Saturday, 30 March 2013

Bermain Dengan Toy baru


Kegilaan aku terhadap menggosok baju memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia macam satu senaman dan terapi bagi aku. Kalau dapat pegang iron tu, aku semacam khayal dan asyik. Aku akan berhenti bukan sebab penat, tapi sebab lain seperti dah tengah malam, ada kerja lain, nak solat, nak makan, nak keluar dll. Heran jugak aku, kenapa aku tak penat walau menggosok berejam2. Kadang kalau hari ahad tu, dari lepas zuhur sampai ke malam aku menggosok baju. Boleh? Bila takde kat rumah pada hujung minggu, benda yang sentiasa berlegar dalam fikiran aku ialah, bila nak gosok baju ni??? Kalau balik kampung ke, kalau boleh nak sampai rumah awal supaya sempat gosok baju. Tah kena badi apatah. 

Atas kapasiti itulah, akhirnya pada minggu lepas encik suami telah bersetuju untuk aku membeli (bukan dia belikan ok) steamer ala2 kat kedai2 pakaian tu. Sebelum tu aku takdelah terfikir nak beli sangat. Teringin, tapi takde pun takpe. Tapi pada suatu hari, kami pergi ke aeonbig (aku still nak panggil k4, boleh?) dan terjumpa sebuah steamer jenama philips berwarna hijau. Rasanya sebelum ni macam tak pernah nampak. sejak itu aku dah terbayang2 benda alah tu. Nak beli, tapi rasa macam tak perlu. Tapi macam syok pulak tengok budak kat paksen tu gosok tiset pakai benda tu.

Dan bila kami nak beli di k4, dah takde stok. Padahal masa aku tengok aritu kemain banyak stok baru sampai. Agaknya ramai yang macam aku kot hihi. Yang tinggal cuma sebiji jer, itu pun dah terbuka kotaknya. Maksudnya tali pengikat nya dah diputuskan. Tengok kat warrranty card pun dah ada cop tarikh. Tu maknanya ada orang dah beli, pulangkan balik, atau memula dia nak beli, tapi tak jadi pulak. Maka dengan rasa kecewa nya, tak dapat lah aku beli benda alah tu.

Tapi masa nak balik tu kami singgah pulak di sebuah kedai barang elektrik. Wahhh ada banyak jenis rupanya yea? Yang philips kaler hijau tu pun ada, tapi harga lebih mahal. Dan dia kata philips tu design lama. Oh? Dah lama ek? Aku ingat baru keluar. Kebanyakan yang baru, hanger nya melekat terus pada body steamer tu. Yang lama ni hanger asing. Dia pun terangkan la pasal philips tu memang untuk kegunaan domestik. Tak boleh on lama sangat bla bla bla. Ooooo sibbaik tak jadi beli tadi. Selain tu ada juga dari brand morgan dan firenzzi. Dia kata firenzzi ni memang main product dia ialah steamer. Tah ye ke tidak tah. Dan kat kedai tu ada 3 model firenzzi di mana 1 untuk domestik, dan 2 untuk industri. Cuma tu lah, mahal lah sikit kalau nak beli yang industri tu punya. 

Pikir punya pikir, akhirnya aku memilih firenzzi untuk domestik punya. 

Tadaaa! Ini lah toy baru saya!

Tu lah maksudnya hanger attach sekali dengan stamer.

Dengan penuh bersemangat, aku menyetim baju pada malam itu. Paling senang sekali gosok baju licin. Seluar pun senang. Cuma kemeja je susah sikit. Susah nak menggayakan. Lagipun tokleh buat 'side'.

Menyetim sambil disaksikan oleh erenajis, boleh?

Selain itu, tudung juga sangat senang digosok. Sekarang aku banyak pakai tudung kain t-shirt. Hari ni aku buat arrangement baru ke atas tudung2 ku. Rasanya kekdah ni lebih jimat ruang dan tidak merosakkan awning.



Pasni aku ingat nak susun tudung2 ni mengikut jenisnya. Baru senang nak cari kot. Tak pun ikut warna. Mana lagi baik?

Macamana kekdah korang susun tudung awning ni eh? Kalau ada yang lebih efektif, tolong lah share, eh?

Friday, 29 March 2013

Selamat Tinggal, Suraya (Ini Bukan Iklan Promosi)


Pernah tak aku bagitau bahawa mannequin yang aku ada tu diberi nama Suraya? Entah, masa tu aku rasa nama tu sesuai dengan dia.

