BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 11 January 2011

JJCM 2010 : Se'eh 2 - Restoran Ta5ik Rab@n



Malam itu, kami tak ke mana2. Makan pun tidak. Dah kekenyangan makan mee udang. Aku la. Encik hairul dah lapar tengah malam tu, tapi tak makan jugak. Diet eh.


Besok pagi breakfast di bawah. Takleh masuk banyak sangat sebab masih terasa ada isi dalam perut.


Tepat jam 12 tengahari, kami pun check out dan menuju ke destinasi makan seterusnya.

Nak balik dah? Takmo takmo. Nak jalan2 lagi!!!


Berpandukan peta di tangan, kami mencari restoran ini berhampiran stadium, kat sebelah bomba dan pbsm.

Aku ambik nasi dengan sambal tempoyak. Rasa nak nangis lagi sekali. Tapi kali ni nangis terharu kot. Sedap giler sambal tempoyak ni. Sibbaik tak giler jadinya.

Juga mengambil ikan talapia bakar cicah kuah asam yang pon rasa macam nak nangis jugak. Isk, apasal sedap sangat ha?

Ikan bakar yang siap diletak harga sekali. So, boleh la bajet.

Juga mengambil patin tempoyak ini. Nangis sampai pengsan!

Lauk pauk di restoran ini. Semakin lama semakin ramai pelanggan.

Sila call untuk menempah.

Duta restoran ta5ik r@ban.

Aku pun tak tau kat mana semua makanan ini pergi. Masukkk je, kuarnya tidak. Opsss. Usus ku panjang kot.

2 komen:

Luna said...

sesuai ler nama tasik raban. sapa yg makan kat situ kira jd terharu mcm tak dpt nak describe ...umpama 'meraban teben' jadinya :D

AyunasiA said...

a'ah. aku makan sambal tempoyak tu mmg rasa terharu sangat. spicles katanya.