Friday, 3 July 2015

Ini Kan Puaseee?


Salam 16 Ramadhan! Hehehe macam dah terlambat je. Dah separuh puasa baru nak cite. Memang kompem takde cover oleh utusan mesia tahun ni.

Rutin puasa tahun ni sama je macam tahun lepas. Malam tido sejam dua, pastu bangun sahur. Imsak sebelum pukul 3 pagi. Pastu kalau weekend tadarus ODOJ. Kalau hari biasa tido balik sampai tengahari huhuhu. Biasa la, nak kena cukupkan 8 jam kan...

Pastu tengahari, lepas zohor, ngaji. Kalau hari selasa khamis pegi kelas kul 11.45-1.15 tengahari. Balik tu baru solat. Waktu zohor sekarang lebih kurang pukul 11.55 pagi. Lepas ngaji tu baru lah ada masa untuk diri sendiri. Yang kebanyakannya adalah untuk download dan tengok drama episod yang semalam hehehe. Antara drama yang aku layan sekarang ialah Hidayahmu Ramadhan, MAID, Bidadari, Ayuni Safira, Kalau Hati Ini Rama-Rama (dah abis), Dia Isteri Luar Biasa (dah abis jugak), Eksperimen Cinta, Masihkah Ada Kasih, Padamu Ku Bersujud (tak best, so tengok sambil buat benda lain. update blog ni misalnya. dengar suara je). Punya lah banyak, sampai kadang tu tak sempat tengok semua, sambung besok pulak. Ok, tak religious langsung aktiviti ni, kan?

Pastu dalam pukul 4 petang gitu, lepas asar, kami bertadarus online. Tahun ni ada ahli yang dah balik mesia, tapi still join lagi. Kalau aku agaknya dapat join tak ek? Eh, tapi kan time aku balik hampir kesemua kami pun akan balik sekali. So, kalau ada pun, buat time rehat kat opis. Opsss... boleh ke? Tak tau sempat ke tidak. Kat mesia dah tentu2 sibuk dengan aktiviti masing2. Kerja, balik kampung, gi param, hantar/ambik anak sekolah, cat rumah, jahit langsir raya, buat kuih raya, shopping baju raya. eh? Ada takde buat kekdah biasa la, bahagikan sorang beberapa juzuk, habiskan masing2 punya, hujung bulan khatam.

Okeh, habis ngaji kul 5 petang, terus masak untuk buka. Kadang2 siap awal, tapi selalunya tepat2 waktu berbuka baru siap. Tahun ni aku jarang buat kuih. Time aku buat kuih, ada je orang bagi makanan. Akibatnya, tak larat nak makan, makanan tak habis, buang, membazir. Time aku tak buat kuih, takde pulak orang nak bagi makanan kuikuikui. Tapi ni lah antara kuih yang pernah aku buat untuk berbuka puasa ini tawon.

Ni donut malas nak terap bentuk roda, namanya. Senang, gentel bulat2 je. Sekejap je siap. 

Selepas disambalkan. Ermmm dap!

Murtabak segera. Guna kulit popiah jek. Sebelum puasa aku dah masak inti dia banyak2. Ayam dan daging. Rasa2 nak makan murtabak boleh terus tebar. Pejam mata pun boleh.

Sambung aktiviti.

Lepas berbuka sempat lah lepak2 dulu sebab isyak dekat2 pukul 9 malam. Hampir 2 jam juga lah waktu maghrib. Buka pukul 7.11 malam lebih kurang. Lepas maghrib, ngaji lagi. Pastu kalau tak tahan sangat, lelap sepicing dua huhuhu. Memang waktu rasa ngantuk sungguh2 la hai. Tu kalau tido tak cukup 8 jam la tu hihihi.

Kendian terus sambung isyak dan terawih. Biasa habis sekitar 10-10.30 malam. Kendian lepak2 sambil mentong2. Tido lebih kurang pukul 12 malam. Gitu lah rutinnya setiap hari. Sahur setiap hari cuma panaskan lauk semalam dan buat air milo.

Yang lain sikit time weekend je lah kot. Oleh kerana kami dah ngaji pepagi lepas subuh tu, maka waktu siangnya bebas lah sikit nak jenjalan ke hape. Tapi minggu pertama tu kami duduk rumah je. Cuaca pulak mendunggg je sepanjang ramadhan kali ini. Sesekali je panas, tu pun suhu 20+ jek. Tak jejak 30 pun. Sesekali hujan jugak. Pendek kata, nyaman je lah cuaca nya. Minggu kedua baru lah kami keluar hari sabtu. Itu pun sebab nak pergi otsukaya, nak belikan kain yang kawan kirim nak buat baju raya. On the way tu singgah tachiya beli ikan.

Hari sabtu lepas lah tu. Masuk je otsukaya, kami terus naik ke tingkat 4 sebab kain yang kawan nak tu kat tingkat 4. Pastu ternampak ada tag2 kuning kat price tag kain2 kat situ. Eh, ada diskaun. Tengok keliling baru lah perasan, eh ada SALE lah! Dah tu, apa lagi, dari asalnya nak pergi tingkat 4 jek, langsung turun ke tingkat 3, 2 dan 1. Rambang mata! Mana taknya, kain2 yang selalunya cuma mampu dipandang dan dipegang, kini mampu dibeli sebab ada diskaun! Yeay! Jualan berlangsung dari 24 Jun hingga 5 Julai. Hari rabu kelmarin aku pergi lagi!

Hari ahad lepas pulak, ada program iftar jema'ie di masjid yang dihostkan oleh malaysian+indonesian. Sama macam tahun lepas, kami malaysian ambik bahagian kuih, buah dan air. Dan aku, sama macam tahun lepas, buat kuih cara berlauk lagi. Tak berkembang langsung! Tapi kami semua tak pergi pun ke masjid. Suami2 je yang pergi.

Sementara itu, kami isteri2 ni beriftar jema'ie juga di rumah aku. Yang lebih tak berkembangnya ialah, pun sama macam tahun lepas, aku masak asam pedas ayam jugak hahaha. Ok, ini antara kuih yang kami buat untuk masjid. Petang tu adik2 undergrad datang packing kuih2 ni kat rumah aku jugak. 400 pack yang mengandungi 3 jenis kuih setiap satu pack. Tapi ada 12 jenis kuih.


  • karipap kentang
  • karipap sardin
  • cekodok pisang x2
  • onde-onde
  • kuih bakar
  • cara berlauk
  • cara manis
  • cucur bilis
  • sausage roll
  • kuih kasturi
  • keria


Banyak, kan??? Dah macam bazaar dah.

Onde-onde yang menarik sangat!

Kuih bakar.

Karipap kentang.

Yang ni banyak la gambar dia kan hehe. Kuih lain tak sempat nak ambik ambik gambo.

Cenonet je kuih ni sebab guna acuan takoyaki kan. Sekali ngap je. Kali ni aku taruk cili api. Tahun lepas taruk cili besar tak rasa apa.

50 daging 50 ayam.



Dan akhir sekali, dari sebelum puasa lagi dah teringin sangat nak minum cendol. Try buat, tak jadi. Sayang je 2 cawan tepung terbuang. Dah la susah nak jumpa tepung beras. Ni pun bawak dari mesia. Tepung beras kat sini lain macam jek. Kasar. Tahun lepas aku buat tumpi tak jadi. Pastu minggu ni cuba lagi. Buat 1 cawan jek. Jadi, tapi tak berapa jadi la. Terlebih kapur kot. Tapi boley la...

Rasa macam bubur sebab aku guna gula nise yang sama ngan wat bubur hihihi. Nanti nak try guna gula lain pulak.

Dan penutup entry ini ialah gambar mee kari. Ni je gambo menu utama berbuka puasa yang ada. Malas nak ambik gambo menu setiap hari. Macam makanan hari2 je pon.


Sekian dulu. Selamat berpuasa!


1 komen:

Yayu said...

cumel-cumel cara berlauk tu...