Dah dekat 6 tahun aku simpan Suraya dalam gerobok. Tak tau nak buat apa. Mana lah tau kot2 besok2 aku nak berniaga baju semula, boleh lah guna. Tapi, sampai sekarang masih belum datang seru.

Sehinggalah kawan encik suami kata nak beli patung untuk bisnes kain. Dia nak jual baju2 dari bandung katanya. Maka, daripada dia makan gaji buta je dalam gerobok tu, baik lah aku jualkan ajer si Suraya tu. Kira susut nilai 50% jer.

Hari selasa lepas, encik suami geledah gerobok untuk mengambil Suraya. Elok pun lagi. Plastik pun tak bukak. Dan semalam, Suraya sudah pun bertukar tuan. Selamat tinggal Suraya! Terima kasih atas khidmat mu selama ini.

Meh imbas kembali 'job'2 yang pernah dilakukan oleh Suraya selama berkhidmat dengan aku. Sekali lagi ku ingatkan, ini bukan promosi online bisnes.

Kain yang aku harap takde orang beli, akhirnya ada jugak. Sayang. Suka corak daun semalu tu.

Versace design. Nama tak nak kalah!

Satu lagi versace.

Photobucket - Video and Image Hosting
Batik crepe pertama yang aku beli. Dibeli orang sorang budak pompuan yang nak bertunang. Siap dia hantar gambar bertunang dia kat aku lagi. Tiba2 tudung dia macam tak  matching pulak. Ceh!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang ni chiffon.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Versace versi bunga kebangsaan kekdahnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bonia. Aku ada sepasang design macam ni.

Babai, Su! sob sob sob



Monday, 25 March 2013

Bila Saya Cakap Politik

Aku tak pandai berpolitik, tapi aku mengikuti perkembangan politik. Walau pun begitu, aku tetap terlibat dengan orang yang berpolitik. Sebagai seorang rakyat negara ini, aku diberi hak untuk mengundi pemimpin politik. Itu je lah kaitannya. Namun aku nak berpolitik, tak mungkin. Dalam kerja aku pulak, memang terlibat dengan ahli politik. Tapi tidak lah secara direct. Selain soal dasar, pengaruh ahli politik, dalam kes ini menteri, boleh mempengaruhi kerja aku jugak secara tidak langsung. Ada beberapa isu yang nak aku bincangkan hari ini. Pertamanya tentang pengaruh yang menentukan undi aku. Undi adalah rahsia, sebab itu lah aku nak bincangkan di sini perkara yang bukan rahsia hehe. 

Umur aku masuk 21 tahun pada tahun 2000. Maknanya baru lepas pru10 1999. Semasa pilihanraya 1999, aku berada di rumah kak uni hihi. Hujung tahun kot masa tu, kan? Tengah cuti semester. Dan masa tu aku pun tak ambil peduli pasal pru tersebut. Cuma yang aku paling aku ingat sekali, masa tu terengganu dimenangi oleh pas dan tol pulau duyung dimansuhkan dan kawan2 aku yang ambik pinjaman yayasan terengganu dapat duit sorang seribu. Tapi aku tak tau lah itu pinjaman atau hadiah percuma. Jeles betul aku masa tu. Tapi still, aku tak faham apa2 pasal politik dan pilihanraya. Alah, belajo sejarah kat sekolah pun sebab nak lulus je. Hapal je la fakta2 tu. Sekarang ni baru sibuk2 nak baca perlembagaan la, cobbold la, reid la. Padahal masa nak spm dulu semua tu dah di hujung jari je. 

Bila masuk umur 21 tahun, aku terus mendaftar sebagai pengundi. Kalau tak salah abah yang suruh isi borang, kendian hantar kat cikgu jamidah. Tapi masa tu aku rasa daftar undi tu macam buat ic jek. Prosedur biasa sebagai rakyat mesia. Tak terfikir pasal pilihanraya pun sebab lambat lagi kot. Baru je pru tahun lepas.

Masa berlalu, dan tibalah masanya untuk pru11 2004. PRU pertama paklah sebagai pm. Pun masa tu aku belum ada kesedaran tentang kepentingan pilihanraya. Tapi aku sedar tentang peristiwa september 1998. Giler tak sedar? Walau pun aku student, tapi aku tau apa yang berlaku pada masa tu. Lagi pun aku kan kat shah alam. Jauh mana lah kl tu kan. Dalam berita pernah ada khabar angin kata, mungkin akan berlaku darurat dan kiter tokleh keluar ke mana2. Kiranya tokleh keluar dari itm lah. Tak boleh dating??? Tapi tak darurat pun. Aku masih boleh pergi kl dan takde apa2 pun berlaku. Orang kata kiter boleh kena tangkap kalau berada di tempat yang salah di masa yang salah. Tapi, entah, takde pun orang berdemonstrasi ke haper? Teringin jugak nak tengok, tapi takde pun. Tapi kan masa tu tengah berlangsungnya sukan komanwel. Kitorang dicutikan dan aku pun balik kampung. Mungkin dalam tempoh tu kot derang berdemo.

Tapi aku tak boleh mengundi pada pru11. Pada hari penamaan, mula2 abah cakap parlimen dah menang tanpa bertanding, dun boleh undi lagi. Tapi rupanya dun pun menang tanpa bertanding jugak. Lohhh. Tapi yang dun tu bukan sebab takde orang nak lawan, tapi orang yang nak lawan tu salah isi borang. Ceh! Jadi aku pun hilang keterujaan nak mengundi buat pertama kali. Harap2 pru ini kali ada la pertandingan. Lagi pun kan sekarang ada isu rapidpengerang tu kan. Kalau ada pertandingan, meriah lah sikit. Maksudnya ada isu lah. Ye lah, bila dah menang tanpa bertanding, dah takde kempen2 lagi dah. Takde lah bendera2 banner2 kan. Tak meriah arrr. Kata pilihan RAYA. Raya mestilah disambut secara sederhana tapi meriah, kan? hehehe. Nak dipendekkan cerita, pru12 barulah aku dapat mengundi. Tapi masa tu aku tak dapat nak follow sangat dengan kempen2 pilihanraya. Sebab aku tengah kursus pedagogi kat ci@st. Line internet pun takde masa tu. Dah macam duduk bawah tempurung pulak. Cuma satu je yang aku paling aku ingati. Satu hari tu aku memandu, keluar tol pedas dan melalui jalan dalam menuju ke melaka. Bukan ikut rembau tampin. Ni tah mana celah aku pun tak tau. Tiba di satu selekoh, ada papan tanda kecik terulis, 'jika sokong pas/pkr, bunyikan hon'. hehe so cute. Depan tu ada markas derang kot. 

Tapi berbeza dengan pru13 ni. Selain dah mula sedar dengan kepentingan pilihanraya, akses kepada maklumat juga terbuka luas. Tengok tv boleh, baca sotkabo boleh, melayari internet pun boleh. Nak kata aku lebih terpengaruh dengan media baru, tak jugak sebab aku pun tengok berita tv dan baca paper. 

Aku selalu terfikir, takut nak pergi 'program2' pembangkang sebab pernah dengar khabar angin orang kena tangkap pastu kena transfer kerja tempat lain. Takut ada orang report kehadiran kita. Memang lah aku rasa, kalau setakat perhimpunan biasa, takde lah sampai kena sembur dengan gas pemedih mata ke, kena angkut naik black maria ke. Kalau tak pergi pun takde siapa kisah. Cuma tu lah, takut kena transfer ke labuan hehe.

Bercakap pasal labuan. Beberapa minggu yang lalu, aku pergi kursus dan bertemu dengan rakan2 seperjuangan dari serata mesia termasuk labuan. Aku tertarik dengan cerita dia. Pertamanya dia kata, diorang yang dah duduk labuan, selalunya tak nak balik semenanjung dah. Terutamanya kalau family semua mudah dibawa bersama. Kalau macam aku, bila masa pulak uthm nak bukak cawangan kat labuan kan. Memang life kat sana tak begitu memberangsangkan. Nak soping moping kena pergi kk. Jadi orang pulau. Tapi kereta murah! Tu dah selalu aku dengar. Langkawi pun sama. Tapi berapa murah? Tu yang aku tak pernah dengar.

Dia kata lagi, kat labuan ada 5 benda murah sebab tak kena cukai. Ni boleh terpakai untuk2 zon bebas cukai yang lain juga. Pertama yang mengikat hati diorang dari balik ke semenanjung ialah kereta. Dia kata kalau kat labuan, orang kaya je pakai proton hahaha. Kira kereta mewah lah kalau kat sana. Tapi bagi orang2 biasa, derang akan pakai kereta import yang memang nyata lebih murah. Bukan lah murah daripada proton tapi murah bagi kereta import. Sebagai contoh honda accord. Kalau keje gomen, honda accord ni layaknya gred 52 ke atas boleh la. Ni kalau bujang. Kalau suami isteri bekerja, mungkin lah gred 48 ke atas kot. Harga atas jalan bagi accord biasanya +-200k. Sifir mudah yang biasa aku guna kalau nak tau ansuran bulanan kereta, tengok je harganya dan ambik 1%. Biasanya untuk ansuran 9 tahun down payment 10%.

Tapi di labuan, harga honda accord cuma lebih kurang 80k sahaja. Dah sama ngan harga city dah. Setakat gred 41 bujang pun, pejam mata pun mampu beli. Rasa2 kat sini city 80k, kat labuan berapa? 30k mungkin? Jadi nampak tak kaitannya dengan isu yang aku bincangkan di sini? Tiba2. Ya, isunya tentang cukai dan duti eksais yang tinggi. Sampaikan harga kereta tu naik lebih dari 100% harganya.

Cuma persoalannya, selagi derang duduk kat labuan, siapa je nampak dia bawak kete apa? hehe Sebab tu selepas beberapa tahun, derang kena balik semenanjung jugak demi menayang kereta mereka itu hihihi.

Ok, 4 benda lain yang murah tak kena cukai ialah rokok, arak, hiburan dannnnnnn yeay yang ni best. Coklat! Errr tak best eh? Aku pun tak suka coklat. Maknanya, walau pun orang kata labuan best, aku tetap takmo kena transfer ke sana huhuhu.

Ok, balik cerita pasal pilihanraya.

Tahukah anda, pada pilihanraya akan datang, buat pertama kalinya tiada persempadanan semula kawasan? Tau, tapi tak tau kenapa? Atau, aku peduli haper. Atau, ado ko kesah? Persempadanan semula boleh dibuat setiap 8 tahun. Kali terakhir persempadanan ialah pada tahun 2002. Kiranya bermula pru11, kita dah ikut sempadan sekarang. PRU12 memang takde persempadanan sebab belum 8 tahun. Tapi sekarang dah lebih 8 tahun, pun takde persempadanan jugak. Tahu tak kenapa?  Haaa ni lah aku nak citer ni.

Menurut perlembagaan sekarang, dewan rakyat mestilah dianggotai oleh 222 orang yang telah ditetapkan beberapa orang dari setiap negeri, iaitu jumlah kerusi parlimen. Menurut persetujuan suruhanjaya Reid, untuk persempadanan semula, ia memerlukan hanya simple majoriti. Maksudnya macam keadaan sekarang. Tapi, aritu (tak ingat bila tapi dalam tempoh 5 tahun ni la) aku ada terdengar ura2 spr untuk persempadanan semula, termasuk menambah kerusi parlimen. Dengan kata lain, nak pinda perlembagaan. Kenapa pinda? Sebab tambah kerusi tu bermakna nak ubah bilangan 222 tu.

Seperti yang aku jelaskan tadi, jumlah kerusi ini tercatat dalam perlembagaan. Dan untuk memindanya, kerajaan memerlukan majoriti 2/3. Faham tak sekarang? Kiranya spr nak sempadankan semula boleh, tapi setakat tukar sempadan je lah, tokleh tambah atau kurangkan kerusi.

Contohnya macam sebelum ni, kawasan aku ialah parlimen kota tinggi, dun pengerang. Tetapi selepas persempadanan tahun 2002 tu, kawasan parlimen kota tinggi dah dipecahkan kepada parlimen kota tinggi dan pengerang. So sekarang ni kawasan aku ialah parlimen pengerang, dun penawar. Satu lagi ialah dun tanjung surat. Sementara parlimen kota tinggi pula ada 2 dun iaitu sedili (area bandar menghala ke mersing) dan johor lama (area jalan desaru  sampai telok sengat sebelum eto5). Kira lokaliti aku sekarang ni terletak di sempadan parlimen la kot ek?

Ok, kenapa spr nak tambah kerusi parlimen? Dulu, masa zaman bn komfem menang, kita dah tau yang kemenangan tu mesti 2/3 punya lah. Tapi selepas pru12, bila bn dah tak dapat 2/3, terdapat kemungkinan kerusi parlimen akan terbahagi dua sama rata. Kiranya kita akan ada 2 kerajaan sebab 222 bahagi 2 ialah 111. Maksudnya takde majoriti. Jadi, dia nak tambah kerusi menjadi ganjil supaya tidak berlaku dua pihak itu mendapat jumlah kerusi yang sama.

Walau bagaimana pun, aku juga ingin memetik kata2 ustaz bekas mufti tu, dia kata, untuk pru akan datang ni, kalau nak bagi pr menang pun, takyah bagi menang sampai 2/3. Dia kata, kuasa yang terlalu besar membuatkan kerajaan tu egonya pun besar. Ini berbeza bila kuasa dia sedang2 macam yang berlaku sekarang. Banyak perkara yang dia kena penuhi tuntutan rakyat. Kena banyak bagi gula2. Atau dengan kata lain rakyat lebih berkuasa daripada kerajaan.

Tapi aku tak setuju sepenuhnya dengan pandangan ini. Bagi aku, buat pertama kali ni kita boleh bagi 2/3 sebab derang memerlukan kuasa yang besar untuk melaksanakan perubahan. Macamana derang nak ubah kalau tak cukup kuasa? Yang dikatakan tak payah 2/3 tu bagus, tapi cuma applicable kepada kerajaan sekarang yang dah terlalu tinggi egonya.

Aku nak sentuh juga tentang mahasiswa. Majoriti mahasiswa, masih bergelar mahasiswa semasa berumur 21 tahun. Yang minoritinya yang buat diploma la. Umur 21 terus grad. Tak sempat nak mendaftar pun. Ini bermakna, semasa bergelar mahasiswa, mereka boleh bertemu dengan 1 kali pilihanraya. Dan yang satu kali itu juga merupakan kali pertama bagi mereka. Mungkin kalau aku secara peribadi, masa berumur 21 tahun, aku belum ada kesedaran terhadap politik. In fact, apa ke benda auku tu pun aku tak pernah tau. Aku tau isi kandungan auku tu pun baru beberapa tahun ini. Aku terjumpa salinan akta tersebut kat rumah. Rasanya dulu semua mahasiswa dibekalkan salinan ini. Tapi zaman aku takde pulak. Tapi nak citer kat sini ialah, aku student engineering, mungkin lah takde kena mengena dengan politik. Tapi student lain, di uni2 yang ada kursus sains politik misalnya, sudah tentu mereka sudah terdedah dari mula lagi. Jadi, secara logik, bila kiter belajar bidang tu, mesti lah kiter akan tertarik ke arah itu. Aku tak kata budak engine tak pandai berpolitik. Cuma mungkin tak kosser nak masuk campur soal politik ni. Tapi budak lain, ramai lagi yang mahu terlibat dengan politik kerana mereka ada hak sebagai warganegara berumur 21 tahun. Tapi derang student? Kalo derang berpolitik, nanti menjejaskan pelajaran? Ha, jawab la sendiri.

Cuma satu kepantangan aku dari dulu sampai sekarang ialah apabila pemimpin2 kerajaan kiter ni mengungkit pasal biasiswa kerajaan. Ada yang berani cakap, kerana biasiswa kerajaan ni lah yang korang boleh belajar sampai luar negara, sampai jadi doktor phd sekarang ni. Boleh, dia cakap macam tu kat batang hidung seorang prof dr (ahli akademik)? Nak jer aku pelangkung. Pastu cakap, kerana ptptpu ni lah korang boleh belajar sampai boleh berjaya sekarang. Eiii... Kendian boleh pulak cakap, kerajaan ni lah jugak yang bawak balik budak2 dan rakyat kiter kat mesir masa insiden tahrirsquare tu. Saya lah orangnya yang pergi sana. Mana pergi pas? Majoriti tu semua student dari kelantan. Bila orang cakap, bukan senang2 je boleh pergi ke sana, boleh pulak cakap, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saper kerajaan sekarang ni? Ok, kalau pun dia cakap mewakili kelab yang kejenya bawak balik orang yang lari ke lombok je tu, tapi siapa di belakang kelab tu? Dengar nama je dah tau. Eiii...

Antara tuntutan rakyat hari ini ialah freedom of speech. Tapi sebenarnya freedom of speech tu mudah nak dapat. Ruang dan peluang bercakap pun semakin terbuka sekarang. Tapi yang tak boleh dapatnya, freedom after speech. Cakap sikit, akta hasutan menanti. Acaner?

Sekian untuk kali ini. Kang lagi banyak aku tulis, makin terserlah kekurangan ilmu politik aku ekekek. Banyak lagi ingin aku kupas tentang tajuk ini, tapi kita tunggu musim kempen besok ek? Nak bagi meriah. Anggap je tulisan aku nanti macam memasang lampu lip lap lip lap semasa hari raya. Boleh gitu?

p/s Aku memetik satu artikel dalam harakahdaily, dia kata, menunggu tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah. 

Thursday, 21 March 2013

Mekanisasi


Minggu lepas, encik bos kecik mintak aku menyemak laporan projek jagung yang dia dah buat. Pertandingan apa lagi lah yang dia nak suruh aku masuk tu agaknya. Lalu aku pun membaca laporan tersebut. Dalam laporan tu, aku terjumpa perkataan mekanisasi disebutkan beberapa kali. Mekanisasi tu apa? Maka aku cuba memahaminya melalui ayat yang ditulis. Nampak macam mechanism? Tapi bila baca ayat yang lain, macam lain pulak maksudnya? Lalu aku pun menggoogle. Maka keluar lah satu nota sains pertanian spm dengan tajuk mekanisasi. Oh, ada ek perkataan tu? Rupa-rupanya,

Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan.

Oooooooooooooooo panjang o aku. Faham lah aku.

Nak dijadikan cerita, hari jumaatnya pulak, aku dikerah pergi ke segamat untuk memeriahkan majlis pecah tanah ilp baru yang nak dibuka di sana. Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi, namun sempat jua kau menoleh ku di sini, aku pun pergi lah naik bas. Rupanya yang naik bas seciput je. Yang lain naik kete sendiri.

Kami bertolak dari sini pukul 7.15 pagi. Memula aku dah plan nak berlakon terbangun lambat dan tak ikut. Punya lah berdebor nak melaksanakan misi tersebut. Tak geti betul nak buat jahat hahaha. Tapi petang khamis tu pulak aku terserempak dengan puan bos besar sikit. Dia tanya, aku pergi naik bas ke naik kete. Ceh! Kantoi sebelum waktunya.

Seperti biasa, kalau naik bas, perjalanan yang sepatutnya 2 jam, jadi 3 jam. Kami sampai di sana pukul 10 lebih. Betul2 tengah majlis nak mula (tengah baca doa). Sebelum tu sempat singgah sarap kat segamat. Dekat sebelah masjid. Semua puji makanan kat situ sedap. Aku makan mee kari. Ada juga mee rebus, nasi lemak dengan ayam goreng berempah, lontong kering dengan rendang ayam dll. Saya rekemen kedai tersebut!

Lokasi ilp tersebut ialah di buluhkasap. Semasa lalu di kawasan tersebut, driver bas kami menunjukkan rumah davidteoh. Kalau berenti kat trafficlight buluhkasap (ada sati je trafficlight kat situ), toleh kiri. Waaa besarnya rumah dia. 3 tingkat.

Pung pang pung pang, semasa ucapan menteri, sempat lah beliau berkata, "walau bagaimana pun, parlimen belum dibuburkan lagi." Tu yang aku pinjam perkataan bubur tu. Rupa2nya ilp yang nak dibina tu bukan lah ilperindustrian, sebaliknya ilperladangan. Betul2 terletak di celah2 ladang kelapa sawit. Dan kursus yang akan ditawarkan juga berkaitan dengan perladangan kelapa sawit.

Dalam brouchure yang diberi, aku terjumpa perkataan mekanisasi sekali lagi. Macam tau2 jer kan? Selama ni tak pernah dengar pun perkataan tu. Kiranya kursus yang akan ditawarkan nanti akan melatih pelatih menggunakan mekanisasi perladangan (hehe berjaya buat ayat dengan menggunakan perkataan mekanisasi).

[Gambar tidak mengikut kronologi]

Tertarik dengan pokok di tepi jalan segamat-yongpeng ni. Dia ada dahan yang rimbun, dan ada dahan yang tegak mencucuk langit. Pokok apa ni ek?

Nampak tak dahan yang vertikal dan horizontal tu? Unik, kan? Yang menegak tu sesuai digunakan untuk menggantung bendera hehe.


Ucapan menteri.

Gimik pecah tanah (sebenarnya menggembur pasir).


Tetamunya terdiri daripada penduduk tempatan dan kami2 yang berhampiran (johor, melaka dan n9)

Makan nasi minyak/beriani. Macamana nak bezakan nasi minyak ngan nasi beriani eh? Macam sama je nasinya?




Rombongan pengantin @dtecbp. Aku terberkenan ngan baju orang yang tudung pepel tu hihi.

Kesimpulannya, akan ada peluang pekerjaan baru di sana.


Wednesday, 20 March 2013

Saya Pilih Mengundi

Opsss false alarm lagi! Minggu lepas dah kuar gambar kete pm kuar dari istana. Hari ni sekali lagi. Rupanya, setiap hari rabu pm memang pergi istana hahaha. Kecoh betul la. Apa2 lah. Naik menyampah dah tertunggu2 cenggini. Baik lah kiter buat don't know jer. Kalau nak kira menunggu, 2 tahun lepas lagi dah kiter menunggu. Sudahnya sampai sekarang tak 'bubur' jugak. Tahun lepas, konon lepas fgv listing katanya. Siapa yang kata? Khabar angin semata. Osah lah dirisaukan sangat. 28 april besok memang dah komfem 'bubur' sendiri. Usah diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak. Usah diharap kasihnya orang, entahkan sudi entahkan tidak. Tapi aku dah gatal tangan nak memangkah ni!

Maka, sebelum gatal tangan ku menjadi kurap, elok lah kiter prektis mengundi retis paling fofular dulu huhuhu. Ikut kan tahun lepas lagi dia dah tercalon dalam top 5. 2 kategori lagi. Tahun ni satu kategori jek yang sangkut. Jadik lah. Buat lepas gian penyokong2 beliau ni.

Tahun lepas, yang menang kategori ni ialah fizzfairus. Serius? Macamana dia boleh kalahkan erenajis yang tengah hot dengan noraelena dan ombakrindu tahun lepas? Apa maknanya? Maknanya, walau pun erenajis menang retis paling fofular, tak semestinya dia akan menang kategori lain. Sebab sekarang ni untuk retis paling fofular, dia ada kategori tersendiri. Dulu ingat tak, masa rosyamnor ke mawi tah. Derang pilih retis paling fofular ni berdasarkan undi tertinggi pada mana2 kategori. Ramai yang pertikai sebab dalam kategori tu rosyamnor takde pesaing (atau pesaing tak kuat), sebab tu undi dia banyak. Ohhh rasanya betul la rosyamnor, bukan mawi sebab masa tu ct pun menang kategori penyanyi wanita, tapi ada pesaing kuat seperti mishaomar. La ni, kiter boleh tulis nama sesiapa je retis untuk kategori retis paling fofular. Walau pun orang tu tak menang mana2 kategori. Lebih kurang kes anugerah AIM yang anuarjen tetiba menang album terbaik, padahal yang menang kategori pop, is yuna. Eh, ke terbalik ek? Apa2 lah.

Cop cop cop! Jangan membuat spekulasi dulu. Walau pun aku ada 1/3 daripada keseluruhan borang undian, tapi aku takde keluarkan duit pun untuk mengumpul borang2 itu. Tu ari balik kampung aku rembat sotkabo kat rumah fil hihihi. Abah tak beli bh dah sekarang. Abah beli metro. Kalo abah bli bh, komfem aku ada set penuh borang tu. Takpe lah. Takyah lah beriya sangat.

Tarikh tutup menghantar borang2 ni ialah 18hb mac. Maka, seminggu sebelum tu, aku pun mula mengisi. Leceh ok. Masalah nya bukan apa. Aku tak tau nak undi saper untuk kategori2 lain. Susah kot. Undi ni pulak kira serampang dua mata. Undi nak bagi retis tu menang dan kita pun menang jugak kalau betul tekaan.



Ini bahagian yang paling banyak nak diisi. Nyaris2 aku nak buat rubber stamp hihi.

Cer teka aku undi saper.? Ngada.

Dah siap!

Abang, tolong belikan sampul surat besar yea. Ok, ni ada kos 80 sen.

Dalam pada mengundi tu, sempat jugak aku membaca fakta2 menarik ni.  

Banyak informasi. Takde lah rasa sia2 sangat.

Abang, tolong pos kan yea. Ok, ni pun ada kos RM1. Suami ku pun layankan jer hihi...

Ok, settle sudah tugasanku. Aku tak berharap sangat bk akan menang sebab ada erenajis dalam kategori tu. Tapi tak mustahil, kan? 

Lantak ler kalau dewanrakyat takmo 'bubur' lagik. Yang penting aku dah pun mengundi. Yeay!





Saturday, 16 March 2013

Jelajah


Hari jumaat beberapa minggu yang lalu (minggu bola jdt lawan n9 tu), aku sempat pergi ke program jelajah-merdekarakyat-pkr yang datang ke rengit. Program start pukul 8.30 katanya. Tapi aku tau dah, anwar mesti datang tengah malam karang. So, kami pergi selepas isyak. Singgah makan dulu kat simpang parit botak (belah rengit). Sedap makanan kat situ. Restoran tomyam and seafood. Malik ke haper tah namanya. Tapi nampak lah dia memasak dari hati. Aku makan nasi goreng paprik, nasi gorengnya pun sedap. Aku benci betul dengan kedai makan yang serve nasi goreng xxxx, tapi nasi gorengnya macam nasi yang disaluti cili boh jek. Sedap lagi nasi putih.

A'ah, dulu aku keliru antara nasi goreng ayam dengan nasi ayam goreng. Caner tu? Tapi masa sekolah dulu, time outing hari sabtu, ada akak senior ni kirim belikan nasi ayam goreng kat belakang coronation. Kat situ lah aku dapat kenal bahawa nasi ayam goreng ialah nasi goreng yang di dalamnya ada ayam goreng yang dicincang. Nasi goreng ayam pula ialah macam nasi ayam, tapi nasinya bukan nasi ayam tetapi nasi goreng. Mungkin lain tempat, lain kedai, lain maksudnya. Tapi itu lah yang aku pakai hingga sekarang eheh.

Macam aritu aku dengar segmen kakbed tentang frasa seperti pisang goreng, goreng pisang. Dia cakap, 'mereka' telah bersetuju penggunaan frasa goreng pisang boleh digunakan kerana ia telah biasa digunakan sejak dulu lagi. Siapa mereka tu eh? Bukan ke tu hukum DM? Boleh pulak ikut kebiasaan ek? 

Whatever.

So lepas makan, kami terus ke rengit. Tak tau pun kat mana tempat tu. Sungai-tongkang. Katanya sebelum rengit. Ooo tepi jalan je. Cari2 parking, akhirnya kami parking betul2 kat simpang kampung sungai-tongkang tersebut. Depan kubur. Menapak lah 1km kot (mengambil kira selalu menapak ke stadium larkin dari plaza larkin tu 500m, tapi yang ni macam 2 kali ganda jauhnya). 

Masa lalu depan tempat tu, dengar suara pempuan tengah berucap. Rupa2nya nurulizzah. Alah sayang nya tak sempat dengar. Aku memang agak 'sensitif' terhadap orang2 hebat yang sebaya dengan aku. Termasuk lah retis. CT, fahrin, mayakarin, wardina, BK (tau, dia muda setahun, tapi bulan 2 aritu dia dah masuk umur 33. kira sebaya la kan??? hahaha) dan lain2. Termasuk lah nurulizzah ni. 

Sampai di tapak tu, tengah berucap seorang lelaki berbaju melayu siap bersamping. Saper tah. Bila dia sebut pasal orang melayu dalam dap, automatik aku teringat kat sakmongkol. Ni blog politik favourite aku ni. Antara bahan rujukan aku semasa isu fgvh tu ari. Dia sebenarnya bekas adun pekan. Kira geng najib la dulu2. Sekarang ni dia join dap. Tengah2 tu, dia sebut nama blog dia. Eh, betul lah dia! Excited giler aku hahaha. 

Lepas tu sorang lagi berucap. Pak sheikh ke haper tah. Kendian bekas menteri kesihatan chua-jui-meng. Ni yang paling panjang ucapannya kot sebab nak tunggu dsai sampai. Tak lama kemudian, bas jelajah pun sampai, membawa dsai. Pung pang pung pang, aku tersuka lak tengok video najib-goyang tu hihi. Comel. Sebab dia lajukan. Kebetulan pada hari itu lah kejadian lahaddatu yang pertama berlaku (yang komando kena tembak tu).

Masa dengar ceramah tu, aku berdiri sebelah keluarga orang-india ni. Sorang lelaki dengan isteri dan mak dia kot. Bersungguh dia tepuk tangan. Sempat aku terfikir, apa yang dia fikir eh? Sebab kebanyakan ucapan malam tu banyak diselitkan ayat2 quran dan hadis nabi. Ok, abaikan.

Selesai dsai berucap, kami pun balik. Itu je. Tapi yang penting nak sampaikan kat sini ialah, pru13 akan menjadi sejarah tersendiri dalam hidup aku. Boleh?


Sakmongkol ak47.


Baru balik dari sambutan maulid katanya. Tu yang berbaju melayu.

Pak sheikh mana tah. 

Chua-jui-meng. Aku tak perasan bila masa dia kuar bn masuk pr.

Kelakar orangnya ni.

Bas baru sampai.


Ok kali ni gambar yang aku  tangkap lagi teruk dari yang lepas haha. Tapi yang ni nampak kepala. 


Bakal pm kiter ke ni?

Dah, jom balik.

Lembaga hitam itu ialah aku hehe.