Monday, 7 June 2021

My IVF Journey Episode 1 : Pengenalan

Nak mula dari mana ek? Ok, maybe aku boleh mulakan dari kisah pembedahan membuang fibroid yang lepas. Aritu aku tak cerita sebab musabab macamana aku boleh teroperate buang fibroid tu kan. Actually masa tu aku pergi berjumpa dr thokha untuk membuat rawatan ivf. Tapi tergendala sebentar kerana fibroid itu. 

Ingat lagi, masa tu appointment kami hari sabtu, jumaat depan tu terus surgery myomectomy tu. Masa doktor scan dia tanya, masa buat iui dulu doktor tak cakap ke ada fibroid tu? Entah. Macam takde pulak. Maybe sebab dah lama sangat. Last aku buat iui is pada tahun 2013, sebelum pergi jepun. Masa tu fibroid tu belum kelihatan la kot. Pastu takde simptom2 ke? Mungkin ada, cuma aku tak terfikir yang itu sebab keberadaan fibroid tu. Contohnya macam senggugut dan darah period yang banyak. Manalah kita nak tau kan? Ingat normal jek. Tapi selepas buang fibroid memang nampak lah perbezaannya. Senggugut dah takde, period pun 3 4 hari dah kering. Kalau dulu, kalau tak 7 hari tak sah. Cuma cycle period je jadi singkat la pulak. Kalau dulu 28 hari maintain jek. Sekarang 21 hari pun pernah.

Ok, habis bab buang fibroid.

So, lepas sembuh dari pembedahan tersebut, doktor kata lepas 3 bulan dah boleh proceed ivf. Maksudnya bulan 2 2020 lah. Tapi masa tu kan encik suami tengah sibuk dengan viva phd beliau dan aku pulak sibuk nak pergi konvo beliau bulan 3 tu. Makanya kami ingat bulan 4 lah nak buat ivf tu.

Tapi, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Tiba2 covidnineteen melanda dunia. Maka lebur lah segala perancangan. Boleh kalau nak proceed time pkp dulu tu, tapi kena buat swab test la. Masa tu kan kos nak buat test tu mahal yakmat kan. Makanya kami tangguhkan dulu. Sehinggalah...

(Ok, catatan di bawah ditulis pada masa sebenar. So, mungkin agak pelik sikit ayatnya. Cuba bayangkan anda berada pada waktu tersebut ya)

Saturday, 22 August 2020

1 Muharam 1442H bersamaan 20 Ogos 2020 jatuh pada hari Khamis. Alhamdulillah, tak perlu ambil cuti untuk pergi berjumpa Dr. Thokha. Kalau kena pada hari bekerja, terpaksa lah pergi hospital secara berasingan. Seorang dari Mersing, seorang dari Pagoh. Tapi dah plan juga. Kalau kena hari bekerja, kami akan pergi belah petang atau malam. Sebab kalau pagi takut lambat, terkejar2 pula nak masuk office. Kalau petang boleh ambik half day. Kalau aku sensorang je takpe. Macam appointment kedua hari Rabu nanti, terpaksa lah aku pergi sensorang sebab encik suami ada meeting kat key el.

1 Muharam detik permulaan. Hari pertama aku datang period. Bermaksud esok tu aku kena berjumpa dr. untuk ambil ubat cucuk2 kat perut tu. Oleh kerana hari ni cuti, dah pukul 5 petang, aku call klinik dan henfon PA dr. pun tak angkat, maka aku suh encik suami whatsapp. Kenapa bukan aku? Sebab mula2 dulu encik suami yang set appointment dan berwasap dengan PA tu. So, appointment set besok pukul 8 malam. Saja aku malas nak tanya pukul berapa boleh datang sebab tahu hari jumaat is hari surgery dr. Aku pun tuari operate pada hari jumaat.

Last 2 weeks kami dah jumpa dr. untuk review sperm count. Bila victory lab tu dah boleh pergi tanpa covid test, terus encik suami pergi buat test. Masa pkp sampai pkpb derang kata kalau nak datang kena wat covid test dulu. Tu yang tergendala sebentar tu. Kalau ikut kan plan asal kami nak buat ivf ni bulan april aritu, lepas balik dari jepun. Tapi tak sempat apa2 dah pkp. Lepas pkpb pulak, cuti rehat aku kena beku sampai 31 ogos ni. Malas la aku nak gamble je buat tanpa standby cuti. Dan hasil review tersebut, we are qualified to do ivf procedure. Nak kena qualification jugak tau.

So, petang jumaat tu, lepas asar, kami pun bertolak ke jb. Senang sebut jb walaupun hospital tu terletak di masai. Tapi area jb lah tu. Memula kami gi makan mee rebus kat zz damansara aliff. Baru nak makan, klinik dah call nak bagitau, dah boleh datang. Lepas makan kami terus ke hospital. Betul2 time maghrib. Sampai2 je tengok tak ramai orang. Ok lah. Last 2 weeks kami pergi hari jumaat juga, apoointment malam, tapi tak cakap pukul berapa. Punya lah ramai. Mana tak nya, derang kata hari tu doktor ada 10 surgery! Sampai midvalley southkey tu tutup lah, baru klinik call cakap dah boleh datang datang. Tu pun sampai2 masih ramai orang lagi. Tapi bila jumpa doktor pukul 1.30 pagi tu, tengok doktornya steady je lagi. Makan apa la agaknya.

