Friday, 24 July 2015

Iftar Jema'ie Tahun Ini


Ok, kita throwback ke bulan puasa la ya? Banyak nau nau benda nak buat sebelum raya sampai tak sempat nak publish entry ni. 

Tahun ini kami sempat berbuka puasa beramai2 sekali je. Kali2 yang lain makan sendiri2 je kat rumah masing2. Berbuka kat luar pun aku sekali je. Program kali ni dibuat di rumah ajak-fadh pada hari Ahad 12 Julai 2014. Menu adalah potluck juga. Menu utama ialah nasi campur. Tapi aku buat laksa jdt. Juga air soya panas. Senang je rupanya buat air soya ek. Bulan2 pose gini mula la teringin nak minum itu lah, makan ini lah. Tapi semua kena buat sendiri. Kalau tak buat mana nak tau senang ke susah kan. Masa kecik2 dulu pernah lah aku buat air soya ni dengan abah. Masa tu mana ada orang jual2 air soya ni. Haih... bulan2 puasa ni jugak lah aku sering mengalir air mata. Makan semangka pun teringat abah suka taruk gula dalam semangka kalau semangka tu tawar. Buat nasi impit pun teringat abah selalu tengah menganyam ketupat time aku balik beraya. Al-fatihah untuk abah.

Opsss sori teremo di sini. Sambung balik. Ini lah dia laksa jdt yang aku sediakan. 

2 benda yang tiba2 muncul di supa. Timun besar dan limau kecik. Limau tu dah setahun takde. Sampai aku pun dah terbiasa makan laksa tak perah limau. Timun tu pulak pernah sekali dulu aku jumpa. Baru lah boleh aku potong timun tu dengan kekdah keliling. Tapi tak laku sebab diorang ingat bawang. 


Tapi macam tak seimbang pulak; kuah sikit, mi banyak.

Laksa bersama air soya.


Sambal belacan pembunuh.






Ok... tau, tau ko buat laksa. Dah dah.

Ada ayam masak lemak, ikan keli tempoyak, beriani kambing, roti john, ayam negro, ayam karage, pie tee dll.

Oh, juga ada terung berlado, spageti dan sayur campur. 

Beriani kambing.

Ikan keli tempoyak. Dah la aku memang tengah craving nak makan tempoyak, memang kena lah ni. Tapi kalau dapat sambal tempoyak, tak pun tempoyak kosong gitu je pun lagi lah menendang.

Ayam masak lomak tuan rumah.



Oreo goreng.

Roti john.


Demikian lah sahaja persembahan gambar makanan untuk kali ini.

Eh cop! Kami juga sempat solat tarawikh di sini. Ok bye.

Sekian, wassalam.


0 komen: