BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 18 January 2011

Imbasan 2010 & Sasaran 2011

Belum. Memang belum terlambat. Sebab, bukan tak boleh aku taruk tarikh publish entry ni ke 1hb? Biarlah kalau orang tak baca pon? Sendiri baca sudah lah. Tak pun, aku publish je macam biasa, bulan depan aku tukar je lah tarikhnya. Takde siapa peduli. Kenapa perlu memuaskan hati semua orang? (lub, sila tulis apa kata maher zen tuh?)

Pertamanya, kita lihat dari sudut materi. Adakah aku mencapai impian seperti entry ini?

1. Tambah saham KPF at least RM10k. Ni kira duit gaji sendiri la. Kurang2 sebulan kena simpan 8-9 ratus la ek? Purata 1k sebulan la kan. Insya Allah, kalau takde aral melintang, boleh la kot. Maybe lebih sebab rancangan aku nak keluarkan kwsp sumer dalam tahun ni. So, nak transfer sumer ke situ. Tu pon kalo takde kebocoran ler kan hihi.
* Tercapai!!! Malah terlebih2 berkali ganda lagi. Pasti fil ku berbangga dengan menantunya yang mendengar kata ini. Walau pun aku mendapat pembiayaan dan perlu membayar ansuran bulanan rm500, kira anggap macam simpanan bulanan lah. Cukup lah buat masa ni. Kalau tak buat cenggini, memang susah nak mendisiplinkan diri. Nak sedapkan hati, gaji naik tiap2 tahun, insya Allah... Oh! tapi duit kwsp tu belum kuar lagi. Nak tunggu dividen masuk.

2. Meja makan. Masih belum terdesak memerlukannya. Ari sabtu aritu sempat gi tengok kat kedai baru dekat2 chan tuh. Baru bukak dah sale eh? Cantikkk. Tapi tak beli pon. Tunggu dia sale raya kang. Salesperson dia pon cakap, time takde sale takyah beli la. Mahal amat.
* Tak tercapai. Tapi tak kecewa langsung. Masih belum mendesak. Masih kenyang makan atas meja yang ada. Dan akan dicarryforward ke tahun ini. Itu pun macam masih belum perlu lagi kot. Nak sedapkan hati, nanti dah susah nak kemas area tu bila banyak kaki2 meja dan kerusi.

3. TV LCD/LED/Plasma. Ni lebih kepada ketamakan. Dah ada 3 bijik tv pon tak cukup gak. Sorang boleh dapat 1 1/2 dah. TV sekarang ok lagi, cuma monitor nya dah memesong ke kiri pulak. Ada senget sikit. Apa guna ada suami yang belajar menservis radio dan tv ek? Hantar kedai alpha tu pon boleh apa. Sajer je kan. Alaaa kata angan2. Tak kena bayar pon kan.
* Tak tercapai jugak. Dan tak kecewa langsung jugak. Takde perasaan. Tapi kalau dah beli yang no. 2 tu, mesti tergedik2 nak beli tv jugak. Macam pakej gitu.

4. Display Cabinet. Tak tau la nak letak kat mana. Dah sesak dah rumah tu rasanya. Tapi, tetap nak jugak. Abis, takkan nak biarkan set2 tembaga aku tu berhabuk je kat luar kan.
* Pon tak tercapai (abis, apa yang ko capai hah? semua pun tak tercapai?) jugak. Pon takde perasaan sebab sedar, rumah ku kecik. Kumpul je lah duit untuk rumah lebih besar, entah bila.

5. Extend kitchen cabinet. Ni memang dah lama plan, cuma macam malas nak pegi kedai tu. Tapi, kena ada perancangan teliti kot sebab bukan sikit pelaburannya. Macam dah tak muat jek kabinet sedia ada tu. Banyak beno periuk belanga. Keluasan tapak memang dah tak cukup dah. So, kena extend ke atas la pulak. Sibbaik aku tak pasang cornice lagi. Kalo tak, katner lak aku nak sambung. Atas siling? Pastu, kalau dah beli meja makan, nak deko2 ruang makan tu pulak. Selama ni macam terbiar je tempat tu. So, nak extend jugak cabinet sampai ke sini. Nak pasang display cabinet gantung plus cermin besar plus plus plus. Macam rumah besar macam banglo pulak ek.
* Yeay tercapai! Sker sker. Tapi masih dibelenggu hutang dengan suami ku uhuk uhuk. Takpe, duit yang aku bayar dia nanti, aku pusing balik suh beli dining table ngan tv ngehngehngeh. BIjak, kan? Dah ada banyak ruang untuk dipenuhi. Sekarang, dah berangan nak memenuhkan ruang itu pula. Sampai bila nak abis daaa. Dunia semua ni.

6. Beli tanah. Dapat sekangkang kera pon jadik la. Kalo dapat tanah pertanian pon takpe. Bleh tanam pokok durian, rambutan, manggis, duku, langsat, dukong, dulang, belacan. Konon tanam keliling tanah. Besok dah kaya raya haji raya puasa sumer, baru buat rumah banglo 8 tingkat, sama tinggi ngan pokok durian yang ditanam itu. Tak agak2 punyer berangan nih.
* Tercapai! Tapi bukan aku yang beli la. Namun, tetap sepencarian. Dan tanah itu sudah hilang dari pandangan. Dah jadi hutan la pulak...

Nampak nya macam lebih banyak yang tak tercapai jer??? Down :( Tapi, itu dari sudut material. Banyak lagi benda lain yang tercapai yang lebih bererti. Seperti? Iaitu, lulus pitikey! Ces! Penat je kan? Tiba2 pitikey dimansuhkan lah pulak. Semoga jpia akan membuat sesuatu terhadap kami2 yang sudah lulus ini. Ini memang impian utama aku tahun lepas, tapi berkesudahan sebaliknya. Kecewa betul. Tapi, itu lebih baik daripada opismate aku yang ambik ptik hari ni, besoknya pm umum mansuh hahaha.



0 komen: