Saturday, 21 December 2013

Pergi Ke Noritake Garden Tapi Tiada Gambar Pinggan Berjaya Ditangkap


All this while, kami membeli tiket train seperti biasa kerana selalunya, dalam satu hari, kami hanya mampu pergi ke satu lokasi sahaja kerana kekangan masa dan tenaga. Dalam cuaca sebegini, tiada yang lebih baik selain daripada berada di dalam bangunan, you know? Sebab tu lah jadi lama kat satu2 tempat. Sehinggalah pada suatu hari, ketika pertama kali pergi ke aeonchikusatown yang beli misterpotato tu, kami terpaksa (takde saper paksa actually) singgah di kurumamichi (di mana otsukaya berada) untuk makan malam. Alasan menjadi lapar sebelum masanya ialah kerana jarak dari stesen subway ke aeon tersebut yang agak jauh. Masa pergi memang lah tak terasa kejauhan itu sebab merentasi taman bunga bagai, kan. Bila dah malam, terpaksa juga lalu jalan raya. Tu yang terasa jauh. Bukan terasa, tapi memang jauh kot. Errr apa yang cuba aku sampaikan sebenarnya ni hah? Ok, cut the story short, sejak itu, kami mula tidak percaya kepada pembelian-tiket-setiap-kali-nak-naik-train routine. Dan mencari alternatif yang lebih menjimatkan.

So, pada suatu hari ahad, (selepas hari sabtunya pergi ke sakae) kami pun membeli pas harian (daily pass). Dalam kes ini, ia dipanggil weekend eco pass (WEP) kerana jatuh pada hujung minggu. Kalau pass harian biasa dijual pada harga 720yen, WEP ini bernilai 600yen sahaja. Dan ia sangat bernilai even kiter cuma singgah di 2 stesen sahaja pada hari tersebut since minimum caj untuk ke next station ialah 200yen. So you know what i'm trying to explain here.

Ini lah rupa WEP tersebut. Yang specialnya (taklah special benor, cuma something different je kot) tentang pass ni ialah, ia boleh disimpan hahaha. Told you... nothing special.

So, bila dah ada pas ni, boleh lah kiter bersiar2 gaya bebas macam tourist hehe. Dan destinasi pertama kami ialah the infamous noritake garden! Ok, tak famous sangat kot. Tapi i have to stress here bahawa here is the origin of noritake! Alah, sebenarnya sama je macam claytan, pun duduk letak originnya dekat dengan rumah haku hahaha. Tapi ini lain ok. Sebab ia adalah Noritake! Errr masih takde perasaan apa2? Ok, ku anggap kalian bukan penggemar pinggan. No, thank you. Tapi kalau bagi free korang ambik jugak, kan???

Berbeza dengan kalian, aku adalah suka terhadap pinggan2 cantik. It's just that aku tak mampu nak beli. Kesian. Tapi masa nak kawin dulu, antara benda yang aku 'invest' ialah dalam pembelian pinggan mangkuk dan periuk. Bayangkan, dalam keadaan ekonomi diri sendiri yang sangat lemah ketika itu, aku telah membeli set pinggan corelle dan periuk vision sebagai starter untuk memulakan hidup baru! Bagi orang yang banyak duit, benda tu biasa je la kan. Tapi bagi orang biasa seperti aku, ia boleh dianggap sebagai mengabiskan duit yang sedia tak banyak, ok. Pakai pinggan hadiah kawen je sudah la woi! Duduk rumah kos rendah pun nak bercorelle bagai. Ok, benda lepas jangan dikenang... Pelaburan itu nyata berbaloi bila mana setakat ini baru satu pinggan aku yang pecah. Itu pun sebab aku secara tidak sengaja telah melibaskan, ya, melibaskan pinggan itu kepada kepala paip di sinki. Sebab tu time hati tengah menggerutu jangan basuh pinggan. Satu lagi mangsa akibat dari tabiat buruk tersebut ialah sebuah dulang melamin. Aku rasa cikgu terlupa mencungkil bakat membaling cakera dalam diri ku. Kalau tidak, mesti aku dah jadi atlit sukan baling cakera dalam temasya sukan olimpik di beijing 5 tahun lepas. Stop! Please lah stop asia... Cukup lah satu perenggan ini membuktikan bahawa aku memang suka pinggan sejak sekian lama, bukan tiba2. V peace V .

