Kursus Sijil Keusahawanan Prosper-Siswazah
Akhirnya, barulah aku ada masa nak menulis pasal kursus seminggu yang aku lalui dari 11 September hingga 17 September 2006. Terlalu banyak idea muncul di saat akhir kursus hinggakan aku tak sempat nak mengemaskini blog ni. Setiap hari sejak balik tu, aku mengadap komputer menyiapkan RP. Sekarang, dah 95% siap. Pagi tadi pulak, baru balik dari Kota, menyambut puasa bersama keluarga. Sabtu pagi, balik Semenchu, Isnin tengahari balik AT5. Lepas Subuh tadi balik Batu Pahat semula. Sekarang, sambung kerja semula. Akan ku sahut cabaran PUNB agar menghantar RP dalam masa sebulan, kalau aku tak dapat kerja seperti yang aku harapkan sebelum ni. Tu pun, aku dah tak harap sangat kerja tu. Lebih semangat ngan projek ni. Hehehe.
Okeh, aku start ngan perjalanan pergi ke KL. Kami bertolak dari BP dalam kul 8 pagi. Lepas Subuh terus siap2. Sarapan dalam kete je. Seperti biasa, lalu Muar-Melaka-Seremban-Nilai-Bukit Mahkota-BBBangi-Serdang-KL. Kali ni, plan nak pegi PWTC dulu sempena Robocon peringkat antarabangsa. Sampai PWTC dekat kul 2. Live kat TV1 kul 3.30. Jenjalan dulu kat Tha Mall. Park kat situ, mengira masa je. Sejam pertama RM3, setiap jam berikutnya RM1.50. Belum kul 3 da masuk dewan. Ramainya. Memula masuk area public, penuh ya amat. Time da dekat nak start tu, diorang panggil turun bawah, tempat VIP sebab takde orang. Best la dapat duk depan. Siap bagitau sanak saudara tu, suruh tengok TV1, bleh nampak kitorang enteprem. Hehehe. Punya la lama perasmian dia. Kul 4.30 baru start game.
Memula kitorang tak paham pun gamenya. Da lelama baru paham. Konsep kali ni, building the tallest tower.... ke hapa ntah. Kira cam bina menara KLCC tu guna polieterin. Robot ni kena lumba masukkan polisterin tu dalam tiang. Yang penting kena pantas dan pandai block pihak lawan. Teruja gitu tengok dekat2. Sampai semi-final, Malaysia kalah. Malas dah nak tengok. Lagi pun time parking dah dekat nak genap. Cecepat keluar dan gi tempat parking. Sibbaik lewat 2-3 minit dia tak kira sangat.
Pastu, terus gi Damansara. Singgah Tesco jap, tengok2 jek. Masuk gak The Curve, saje tengok2, cuit2. Da malam, lepas Maghrib baru gi umah Abang TP. Huhahuha, tidur awal gak, sebab nak pegi Shah Alam. Check in kul 8.30 pagi.
Pepagi, lepas Subuh, sempat sarapan, 7.45 terus ke SA ikut NKVE. Keluar kat SA. Aku ni memang, kalau masuk SA je, mula la rasa nostalgia gitu. Rindu ngan SA. Sampai2 je, terus gi Delta Inn, daftar. Ramai gak yang datang kali ni. Selalunya dia buat satu kelas jek. Ni kena pecah dua. Daftar tu, dapat beg n fail. Terus angkut barang masuk bilik. Apartment aku ada 3 bilik, maknanya ada 6 orang satu rumah. Kecik je bilik dia. Takat tempat tido, ok lah. Ada sarapan lagi. Abang pun makan sekali. Mihun goreng, karipap ngan keropok. Rasa cam kat Tganu plak, sarapan pun ada keropok. Dulu, kalau makan2 kat Tganu, mesti ada keropok. Tak kira siang ke malam. Kul 9.30 dah kena berkumpul untuk pembukaan. Abang terus nak balik. Sedih la plak. Untuk rekod, nama house-mate aku, Aza, Yah, Nana, Dalina dan Nasliza.
Lepas perasmian, aku punya nombor 51, so masuk group B. Kira group ni ramai para ‘Nor’ la. Lepas minum pagi, terus start modul pertama, motivasi. Ni lah part yang aku tunggu sangat dalam kursus ni. Memang aku nakkan motivasi je sekarang nih. Yang lain tu, usaha. Modul ni dikendalikan oleh Puan Mazdurah. Syok lah dengar cerita dia. Lagipun dia jenis happy go lucky gitu. Asik gelak je. Modul dia sampai petang. Tak ngantuk langsung. Tengahari makan lauk sambal udang besar2. Peh! Sedap tul. Makan kat sini memang takde komplen la. Sedap2 belaka. Aku pun jenis makan tak kisah sangat. Lagi la makan 6 kali sehari. Konon bawak bekal jajan ngan coklat pun tak luak. Cukup makan la kiranya.
Malamnya modul Kenalpasti perniagaan. Orang PUNB yang bagi talk. Tak best sangat. Dia pun takde pengalaman berniaga, lagi cerita teori je la yang banyak. Kat hujungnya ada kuiz. Aku tak dapat banyak plak. Cukup makan jek. Takpe lah. Ada banyak masa lagi.
Esoknya, modul pemasaran. Lecturer MEDEC UiTM plak. Best plak kali ni. Orangnya banyak pengalaman kerja marketing. Tak mengantuk lagi hari ni. Makan apa arini, aku dah lupa. Malam sambung lagi ngan orang PUNB. Tak best lagi. Lupa lak. Pagi2 ada senaman. Instructornya orang dari Agensi Kecergasan ke hapa ntah. Tapi senamannya 3 kali je. Hari lain, hujan. Hari ketiga, modul Kewangan ngan orang dari UiTM lagi. Part ni aku suka sket. Banyak yang aku belajar. Kuiz nya pun aku dapat full mark. Teruja sket bab akaun ni. Malam, modul apa ek? Ngan orang PUNB lagi.
Hari Khamis, masuk Modul Keusahawanan Islam. Ustaz ni dulu orang MEDEC gak, pastu Pengarah Kolej Yayasan Melaka. Skang bisnes Bio-Tech. Ngantuk sket, tapi kekadang kelakar. Malam, ada Yasin, tahlil, tazkirah. Pagi ada Qiamullail. Ngantuknya, tido kul 1, bangun kul 3. Habis Qiamullail, aku terus naik tido, tak tunggu Subuh. Kul 6.30 baru bangun Subuh. Takde senaman, sambung tido lagi. Hari ni baru ngantuk betul.
Hari Jumaat, masuk modul RP. Orang dari Maybank. Tengahari, ada consultation session. Moral aku da down sket lepas sessi ni. Malam, ngadu kat abang, baru semangat balik. Petang ada presentation dari Concept Provider. Malam ada tayangan video. Ada lagi rupanya orang pakai Video Tape ek.
Hari Sabtu, sambung lagi RP. Petang, ada lawatan ke Alta Mode kat Sek. 13 ngan Dang Anum kat SACC. Macam rombongan budak sekolah plak. Da la naik bas sekolah, bergerombolan plak masuk kedai orang yang kecik co’et tuh. Malam buat RP ngan group. Sampai kul 3 pagi tu. Benda senang pun jadi susah kalau degil tak percaya keupayaan orang. Tension aku. Pepagi presentation RP. Group aku nombor 3. Wat kedai stationary. Tak best pun. Ada group yang dapat men’senyap’kan panel. Maknanya bagus lah tu.
Petang majlis penutup dan penyampaian sijil. Siap bergambar bagai. Dalam kul 5.30, dah bersurai. Sempat minum petang lagi. Abang da sampai e’awal. Lepas berbye-bye segala, terus bergerak ke SACC. Saje nak tunjuk tempat aku pegi semalam kat abang. Pastu, terus menuju balik. Singgah Maghrib kat Masjid Hasanah BBBangi. Makan kat Samira. Da tak sesedap dulu lah. Pastu terus balik lalu jalan yang sama. Sepanjang jalan aku mencurah idea yang datang spontan paginya. Makin semangat.
Sampai BP lebih kurang kul 2 pagi. Lepas mandi, terus tido. Penat betul. Gitu lah akhirnya kisah kursus Sijil Keusahawanan Prosper Siswazah aku.
Tuesday, 26 September 2006
Hasil karya AyunasiA pada 5:59 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment