Thursday, 30 November 2006

http://ayunasia-batik.fotopages.com/


Monday, 27 November 2006

LPPKN

Petang tadi, abang balik dari ITO, ajak gi Klinik. Jumaat aritu aku yang ajak, tapi tak sempat. Baru ari ni berkesempatan. Berikhtiar kata orang. Pergi tu dah kul 3. Klinik nya kat dalam kawasan Klinik Kesihatan yang dulu aku buat HIV test ngan Mak Cik Salamah. Opss nak cite pasal Mak Cik Salamah ni sket.

Masa aku wat test tu, bulan 9, kira 3 bulan sebelum kawin. Aku balik BP tu semata2 nak pergi test tu. Kan aku kat Dungun dulu kan. Makanya, masa test tu, mak cik ni ada lah tanya2 kitorang kerja mana, duk mana bla bla bla. Sekali abang ada cakap lah, kalau dah kawin, susah duk jejauh, biar aku duk rumah jek, jadi suri rumah sepenuh masa. Boleh lah pulak mak cik ni sebak, cam nak nangis. Dia kata kalau anak dia lah, dah bagi belajar tinggi2, tapi bila kawin, lakinya suruh duk rumah, dia sedih lah. Kira tak boleh balas jasa lah. Kami ni mendengar gitu cam kompius2 lah. Pastu dia bebel2 sket. Sampai sekarang, musykil tul ngan mak cik tu. Kalau lah dia tahu yang aku sekarang ni duk rumah, camne agaknya.

Ok sambung kisah tadi. Sampai2 situ, aku sensorang. Memula kitorang parking kat depan, tak tau tempatnya kat mana. Sekali tengok anak panah, jauh ke dalam. Tapi dah dekat lah jugak. So aku jalan sorang, abang patah balik ambik kete. So, aku masuk dulu lah. Suasana lengang jek. Aku sorang je pun yang datang. Sorang staf ni tanya nak apa. Aku jawab lah hajat aku tu. Pastu dia suruh tunggu. 2 minit, abang sampai. Tak lama tu, kami masuk lah dalam bilik runding cara. Dan kami pun bincang lah serba sikit. Renyah gak kerja nya. Cuma, kena rajin lah. Tak leh putus asa.

Permulaan, kami kena pergi Makmal Gribbles kat Hospital Putra, wat ujian darah aku pada hari ke 2. Kosnya RM 80. Pastu pada pertengahan bulan, kena wat ujian pap smear ngan HVS; High Vaginal Swab, kat situ jek. Tapi mendengar nya pun aku dah ngeri. Tahu2 aje lah. Kosnya RM 24.50. Kena hantar sample test tu ke Hospital Putra gak. Then, pada hari ke 21 pergi lagi Hospital Putra, wat ujian darah lagi. Kosnya RM 60. Dah dapat result test2 tu tadi, buat appoinment ngan Dr kat JB. Kat BP takde Dr. Kali tu buat kat Wisma Maria JB untuk ujian HSG; Hydro Salphingogram. Namanya pun dah ngeri. Kata orang tu ada masukkan air bagai lah. Memang ngeri. Kosnya RM 230. Selepas ujian2 tu sumer kalau nak, boleh teruskan ngan IUI; Intra Uterine Insemination, adik beradik IVF kot. Pun ngeri gak. Kos nya RM 100. Wat kat LPPKN JB. Akhir sekali kalau tak berjaya, terus ke Laparoscopy & Dye. Bunyik nya macam ’DIE’ je kan. Ni wat kat London Clinic / Johor Specialist / Puteri Specialist JB. Kosnya RM 1300. Yang menariknya, kata dia, KUiTTHO ada peruntukan untuk tu sumer. Dah ada staf ITO yang buat. So, selesai masalah bills. Tinggal masalah aku yang penakut ni je lah. Ingat nak wat sumer tu bila abang dah report duty sok. Bulan Januari.

Balik tu dah kul 4. Abang ajak gi K4, nak jumpa kawan dia. Abang dah ambik kan tesis yang di hard binding kan kat Parit Raja. So, budak tu nak ambik lah. Masuk tu tengok kedai butik kaler hijau tu dah bukak. Masuk gak jenguk2. Tengok macam pernah tengok baju2 dia tu. Baru ingat, ni mesti kedai yang kat Summit tu pindah kat sini. Sebijik je baju dia. Ye lah tu kot. Tengok keliling, takde persaingan. Ok.

Jenjalan kat dalam K4, tengok bahagian electrical appliances, kawan abang call. Dah sampai. Kat luar hujan lebat. Tunggu jap, kul 5.30 baru sampai rumah.

Eh, lupa. Pagi tadi Yayu tepon bagitau ada feedback dari orang Labuan pasal surat aku kat BH tu. Tapi dia tak cakap pasal aku nye kes lah. Cuma pengalaman dia jek. Tapi dia terpanggil untuk tulis bila tengok aku tulis. Bagus lah. Tengok esok pulak, ada tak lagi sambungan. Macam seronok pulak.

Sunday, 26 November 2006

Semalam pergi Summit. Sampai2 jek, ada orang promote Sunway International Vacation Club. Dia tarik abang. Aku memang malas nak dengar. Dulu ada yang tepon umah, tanya berapa kali melancong setahun lah, bila kali terakhir lah. Bila aku cakap kali terakhir 2 tahun lepas, terus dia letak. Tak kose aku. Abang lak mendengar macam yo yo ol. Aku pun blah lah. Tunggu punya tunggu, dah lebih setengah jam tak abis2, aku terus gi tempat parking, aku pergi pasar malam sensorang. Aku beli bawang, kebab ayam, mi, kuey tiew ngan tahu panas. Lenkali beli kebab daging ok. Tengah pilih bawang, abang call. Hihihi padan muka aku tinggalkan. Pastu aku gi jemput abang dan pergi beli sup gear box Sitam lagi. Apa punya jenis pelaris ntah yang dia dah letak dalam sup tu sampai aku asyik nak aje sup dia. Beli tapau. Dapat banyak sup nya. Balik tu carik Berita Harian. Pusing2, takde pun. Sume kedai tinggal utusan jek. Haiyo! Sumer orang BP baca kisah aku ke ni?

Balik, lepas Maghrib terus mengadap makanan. Licin sumer. Yang paling heaven sekali off course lah sup Sitam! Best tul. Cuma masalahnya takde straw je. Korek2 je la ngan lidi sate. Pastu ketuk2. Hihihi. Macam dah addicted pulak.

Pagi, Mak Long abang cakap nak datang tengahari. Kami gi pasar, beli ikan kerisi 4 ekor RM 4++, tulang sekilo RM 12, daging ½ kilo RM 8, mi, sawi, tahu, cili, kunyit halia. Balik terus siap2 nak masak mi bandung. Ari tu masa gi Muar beli 6 bungkus kat Astaka. Kali ni masak 2 bungkus. Ikutkan sebungkus tu untuk 7 orang, tapi aku masak pekat2, baru rasa. Dah balik rumah baru teringat, nak letak apa dalam mi tu? Abang gi pasar semula beli udang. Ingat dah tak nak makan udang. Tinggi kolesterol. Telur pulak tinggal 4 bijik. Letak banyak2 baru pekat. Abang gi kedai lagik. Tengah masak2, diorang dah sampai. Mak Long, Kak Lin 1, Kak Lin 2, Abang Noi ngan 2 orang anak dia. Duduk2 jap, terus makan. Sedapnya...

Ni diorang baru balik. Nak singgah K4 lah tu agaknya.

Saturday, 25 November 2006

Surat Pembaca

Pagi ni, aku check kat Berita Harian dan surat aku dah pun kuar kat ruangan pembaca. Sekali baca macam tak percaya. Ayatnya memang ayat aku Cuma dia ada potong dan edit sikit. Tak kisah lah. Asalkan orang boleh baca dan orang SPA bukak mata. Pas tu apa lagi, satu Malaya lah aku bagitau. Kihkihkih

Tengahari aku call abah pulak. Nak bagi tau pasal aku tak jadi kerja. Sekali abah cakap dia ada baca kat surat kabo pasal tu. Hehehe aku bagitau lah aku yang antar surat tuh. Aku tau abah beli Berita Harian tiap2 ari. Hari Isnin je dia beli utusan sebab dapat Utusan Melayu. Pastu aku suruh abah simpan keratan tu. Jap lagi nak tengok kat kedai pulak. Aku pun nak simpan gak. Kak Uni pun balik minggu ni. Dia nak gi Haji 20 Disember ni. Tapi masa aku tepon tu diorang gi Kota.

Pagi pulak abang gi bank. Settlekan segala hutang. Sekali Awie tepon. Aku bagi SMS ari tu pakai tepon abang, tu yang dia tepon abang tu. Dia kata nak email quotation. Dia suruh Ermeey. Orait lah tu. Pastu dia nak antar sample pattern pulak. Tak pe gak. Boleh aku jual kat internet dulu. Yang penting nak dapatkan quotation dan boleh hantar proposal. Tak sabo lak nak mula berniaga.

Nak kuar ke Summit lah. Boring jek duk umah panas2 gini. Masalahnya air cond kat The Store Summit tu sejuk macam dalam peti ais. Dari stesen minyak seberang jalan lagi dah rasa sejuknya. Ari tu air cond dia rosak, panas sangat, pun aku tak suka masuk. Sekarang lagi lah tak leh lelama, sejuk ya amat. Malam Selasa tu aku gi The Store Wira Court. Ada sale perpindahan. Dia nak pindah kat BP Mall. Tengah rancak dalam pembinaan.Aku rancang nak bukak kedai kat situ lah. Sempat lah beli frame gambar. Kebanyakannya diskaun 40%. Tapi dah lapang sket. Banyak dia dah jual atau repacking. Yang elok2 dia packing, yang tak berapa nak elok tu yang dia cut abis-abisan tu.

Friday, 24 November 2006

Merawat Luka

Lega betul rasanya bila dalam kelukaan, ada yang sudi merawatnya. Selasa lepas, lepas kol abang sambil nangis2, abang tak balik terus. Dia tau, aku ni kalau tengah sedih, jangan ditanya. Nak penumbuk? Petang tu, abang balik lambat lah jugak. Konon nak ajak gi Summit. Sudahnya, lepas Maghrib abang ajak gi pekena Sup Sitam lagik. Set! Elok pulak tengah hujan renyai2. Memang lah sedap hirup sup panas2 kan. Tapi, kesudahannya sungguh memilukan. Tutup lah pulak kedai dia hari ni. Dah terlanjur keluar tu, cari lah kedai sup lain. Last2 jumpa kat bus stand lama. Aku makan sup campur, abang sup daging. Makan ngan roti tawar. Boleh lah tahan sup dia. Tapi tak pedas cam Sup Sitam. Nak pedas, letak sambal kicap sendirik. Kalau Sup Sitam memang sedia pedas. Pedas sedap tu. Kalau aku boleh tahan, orang lain sure boleh la sebab aku tak berapa tahan pedas. Takat meleleh hingus sket tu boleh lah terima lagi. Jangan pedas tahap dewa cam mi goreng basah yang aku makan raya ari tu. Pedas nak mampos!

Rabu dan Khamis, abang gi jumpa Dr. Hantar draf terakhir. Hari ni, Dr pulangkan draf dan abang buat correction sket. Pastu terus print. Print kat Lab, free je belasah printer lab. Kertas pun free. Pasni boleh claim lagi untuk tesis. Abang wat 7 copy. Dua untuk Pusat Pengajian Siswazah, satu untuk Lab Robotik, satu untuk Dr, satu untuk Fakulti, satu untuk Library, satu untuk JPA dan satu untuk sendirik. Hantar hard binding kat Parit Raja. Satu RM20. Siap ari Isnin. Kawan dia yang Ganu ngan Mersing tu kirim hard binding sekali. Dah selamat lah tu. Dah boleh start sambung kerja. Yang Ganu kat TATI yang Mersing kat Unisel. Petang tadik, abang bagi SMS, nak tengok wayang tak? La... Aku nak tengok Cinta 30 November baru kuar. Balik2, abang ajak gi tengok wayang. Tapi, malas lah. Takat tengok Casino Royale baik tak payah. Lagipun abang balik lagi 15 minit kul 6. Kalau lepas kul 6 tiket wayangnya RM6. Biasa RM5. B4 kul 12 RM4. Lenkali je lah. Lagipun cite omputeh selalu kami beli DVD jek. Eh, teringat Amir sebut CD Faber Castell dia CD Pacoi. Best CD tu. Abang siap burn lagi. CD untuk budak2, kami yang over tengok banyak kali.hihi

Dah nak kul 9 ni. Nak tengok separuh akhir Muzik2. Chow!

Thursday, 23 November 2006

Kalau tak, kan…

Aku tau, tak baik cakap kalau bila benda dah jadi. Tapi kan, kalau tak, kan aku dah kerja sekarang ni? Huargh!!!

Setiap perkara ada hikmahnya. Kalau aku dapat kerja tu, mungkin:

- aku kena posting kat Kelantan ke, Kedah ke, ke mana-mana yang jauh lah. Maka akan berpisah lah lagi aku dan abang. Jadi, bila tak jadik ni, staylah aku di sisinya.
- aku kerja mengulo je. Makan gaji buta. Katanya kerja tu rilek je, tak banyak kerja. Maka banyak lah duit yang keluar buat ganti mengulo tu macam kete rosak lah, kena saman lah dll.
- takleh lah aku nak beli rumah beso kete beso bila dah makan gajikan. Kalau aku teruskan nak bisnes ni, maybe boleh lah aku mencapai cita-cita tu.
- takleh la aku suka-suka naikkan gaji aku kan. Kalau bisnes boleh bagi gaji ikut suka. Orang PUNB ajo, mula2 ni letak lah kurang dari 3k.

Kiranya aku ni think positive la. Tak mo pikir lagi. 2 hari Yayu tepon cakap dia 2 hari tak leh tido memikirkan kes aku nih. La... aku rilek je, dia lak yang takleh tido. Over tau pempuan tu. Dalam takmo pikir tu, aku dah siap buat aduan kat Biro Pengaduan Awam, Berita Harian dn Utusan. Tunggu je lah siaran akhbarnya nanti. Tu pun Yayu ngan Ita yang sibuk suh buat komplen bagai. Ikut aku, malas nak layan. Hehehe. Cekal lah konon tu.

Semalam aku dah kol Awie, sepupu Ermeey. Siapa dia ni? Ha... dia ni lah yang bakal menjadi supplier aku from Kelate. Supplier Terengganu aku lom sempat kol lagi. Lagi pun yang Ganu tu kawan abang, susah aku nak terangkan siapa aku nih. Yang Ermeey tu kawan kau. SO, dalam perbincangan semalam, memang senang lah nak berurusan dengan dia, walaupun ada gak kata-katanya yang aku main ye kan jek. Hihi tok pahe. Antara point penting:

- boleh tukar barang baru kalau barang lama tak leh jual
- untuk kali pertama, dia mintak cash, kali seterusnya, boleh kawtim.
- dia buat hand painting jek, takde guna mesin
- dia boleh hantar pattern order dari rumah atau kita bleh datang sendiri order

Yang kelako nya, entah apa yang Ermeey tu sampaikan kat dia sampai sebelum raya tu, dia dah siap tambah production untuk aku. Dia kata dia dah buat sampai 200 gak. Tunggu aku kol, tak kol2, last2 dia suruh stop production. Aku mintak maaf jek lah. Dia kata, tak de masalah. Dia dah jual pun stok tu. At least aku tak bersalah lah. Agaknya Ermeey siap cakap aku nak cepat agaknya. Padahal aku kata nak kol dulu. Tapi oleh sebab dapat tawaran palsu tu, aku tangguh lah dulu. So, sekarang aku tengah tunggu Awie ni hantar quotation lah ni. Pastu aku dah boleh pos paper work. Malam tadi dah pulun siapkan edit paper work tu. Abang lah yang pandai pun. Aku tukang kritik je.

Tuesday, 21 November 2006

PATAH LAH HATI

What else to say?
Lupakan saja. Tak ada rezeki nampaknya. Hidup mesti diteruskan.

Pagi ni aku call SPA pulak. Tak nak tunggu lagi. Tak nak pikir lagi. Dan keputusannya, kesilapan teknik, aku cuma calon simpanan. Sebenarnya. What? Inikah perkhidmatan yang cekap? After almost 2 month pun tak perasan ke apa yang diletak dalam website? Salahkan aku pulak yang tak call diorang dulu. Apa guna website tu kak oi!!!

Alhafiz pulak cakap, nasib baik aku telefon, kalau tak dia pun tak tau, aku pun tak tau. Ini bukan nasib baik lah brother. Untuk memburukkan lagi keadaan, semua calon dah report last Thursday dan takde makna lah calon simpanan seperti ku ini. Tak dapek den menolong.

Menangis jap 5 minit. 5 minit jek. Pas ni nak call Awie. The man from Kelate. Kalau tak, kan aku dah submit paper work! Heeeee menyusahkan betul.

To all of you out there, ambil iktibar dari tragedi (baru tengok iktibar tragedi kat TV3 Sabtu lepas) ini. Jangan percaya sangat kat website SPA tu. Better call terus. Aku siap bagi nombor ni untuk kesenangan orang lain di lain kali.
SPA : 03-88856000

Monday, 20 November 2006

Awak sihat?

Huh! Memang lah sihat, tapi jiwa ku kacau! Apa lah mamat JPA tu. Dahlah lum ada apa2 perkembangan dari SPA, lagi tanya aku sihat ke tak.

Minggu lepas memang tak best. Khamis lagi lah. Kalau tak, kan aku dah berkerja. Tensi tensi. Rabu malam, pergi hantar Amir ke Muar. Petang tu makan kat Sitam Sup lagi. Heaven tul sup dia sampai sakit sakit perut aku malamnya. 2-3 kali gak memerut. Tapi takpe, asalkan sedap makan. Sakit perut sekejap jek. Pergi antar Amir tu pun lepas abang balik surau kul 9 lebih. Abang Z dah balik dari Acheh, esoknya nak gi KL. Dah lah kami tinggalkan Kancil kat dia. Kancil tu pulak tengah panas baran. Tak berani lah nak bagi dia jalan jejauh kan. So, memang kena hantar Wira tu balik Muar. On the way ada kebakaran kat pekan Semerah. Tapi bukan deretan kedai, Cuma satu rumah kat area pekan tu jugak. Masa kami lalu tu memang tengah marak lah. Bomba pun tak sampai lagi. Kalau ikutkan, bomba mesti lalu ikut laluan yang sama ngan kami. Ni mesti baru je terbakar tuh.

Sampai Muar, pindah kete, duduk jap, terus chow. Tak singgah memana lagi. Lalu kat kebakaran tadik, dah padam sepenuhnya. Bomba masih ada lagi.

Khamis malam, lepas Isyak jugak, keluar. Teringin makan Pizza pulak. Tapi dah nak tutup, makan pun lelaju. Tu pun tak sempat habis, dia dah kemas2, mintak bayar bil. Bawak balik sepotong, sampai2 rumah terus makan.

Jumaat, malas masak lagi, makan kat Seri Kenangan. Aku makan Nasi Goreng Paprik ngan Fresh Apple. Abang makan Nasi ngan Tomyam Udang, air Mango Ice Blended. Sedap. Apple juice aku tawar jek. Lenkali boleh mintak ice blended dia lagi. Tapi rasanya bukan fresh mango lah.

Sabtu pagi pergi pasar. Ada orang tu dah komplen asyik makan luar jek. Tak sampai pun seminggu sebenarnya. Petang Ulin ajak pergi shopping hamper. Bebudak tu nak gi Pulau Sibu. Tapi Ulin tak pergi. Abah tak bagi. Sekarang ni memacam kes kan. Hanyut la, lemas lah, hilang lah. Lebih kurang kul 6 ambik Ulin kat bus stand, pergi K4. Seronok tul shopping jajan. Ada hamper Deepavali ngan Raya, tapi tinggal yang mahal jek. Yang Deepavali pulak memang murah, tapi ada Whisky pulak. Maka, beli lah banyak2 jajan, wrap sendiri. Dua troli gak tuh. Kami beli barang dapur sket. Try beli Chochettes. Mansinya! Kena hisap, takleh gigit. Abang bayar ngan KK. Dapat cash. Lepas Maghrib, hantar diorang ke KUiTTHO. Singgah lagi beli plastic wrapping ngan bakul. Pusing2 kat Bukit Pasir. Banyak kedai dah tutup.Beli bakul tu pun kat Parit Raja. Kat kedai tu ada servis wrapping free. Ada ke abang cadangkan wrap hamper kat situ. Gilo ko opo? Mendap lah jugak kete. Dahlah Kancil. Orang nya 4 orang. Pas antar diorang, singgah Lab, abang print draf tesis.

Ahad, plan nak gi JB. Angin apa ntah abang tu. Konon hari ni nak enjoy. Lepas abang gi kenduri kawin kat rumah Kak Sabar, bertolak lebih kurang kul 11.30. Pergi ikut Pontian. Tukar angin. Oleh sebab kereta tu panas baran, 2 kali kena berenti bagi dia sejuk. Satu kat Air Baloi, second kat Masjid Pekan Nenas. Kebetulan dah Zuhur, solat sekali. Panas terik tul. Dah dekat2 Skudai ada hujan sikit. Terus pergi Tebrau City. Lalu jalan Tebrau. Dah bukak pun susur keluar ke Kota tu. Abang yang lupa. Aku macam ingat dah bukak. Sekali tengok memang dah bukak pun.

Memula sekali masuk Jusco. Tengok bahagian Home Furnishing. Seronok pulak. Macam2 ada. Bahagian cabinet dapur ngan toilet pun ada. Lama gak kat situ. Pastu gi tengok baju. Terbeli seluar jeans Lady Like 29.90. Abang pun terbeli jeans 39.90. Seperti biasa beli benda tu 10.00. Pastu jenjalan masuk macam2 kedai. Bukan nak beli pun. Saje suka2. Lepas Asar baru keluar. Terus pergi Stulang Laut, makan mi rebus. Memula nak singgah The Zone. Sekali dah kenyang, malas pulak. Memula makan sepiring sorang. Tak cukup pulak. Tambah lagi satu, share. Makan otak2 6 keping. Tak pedas sangat. Mesti otak2 JB. Kalau Kempas punya pedas sikit.

Selesai makan, dah dekat maghrib. Jenjalan kat bandar. Jammed jugak. Tak singgah. Saje nak tengok suasana kat area Sg Segget. Oh, dah jadik cenggitu. Nostalgia zaman bercintun. Pastu ingat nak balik, tapi singgah lagi Mydin kat BBU. Maghrib kat situ. Beli barang sket. Lebih kurang kul 8, dah bertolak balik. Kali ni lalu Kulai. Singgah Isyak kat Petronas, makan ais krim Nestle aku makan ais krim coklat inti vanila, abang nyer inti coklat. Aku punya RM1, abang nyer Trophy, RM2. Tapi Trophy tu pahit sket coklatnya.

Sampai Parit Raja dekat pukul 10. Singgah makan kat restoran sebelah Wellward. Aku makan lamb chop, abang chicken chop. Memang niat nak jalan2 cari makan. Boleh tahan gak sedap. Total RM16 jek. Pastu terus balik. Penat.

Pagi tu dengar Carta ERA, Nana cakap pasal mi bandung sedap kat bas stand Muar. Lenkali nak pegi. Hehe.

Monday, 13 November 2006

JPA, SPA DAN PUNB

Mula-mula, aku call JPA dulu. Cakap ngan Alhafiz. Dia kata, nama aku takde dalam senarai. Oh, tidak!!! Kendian, aku call SPA pulak. Lepas di pass ke beberapa orang, sampai ke satu perempuan. Dia check IC aku, dia kata surat dari SPA dah di pos sejak bulan September lagi. Non ado!

Aku call JPA semula. Alhafiz lagi. Dia check lagi. Aku sebut nama2 yang sekali ngan aku dalam list berjaya aritu. Sorang India, ada. Sorang Jawa, ada. Aku tanya, diorang dah report lom? 16hb nih. Means, hari Khamis nih. Big problem nih. Tak pernah berlaku lagi sepanjang kerjaya Alhafiz nih. Pastu aku tinggalkan no IC ngan no phone. Dia nak call SPA dan call aku ASAP.

Tunggu punya tunggu, pukul 5 lebih, dia pun call. Soalan pertama dia, aku kerja ke tak. Ah sudah. Maknanya nak suruh aku jangan resign dulu lah tu. Dia cakap, jangan buat apa2 andaian dulu dan doa banyak2 sementara tunggu keputusan. Maknanya, aku dah kembali kepada situasi sebelum keputusan keluar lah. Anggap cam sebelum 2 Oktober lah. Dan aku tak terlibat ngan report hari Khamis nih. Huh! Aku tanya, ni kira masuk calon simpanan ke? Dia kata tunggu je. Aku tanya, sampai bila? Seminggu dua nih. Huargh!!! Tak efficient sungguh. Moral down. Kecewa. Frust. What else to say??? Semua kan ada hikmahnya. Bak kata lagu sinetron Hikmah.

Takde mood dah. Tetiba, lepas Maghrib, dapat ilham. Eh, kan dulu masa sebelum tahu, dah ada alternative. Malah kalau boleh tak nak pun kerja nih. Jadi kuli. Hello Norasiah, PUNB masih ada RM50,000 nak bagi kat kau lah. Jangan sedih sangat. Alhamdulillah, sekarang dah ok. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan urusan aku. Amin...

Sunday, 12 November 2006

Open House Dan Baby Cute

Satu-satu. Nak cerita pasal open house kecil-kecilan yang aku organize kan special untuk meraikan abang dan kawan2 Masternya yang selesai ber ‘presentation’. Tarikhnya 8 November. Tengahari. First time buat makan2 begini, aku siap buat jadual ala2 organizer lagi. Hehehe.

Menu yang dicadangkan, nasi impit, sayur lodeh, rendang daging, kari ayam, kuah kacang, sambal telur puyuh, kek coklat, lengkong santan, buah oren, tembikai dan honey dew, air jus mangga dan oren mandarin, teh o panas.

Rabu, 7 November pagi, pergi pasar ngan K4 beli bahan2. Daging ½ kg, tulang 1 kg, santan, sayur2 lodeh, ayam, telur puyuh dll. Balik tu terus siang sumer. Hari tu puasa ganti 12-2. Petang, buat kerisik. Lenkali guna kuali kecik, cepat sikit. Sangai kacang dan abang kisar. Sangai jintan dan ketumbar. Goreng bawang untuk sup. Buat kek coklat dua buku. Satu untuk marhaban malam tu. Buat lengkong gula melaka santan. Buat air gula. Petang, hujan lebat. Pastu abang gi beli buah. Takde buah oren, tembikai ngan honey dew jek. Ok je lah.

Lepas Maghrib, group marhaban pempuan dah jalan. Memula sekali rumah kami, tapi time tu kami tengah buka pose. So, diorang gi rumah sebelah dulu. Ngan rumah depan. Pastu baru diorang masuk rumah kami. Sekejap jek, tak makan minum pun. Makan minum last sekali. Makanan kumpul kat satu rumah, makan kat situ jek. Pastu aku tak ikut marhaban dulu sebab lorong aku tu aku dah jalan aritu. Aku ikut masa gi lorong depan. Yang aku perasan, rumah2 lorong depan tu kureng sket. Kalau lorong aku ni, walau rumah murah, sumer hias ala2 ok gitu. Kul 10.30 habis marhaban, baru makan. Macam2 ada. Aku makan sup tulang kambing. Peh! Sedap tu. Kolesterol tinggi sungguh. Cuma takde straw je, takleh aku nak sedut tulang gear box tuh. Rugi2.

Balik tu, group lelaki lum balik. Tak lama baru abang balik. Bawak balik pinggan kosong. Licin gak kek aku. Aku pun start bersilat. Bunga2. Rebus nasi impit dua tungku. Takde periuk besar. Aku risau kan gas abis je esok. Dua jam je aku rebus. Tu pun da kul 1 pagi lebih. Kopek2 bawang. Aku tak blend sekali. Sebabnya, malu nak cakap. Aku tak geti nak agak berapa banyak nak letak kalau dah blend asing2 bawangnya. Kalau sekali campur tu aku boleh lah nampak variasi bawang2 tu dlaam blender tu kan. Boleh lah agak2. Hehehe. Bawang sumer aku dah siap asingkan. Tinggal basuh and blend dan terus masak. Sayur pun dah siap potong. Lepas siap nasi impit aku rebus tulang pulak. Dua jam lebih gak. Sambil2 lelap. Kul 4 pagi baru empuk.

Pagi, kul 6 aku dah bangun. Mula2 rebus telur puyuh dulu. Sambil solat Subuh. Pastu blend barang rendang dan terus campak sekali bahan2, daging dan santan. Tinggal aje. Abang tolong kopek telur puyuh. Time kasih bang. Sambil2 tu blend bahan kari dan masak terus. Kali ni sumer aku blend. Malas nak tumbuk. Kalau ikut aku, bawang2 lagi aku suka tumbuk. Bukan sebab lagi sedap. Psyco je tuh. Sebabnya kalau tumbuk, bila tumis tu cepat je kering. Kalau blend kan banyak air, so perasannya macam tak masak je bawang tuh.

Sekejap je masak kari. Terus masak lodeh. Rendang pun masak saing2 lodeh. Sekali pandang dah ada rupa rendang Mak Siti dah. Oh... dah ingat la, kalau nak wat cam mak, kaler kerisiknya camana. Tak leh sama ngan Mak Umi.

Pastu masak sambal telur puyuh diikuti ngan sambal kacang. Bab sambal kacang ni je yang aku tak confident sangat. Macam tak sedap je. Lenkali takyah buat lah. Bukan diorang makan pun. Buang je banyak. Last sekali baru aku tumis untuk sup dan renih bagi lagi empuk. Kul 10 pagi, selesai memasak atas dapur.

Lebih kurang kul 9.30 gitu, abang call. Laaa presentation dia postponed esok. Sorang je yang present arini. Panelnya takde plak. Tahu pulak baru pagi nih. Maka, takde lah berpoya sakan mereka petang nih. Nak wat camane, masak pun dah siap.

Lepas siap masak, kerja potong memotong membanting padinya bercerailah tangkai jerami. Tak lah. Potong kek, lengkong dan nasi impit. Buat air. Lama gak aku mengerjakan benda alah tu. Sampai abang balik kul 12. Abang pasang meja yang dipinjam dari surau. Kebetulan malam tadi diorang pinjam untuk marhaban, kami pinjam terus lah untuk open house nih. Nak hidang kat dalam rumah, alamat makan atas tangga lah jawabnya. Sibbaik tak buang lagi langsir lama tuh. Boleh buat alas meja. Pastu abang potong buah-buahan. Aku mandi siap2. Bukan aku masak busuk2 ok. Kul 4 pagi lepas rebus tulang malam tu aku dah mandi dah.

Pukul 1 tengahari, kumpulan pertama datang. Bukan ramai pun yang kami jemput. Tak sampai 15 orang. Yang memula sampai nih: Idzura, Huda, Hisyam. Yang si Huda tu aku pernah jumpa 2 kali. Dua-dua masa interview; KUiTTHO n KUTKM. Diorang datang je aku terus solat. Karang leka pulak. Kul 1.30 datang group kedua: Tee, Aldrin, Yusri, Afarul, Damhuji. Yang Aldrin tu aku jumpa first time masa interview KUTKM gak. Yusri tu orang Kemasik. Masa aku kat Dungun, abang pernah lah datang sana naik kete dia 2 kali. Pernah gi rumah dia sekali, sebelum raya tahun lepas. Eh, aku tak perasan diorang ni datang sekali ke tak.

Kul 2 Reza datang sorang. Bila diorang sumer balik, baru Reza ni makan. Boleh dia tak tau presentation postponed. Dia ngan Aldrin memang dah confirm postponed. Dah kul 3.45 abang baru solat. Leka lah tu. Tak tenteram konon. Kul 4 gitu aku dah mamai. Terlelap2 sambil tengok CSI. Sambil abang borak2 kat luar, aku naik atas dan tido. Kul 6 baru sedar. Abang dah siap basuh.

Lepas solat, tengah panas2 lauk, Daus pulak datang. Firdaus @ Awang ni orang AT5. Satu sekolah masa sekolah rendah dan satu kelas masa sekolah Semenchu. Dua tahun lepas, sebelum kitorang kawin, dia tumpang rumah ni sebulan masa bulan puasa. Masa tu dia baru pindah keje kat SWM. Tengah makan2 (Kitorang pun makan sekali) Shahrizal pulak call nak datang. Dia sampai area kul 7 gitu. Shah ni satu sekolah ngan abang kat Vokay dan satu kelas aku masa diploma. Dia keje kat Hospital BP sebagai apa entah. Tech kot. Dia datang bawak kawan, Zaki. Zaki ni pulak sebelah bilik si Daus ni masa kat UIA. Dah pusing2 jejak kasih pulak dah.

Solat Maghrib berjemaah kat bawah, pastu baru makan2 lagi. Diorang lepak sampai kul 8.30. Pastu kemas2 segala. Abang sambung rehersal.

Hari Jumaat, abang balik b4 Jumaat. Selesai dah. Tinggal hantar thesis jek. Kira cam dah grad lah jugak. Pukul 3, siap2 keluar. Nak tengok wayang. Ingat nak tengok Bilut, sekali dah takde. Tengok kartun je lah. Flushed Away. Best lah jugak. Show pukul 5. Lepas Asar pusing2 Summit dulu. Lagi 5 minit kul 5 baru gerak ke GSC, sekali aku tertinggal tiket dalam hand bag. Masa beli memang aku bawa hand bag. Pastu masa nak solat, aku gi letak hand bag kat kereta, bawak beg telekung. Dah berlari2 pulak gi ambik hand bag pulak. Masa sampai tadi hujan lebat. Masa ambik telekung dah berenti. Masa ambik hand bag balik, hujan lebat balik. Habis wayang kul 6.30. Terus gi Sitam Sup kat BP Walk. Aku dah gian sup gear box. Sedap tul. Pedas2 gitu. Very recommanded.

Sabtu semalam, lepas Zuhur; kul 2 ok, pergi Muar. Nak menengok ’baby cute’. Singgah Astaka beli hadiah baju, susu Lactogen ngan rencah mee bandung Muar. Kecik2 dulu aku minum susu Lactogen nilah. Sampai2 tu, Amir sibuk tunjuk baby cute dia. Lama gak lepak situ. Siap makan nasi lagi. Sedap plak popiah otak2 tuh. Lepas Maghrib baru balik. REKOD DUNIA!!! AMIR IKUT KAMI BALIK! Memula ingat dia main2, nak bawak segala mainan, baju dia. Konon nak jalan2 dulu kat Econsave baru bukak. Kot2 dia nak balik ke. Sekali tengok cam ber yo-yo ol je. Terus lah bawak dia. Naik2 kete je terus mintak Mentos. Beli kan ’ayam tangan’ untuk dia. Dah nak tido boleh mintak ayam tangan pulak. Strateginya, letak DVD kat atas, boleh la kami tengok TV kat bawah. Sibbaik pagi ni dia tak rebut nak tengok Ceria.

