Friday, 6 December 2013

Apa Pun Tak Boleh!


Kalau korang perasan, semasa di mesia, banyak benda yang aku citer nak beli/miliki, tapi aku tak beli pun. Propa je lebih. Patutnya, banyak lah duit aku ek? hihihi. Takde lah banyak botingkek tingkek. Setakat ada jer. Tapi sekarang ni, korang dah tau lah sebab apa aku tak beli semua tu dulu. Ya, semuanya kerana encik suami nak sambung belajar. Obersi. Atau lebih tepat lagi kerana aku akan ambil cuti tanpa gaji. Walau hati terasa teringin, semuanya ku ketepikan demi tujuan ini. Apakah bendanya yang aku berangan nak beli tapi tak kesampaian itu?

Kereta
Awal2 dulu konon nak beli kereta honda civic. Dari lampu dia bulat, tukar jadi petak2 sikit, sampai lah sekarang dah bentuk C, tak juga terbeli. Pastu jatuh cinta kat, nissan teana, sampai AH aku tu merajuk hilang sekejap pun tak kesampaian jua. Last2 tengok, si fendi dah beli dulu dah. Ceh! Sampai kat sini, konon nak memenuhi lah sikit2 impian yang tidak tercapai itu, tapi tengok civic lampu bulat tu macam masih mahal jek? Teana pulak, model sekarang ni masih baru, so nak dapat yang terpakai dan murah tu agak sukar lah. Alahai... Beli baru je lah kat mesia besok...

Mixer
Sejak tahun berapa tah aku teringin nak beli kitchenaid. Pastu tukar pulak, nak kenwood major. Sampai nyaris2 nak beli dah kenwood tu kat hoeheng time ada promotion raya. Pun tak beli jugak sebab konon nak beli kat sini. Rupanya orang jepun tak pukul telur buat kek kot huhuhu. Pergi kedai elektrik, tak jumpa sebijik mixer pun? Waima hand mixer seco'et tu pun takde. Pelik tak? Tengok kat online, kenwood tu pun import dari us ke europe tah. Kitchenaid memang aku dah tau dari belah2 sana, memang sama je rege ngan kat mesia kalo kat sini. Alamatnya boleh beli 4 tahun lagi lah... Lantak ah, aku nak beli dua-dua. Biol!

Broadband/Data Package
Ni lagi la melampau. Giler kedekut nih. Rasanya dari zaman broadband celcom cucuk kat laptop yang pakej rm50 untuk gomen tu, sampai lah ke sekarang orang pakai data pakej kat smartphone, tak jugak aku berberukband sudahnya. Ni semua gara2 biasanya pakej2 tu kena kontrak setahun. Woi! Sekarang dah takde la kontrak2 tu. Aku tau tu time dah dekat2 nak pergi ni ha. Tak kosser aku nak register di saat2 akhir ni der. Mengabehkan boreh yo. Sampai kan orang telekom suh aku upgrade strimiks pun aku tak upgrade2. Dah, dia kata kena kontrak lagi setahun, saper nak? Tapi sebenarnya boleh jer sebab kitorang pun asik tangguh je nak pergi. Sempat abis kontrak pun. Hujung2, boleh pulak sil jual simkad 1mesia yang rm25 sebulan unlimited tu. Rasa nak sekeh2 jer. Maka kekallah aku dengan simkad celcom prepaid xpax yang 8pax tu sampai sekarang huhuhu. Tepon dah up-to-date dah hahaha.

Esteruk Byond
Yang ni 'ter'capai gara2 adam&hawa. Sanggup tu aku tukar byond semata2 nak melanggan mustikaHD. Sanggup tu bayar bil esteruk. Padahal selama ni semua bil encik suami yang bayar. Memula aku ingat adam&hawa tu ada kat pakej mustika biasa tu. Sebelum ni pun aku pernah melanggan mustika sekejap, tapi dah terminate semula. Bila dah subscribe mustika, tengok2, takde pun adam&hawanya. Laaa rupa2nya dia kat mustikaHD. Nak tengok HD kena pakai byond. Maka terpaksa lah aku tukar byond jugak. Paksa rela gitu. Tak sengaja. Aku tukar byond tu bulan 11 2012. Masa tu dah tau, maybe akan pergi bulan 4 2013. Memang tak sempat nak abiskan kontrak 1 tahun + HD. So, sebelum tu aku dah deal ngan yayu, kalo kami pergi bulan 4, kami nak kasi dia sambung pakai. Dah siap plan nak pergi rumah dia pasang rinjing tu sebelum kami pergi. Pastu kalau dia takmo HD tu, bulan 11 nanti terminate je lah HD tu. Bila tak jadi pergi bulan 4, mungkin pergi bulan 10. So, ada sebulan lagi kontrak. Dan bila dah pergi ni, memang pun aku kena bayar buta2 untuk bulan 10 dan 11. Tapi kami dah pre-terminate lah sebelum pergi tu. Bila dah sampai sini, baru lah BIL tanya pasal esteruk tu. Katanya kalau kami tak terminate, leh letak kat homestay. Lorrr dah terlambat lah. Sorry penyewa homestay ku... (macam keluar tajuk je?)

Rumah
Ni memang aku tak pernah cerita kat blog mahu pun sesiapa. Tapi aku memang teringin nak beli apartment kat klang valley. Lebih spesifik lagi, shah alam atau bbbangi. Nak buat 'rumah tempat datang2' ala2 istana hinggap kononnya. Tapi berangan je la. Tunggu la balik lagi 4 tahun hukhukhuk. Time tu mesti rumah makin mahal. Tapi dengar citer 2015 hartanah akan turun. Dengar citer. Sikit jelah kalau turun pun.

Satu lagi, nak buat rumah. Plan lantai dah macam2 design dah aku buat. Tapi setakat tu je lah. Nak buat rumah ni kena ambik masa kan. Nak design dulu, nak approve plan lagi, nak mintak loan, cari kontraktor, isy, memang tak tercapai dek akalku lagi tu. Macam belum bersedia jer. Setakat ni dah ada 2 biji rumah dibina dekat tanah lot kami tu. 2-2 kami dah ceroboh masuh semasa constructionnya. Boleh la bayang sikit2. Tapi pulak, pasnih tak tau lagi aku akan kena posting kat mana. Encik suami pulak akan ke pagoh. Entah lah...

Personal Loan
Niat dihati macam nak tambah share kpf. Tamak nyerrr, kan? Tapi syukur lah Allah tak mengizinkan sebab kpf pun dah hilang pegangannya dalam feldaholding dek di'rampas' oleh fgv. Hah! Saper yang tamak sekarang? Malas ar nak citer pasal ni. Sedih dan keciwa.

Okeh, gitulah sedikit sebanyak cerita pasal apa pun tak boleh yang aku maksudkan di atas. Tak tau nak simpulkan macamana. Sekian.


1 komen:

Shila said...

Takpe..InsyaAllah..nanti balik Mesia penuhi la impian tu..

Lari topik sikit...Nagoya dengan Osaka jauh tak?