Thursday, 10 June 2021

My IVF Journey Episode 5 : Check Up Terakhir Sebelum Prosedur

Sebelum tu nak bagitau, blog ni boleh komen ya. Cuma aku filter dulu sebelum publish. Saje la bagitau😎

30 August 2020, Sunday

Hari Ahad 30 Ogos, plan asalnya kami akan pergi jumpa doktor, pastu terus balik mersing supaya aku boleh masuk kerja petang. Dah siap2 isi borang half day lagi. Mula2 dah janji aku kena datang petang tepat pukul 3 sebab hari tu sepatutnya cuti (Ahad), klinik tutup. Tapi biasanya dibuka untuk kes2 tertentu, contohnya macam masa aku operate dulu, doktor nak discharge kan patient, so dia kena la datang. Itu yang aku kata, tak tau bila masa doktor ni cuti sebenarnya.

Tiba2 hari sabtu tu, klinik call bagitau nak tukar time. Dia suruh datang pukul 10 pagi. Ok. Walaupun agak mustahil, tapi kalau setakat jumpa doktor, buat swab test, takde lah lama sangat kan. Maka aku pun positif je lah. Sempat kot, pecut balik mersing, lagi pun encik suami ikut sekali. Besok tu kan cuti hari merdeka kan. Makanya petang tu nanti kami akan balik semula la ke parit raja. Gitu perancangannya.

Tapi, manalah kita nak tau, banyak prosedur yang kena buat pada hari ini. Dah lah aku asik terjaga je malam tu sebab takut nak buat covid test hihi. Nebes hoi!

Injection besarkan telur yang terakhir pagi ahad tu.


So, lebih kurang pukul 7.30 pagi, kami pun bergerak ke hospital. Takde jem pun sebab hari ahad, kan, gomen je keje. Sampai tu singgah sarap dulu kat mykluang kopitiam, dekat dengan hospital.

Makan set roti dan telur separuh masak.

Beserta milo monster.



Mee rebus pun ada.

Siap pakai baju kerja.


Makan lontong juga.


Rupa2nya, area kedai2 tu parking free. Patut lah banyak kereta, tapi orangnya tak ramai. Semorang gi hospital parking kat situ rupanya. Tapi limited la. Banyak kedai tak bagi orang parking depan kedai dia.

Lepas sarapan, kami terus pergi ke hospital. Dia dah pesan, kena register dedua orang sebab dedua nak kena buat covid test. Sampai kat klinik, gelap je. Tapi ada sorang nurse. Tak lama tu dia bawak kami ke tempat buat medical check up untuk buat covid test. Perasaan time ni kemain la takut. Sakit ke weh? Dalam setengah jam gitu, kami dibawa ke tepi A&E, tempat covid test dijalankan.

Kena tunggu doktor yang nak ambik sample.

Awal2 dah cakap, aku nak dulu sebab kalau aku nampak encik suami buat, nanti aku lagi takut.

Test tu tak dibuat kat dalam ni pun. Tapi kat belah luar. Doktor yang duduk dalam ni. Kita duduk luar, dia hulur tangan bersarung je.

Wayang je rupanya bilik2 ni.

Dan kebetulan, bila doktor sampai, nama aku dipanggil dulu. Aku pun duduk di kerusi yang disediakan dan mendongak untuk dijolok hidung. Zup zap. Dah. Eh jap. Masa bila sakitnya? Tak sakit pun uolsss. Doktor tu siap keluarkan benda alah tu, dan masukkan kat lubang hidung sebelah lagik. Alhamdulilah, sekali lagi toleransi aku terhadap sakit agak tinggi. Punya lah nak sedapkan hati, aku cakap pada diri, ala, sekejap je, bukan kena buat sendiri pun, doktor yang buat. Kita tinggal tadah hidung jek. Paling lama pun sampai mersing je sakitnya. Gitu. Tapi sebenarnya, langsung tak sakit. Haih.. membesar2kan betul lah. Encik suami cakap, geli. Ok, ada la geli sikit sebab ada berus hujung tu.

Pastu kami balik semula ke klinik. Nurse tadi dah takde, ganti nurse lain. Nurse tadi ikut doktor gi lab, ada prosedur. Pastu dia suruh gi ambik darah pulak. Masa tu dah dekat pukul 11. Aku ingat waktu ni sebab ingat nak join battle ritote datorizalmaan haha. Tengah berjuang, dah nak bayar, nurse pulak dah panggil nak ambik darah. Maka lupakan je lah. Aku saje je. Takde lah nak sangat. Kalau ada, ada. Kalau takde pun tak kisah.

Ambik darah pun kemain lama. Siap dia masukkan IV lagi. Sebab lepas tu nak masuk vitamin pulak. Sampai part tu aku dah surrender, kena mintak MC la nampaknya. Memang takkan sempat sampai mersing sebelum pukul 1 tengahari. Pas settle ambik darah, balik ke klinik terus nurse pasang drip vitamin. Dedua orang sekali. Lama la jugak nak menunggu tu. Dah sudah tu kena tunggu doktor pulak. Dekat pukul 1pm kot baru doktor balik dari lab. Kat sini aku dah faham. Memang doktor takde cuti pun sebab prosedur iui atau ivf ni kan ikut hari period patient. Kalau time nak buat ivf tu kebetulan jatuh hari ahad ke, public holiday ke, doktor akan buat jugak. Haih, sibbaik aku tak jadi doktor. Tiber. 

Ok, kali ni doktor check telur lagi. Ada dalam 10 folikel katanya. Dan doktor kasi pulak ubat nak kena inject pukul 10 malam ni. Kena tepati masa. Pastu doktor ajar cara nak bancuh ubat dan cucuk. Sama je macam sebelum ni. Beza tang botol air dia je, lain sikit. Tak yah kepak nak pecahkan botol tu. Botolnya sama macam botol ubat. Pastu kami pun balik. Seterusnya ialah ovum pick up pada hari Selasa 1 September jam 10 pagi, tapi kena datang kul 8 pagi di victorylab.

Balik tu singgah makan patin tempoyak kat depan kedai nasi kerabu tuari.

Ok lah, cuma tak pedas langsung je.



Suka lah tu takyah gi kerja.

Dan ini lah rupa ubat pecah telur. Tuari takmo kasi pecah. Ini kali kita kasi picahhh. Perlu dicucuk 36 jam sebelum ovum pick up. Lebih kurang masa buat iui dulu la. Dulu aku kena gi wad bersalin hsi malam2 untuk cucuk kat bontot. 

Kebanyakan tempat yang aku baca, kena cucuk kat bontot dan kena pergi mana2 klinik untuk diinjek oleh medical person. Tapi yang aku punya ni boleh cucuk kat perut macam biasa. 

Lepas cucuk, doktor suruh wasap. Tapi aku sms sebab tak keluar pulak wasap kat nombor dia. Telefon aku tu kadang2 ting tong jugak.

Maka selesai lah aktiviti mencucuk diri sendiri buat kali ini. Macamana pengalaman? Ok jek. Semua aku buat sendiri. Kacang lah!

0 komen: