BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 3 January 2011

JJCM 2010 : Strawberry Moment


Sebelah malamnya, kami ronda2 pasar malam brinchang. Aku dimaklumkan, sabtu malam ahad, pasar malam brinchang, sementara ahad malam isnin pasar malam tanah rata. Tapi ada juga yang mengatakan, pada musim cuti (sekolah/umum), hari2 pun ada pasar malam. Entah, tak dapat aku buktikan kenyataan tu sebab aku duk situ semalaman je. Memang sengaja cari hotel di area brinchang atas sebab di atas. Sepelaung je.

Aku beli jagung bakar yang dikatakan manis berkrim. Negatif. Aku beli stroberi yang dikatakan 3 seploh. Negatif. Aku survey harga pasar malam, compare ngan kedai berhampiran yang dikatakan lagi murah. Pun negatif. Sudahnya aku beli limau ngan jem dan kordial stroberi. Sayur langsung aku tak pandang. Kalau pun aku beli, elok sampai rumah, sayur yang dikatakan segar terus dari ladang itu pun dah layu di hujung mekar.

Siapa kata kemron dah tak sejuk lagi? Saper kata waktu siang dia sama je macam kat rumah kiter? Siapa kata duduk kat bilik waktu siang memerlukan kipas? Malah ada yang kata, dah sampai masanya bisnes ekon dimulakan di kemron? Siapa??? Takde saper kata hehehe. Sebenarnya nak kata bahawa suhu di sana masih sejuk pada waktu siang. Cuma mungkin kurang sikit berbanding dulu la kot. Takde la sampai tahap kena pasang ekon kat bilik. Membesar2kan sungguh.

Esoknya, 26 Disember, tepat jam 12, kami pun check out. Terus 'sarapan' di kedai ini.

Rasanya ni cawangan sebab nampak jugak kedai ni masa turun ikut simpang pulai.

Kebetulan berbaju merah. Syerasyi dengan konsep kedai.

Kompius, nak kata breakfast, dah tengahari, nak kata lunch, makan kek, macam minum petang?

Nak yang mana?


Saya pilih ceklat.

Cer compare gambar di atas dengan gambar di atasnya. Serius, aku guna auto je, tapi tiba2 dia soft focus. Perasan pro pulak.


Sebenarnya keknya takde rasa stroberi pon.


Frosty stroberi. Uhuk uhuk uhuk uhuk uhuk (takpe, anggap ubat)

Fresh stroberi juice.



Nyaman.

Ok, good bye kemron!

0 komen: