BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 10 January 2011

JJCM 2010 : Se'eh 1 - M33 Udang M@k J@h

Dari penang, kami terus bergegas ke tepeng. Kuar kot tepeng utara, belok kanan kat trafiklite, terus sampai jumpa simpang dan belok kanan lagi kat trafiklite tengah2 pekan simpang itu. Tu dah jalan ke kuale sepetang lah tu. Oh, kami nak menerai mee udang kuale sepetang yea.

Sampai kat situ, dah dekat2 pukul 6. Takut jugak kalau dah terlambat. Sepanjang jalan ke sana, jumpa banyak pokok bakau. Pokok bakau bleh hidup kat atas tanah kering eh? Kendian jumpa kilang arang. Oh, kan arang dibuat dari pokok bakau kan. Masuk ke dalam restoran tu, ramai nyer orang.



Datang budak ambik order, dia terus cakap, mee udang biasa dah abis. Tinggal spesel je. Apa yang spesel? Udangnya besar2. Tengok rege, rm11 satu. Gulp! Besar mana mangkuknya dek? Tengok orang sebelah. Oh, nak kata besar tak besar, nak kata kecik tak kecik. Boleh abis kot. So, kami order 2 mangkuk. Dalam fikiran aku, tadi aku makan nasi beriani tu sket je, mesti ada space banyak dalam perot.

Mee udang sudah sampai.

Ni mee udang ke udang mee? Udang lagi banyak dari mee. Ku kira2, ada 7 ekor udang besar2 dalam mangkuk ku.

Nak tau besar tak besar mangkuk tu, cuba congak, bahu aku 13 inci. Dalam gambo tu, mangkuknya kecik sikit je dari bahu aku. Maknanya, diameter mangkuk itu ialah paling kecik pon, 10 inci.

Jemput makan. Apa rasanya? Kuah dia ada macam mee bandung versi takde udang kering/kulit udang. Masam2 manis macam mee racun pun iyer jugak. Dan lebih kurang sama ngan rasa mee udang sungai 2. Kesimpulannya, sedap lah. Berbaloi denga regenya.


Besarnya udang! Bayangkan 7 ekor besar tu masuk dalam perut, campur mee ngan kuah semangkuk.

Menu serba udang.

Akhirnya, bergambar di depan restoran sambil memegang perut. Tak larat nak berjalan. Se'eh.

Dari situ, kami terus keluar hiway changkatjering dan keluar di ipoh. Pusing2 mencari hotel. Nak yang murah, bawah 200 dan ada bathtub. Akhirnya, memilih hotel heritage. Tengok nama macam dah lama je. Tapi bila tengok bilik, impressive nya! Toilet nya sangat bersih. Rasanya baru lepas renovation kot.

Hotel heritage yang agak jauh dari pusat bandar.


2 komen:

Secret Drifter said...

uish sedapnya !!!

AyunasiA said...

errr he? (camne nak jawab komen yg cenggini???)