Wednesday, 22 July 2015

Aidilfitri 1436H : Baju Raya Hijau Emerald / Zamrud


Seminggu sebelum puasa, baru lah kami mengambil keputusan untuk membuat baju raya. Memula susah nak meyakinkan encik suami untuk memilih warna ini. Terang sangat katanya. Tapi selepas pergi ke otsukaya dan melihat sendiri, beliau pun setuju. Ni pun aku beli kain cotton mahal untuk baju melayu beliau. Sebenarnya aku dah usha lama kain tu. Permukaannya macam satin, berkilat sikit, tapi tak berkilauan la. Ala2 dull satin gitu. Saya suka!

Untuk baju aku pulak, sebenarnya aku dah ada sepasang jubah kaler ni. Tapi jubah tu plain je. Jadi, untuk baju raya ni aku tambah lah lace sikit kat tangan tu. Haaa kalau nak tau design apa yang aku paling suka di kalangan baju2 yang aku jahit untuk kawan2, ini lah dia! Baju saibah! hahaha. Sukati je tiru baju dia. Tapi baju aku lacenya kaler putih. Dan aku tak buat kembang setaman sebab jubah yang satu lagi tu kembang sangat, susah nak bergerak. Asik kena angkat je. Kalau ada dayang2 macam pengantin tu takpe lah kan. Kot naik eskalator lagi lah bahaya. Tudung pulak aku buat dari kain t-shirt yang harga asalnya mahal kot! Tapi dapat murah la sikit sebab aritu ada sale kat otsukaya hehe. Alah, kalau beli tudung naeklapor pun rege2 tu jugak.

Bila dah siap pakai baju di pagi raya, baru lah aku perasan...

Eh, kaler baju abang lagi cantik la! Lebih vibrant!

Jeles! Baju aku macam gelap sikit. Sikit je pun.

Okeh, mari kite berposing2 di atas bumbung rumah. Kuat betul angin pagi2 raya ni. Musim angin taufan katanya. Jangan muntah hijau menengoknya ya!










































Sekian gambar baju raya saya dengan taglinenya, 'laki ko ijau, bini ko ijau!'

Jom pi beraya!

4 komen:

Irfa said...

Kami pun ijao thun ni

AyunasiA said...

hijau ni jugak ke irfa? maklum ler, kite kan dah terputus kawan kat fb... tak tau.

Azira said...

Bukan sama sejibik ke saibah ngan baya pnye??

AyunasiA said...

azira: haaa tu lah yang orang lain tak tau. baju baya hidden zip, baju saibah zip kat luar hahaha.