Yah! Yah! Yah! (ni bukan mil sedang memanggil menantunya. ni bunyi orang meregangkan otot). Hiyarghhh!!! Ok dah. Ya Allah... betapa penatnya diriku. Sikit lagi nak demam ni. Tu lah, orang (dato' michelle yeoh kot) suruh minum susu untuk menguatkan tulang, degil, takmo minum. Sekarang rasain loh. Melepek je, dah macam orang takde tulang belakang dah.
Okeh, seperti biasa, bila dah lebih seminggu (tolak tepi entry larut yang tiba2 tu) tak update tu, maknanya ada lah cerita lain dari biasa yang aku nak cerita. Ingat lagi aritu aku pergi pasar malam beli jagung tu? Semestinya kalau aku dah beli jagung tu, mesti ada agenda. Sebelum pergi tu macam malas nya lahaiii... Boleh tak kalau tak pergi? Tapi bila dah sampai, oh, sorga ok. Lupa pasal kerja semua.
Kebetulan pulak, kami pergi tu, akan balik pada hari isnin. Maka, aku pun mintak lah cuti pada hari selasa dan rabu. Pastu terus sambung cuti raya haji. Khamis tu kami dah ganti awal bulan lepas. Kiranya, seminggu lah aku cuti. Best amat! Sibbaik masih ingat jalan ke tempat kerja.
Expectation aku, yutp sebuah uni untuk budak2 pandai, tapi tak dapat ku bayangkan suasananya. Bila sampai jer...
Flashback dulu...
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8 pagi hari khamis. Sepatutnya gerak pukul 7, tapi??? Boleh, driver tu cakap, kalau gerak pukul 7, budak2 tak sempat makan, nanti kena berenti makan pulak. Kalau pukul 8 dah siap sarapan la kononnya. Tapi, mana lah kita tau dia berfikiran sedemikian, kan? Lenkali cakap lah siang2. Ni pukul 7 telefon dia baru nak mandi. Memang bongok tahap 8!
Oleh kerana semua takde hubungan telepathy dengan driver, maka kena lah berenti sarap dulu. Kami makan di pagoh. Kendian terus je jalan sampai lah ke rawang, baru lah berenti lagi. Driver ada 2 orang. Bila driver junior yang bawak, yang senior sibuk mengajar memandu. Sampai ke bab gear apa nak pakai pun dia ajar. Driver junior dah bengang. Ko dah tak drive tu, tido je lah. Yang tambah best lagi, radio bas tu rosak. Memang sebal la rasa.
Sampai di yutp lebih kurang pukul 4 petang. Lepas register, kami terus ke asrama. Umak aiii... takde ramp ker? Sampai terlucut suar student yang tolong angkat kan beg aku huhuhu. Masuk bilik asrama, umak aiii lagi sekali. Kotor giler toilet dia. Tak boleh flush pulak tu. Sibbaik lah perut aku ni jenis beri seminggu sekali. Memang bengkek ar dengan asrama dia. Tapi bangunan utama dia cantik la. Sangat sebenarnya. Memula sekali nampak library dia. Ingat library yuthm dah cukup canggih dah. Sekali tengok library yutp, pergh! 5 kali canggih kot.
|
Menggunakan konsep pelantar minyak katanya |
Kalau cenggini lah gaya librarynya, harus aku boleh dapat four flat (kot). Rupanya baru ku tahu yang yutp ni asalnya ialah usm. Rasanya sebelum pindah ke nibongtebal kot derang kat sini. Laaa ye ker? Patut lah ada bangunan2 lama guna batu blok. Tapi sekarang dah ada bangunan baru lah. Santek! Masjid baru pun santek. Boleh, aku terlupa nak tangkap gambar bangunan2 santek itu? Tak boleh, kan?
Malam pertama tu kami tak keluar ke mana2. Makan kat cafe asrama jek. Tu pun tak banyak pilihan. Ada satu kedai ala cart, satu kedai makanan arab ke haper tah. Aku makan kuey teow hailam kot, lupa. Pasal makan takde masalah. Siang disediakan, malam dia bagi duit sorang rm15 untuk 3 malam hihi. Kayes la petronas nih! I loike!
Hari jumaat, pagi2 lagi kami dah pergi menyiapkan booth. Dah terlambat untuk sarapan. Maka, kami makan kat cafe je. Tapi, adoiyai... jauhnya nak pergi. Tak banyak pilihan pulak tu. Ada satu tu kedai makanan barat, yang jaga kedai tu pun mak saleh ok. Sambil tu ada beberapa sesi seminar. Aku masuk sekejap je, malas nak dengar huhuhu. Lepas makan tengahari, aku balik ke asrama. Jalan kaki. Ada la dalam 1km kot jauhnya. Kawasan dia luas, lapang. Laluan pejalan kaki dia luas, tangga dia luas. Ada banyak tasik. Masjid pun ala2 masjid terapung. Pastu yang aku perasan ialah kat sana susah sangat nak jumpa tong sampah. Tapi tak de pulak sampah bersepah. Disiplin mana dierang amalkan tah ni. Bangunan dia semua dinding kaca dan takde tampal2 iklan ke haper pun.
Malam tu aku tak makan. Banyak sangat dah makan. Ooo selama ni aku pelik, kenapa lah ramai sangat orang beratur nak beli ayam goreng unclebob kat pasar malam tu. Rupanya memang sedap. Dia mengubah persepsi kita terhadap daging ayam bahagian dada di mana dia cuma jual bahagian dada je. Pas goreng tu (tepung diapun sedap) dia taruk serbuk cili atau black pepper dan digunting kecik. Terus jadi sedap. Padahal selalu tu dada ayam langsung tak pandang.
Esoknya hari sabtu ialah hari penjurian. Seawal pagi lagi kami dah pergi.
|
Booth kami yang bertuah |
|
Program ni juga bersempena dengan konvo yutp pada hari ahad. Tengok tu, ada ezad exist dan amir uk's! Teruja nak pergi tengok. Tapi... |
|
Aku tengah pikir, kalau ambik scholar hlp boleh belajar kat uni swasta tak? Kalau boleh, aku nakkk!!! masuk yutp ni. |
|
Peserta untuk group aku. |
|
Proses penjurian baru bermula. Projek reban ayam. Juri dah selesai baru ayamnya sampai. Susah nak jumpa reban ayam kat tronoh ni yea. |
|
Lain2 projek. Kami bawak 9 projek. Peserta untuk kategori kami ada 20 kot. So probability untuk menang adalah tinggi. |
|
Menunggu giliran diadili |
|
Mesin masak bubur lambuk |
|
Pengupas nenas |
|
Pengupas bawang pulak |
|
Beriya budak tu dengar penerangan student aku |
|
Penjurian projek jagung ku. Ekceli pertandingan ni untuk student jek. |
Petang tu majlis penyampaian hadiah, tapi aku yang tak tau tentatif ni boleh tak pergi? Boleh? Siap qadak tido lagik. Tau pun bila student call bagitau projek jagung dapat saguhati hihi. Ok lah tu kan. Projek lain ada yang dapat nombor 2, 3 dan 2 lagi saguhati. Kira @tec bolot kebanyakan hadiah lah. Total kemenangan ialah rm6k. Wow! Untuk pingat pulak, projek aku dapat perak je. Yang lain semua dapat pingat, ada emas, ada gangsa. Tapi dapat pingat tak dapat duit hehe.
Malam tu aku ingat ada konsert ezad ngan amir tu, rupanya silap haribulan. Penat je aku menapak 4km pergi balik demi nak ke tapak pesta konvo itu. Dah lah hujan. Sekali bila acara start, eh, kenapa sopan berbaju melayu pulak mc nih? Rupanya hari tu ada forum. Ceh! Sekejap je lah kami dengar forum tu. Tu pun sebab sorang panelnya ialah...
|
Sebelum forum dengar orkestra ciner dulu |
|
Nampak tak siapa yang kanan sekali tu? SMS uols!!! |
|
Perjalanan pulang ke asrama yang sungguh jauh. Tu bangunan kampus utama yang ada library dan dewan besar. |
Hari ahad pagi ada acara penutup dan penyerahan medal2 selain emas. Dalam masa yang sama kat dewan ada konvo. Tun M yang sampaikan.
|
Silver lagi. |
Akhir sekali yang aku perasan, urusetia program ni, termasuk program konvo dan pesta konvo, semuanya terdiri daripada student yutp sendiri. Best nya jadi staff ek? Rilek jek.
Tengahari dah habis dah program ni. Maka kami pun berkemas2. Bungkus2 mesin masuk lori dan kemas baju. Sepatutnya kami balik hari isnin kan? Sekali tah macamana kami boleh terpengaruh untuk balik hari ni. Sedihhh tak dapat tengok amir uk's dan ezad hukhukhuk. Keciwa.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun check out. Kena bergerak secara perlahan sebab takmo sampai awal. Kalau awal sangat, esok kena kerja huhuhu. Maka kami pun menyinggah di kelli's castle. Aku masuk sekali lagi. Tapi dah lain la. Dah cantik. Rasanya dah diswastakan kot. Ada banyak pondok2 wakaf berwarna putih, kerusi2 putih di sekeliling kawasan tu. Cantik! Dan ada bangunan kat pintu masuk. Ada kafe dan mini teater. Tapi lum bukak lagi.
|
Kat dalamnya masih sama. |
Masa sampai tu aku nampak ada pengantin. Ooo memang spot untuk outdoor photoshoot kot tempat nih. Bila aku melangkah masuk je ke dalam castle ni, aku terkejut dan pengantin tu pun terkejut! Sebab? Sebab pengantin lelaki itu ialah KERING! (ingat kisah superman penyelamat aku di uitm dulu?) Kering ialah kawan baik encik suami semasa sekolah dulu. Tak sangka sangat. Punya lah jauh dia kawen, jumpa nya kat sini. Tak tau pun dia nak kawen. Tak bagitau pun.
|
Dah takde tulisan atas tanah dah. Dia wat cenggini, lagi class. |
|
Nampak maknusia yang tengah beratur kat atas tu? Student aku lah tu. Gayat aku menengoknya. |
|
Boleh pulak dia duduk juntai kaki kat situ. Sengal kaki aku. |
|
Ni bangunan baru tu. Cantik. |
Akhirnya kami pun balik. Singgah kat tapah dari maghrib sampai isyak, masuk kl jugak. Akhirnya sampai di @tec pukul 3.30 pagi. Giler lama!
|
Mock cheque yang dimenangi |
|
Oh, perasan tak gambar kat tiang tu? Tu gambar alumni2 yutp yang tercatat tempat kerja mereka sekarang. Semua kerja hebat2 ler. Ada yang keje gomen pun tahap2 ptd ler. Founder agensi modelling di us pun ado. Bukan kat situ jek ada gambar2 ni. Sekeliling kampus pun ada. Kira kat tiang2 sumer ada lah! |