Ni dia baru balik ikut abang Marhaban. Suka dia nak ikut ’masjid jalan2’. Dapat jajan ngan duit raya. Tu pun boleh jatuh satu ang pow. Ok nak tengok The Apprentice.

Monday, 6 November 2006

Raya Lagi

Pagi raya, semua bangun agak lewat. Kelam kabut jugak masak lodeh. Lelain dah siap malam. Tak dapat bersolat raya tahun ni. Abang balik masjid, terus siap2 makan2. Tak sempat makan before solat tadik. Makan reramai. Makan makanan pemberian orang lagi banyak dari makan makanan rumah sendiri. Rumah sendiri banyak, bebila boleh makan lagi.

Lepas makan, berkumpul sekeluarga, bertahlil untuk arwah2 sanak saudara diikuti ngan sesi bermaafan. Tahun lepas sesi ni dibuat malam sebab kami beraya di AT5 dulu. Takde ’ketua’, takleh buat siangnya. Lain sikit tahun ni. Tahun lepas aku bermaafan ngan hubby lepas solat Subuh.

Pastu, makan2 kuih dan lepak jap. Then, pegi rumah mertua Kak Long. Kat Semenchu ni jugak. Kak Long baru melahirkan 3 minggu. Sambil2 tengok baby gak. Balik tu tak buat apa, lepak jek.

Petang, lepas Zuhur, janji ngan Yayu nak balik AT5. Sebelum tu abah call, tanya jadik dating ke tak? Kalau tak, nak ikut mak balik Kampung Makam. Abah tak jadi ikut. Nak tunggu kitorang. Sampai AT5, Yayu lom sampai. Siap2 makan kat sini pulak. Takleh miss rendang mak. Yayu sampai, terus makan. Makan roti canai ngan kuah kari dan rendang. Memang selalu rumah ni buat makanan lain sket. Ala2 sikit. Tahun lepas buat puri. Tahun sebelum tu tosai. Tahun ni Abang Ali balik, so dia lah yang tukang uli dan tebarnya. Memang ni pun makanan yang orang blok ni tunggu2 bila baraan. Kekenyangan, jamah sikit je kuah lodeh.

Tengok CD Heart. Lembab je citenya. Sampai tertido. Petang, gi rumah Wakru. Pastu ingat nak gi rumah Mak Aji, sekali tengok ramai orang, tak jadik. Pastu lepak je. Petang, Yayu balik Sungai Mas. Malam, ajak abah gi Sungai Mas. Pastu bawak abah gi Semenchu. Pastu antar balik AT5. Balik tu, mak dah balik. Ingat nak makan dulu, tapi rasa tak selesa plak. Makan kat Semenchu lah.

Balik Semenchu ada bawak balik lauk dari AT5, Memang niat nak makan ala2 lontong. Siang tadi jamah sikit je lodeh tu. Sekali, lepas mandi, tengok2 tepen tu dah siap basuh. Tanya mak, dah campur sumer ngan lauk yang sama dalam periuk. Maknanya kuah lodeh pun dah campur ngan 3-4 kuah lodeh rumah lain gak. Telan liur jugak aku. Lepas mandi abang ajak makan. Aku tak makan. Merajuk sket. Huargh!!! (raya haji kat AT5 tau bang.)

Raya kedua tak pegi memana. Petang mak antar Kak Zela ke hospital. Dah ada tanda. In yang hantar. Abang Man balik kampung dia kat Muar semalam.

Raya ketiga, Abang Epet balik AT5 hari ni. Dah pakat ngan Yayu nak tido AT5 ari ni. Kak Zela dah bersalin pagi Subuh tadi. Girl. Tengahari mak gi hospital jemput dia. Petang lepas Asar baru balik. Diorang nak berjalan raya plak. Aku dah bengang je. Lepas Asar, keluar. Konon nak gi AT1 ngan Pasak je. Sekali dah dekat Maghrib, decide nak gi Kulai pulak. Ingat dekat ke. Mana sempat nak balik AT5. Bengang betul. Lepas 2 rumah AT1, singgah Masjid Kota solat Maghrib. Then, terus ke Kg. Pertanian rumah Cik Man. Takde orang. Anak dia ada, tunjuk jalan pergi pulak rumah Cik As. Dekat taman2 area IOI Mall tu jek. Pastu pergi rumah Pak Andak plak. Langkah kanan. Memang tengah lapar giler. Makan rendang ayam kampung ngan roti. Sedap betul.

Lepas tu, terus balik. Masuk Taib Andak, nak tengok rumah baru Mawi. Tak jumpa pun. Balik terus tido. Tido bersandar. Lom turun roti ngan rendang.

Raya keempat, pepagi lagi balik AT5. Sumer tengah siap2. Mak nak beraya ke Masai. Kitorang sarapan dulu. Lepas siap sumer, pergi kubur. Then, gi rumah kak Nana kat Ulu Papan Bandar Mas. Dah gemuk Ijat tu. Adik dia Faiz dah kawin. Pun dah gemuk. Kat rumah tu ada Mak Long ngan keluarga Abang Razak. Sambil2 tengok VCD kawin Faiz. Makan mihun ngan air oren.

Balik tu, abang Epet nak balik Mersing. Ita dah gi Air Terjun plak. Terus gi Mersing. Abah ikut gi Mersing. Esok balik abang Epet hantar lagi. Tinggal rumah ngan Yayu. Petang sikit gi rumah Mak Aji. Jumpa Nana, anak sedara Mak Aji. Dah besar pun. Dah keje, grad UiTM. Adik dia Norma tengah Kat UiTM gak amik coz yang sama ngan Jun. Dulu masa kecik2 diorang duk kat kedai Pak Aji. Kawan2 gak ngan diorang. Macam2 cerita kat rumah Mak Aji. Balik dah kul 5.

Lepas Maghrib mak balik. Kami pun nak balik. Singgah makan kat Daud. Aku order Mi goreng basah, Abang nasi goreng paprik, Yayu Nasi Pattaya, Najib Ayam masak kunyit. Mi aku pedas giler tahap dewa. Takleh nak makan. Aku makan daging jek. Ingat sama cam mi goreng kat Daud Kota. Ala2 mamak. Order satay. Aku yang tukang perabis. Pastu balik Semenchu, Yayu ikut sekali beraya.

Raya kelima, Sabtu, lepas sarapan, siap2 nak balik BP. Yayu nak bermalam sana. Lebih kurang kul 10 dah bergerak. Ulin ikut sekali nak balik KUiTTHO. Tengahari dah sampai. Beli lauk kat kedai oren. On the way tu Yayu call, ingat nak saing. Aku ingat tak saing. Dah jauh dah. Abang yang tak nak saing. Dia ingat Yayu nak singgah Parit Yaani. Sebenarnya Yayu nak singgah rumah Ayani kat AT5 tu je. Apa da…Tak lama Yayu pun sampai. Lepak2 dulu. Petang sikit keluar. Gi K4. Maghrib kat situ. Pastu gi Summit.

Ahad, pagi gi pasar. Balik beli sarapan kat kedai oren lagi. Tengahari aku masak ikan siakap sweet sour. Petang Yayu nak bertolak ke Pagoh pulak. Kami bertolak ke Parit Yusof. Singgah Bintang Emas, tengok kain. Banyak habis stok lepas raya. Tak jadi beli.

Sampai Pt. Yusof dah Asar. Ada Busu ngan nenek je. Huhahuha, kul 6 gi rumah Mak Long plak. Dinner kat situ. Lepas Maghrib gi rumah Kak Long Idah. Then, gi rumah Tok Man kat Semerah. Lama gak kat situ. Sampai ngantuk2. Balik lebih kurang kul 11.

Isnin jalan raya satu lorong. Gi rumah Kak Yana/Man Popeye, Kak Jah/Cik Sis, Kak Lela/Abg Enal, Ibu, Kak Mala. Sambung esok. Esoknya gi rumah Kak Zira/Zam, Kak Mek, makan mi, Kak Idah (Cikgu), Cik Anis dan beberapa lagi. Habis. Diorang serbu rumah kami. Aku masak mi goreng, tapi tak cukup lah pulak. Tak sangka ramai gitu.

Hari seterusnya abang sungguh sibuk menyiapkan technical papernya. Sepatutnya hantar ari Khamis. Tapi tak siap. Hari ni baru hantar. Tu pun macam tak nak siap2. Aku yang penat menengoknya.

Hari ni abang ajak puasa. Dia puasa enam, aku puasa ganti. 12-1.

Wednesday, 1 November 2006

Pre and Post Raya

Seminggu sebelum raya lagi aku dah tak update. Takde pun buat kuih raya. Hari Selasa 17hb, aku try bakar kek coklat ikut satu resepi nih. Boleh tahan sedap. Cumanya resepi ni tak pakai susu segar. Dia letak air sejuk je. Jumaat petang, aku bakar lagi 2 kek. Satu untuk Yayu, satu untuk MIL. Malam, curah topping, tak cukup. Dah pukul 10 lebih, try cari kat Summit, dah tutup, Fajar pun tutup. Sekali, lalu kat Jalan Rogayah, bukak lagi. Oh… dia bukak sampai kul 12 malam Deepavali.

Tengah malam, BIL n SIL sampai. Sorang dari Melaka, sorang dari Segamat, sorang dari JB. Yang JB gi Muar renew insurans kereta, terus ambik dua lagi adik2. Esoknya nak balik kampung sesama. Memula yang dari Melaka nak tumpang kami, sekalinya, barang kami je dah cukup penuh. Nak sumbat dia kat mana? Besok pagi tuh, diorang bertolak dulu, kami keluar lambat sikit. Kemas2 dulu. Lebih kurang kul 12 baru gerak.

Kisahnya aku dah dua malam gatal2 badan. Merah2 macam awan. Abang kata, alah je. Boleh baik sendiri. Masuk dua malam, aku dah tak tahan. Dia bergerak plak ke tempat lain. Besar2 pulak tu awannya. Pagi Deepavali, pergi klinik. Klinik Min kat Bukit Pasir. Klinik panel KUiTTHO. Posmen pun kerja lagi cuti2 nih. Post office pun bukak. Doktor bagi ubat alahan ngan gatal2. Makan dan sapu. Agaknya terlebih makan udang atau makan kerang.

Pastu terus balik. Singgah First Lady Parit Raja. Konon nak belikan baju MIL. Sekalinya tengok bajunya meriah sangat. Liplapliplap. Tak sesuai. Beli minyak Wak Dakam yang Yayu kirim dua botol. Singgah Air Hitam tengok baju. Lalu BCB Kluang, nak singgah, takde parking. Tak jadik. Kereta pulak asik temperature naik. Berenti kat Bukit Tongkat bagi sejuk. Singgah Kota, cari Baju abah. Beli kat Kini. Baju abang pun beli kat situ. Beli murtabak, kebab buat buka. Jammed teruk, buka dalam kereta. Sampai Semenchu lebih kurang 7.30.

Hari Ahad, buat kuih raya. Tat gulung ngan biskut Cornflakes. First time buat. Petang, pergi AT5. Beli air katira ngan kuih muih kat depan. Ramai dah orang kat AT5. Anak2 mak. Malam tidur kat sana. Besoknya, tengahari, balik Semenchu semula.

Kat Semenchu, tengah masak ketupat. Guna kayu api lagi. Aku tolong blend bahan2, potong daging ngan hati. Buka, masak hati. Sedap plak. Tak pernah aku masak hati lembu nih. Makan selalu lah. Dulu. Ayam tua, masak kari. Sebarang je budak ni masak kari. Entah jadi apa je.

Malam, langsir tak siap2 pasang. Akak jugak yang kena. MIL masak rendang daging ngan sambal kacang. Tido lebih kurang kul 2 pagi.
To be continued...