So, inilah dia gambar2 aku di noritake garden. Cuma gambar di luar, tidak di dalam sebab aku memang skema. Dia tak benarkan pengambilan gambar di dalam, so...








Tak faham kenapa aku ambik gambar berlatar belakang kan pokok lonjong2 itu. 









Eh, macamana nak pergi ke sana eh? Senang sahaja. Turun ke subway, naik higashiyama line (yellow track dalam peta) arah ke nagoya station dan turun di stesen kamejima (sebelah nagoya station). Kuar ikut exit 2. Kuar kat exit tu, terus belok kiri, straight (akan lalu bawah train tracks), lintas satu traffic light dan belok kiri di traffic light seterusnya. Kat situ akan jumpa signboard seperti gambar kedua di atas. Tu dah area dia lah tu. Terus je sampai jumpa pintu pagar dengan signboard seperti gambar di atas. Then, masuk lah! Kalau naik kete, ikut je signboard atau gps hehe.

Oh ya. Lupa nak citer tentang apa yang aku lihat di sana. Pinggan yang cantik sangat2. Itu jer. Dan harganya tidak lah semahal yang ku jangka. Bawah rm1k pun banyak jer. Pernah dulu, kawan aku ikut husband dia kerja kat osaka selama 2 tahun, nyaris2 aku nak kirim kat dia pinggan noritake gambar buluh macam yang biasa aku tengok kat mesia. Dan aku dah allocate rm2k untuk itu. Mujur lah aku terlupa dan tau2 dia dah pun balik mesia for good. Mujur sebab pinggan gambar buluh tu jauh sangat cantiknya dari apa yang aku lihat di sini. Haihhh... kalau lah semua pinggan tu boleh dibuat makan, memang lah aku nak beli satu set setiap bulan selama 3 tahun ini. Over di situ. Malangnya kebanyakan yang cantik tak hengat tu ialah bone china. Cuma segelintir yang ceramic. Kalau ikut pada website dia, dia kata bone china dia menggunaakan tulang lembu, tapi menurut pembacaan aku, walau pun ia tulang haiwan yang boleh dimakan, tapi kalau kaedah penyembelihannya salah, pun kiter tokleh makan di atasnya. Ni aku baca kat website jakim kalo tak silap (betulkan jika salah, yea).

Tapi aku telah mendapat idea. Ting! Maknanya, kalau kiter beli pinggan bone china tu, boleh lah kiter jadikan ia hiasan di dalam almari pameran, kan? Mesti suami kiter tak marah sebab memang kiter tokleh guna ia untuk makan, kan? Yeay! Patut laaa selama ni kiter tengok orang dok display keliling rumah dengan pinggan cantik2 ni. Dalam hati pernah berkata, patut dah beli mahal2, guna kan lah. Kufur nikmat! Astaghfirullah... ternyata aku berburuk sangka selama ini.

Okeh! Dari situ, kami nampak signboard ke commemorative toyota museum. 700 meter dari situ katanya. Memang salah satu tempat yang aku teringin nak pergi pun. Tapi bila check website, ada entrance fee 500 yen. Sama la macam muzium kat noritake tadi, pun 500 yen. Memang banyak tempat yang aku nak pergi, ada entrance fee. Huh! Apa maksudnya? Maksudnya kita cuma kena pergi ke situ sekali seumur hidup jer. Dan lebih sesuai kalau pergi tu apabila ada pelancong datang dari mesia. Ye lah, bila derang datang, mestilah kiter nak bawak dia ke tempat2 tersebut, kan? Masa tu lah baru kiter masuk bersama2. Tak perlu masuk banyak2 kali pun. Same goes to nagoya castle jugak. Aku akan masuk bila tiba waktunya. Tapi kalau tempat2 di luar nagoya, kena lah masuk dan2 tu jugak sebab masa tu kiter adalah tourist. Bukan resident hehe. Maka, tidak lah kami pergi ke muzium toyota itu.

Next, kami ke nagoya station. Ada dua tujuan pergi ke situ. Pertama sebab nak survey cemana nak naik train aunomi lain untuk pergi ke bookoff yang pertama kami pergi suatu ketika dulu (masa nak apply CEO). Dan yang kedua sebab nak tau apa yang ada kat situ. Selain boleh lah survey cemana nak naik shinkansen.

Nagoya station ni lebih kurang sama dengan kanayama station (yang kami jumpa orang uthm tu). Ada underground mall dan pusat segala jenis pengangkutan awam darat. Aku tak pasti apa bezanya. Tapi kami tak explore habis la station tu sebab besar sangat. Besar macam airport. Tapi kami jenjalan kat luar dia. Tertarik pada sebuah electrical store nih. BICCamera nama dia. Besar sungguh la tempat ni. Ada 6 ke 7 tingkat tah. Tingkat bawah tu segala mak nenek henfon. Pastu ada satu tingkat tu semua meeeeeeenan jer. Dari menan budak2, sampai lah menan orang tua. Pastu satu tingkat tu barang leeeeeeeeeeeeeetrik jer. Atas sekali pulak ada tilam bantal segala. Eh, baru 4 tingkat eh? Rasanya ada satu tingkat tu barang komputer kot. Kemre kat mana? Tah, lupa. Kami cuma singgah beli bantal jer. Dan tengok barang letrik. Satu yang aku perasan kat sini, peti ais dia ada banyak pintu. Bukan pintu je, laci pun banyak. Dan of course la besar2. Tapi, mesin basuh dia pulak, kecik2. Tak jumpa lagi macam kat mesia sampai 15, 20 kilo punya. Bila ku fikirkan balik, patut lah, derang kan keluarga kecik. Anak paling ramai pun 2 orang kot. Rumah pun kecik, mesti lah penghuninya tak ramai. So, logik lah, mesin basuh dia kecik.

Dari situ, kami ke aeonchikusatown yang cari misterpotato tapi tak jumpa tu. Kendian ke kurumamichi untuk makan. Kebetulan waktu tiba di stesen tu baru pukul 6.15, sempat lah aku menjenguk ke otsukaya untuk membeli kain nak buat selimut.

Somel tak gebor saya? Balik2 terus je jahit tepi gebor ni sebab tak sabar nak pakai. Kalau tak jahit bulu2 dia berterbangan di angkasa raya.

Oleh kerana menjahit ni ada momentum, maka terjadilah juga sebuah sarung bantal buat bantal yang baru dibeli di biccamera tu tadi. Takde kaitan langsung bantal dengan kamera.

Lepas makan, kami pun balik. Kesimpulannya, puas ati dapat pergi ke merata-rata tempat dengan weekend eco pass! Sekian laporan saya. Tiba2 je entry tamat.

3 komen:

Unknown said...

Pinggan corak buluh tu caner tah?? Sbb aritu yg masa autumn bazaar kat kaikan asia tu kt beli set noritake ade corak buluh la heheh 300yen... Tp mcm pinggan utk dessert la... Tp lupe lak bone china ke ceramic..

AyunasiA said...

corak buluh kaler gold. kat sogo dulu (as in 10 tahun dulu) nmpk ada kaler gold ngan silver kalo tak slh. kat noritake garden tu dah takde design tu rasanya.

Cikgu Nana said...

Kagum dgn ketelitian ko menulis