Saturday, 25 July 2015

Summer Party

Ikut kan hati macam malas nak cerita dah. Dah lama sangat! Tapi sebab aku menjadi orang penting dalam parti ini, maka jatuh wajib lah ia untuk diwar2kan sekalian alam ngehehe.

Sebulan sebelum kejadian, sensei meminta aku untuk membuat sedikit ucapan ketika summer party ini. Me? Why me??? Kerana aku dah tahap senior la kiranya dalam kelas nihongo ni. Yang setahap dengan aku semua dah pernah berucap dah. Maka dengan berat hatinya, aku pun bersetuju.

Bermula lah tidur2 ku yang tidak lena lantaran memikirkan perkara apakah yang hendak aku perucapkan itu nanti? Pada mulanya aku terfikir untuk bercerita tentang rancangan2 tv jepun yang aku tonton semasa kecil dahulu. Meoro Attack, Oshin, Rin Hane Koma, Gaban, Kesatria Baja Hitam, Chiaki, Ultraman, Detektif Konan, dan yang sewaktu dengannya. Tapi selepas aku cuba mengarang ayat, terus block. Nak cerita apa? 

Lalu aku pun bertukar kepada tajuk yang lain. Hari Raya! Ya, senang. Kebetulan party tu berlangsung 2 hari sebelum puasa, maka agak relevan lah kan. Pastu nak karang ayat pun takyah susah2. Google kan aje! Dah siap mengarang (copy and paste lebih tepatnya) dalam bahasa inggeris, aku pun menyerahkan teks ucapan itu kepada sensei untuk diterjemahkan ke dalam bahasa jepun. Ngehehe senang keje aku.

Dan selepas diterjemahkan, daku terkesima kerana laras bahasa yang digunakan agak tinggi. Kalau macam ni, aku pun tak faham apa yang aku cakap hahaha. Tapi selepas beberapa kali, selepas kelas aku duduk bersama sensei untuk berlatih, akhirnya aku menjadi lancar membacanya. Ya, aku baca je, bukan hafal pun. Tapi nyaris2 nak terhafal jugak lah bila setiap hari 10x aku membacanya. Tapi masalahnya, aku ni jenis cakap cepat. Baca teks tu pun menonong jek nak cepat habis. Satu lagi aku nervous tak hengat. Jadi time baca tu macam hilang ingatan gitu. 

Party ni berlangsung pada hari selasa. Jadi hari khamis sebelum tu kami ada rehearsal. Sensei suruh aku memperlahankan lagi pace ucapan aku. Susahnya!!! Selain speech ni, aku juga terlibat bersama classmate yang lain dalam sesi bercerita cerita rakyat. Tajuk ceritanya ialah Issunboshi iaitu budak kerdil. Itu pun jenuh laaa aku berlatih setiap hari nak bagi lancar. Kang tergagap, malu pulak kan. Mujur watak aku kecik je, sebagai dayang puteri. Dan sebagai narrator. semorang pun jadi narrator sorang sikit. 2 baris je dialog aku. 

Yorushiku ne, issunboshi.

ngan,

Aaaaaaaaaaaa issunboshi!!! menjerit bersama mila yang jadi puteri bila issunboshi kena telan ngan jin hihihi.

Pada hari kejadian, aku membuat kuih cara berlauk. Sampai di sana, kami memakai yukata. Sosak dado den bila diikat dengan obi wan kenobi tu. Pelik je bila orang jepun yang ikatkan obi aku tu, siap tengok buku lagi. Buku kekdah mengikat obi. Benda dah buat sejak kecik cenggitu pun tengok buku ke? Tu baru obi reben je tu. Belum obi kimono tu lagi. Ok, setahun sekali je kot dia buat. 


Kontra giler kaler. Tak banyak pilihan sebenarnya.


Lupa pulak nak cabut nametag.



Lepas abis ucapan, encik2 lions club tu bagi komen. Kus semangat! Ingat dia nak tanya apa2 la tadi.


Dah habis party, ramai lah sensei cakap ucapan aku tu bagus, jozu jozu katanya. Jozu mendenya! Saje nak menyedapkan ati aku tau. Bila aku tengok balik video yang aku suruh mila rakamkan, hmmm memang laju pun aku cakap. Laju tak bererti aku dah terer cakap nihongo ok. Itu hasil prektis berhari2 je la. Pastu sensei tanya, aku nervous ke tidak. Mau nya tak nebes! Tapi dia kata dia tak nampak kenebesan aku tu. Haaa nampakkk...


0 komen: