Ingat tak dalam citer gol dan gincu, puteri ada baca buku bertajuk seperti di atas? (ke lebih kurang gitu la tajuknya). Bukan lah nak cakap aku dah jadi princess tiba2 kan. Cuma nak bagitau kat sini bahawa aku hampir2 berputus asa untuk terus berniaga kain cotton gara2 banjir di kuantan yang lalu. Ya, aku belum bagitau bahawa baki kain cotton yang tinggal kat yayu aritu telah tenggelam dalam banjir di office beliau. Kan banjir tu start 2/3 hb disember kan. Betul2 time kain2 tu balik ke office yayu selepas dibawa ke polisas oleh kawan aku. Nak dijadikan cerita, kawan aku tu keje kat tempat kerja yayu dan wife dia yang juga kawan aku (kami bertiga classmates di uitm) keje di polisas. Dan bila kejadian banjir berlaku, yayu tinggalkan kain tu bawah meja dia. Maka terendam lah ia di situ. Masa tu lah aku rasa berputus asa.
Tapi selepas 2 minggu, member yayu dah tolong cucikan kain2 tu dan aku pun menjualnya dengan harga lelong. Tak sangka ada jugak yang nak beli hihi. Daripada 10 yang tenggelam, 5 dah terjual. Yayu kata, kain tu masih macam baru selepas dicuci. Takde pulak gambar. Kesimpulan yang aku boleh buat, bukan lah orang tak beli sebab corak yang aku pilih tu tak cantik, (aku dah fikir macam tu sebenarnya), tapi sebab harganya mahal. Agak mahal la sebab atas seratus, kan... So, untuk batch pertama tu, memang lah aku tak rugi, cuma tak untung jer. Balik modal jek. Tak pe lah. Anggap itu sebagai amal kebajikan aku terhadap mangsa banjir hehe.
Selepas hampir sebulan, semangat aku dah pulih. Bukan lah aku berniaga tu sebab nak kaya sangat. Kecik je margin yang aku ambik. Tapi lebih kepada 'tak-tahan-tengok-kain-cantik-cantik-tapi-takde-sebab-nak-pakai-so-nak-bagi-orang-lain-cantik-maka-dijual-ia-ke-malaysia'. Boleh? Aku rasa masa jual kain batik sutera dulu pun aku berfikiran sedemikian. Ke semua orang berniaga pun berfikiran sedemikian kot.
Okeh. Jadi, kepada peminat cotton jepun, sila terjah blog tersebut, eh? Kali ni ada promosi free postage. Harga pun dah turun. Akhirnya ada juga yang turun selain hujan hehe.
email: ayunasia@yahoo.com
72 RANCANGAN B
1 week ago
3 komen:
alamak lupa link..nak jugak terjah cuci mata.huhu
ooo dah jual ek..apakah blog itu? :)
Mmg kain cotton ori kan mahal tp bagi tg tatau menilai atau xbiasa pakai cotton dorang akan compare ngan harga kotton dr vietnam atau china.. Mmgla murah tp cube wat baju ape jadik hahaha... Kt pun beli tatau nk beli corak ape yg "it" kat msia.. Ade yg suke abstrak ade still nak bunga2 jugak huhuhu
Post a Comment