BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 5 January 2011

JJCM 2010 : Tune


Sebelum tu, tak tau la korang perasan ke tak, aku ada satu pe'el di mana, kalau aku dah berkenan pada satu2 baju tu, aku 'boleh' beli sekali dua pasang tapi dengan warna berbeza. Ya, baju di atas adalah salah satu daripadanya. Sama sebijik sebijon dengan baju merah dalam entry sebelum2 ni hehehe.

Baiklah, kali ni aku nak cerita sikit pasal hotel tune ini. Tak tau lah korang pernah dengar ke tidak. Kalau selalu terbang dengan airasia maybe tau lah kot. Sebab hotel ni ada kena mengena dengan airasia jugak. Tang mana tu aku pun tak pasti.

Aku pun baru je discover akan kewujudan hotel ni. Aku ingat sama je macam hotel2 yang lain. Rupanya, sangat lain. Berbeza ok.

Konsep hotel ini adalah bajet. Dengan tema 5 star beds at 1 star prices, ia menepati citarasa aku yang kedekut (negatif) tetapi penjimat (positif) ini hehehe. Apa yang berbeza sangat tentang hotel ini ialah :

1. Kadar biliknya macam tiket ketebang, lagi awal ko booking, lagi murah lah ia. Contoh kalau aku booking 2 hari sebelum, kadarnya rm55, kalau booking 3 bulan sebelum, kadarnya rm22 je. Murah, kan?

2. Ni hotel beghomen ke haper? Murah bebeno? Bukan. Tu contoh je. Ekceli kadar yang aku bagi tu ialah kadar basic. Basic tu bermaksud bilik tu ada katil king size, ada kipas angin dan bilik air. Basic la tu kan. Tak mati la kalau duduk dalam bilik cenggitu. Dia siap pasang ventilating fan kat siling kalau bilik takde tingkap. Plus, tilam, cadar dan selimut nya setaraf hotel ok, bukan selimut kotak2 ala rumah tumpangan tu. Sebab tu dia kata 5 star beds. Dan ia nya kemas dan bersih. Tak geli la pendek kata.

3. Abis tu, panas la tido pakai kipas. Aku duduk hotel pun sebab nak tido dalam ekon tau. Pastu, sabun mandi sumer kena bawak sendiri la? Towel pun angkut dari rumah la? Huh! internet mesti jauh sekali la kan? Opsss tivi ada tak? Jangan risau. Semua2 tu ada (depends pada branch mana la. ada sesetengahnya takde). Cuma ko kena bayar la. Belajar menghargai sikit.

Contoh macam aku aritu, sampai penang dah lewat petang. Malam la lebih kurang. Waktu check out yang basic ialah 10 pagi. Tapi kalau nak extend sampai pukul 1pm, leh tambah rm15.15. Nak cekin awal pun bleh tambah rm15.15 jugak. Leh masuk kul 11am. Pastu, malam tu pulak aku nak keluar makan kan. So, berapa jam je aku sebenarnya berada di dalam bilik? Kurang dari 12 jam! So, aku tambah lah ekon 12 jam = rm 13.62. (hehehe sebenarnya aku teruja dengan konsep topup2 nih. macam henpon). Kalau nak 24 jam pon boleh, rm21.20 je.

Pastu kalau nak sewa towel ngan nakkan toiletteries, cuma rm5.30 je. Tapi kena bagi deposit seploh hengget la, takut ko bawak balik towel dia. Nama pun sewa towel kan.

Pastu wifi pun ada, 24 jam = rm12. Tapi kalau ko memang tak guna internet sangat, pegi je kat lobi dia, leh dapat free access selama 30 minit. Ada beberapa bijik pc kat situ. Sempat lah nak update fb bagitau ko tengah kat mana ke kan.



Breakfast? Ada kat klia, dangabay ngan kl je. Dan kat bali dan london. Tambah rm6/set (dia siap2 tapau kot). Hair dryer pun boleh mintak ok, singgit je perstay/perday (lain tempat lain term). Tapi, tv cuma ada kat kota damansara ngan danga bay je. rm10.59 sehari. Ada la estro sikit2.

Last sekali, dia ada insurans, nak ambik boleh, tak ambik pun takpe.

See... empuk jugak ok.

4. Ok, nampak tak benda hijau atas tilam tu? Itu ialah kad mesej. Katanya, cadar dan selimut di sini akan diganti setiap selang sehari. So, kalau ko stay situ 10 malam dan rasa macam tak perlu lah basuh dulu cadar ni, ko simpan lah kad hijau tu kat mana2. Tapi kalau dalam 10 malam tu, malam ke 4 tu ko rasa cadar itu perlu ditukar sebab ermmm susu anak tumpah ke :) , pagi2 tu ko taruk lah kad hijau tu kat situ. Selamatkan bumi, jimatkan air kekdahnya. Kan, dengar selamatkan bumi je, terus insap. Kalau tak tu, mesti dah cakap, eh, aku dah bayar, ko kena lah basuh tiap2 hari. Tak gitu?


5. Key card dia sama je macam biasa. Cumanya, tak boleh la ko nak kuar bilik, ganti dengan jaskokad (hehe macam biasa je ek?) sebab dia ada data (tak perasan cip ke magnetik) yang menyimpan maklumat topup kita. Dia macam topup tepon jugak. Bila ko slot in kan kad tu, dia start countdown. Cer tengok kat gambar tu. Kredit aku ada 11 jam 50 minit lagi. Kelakar je masa mula2 tu. Aku dah calculate, kalau check out pukul 10, bermakna, pukul 10 malam lah yang sesuainya aku on kan ekon. Tapi aku tak tau yang ekon akan on automatically bila kita slot in the card. Dah... gabra aku sekejap sebab takut kalau aku on sekarang (masa tu kul 6 lebih), nanti kul 6 pagi dia dah mati. Lupa lak aku yang malam tu kami nak kuar dan kad tu akan dibawa keluar jugak. So, no card, no ekon la kan. So, bila aku balik malam tu, dia continue la balik count down tu. Adoiyaiiii sabau je lah. Aku siap ada extra sejam lagi sebab malam tu balik lewat. Hairdryer pun aku rasa konsepnya sama.

6. Dan yang paling best dalam dunia ialah, boleh bayar guna mebengtuyu hehehe. Ku suka! Tak tau kenapa, aku tak berani guna kad kredit secara online. Kenapa eh?

Boleh la. Nak tido je kan.



Sebenarnya, kalau difikirkan balik, ada pengajaran boleh diambil dari hotel tune ini hihihi.

2 komen:

kakLuna said...

boleh tahan jugak condition nya. suka tgk corak dinding nya leh jd idea utk umah hehehe

AyunasiA said...

tekap la corak tu, besok buat kat rmh ko. aku suka yg dinding biru tu.