BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 25 January 2011

Jelajah Pantai Timur Pula

*AWAS! Entry terpanjang abad ini.


Gambar di atas ialah gambar terbaru (dah 2-3 bulan la jugak) di pintu masuk yuthm. Masa baru2 dipasang tu, encik hairul ada cakap, ada gambo robot dia kat nombor 1 tu. Bukan lah robot kepunyaannya, robot kat lab yang dia jaga. Nampak tak, yang kat atas perkataan 'Towards' tu. Ok lah, jadik lah, asal ada kena mengena dengan dia, bangga sangat dah tu (padahal robot tu selamba jek).

Baru2 ni pulak, dia kata, eh, rupanya ada gambo abang la kat situ. Ye lah, selama ni tak pernah berenti lama kat situ, mana nak nampak. A'ah la. Kira masuk kategori fotogenik la tu kot hihi. Sebelum ni, masa pegi promosi kat kuantan, ada juga yang perasan gambar dia kat backdrop booth pameran derang. Tahun ni, sekali lagi wajahnya dijaja satu mesia atas nama promosi. Giler glemer betul lah.

Bajet glemer la tuh

Okeh, baru nak cerita jelajah.

2 minggu lepas, ermmm 13hb jan, kami telah keluar daerah lagi. Mulanya aku dah mintak cuti 14hb, sebab kununnya nak bertolak tengah malam macam selalu. Sekali bosnya pulak tak sampai hati, takut penat jalan memalam dan dia suh pergi siang 13hb je. Aku pula, dengan tak sampai hati jugak, terpaksa lah mengambil cuti 13hb tu jugak. Masalahnya, 13hb kami akan menganjurkan perhimpunan bulanan. Maka, aku terpaksalah datang keje pagi tu dan kami bertolak terus dari sana. Eh, ramai pulak yang tau aku cuti. Tak jadi cuti ke? Bukan cuti ke? Cuti, ni datang untuk assembly ni je. Waaa pekerja cemerlang. Ye lah tu.

Singgah makan tengahari di gambang. Ekceli aku teringin nak makan ikan patin kat restoran hentian tu. Dulu, tiap kali aku balik bp dari dungun, mesti aku singgah lunch kat situ. Makan lauk tu lah. Masih sedap, cuma dah sejuk je. Kami sampai situ dah pukul 2 lebih. Lepas makan, solat dan teruskan perjalanan. Sampai di paka, koling2 sil yang tengah praktikal kat situ. Dia ambik kursus jahitan kat kkbin p0ntian. Dapat praktikal kat satu kedai jahit yang buruk giler hihihi. Tapi siap offer sijil giatmaara lagi. Kiranya sil dah abis praktikal, tapi dia sambung lagi untuk dapatkan sijil giat tu. Makcik tu bayar rm8 je sehari. Masa praktikal lagi lah, rm5 je. Tapi tempat tinggal disediakan. So, kami singgah ambik dia kat kedai jahit tu dan hantar balik rumah. Sekali tengok rumahnya. Alahai...


Tempat tinggalnya yang rumah kayu tu. Macam nak roboh je. Kriuk kriuk bunyi sekali jalan. Yang batu tu bekas kedai jahit jugak. Tapi dah takde dah. Derang duduk berempat. Sempena abangnya datang melawat ni, sil pon suruh la baiki soket yang tak idup. Rupanya fius putus. Encik hairul pun cantum ngan 'fius' baru. Sempoinya! Terus berfungsi seperti sediakala. Kat belakang rumah ni ada perigi tau. Siap ada pam lagi. Kiranya ada 2 paip la kat rumah tu. Air perigi selalu derang guna buat basuh baju je. Pastu, gas pun abis jugak. Kami pun keluar mencari gas. Dah settle semua, kami pun meneruskan perjalanan. Dah dekat pukul 7 jugak time kami bergerak semula tu. Sampai di kt lebih kurang jam 8.30pm. Tujuan utama aku memfollow ialah untuk menerai hotel ini.


Wajib kaler oren.




Malam tu kami keluar makan. Sambil tu survey cari tempat keje tu. Tanya kat frontdesk, katanya dekat maidin. Cari2, tak jumpa. Tanya kat kedai makan, dekat batu buruk sana. Huhuhu tu lagi lah tak logik. Lepas makan, cuba caari lagi. Lorrr memang dekat maidin pun. Belakang maidin dan jayen. Oh, kt dah ada pasaraya besar sekarang. Cuma takde la lagi shopping complex.

Dah terlanjur jumpa tempat tu, kami pun gi lah menjengah. Memang tengah ramai orang dok set up booth memasing. Sampai kat booth derang, dah siap dah.

Perasan glemer di situ

Besok pepagi, lepas sarap, aku berehat2 sahaja. Tv pulak sama macam tivi kat rumah jugak. Semua siaran free ada, plus ria, axn dan movies. Tengahari, perut dah lapar. Hari jumaat, mesti kedai banyak yang tutup. Aku pun bersiap2 dan keluar mencari makan. Mujur juga dekat dengan kehefsi dan pizahat. Aku terjah pizahat je. Makan sensorang. Sedih lah.

Minuman baru di situ, mango apa tah. Tinggi betul gelasnya. Mengah nak mengabiskan.

Lepas makan, encik hairul datang ambik aku pergi sana. Umangaih... ni mana ceruk datang manusia nih? Sikit punya ramai ker... Aku pusing2 dalam tu lebih kurang je. Macam takleh napas pulak. Niat dihati nak kumpul beg pun terpaksa dibatalkan. Dah sudah tu aku gi jayen satu, kendian ke maidin. Takde mende pun kat jayen tu. Soping2 kat maidin jugak yang best.

Dah abis program, kami pun balik. Kengkonon nak cari gerai kopok lekor. Tapi, banyak yang tutup. Last2 pergi stadium runtuh je. Ada aktiviti drift kat situ. Ramai gak orang.

Sekali pandang, macam, mana yang roboh? Dua kali pandang, oh, sebelah tu takde bumbung.


Time balik, terjumpa bunting ni. Mula2 baca, tah, apa maksud dia?

Makanan laut hidup dengan masakan cina halal dan melayu. Ulang2 baca baru faham.

Malamnya, keluar makan di batuburuk. Asalnya nak pergi pasar malam, tapi tak tau kat mana. Bila dah jumpa, pasar pun dah nak tutup. Besar jugak pasar malamnya.

Besok pagi sampai tengahari, aktiviti yang sama macam semalam. Tengahari encik hairul dah abis keje. Kami pun keluar berjalan2. Memula gi makan mekdi dulu. Isy, rasa mahal la sekarang. Tax dah naik 6% tahun ni. Estro pon dah naik harga. Oh, strimiks pon naik jugak tak?

Dah kenyang, kami terus ke muzium. Eceh... sejak bila pulak aku pergi muzium nih? Takde sejak bila. Memang ni lah 1st time aku nak pegi muzium. Tapi tak jadi masuk sebab dah tutup pukul 5. Besok je lah kalau sempat. Lalu kami pun terus ke taman tamadun. Saje tanya2 kot2 bukak lagi. Sekali katanya weekend tutup kul 7. Sempat sangat tu. Aku pun terus beli tiket. Oh, dah naik rege sekarang? Dulu seploh hengget je. La ni, rm15 pulak. Laaaaaa rupanya tiketnya masih seploh hengget, tapi sekarang dia kasik voucher makan rm3 dan voucher souvenir rm2. Macam paksaan untuk memajukan bisnes derang la kot. Nak ikut kan, apala sangat yang boleh dimakan dengan rm3 tu? Dan, takde pun souvenir yang berharga rm2. Semua kena topup. Kejam,

Nak mula dari mana?

Ok, mulakan dengan masjid negara. Aku pun pernah sekali je kot masuk masjid sebenar.



Baru perasan, kalau ambik gambar dia saja, memang nampak macam betul.





Next, masjid di brunei.





Kemudian, masjid di thailand.



Ini pula masjid di singapore.



Owh... taj mahal. Ohya, sesetengah tempat ada ruang pameran dan tayangan video. Macam kat tajmahal ni, aku sempat tengok tempat tu.







Next, pakistan.





Ini pula di baitulmaqdis. Sangat cantik dan detail.




Yang ini boleh masuk dalam masjidnya. Ada replika batu tergantung katanya. Tak boleh ambik gambar dalam ni sepatutnya. Tapi, cantik sangat. Cannot resist ma...

Bahagian luarnya pun cantik sangat. Detail sangat.



Haaa yang ni tengok je aku dah boleh teka. Iran! Ada corak2 macam karpet hehehe.




Yang ini pula, di afghanistan. Lawa lah!



Dan ini pula, di iraq. Aiyok? Cenggini pun ada?



Ini pula, di syria.


Seterusnya kami pergi ke egypt.







Ini pula ialah di turkey, masjid suleiman. Ada dalam citer the net 2.0.





Ini bukan kat tunisia. Masih di turki.



Yang ni barulah di tunisia.



Haaa yang ni dengar nama macam familiar. Alhambra di espana. Ada lagu m nasir sebut alhambra, kan?



Ada kepala binatang kat situ.

Fuh! Ni menara yang unik. Macam rumah api pulak. Terletak di uzbekistan.



Yang ni pun unik oh. Di niger? Bukan nigeria ke? Entah?



Yang ni aku rasa sweet je. Babyblue. Di rusia.



Akhir sekali, kami singgah di china.



Eh, belum akhir lagi. Tadi terlepas indonesia. Patah balik. Time ni derang dah wat pengumuman, 20 minit lagi nak tutup. Sila keluar ikut kedai cenderamata. Ewah... saje je kan.

Masjid yang terbuka. Takde dinding.

Dah abis berjalan, kami pun membeli FM seketul dan untuk makan, kami beli eskrem je.

Malam tu, tido awal. Penat jelajah satu dunia. Tak makan malam pon.

Besoknya, masa untuk pulang. Oh alah. Lupa pulak. Semalam sebelum makan mekdi tu kami pergi pasar pay@ng la. Tak beli kain pun. Ada lah beli barang deko sket.


Balik tu, singgah dungun. Alaaa kedai nasi ayam depan rhb tu dah takde dah. Busstand pun dah pindah. Derang tengah membangunkan semula delah kuale dungun. Masuk yuitm sat. Tak banyak perubahan. Cuma tempat parking dah luas, masjid dah besar, dan ada blok baru dekat karah. Pastu singgah tapau satar kat geliga. Nom nom nom.

Sampai kontan, singgah umah yayu, ambik dainamo. Fuiyooo! Ni stok setahun kot. Kendian kami terus balik. Singgah maghrib di masjid TENANG. Penat nyaaa...

Sekian.


0 komen: