BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 December 2013

25 - 12 - 2013 ~ Happy 9th Anniversary Ayun & Asia


Oh, bagaimana masa terbang... macam baru lagi aku memotong kek ulangtahun ke-3. Sekarang dah x3 dah pun. Besok mesti berita tv akan buat laporan pasal acheh.

Mengimbas kembali kenangan hari ini dalam tahun 2004, majlis pernikahan kami berlangsung serba sederhana. Ker sederhana pun tak sampai kot? Simple lagi tepat. Cuma upacara pernikahan, takde hantaran berdulang2. Beberapa minggu sebelum tu memang mil ada tanya pasal hantaran, tapi kami dah plan nak buat hantaran bagai tu masa hari langsung bulan februari nanti. Memang takde beli apa2 pun lagi. Bila dah mil tanya, baru lah kami terfikir, kot nanti rombongan derang datang masa nikah tu, lenggang kangkung jek la ek? Terus kalut siap nak pergi KL weekend tu untuk cari barang hantaran. Tapi akhirnya kami stick pada plan asal sebab rasa macam tak sempat jek nak gubah segala kan. Dan pada hari ini dalam tahun 2004, derang bawak 3 dulang; sirih junjung, duit hantaran dan gelang sementara aku tak balas apa2. Boleh? Boleh tak boleh lah hahaha.

Malam sebelum tu, mak dah mula memasak (goreng ayam untuk wat sambal/masak merah). Masa aku ke dapur, mak cakap, "lain kali jangan lah nikah pukul 10 pagi, nanti tak sempat nak masak macam ni." Eh, ada lain kali ker? Mudah-mudahan tidak lah ye... Dan aku masih ingat malam tu kak shila suh aku tido cepat sebab nanti besok mata sembab pulak kalo tido lambat hihihi. Tak terfikir lak aku.

Dan pagi itu, aku disolek oleh seorang budak perempuan, wakil kak andam eto1. Upah dia rm50 jek termasuk kusyen duduk encik suami. Bila aku tengok cermin, aku hampir tak kenal muka yang refleks pada cermin itu hahaha. Kenapa lain beno muka haku? Tapi aku suka sebab lipstik dia kaler pink hehehe.

Pakaian adalah dijahit sepenuhnya oleh aku. Kecuali shawl tu la, aku beli, tapi pastu aku jahit manik atas dia tau...


Tengok gambo ni baru ingat ada sirih junjug hihihi.

Okeh, cukup lah tu bernostalgia. Akhir kata, Selamat Ulangtahun Pernikahan Yang Ke-9 Ayun-Asia!

*Malu lak nak tulis jiwang2 huhuhu.




p/s Jepun tak cuti, tapi kami wat cuti sendiri

4 komen:

Shila said...

Happy anniversary...semoga kekal bahagia selamanya...kekal awe tmuda kedua-duanya muka tak berubah dan juga saiz huhu...tahniah2

huhu masa tarikh tu saya masih di dalam pertunangan...

Irfa said...

lain muka ko 9 tahun dulu
hihi

AyunasiA said...

thanks shila...

AyunasiA said...

irfa: muka aku masih sama mcm dulu, cuma muka masa kawen ni je lain dari dulu dan sekarang. errr faham x?