Thursday, 23 July 2015

Aidilfitri 1436H : Berkumpul di Higashiyama International Residence


Kat mana Higashiyama International Residence tu? Kat hostel aku masa mula2 datang dulu la. Bilik aku dulu kat tingkat 2, gathering ni dibuat di tingkat 6. Acara ni dibuat secara potluck. Jadi, dapat lah aku rasa pelbagai jenis rendang. Semua rasa tak sama. Oleh kerana kami bermula awal, maka sempat lah makan 2 round. Memang puas makan. Bergaduh2 ayam, daging dan ikan kat dalam perut.

Yang best nya, semorang yang masak ayam, masak ayam masak kicap hahaha. Takde pun yang masak merah. Ada la kari, tapi lain liga tu.


Rendang rending.


Soto rody.

Kuih muih anak dara. Manis2 belaka.

Apple pie jadian.

Ini rare.


Encik ziyad tak lalu nak makan sebab takde asam pedas, kan?

Memulakan majlis.

Students yang final exam minggu depan (minggu ini la kiranya)

Kanak2 ribena riang bermain. Cantik2 baju mereka kan? hehehe.




Macam berlakon acah2 sesi fotografi raya gitu.



Jubah An dan Tina ni bila dah siap terus nampak cantik.

Anak beranak memperagakan koleksi raya Asia Fashion House (AFH) hehehe.

Seluar baju melayu longgar katanya. Maksudnya? Ini lah design baju yang aku tiru tu. Sorry saibah... jangan saman ek.

#teampink katanya. 

Yang ni bukan koleksi AFH.

Bersaksikan takamine tower.


Motip gaya camni?

Akhirnya, gambar beramai2. Sorang je takde dalam gambar ni. Eh 2 orang.

Tiba2 imej fatimah hilang dalam gambar ini. Ooo nampak baju je didukung bapaknya.




#teambiru


Satu famili berjubah.

Famili encik ziyad. Tak boleh la nak panggil nama je. Mesti nak ada encik hihi.

#teamUTEM

Kesan arabisasi yang telah melanda hari raya di Nagoya.

Kumpulan nasyid ini diberi nama Al-Nagoyah!

Acara berakhir tepat jam 9 malam. Sebelum pulang, kami tapau lauk pauk untuk makan besok hehehe. Ye lah, besok dah tentu lah penat kan, dah beraya seharian hari ni.

Habis... sehingga berjumpa lagi raya tahun depan. Tahun depan makin berkurang ahli. Tak tau ada pertambahan ke tidak. Tapi diharapkan sambutan hari raya akan tetap meriah dengan cara tersendiri.

Selamat Hari Raya, minna san!





0 komen: