Awal Ramadhan
Dah lama tak merasai cuti awal Ramadhan ni. Kali terakhir agaknya masa mmmmm tak ingat lak. Lepas SPM kot. Masa aku keje kilang VS. Selama ni duk Selangor dan Terengganu, mana ada cuti awal Ramadhan. Nuzul Quran ada la.
Kali ni abang ajak balik Kota. Balik awal2, tak yah balik lagi sampai raya. Orait lah. Mula2 ingat nak balik petang Jumaat, sekali nye malas. So, balik pagi Sabtu je lah. Tapi, tak pagi pun. Kul 12 lebih baru bertolak. Balik lalu Kluang, singgah jap kat Air Itam. Tengok2 kedai baju. Sampai Kota, rasa cam nak jenjalan. Singgah lagi, tengok2 baju, tudung. Tapi, tak beli apa2. Mahal. Last2 makan nasi ayam je kat Baser. Orait jek. Cuma, order 2 nasi ayam, dia bagi seketul ayam dalam pinggan besar. Mana nak cukup makan kongsi kan. Mintak satu ketul lagi dalam pinggan kecik. Tak banyak beza pun besar ke kecik. Teringat, kali terakhir makan kat sini masa lepas posing2 gambar kawin kat studio. Dah lama beno.
Pas makan, singgah lagi kedai mesin jahit. Ada satu jenis jek. Tu pun jenama Yuki. Orang nak Juki yang Japan mari. RM2000 plak tu. Kat BP, Juki baru RM1700. Brother RM1650. Tak jadi la kat sini. Lagi pun kalau rosak ke hapa, susah nak antar servis.
Pastu, terus balik Semenchu dulu. Biasa memang gitu. Mesti balik sana dulu. Lagi pun tau, kalau balik AT5 mesti ada diorang. Tak best lak. Malam nya, makan lauk ayam goreng. Aku tak sahur pun.
Pagi Ahad, sumer melepek je. Aku mula menjahit mata lalat. Ada 6 pasang baju nak kena jahit mata lalat ni. Satu yang aku perasan, mak selalu tanya2 teknik menjahit aku, nak compare ngan teknik dia. Hehehe. Lain orang lain cara ok. Tengahari ikut abang gi Kota lagi. Nak beli cat. Huh, boleh plak beli cat. Aku nak beli tudung semalam macam tak cukup duit. Eeee.
Pilih punya pilih, mak berkenan kaler peach. Tanya aku? Watpe tanya aku? Rumah sape? Sape nak duduk situ? Kalau umah aku, maka aku nak la kale hijau epal idaman ku itu. Balik dari Kota dah start masak. Abang mula mengecat. Aku bawa balik perencah mee bandung Muo Adami. Abis 3 bungkus aku belasah. Pekat lekat kuahnya. Cuma isinya kureng udang. Banyak ayam je. Tapi still meletup ok.
Malamnye temankan abang mengecat lagi. Siap akhirnya dalam kul 3. Aku tunggu sampai kul 1 je. Tapi nak kena touch up lagi selapis untuk area feature wall. Pakai roller lama, tak berapa nak rata catnya.
Esok tengahari baru balik AT5. Ada Along sekeluarga. Kalau balik sini memang tak tau nak wat pe. Opsss lupa nak cite. Baru 2 minggu Kancil itu merasai seri auranya, dah kena langgar lagi by bapak mertua. Huh! Takleh nak saman ok. Maka takleh nak claim insurans lagi. Bio la. Memang kete tu takde ong la. Banyak songeh. Asik nak kena hentam je. Duk diam2 kat depan rumah tempat parking pun bleh kena langgar, apatah lagi kalau dibawa berjalan kan. Baik abaikan aje. Kalau kete aku sok, memang aku saman tak kira sedara. Tensen.
Malam ni buka biasa je. Petang nya, lepas masak, aku cari2, abang hilang. Rupanya dia balik Semenchu. Tak sesuai ok. Mendidih aje. Logik ke cari tempat basuh kete, tutup, maka balik Semenchu untuk basuh kete? Dah takde air kat AT5 ni agaknya. Sibbaik bawak balik bekal mi goreng, pecel ngan pengat. Aku makan mi aje. Lelain tu tak berapa suka.
Malam, kul 11 dah tido sebab esok nak balik lepas sahur. Kononnya. Lepas Subuh baru bertolak sebenarnya. Lalu Kluang lagi. Sampai Kluang aku da ngantuk. Sedar2 dah sampai umah. Hehehe. Sampai2 jek, konon abang nak terus gi ito. Sekali tertido. Tengahari baru pegi.
Buka, aku masak sambal udang. Abang beli air tahu dan tahu panas ngan kuih singgit. Kat sini kuih singgit 4. Sahur aku panaskan lauk, wat Milo. Semalam, buka, aku masak nasi ayam. Konon nak sahur, sekali tak dengar pun alarm. Hm... Hari ni tak tau nak masak apa lagi. Maybe ayam lagi, Cuma ayam masak apa lom tau. Boleh tak beli jek?????????????????????????????
Thursday, 28 September 2006
Hasil karya AyunasiA pada 1:51 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment