi borang. Ceh! Jadi aku pun hilang keterujaan nak mengundi buat pertama kali. Harap2 pru ini kali ada la pertandingan. Lagi pun kan sekarang ada isu rapidpengerang tu kan. Kalau ada pertandingan, meriah lah sikit. Maksudnya ada isu lah. Ye lah, bila dah menang tanpa bertanding, dah takde kempen2 lagi dah. Takde lah bendera2 banner2 kan. Tak meriah arrr. Kata pilihan RAYA. Raya mestilah disambut secara sederhana tapi meriah, kan? hehehe. Nak dipendekkan cerita, pru12 barulah aku dapat mengundi. Tapi masa tu aku tak dapat nak follow sangat dengan kempen2 pilihanraya. Sebab aku tengah kursus pedagogi kat ci@st. Line internet pun takde masa tu. Dah macam duduk bawah tempurung pulak. Cuma satu je yang aku paling aku ingati. Satu hari tu aku memandu, keluar tol pedas dan melalui jalan dalam menuju ke melaka. Bukan ikut rembau tampin. Ni tah mana celah aku pun tak tau. Tiba di satu selekoh, ada papan tanda kecik terulis, 'jika sokong pas/pkr, bunyikan hon'. hehe so cute. Depan tu ada markas derang kot.
Tapi berbeza dengan pru13 ni. Selain dah mula sedar dengan kepentingan pilihanraya, akses kepada maklumat juga terbuka luas. Tengok tv boleh, baca sotkabo boleh, melayari internet pun boleh. Nak kata aku lebih terpengaruh dengan media baru, tak jugak sebab aku pun tengok berita tv dan baca paper.
Aku selalu terfikir, takut nak pergi 'program2' pembangkang sebab pernah dengar khabar angin orang kena tangkap pastu kena transfer kerja tempat lain. Takut ada orang report kehadiran kita. Memang lah aku rasa, kalau setakat perhimpunan biasa, takde lah sampai kena sembur dengan gas pemedih mata ke, kena angkut naik black maria ke. Kalau tak pergi pun takde siapa kisah. Cuma tu lah, takut kena transfer ke labuan hehe.
Bercakap pasal labuan. Beberapa minggu yang lalu, aku pergi kursus dan bertemu dengan rakan2 seperjuangan dari serata mesia termasuk labuan. Aku tertarik dengan cerita dia. Pertamanya dia kata, diorang yang dah duduk labuan, selalunya tak nak balik semenanjung dah. Terutamanya kalau family semua mudah dibawa bersama. Kalau macam aku, bila masa pulak uthm nak bukak cawangan kat labuan kan. Memang life kat sana tak begitu memberangsangkan. Nak soping moping kena pergi kk. Jadi orang pulau. Tapi kereta murah! Tu dah selalu aku dengar. Langkawi pun sama. Tapi berapa murah? Tu yang aku tak pernah dengar.
Dia kata lagi, kat labuan ada 5 benda murah sebab tak kena cukai. Ni boleh terpakai untuk2 zon bebas cukai yang lain juga. Pertama yang mengikat hati diorang dari balik ke semenanjung ialah kereta. Dia kata kalau kat labuan, orang kaya je pakai proton hahaha. Kira kereta mewah lah kalau kat sana. Tapi bagi orang2 biasa, derang akan pakai kereta import yang memang nyata lebih murah. Bukan lah murah daripada proton tapi murah bagi kereta import. Sebagai contoh honda accord. Kalau keje gomen, honda accord ni layaknya gred 52 ke atas boleh la. Ni kalau bujang. Kalau suami isteri bekerja, mungkin lah gred 48 ke atas kot. Harga atas jalan bagi accord biasanya +-200k. Sifir mudah yang biasa aku guna kalau nak tau ansuran bulanan kereta, tengok je harganya dan ambik 1%. Biasanya untuk ansuran 9 tahun down payment 10%.
Tapi di labuan, harga honda accord cuma lebih kurang 80k sahaja. Dah sama ngan harga city dah. Setakat gred 41 bujang pun, pejam mata pun mampu beli. Rasa2 kat sini city 80k, kat labuan berapa? 30k mungkin? Jadi nampak tak kaitannya dengan isu yang aku bincangkan di sini? Tiba2. Ya, isunya tentang cukai dan duti eksais yang tinggi. Sampaikan harga kereta tu naik lebih dari 100% harganya.
Cuma persoalannya, selagi derang duduk kat labuan, siapa je nampak dia bawak kete apa? hehe Sebab tu selepas beberapa tahun, derang kena balik semenanjung jugak demi menayang kereta mereka itu hihihi.
Ok, 4 benda lain yang murah tak kena cukai ialah rokok, arak, hiburan dannnnnnn yeay yang ni best. Coklat! Errr tak best eh? Aku pun tak suka coklat. Maknanya, walau pun orang kata labuan best, aku tetap takmo kena transfer ke sana huhuhu.
Ok, balik cerita pasal pilihanraya.
Tahukah anda, pada pilihanraya akan datang, buat pertama kalinya tiada persempadanan semula kawasan? Tau, tapi tak tau kenapa? Atau, aku peduli haper. Atau, ado ko kesah? Persempadanan semula boleh dibuat setiap 8 tahun. Kali terakhir persempadanan ialah pada tahun 2002. Kiranya bermula pru11, kita dah ikut sempadan sekarang. PRU12 memang takde persempadanan sebab belum 8 tahun. Tapi sekarang dah lebih 8 tahun, pun takde persempadanan jugak. Tahu tak kenapa? Haaa ni lah aku nak citer ni.
Menurut perlembagaan sekarang, dewan rakyat mestilah dianggotai oleh 222 orang yang telah ditetapkan beberapa orang dari setiap negeri, iaitu jumlah kerusi parlimen. Menurut persetujuan suruhanjaya Reid, untuk persempadanan semula, ia memerlukan hanya simple majoriti. Maksudnya macam keadaan sekarang. Tapi, aritu (tak ingat bila tapi dalam tempoh 5 tahun ni la) aku ada terdengar ura2 spr untuk persempadanan semula, termasuk menambah kerusi parlimen. Dengan kata lain, nak pinda perlembagaan. Kenapa pinda? Sebab tambah kerusi tu bermakna nak ubah bilangan 222 tu.
Seperti yang aku jelaskan tadi, jumlah kerusi ini tercatat dalam perlembagaan. Dan untuk memindanya, kerajaan memerlukan majoriti 2/3. Faham tak sekarang? Kiranya spr nak sempadankan semula boleh, tapi setakat tukar sempadan je lah, tokleh tambah atau kurangkan kerusi.
Contohnya macam sebelum ni, kawasan aku ialah parlimen kota tinggi, dun pengerang. Tetapi selepas persempadanan tahun 2002 tu, kawasan parlimen kota tinggi dah dipecahkan kepada parlimen kota tinggi dan pengerang. So sekarang ni kawasan aku ialah parlimen pengerang, dun penawar. Satu lagi ialah dun tanjung surat. Sementara parlimen kota tinggi pula ada 2 dun iaitu sedili (area bandar menghala ke mersing) dan johor lama (area jalan desaru sampai telok sengat sebelum eto5). Kira lokaliti aku sekarang ni terletak di sempadan parlimen la kot ek?
Ok, kenapa spr nak tambah kerusi parlimen? Dulu, masa zaman bn komfem menang, kita dah tau yang kemenangan tu mesti 2/3 punya lah. Tapi selepas pru12, bila bn dah tak dapat 2/3, terdapat kemungkinan kerusi parlimen akan terbahagi dua sama rata. Kiranya kita akan ada 2 kerajaan sebab 222 bahagi 2 ialah 111. Maksudnya takde majoriti. Jadi, dia nak tambah kerusi menjadi ganjil supaya tidak berlaku dua pihak itu mendapat jumlah kerusi yang sama.
Walau bagaimana pun, aku juga ingin memetik kata2 ustaz bekas mufti tu, dia kata, untuk pru akan datang ni, kalau nak bagi pr menang pun, takyah bagi menang sampai 2/3. Dia kata, kuasa yang terlalu besar membuatkan kerajaan tu egonya pun besar. Ini berbeza bila kuasa dia sedang2 macam yang berlaku sekarang. Banyak perkara yang dia kena penuhi tuntutan rakyat. Kena banyak bagi gula2. Atau dengan kata lain rakyat lebih berkuasa daripada kerajaan.
Tapi aku tak setuju sepenuhnya dengan pandangan ini. Bagi aku, buat pertama kali ni kita boleh bagi 2/3 sebab derang memerlukan kuasa yang besar untuk melaksanakan perubahan. Macamana derang nak ubah kalau tak cukup kuasa? Yang dikatakan tak payah 2/3 tu bagus, tapi cuma applicable kepada kerajaan sekarang yang dah terlalu tinggi egonya.
Aku nak sentuh juga tentang mahasiswa. Majoriti mahasiswa, masih bergelar mahasiswa semasa berumur 21 tahun. Yang minoritinya yang buat diploma la. Umur 21 terus grad. Tak sempat nak mendaftar pun. Ini bermakna, semasa bergelar mahasiswa, mereka boleh bertemu dengan 1 kali pilihanraya. Dan yang satu kali itu juga merupakan kali pertama bagi mereka. Mungkin kalau aku secara peribadi, masa berumur 21 tahun, aku belum ada kesedaran terhadap politik. In fact, apa ke benda auku tu pun aku tak pernah tau. Aku tau isi kandungan auku tu pun baru beberapa tahun ini. Aku terjumpa salinan akta tersebut kat rumah. Rasanya dulu semua mahasiswa dibekalkan salinan ini. Tapi zaman aku takde pulak. Tapi nak citer kat sini ialah, aku student engineering, mungkin lah takde kena mengena dengan politik. Tapi student lain, di uni2 yang ada kursus sains politik misalnya, sudah tentu mereka sudah terdedah dari mula lagi. Jadi, secara logik, bila kiter belajar bidang tu, mesti lah kiter akan tertarik ke arah itu. Aku tak kata budak engine tak pandai berpolitik. Cuma mungkin tak kosser nak masuk campur soal politik ni. Tapi budak lain, ramai lagi yang mahu terlibat dengan politik kerana mereka ada hak sebagai warganegara berumur 21 tahun. Tapi derang student? Kalo derang berpolitik, nanti menjejaskan pelajaran? Ha, jawab la sendiri.
Cuma satu kepantangan aku dari dulu sampai sekarang ialah apabila pemimpin2 kerajaan kiter ni mengungkit pasal biasiswa kerajaan. Ada yang berani cakap, kerana biasiswa kerajaan ni lah yang korang boleh belajar sampai luar negara, sampai jadi doktor phd sekarang ni. Boleh, dia cakap macam tu kat batang hidung seorang prof dr (ahli akademik)? Nak jer aku pelangkung. Pastu cakap, kerana ptptpu ni lah korang boleh belajar sampai boleh berjaya sekarang. Eiii... Kendian boleh pulak cakap, kerajaan ni lah jugak yang bawak balik budak2 dan rakyat kiter kat mesir masa insiden tahrirsquare tu. Saya lah orangnya yang pergi sana. Mana pergi pas? Majoriti tu semua student dari kelantan. Bila orang cakap, bukan senang2 je boleh pergi ke sana, boleh pulak cakap, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saper kerajaan sekarang ni? Ok, kalau pun dia cakap mewakili kelab yang kejenya bawak balik orang yang lari ke lombok je tu, tapi siapa di belakang kelab tu? Dengar nama je dah tau. Eiii...
Antara tuntutan rakyat hari ini ialah freedom of speech. Tapi sebenarnya freedom of speech tu mudah nak dapat. Ruang dan peluang bercakap pun semakin terbuka sekarang. Tapi yang tak boleh dapatnya, freedom after speech. Cakap sikit, akta hasutan menanti. Acaner?
Sekian untuk kali ini. Kang lagi banyak aku tulis, makin terserlah kekurangan ilmu politik aku ekekek. Banyak lagi ingin aku kupas tentang tajuk ini, tapi kita tunggu musim kempen besok ek? Nak bagi meriah. Anggap je tulisan aku nanti macam memasang lampu lip lap lip lap semasa hari raya. Boleh gitu?
p/s Aku memetik satu artikel dalam harakahdaily, dia kata, menunggu tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.
Monday, 25 March 2013
Bila Saya Cakap Politik
Hasil karya AyunasiA pada 11:45 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
aku suke!!!
aku nak tukar bkn sbb x nak kenang jasa ke apa ke tp eh dh bg peluang lama dah kan...dh cukup dh balas jasa,rasanya..
aku nak tukar sbb aku nak buat perbandingan! skrg ni apa yg boleh dibandingkan.yg tu yg tu yg tuuuu jugak..pdhl kita ada kuasa utk tukar,yg hadap isu2 harga,isu pendidikan,isu agama ni kita juga.ada pihak dh cuba selesaikan isu tp x berjaya.ada org lain dgn fakta angka yg realistik tawarkan nk selesaikan.kenapa kita x cuba?kalau x ok, kita tukar balik la .ada sapa yg paksa? xde kan,,,
mana de kerajaan yg kekal..kerajaan Rom pun jatuh juga..ini kerana pemikiran manusia sentiasa dinamik..sentiasa inginkan penambahbaikan...bkn transformasi..tp reformasi..transformasi x cukup sbb org yg sama tetap berkuasa..apa yg boleh diharapkan..
kalau nak tukar..tukar semua arrrr
Ini kalilah!!!!
mmg btul..krn tanpa biasiswa ramai termasuk lah sedara mara yg skrg ni millionaire dan anti kjaan skrg ni dpt masuk univ. kalau nak harap mak bapak jgn harap lah ...
saya tak mampu .dan result tak hebat. bapa kaki kelentong,mcm penyu...bertelur sana sini.konon anak imam dia tunjuk alim.tapi saudara angkat saya kesian lalu dia amik loan bank ...dan savngs supaya saya dpt sambung blajar. dia kata takpelah krn dia dulu pun biasiswa nep punya... so this is time to pay back..
skrg keja dgn co cha ya noon alif. nampak kalu dema masuknkuasa mmmg habis lah muka kita suma depa tak pandang.
jambatan perpaduan hangus..
skrg smua yg ada adalah kerana kuasa menentu kan bangsa melalui nep.
kalau pegi luar hulu atau luarbqndar je ramai lagi org kita hidup susah.
kawan saya balik uk,busines grad 2.1 apply citibank penang as officer level. dia budak penang.pastu dia gi intterview.dlm group i terview ada budak budak cha ya nooon aliif lepasan spm in the midst of buat part time course. the reqs must dgree holder. but tht girl dpt despite takde kelulusan.
terang terang.
btw
ramai kawan yg saya tahu tak mampu suma berjaya kerjaya dgn kelulusan univ yuran dibayar under nep biasiswa.
kadangkala ada yg ingat its their right even iif thy mampu...but thy denying othes mcm kelwntanese mustápa mohd etc.dah kaya amik biasiswa.
so mmg setiap pemberian harus disyukuri. cuma bila ideolgi buat org bangga diri
ada org pas org parti pkr yg kondem di taja biasiswa kerajaan. anak ditaja diri sendiri ditaja.
nik nadzmi sokong semua anti nep dsbnya..dia belajar guna duit biasiswa yg ditubuhkan atas dasar nep...
saya ta ingin cari pasal ...cuma saya suka baca blog ni...
maka saya rasa banyak contoh lagi....
pakkcik saya dulu amik cuti pegi kempen s46..keja kejaan.anak masuk asrama dan blajar under nep svholarship.
sedara saya anak suma masuk u sbb dpt biasiswa...kalu tak mahu keja pasar jual sayur ikanngamaknya sbb bapak kerja buruh je.. mmg makan pakai tak cukup...sampai pegi umah org makan dan amik hak org sbb hidul susah..
bapa pangkah oppenent party gak.
honestly without nep we can never beat the kaum. the 2,3 gen of post mrdeka yg mampu beli rumab dan hidup mewah berpangkat besar...
kalau yg dah senang bagus..jgn bakar kelambu kerana sekor lalat c i a.. buat perang saraf
jgn jadi org mesir dan algeria..dah hilang baru kesal...
saya duduk diseberang laut maka saya dpt mengkaji balik perbezaannyaa..dankita sgt bertuah dan perlu bersyukur keatas apa yg kita ada..
wasalam
huhu ye lah...kekalkan lah yg ada skrg...x pe lah kalau yg kaya tu kroni2 asalkan melayu...bersyukurlah kpd kerajaan...x yah la pilih parti lain nuu...parti lain x reti handle duit rakyat..parti yg ada je pandai..teruslah sokong yg ada skrg..negara kita kan demokrasi....
Post a Comment