Jumpa2 je doktor, terus dia scan, nak tengok telur. Setakat ni dia nampak 4-5 biji je telur kat sebelah kanan. Maybe kecik lagi, tu yang tak nampak kat sebelah kiri. Tapi biasa lah, umur2 macam ni memang dah tak banyak telur pun. Ada rezeki, ada lah.

Pastu doktor sediakan ubat-ubatan. Memula aku nampak ada kotak ubat pubergen atas meja dia. Tapi doktor kata, untuk aku dia kasi ubat lain sebab umur dah meningkat. Pubergen tu untuk budak2 muda katanya. Tapi ubat aku lagi murah dia kata. Apa2 lah doktor. I follow.

Selepas ditolak tambah congak darab bahagi, akhirnya doktor mengesyorkan aku untuk menyucuk ubat Humog sebanyak 225iu dan Foliculin sebanyak 75iu. Total 300iu lah. Pastu dia pun buat lah demo cara2 membancuh 2 ubat tersebut. Meh aku ajar korang pulak.

Sediakan perkakas dan ubat-ubatan. Perkakasan nya cuma syringe, jarum panjang, jarum pendek, alcohol, kapas dan kain gauze.

Ok, ini adalah dos yang perlu aku ambil.

Mula2, pecahkan botol air ni. Cecair ini berfungsi untuk melarutkan ubat2 tu semua. Cara nak pecahkan dia ialah dengan cara mengepakkan ia. Tu gunanya kain gauze tu. Boleh je kepak gitu je, tapi lagi selamat lapik dengan gauze. Amatur kan. Doktor tu dah pro, tu yang dia kepak gitu je.

Eh lupa, sebelum tu pasangkan jarum panjang siap2 pada syringe. Karang kena buat sorang2, tunggang langgang, air kemana, jarum ke mana. Aku bukak siap2 tudung ubat2 tu sekali supaya tak kelam kabut.

Mula2 sekali sedut air yang dalam botol tu tadi. Air sodium chloride tu. Sedut sampai habis sebab ada 1ml dalam tu. Dah sudah tu, jentik syringe tu nak kasi bubble dia naik ke atas. Pastu buang air tu sikit, tinggalkan 0.6ml. Tu untuk kes aku lah. Orang lain mungkin lain. Air tu takleh banyak sangat sebab nanti sakit sebab banyak nak masuk kan. Lagi banyak air, lagi lama la nak tekan syringe tu kan. Lagi lama, lagi sakit la kan. Gitu matematiknya. Kalau sikit sangat pulak, nanti ubat tu akan pekat. Lagi pekat, lagi sakit lah jugak. So, kena man man gitu.

Ok, pastu baru lah mula bancuh air dengan ubat2 tu tadi. Mula2 cucuk jarum kat atas tutup botol ubat tu, dan release kan air tu ke dalam botol. Secara otomatik ubat tu terus terlarut. Goncang2 sikit nak bagi betul2 larut dan kemudian, sedut semula. Begitu lah seterusnya dilakukan ke atas ke-4-4 botol ubat-ubatan tersebut. Dah sudah botol yang terakhir tu, tukar jarum kepada jarum yang halus dan pendek. Pastu jentik2 lagi syringe nak bagi bubble keluar. Eh, aku lupa jentik2 ni sebelum ke selepas tukar jarum. Tapi tak kisah lah. Sama je outcome dia ialah syringe with bubble-free. Dah pastikan bubble dah ke atas, tolakkan syringe tu sampai cecair tu terkeluar sikit.

Kemudian, sapu lah tempat nak cucuk tu dengan alcohol. Ok kat mana nak cucuk? Bayangkan garisan pusat adalah imaginary line, cucuk lah di mana2 di bawah line tersebut. Ikut suka hati lah nak buat pattern zig zag ke, nak straight line ke, janji kat bawah pusat tempat lemak2 dan selulit bertebaran tu lah. Ada orang mengesyorkan agar diselang selikan kiri kanan setiap hari supaya tak sakit sebelah je. Tapi bagi aku tak kisah pun, asalkan bukan kat spot yang sebijik sebijon dah lah. Ini bukan pertandingan memanah pun. Cuma kena lah kiri kanan seimbang supaya kesan nya diterima oleh kedua2 belah ovari.

Dan, doktor pun mencucuk ubat yang didemokan tersebut di sebelah pusat belah kiri ku. Jangan teragak2, cucuk je katanya. Memula aku tak nak tengok sebab aku kan penakut tengok jarum dicucuk kan. Tapi ni doktor kata kena tengok. Ye lah. Nanti kau yang kena cucuk diri sendiri kan. Pas cucuk, terus lah tekan syringe tu secara perlahan-lahan. Jangan lelaju, karang bengkak dan sakit pulak. Sambil2 tekan tu doktor cakap, sakit sikit ya, ada rasa sikit ya, tahan sikit ya, nak baby kena tahan ya. Baik lah doktor. Pas habis, terus cabut jarum laju2 dan tekap ngan kapas. Sakit tak? Dah lepas tu baru sakit sikit. Tapi aku ok je. Rasa macam luka kena air je. Tu pun dalam 10 minit je. Pastu hilang dah.

Selesai mencucuk. Aku nak simpan lah botol2 ubat ni. Buat kenangan.

Tapi, untuk kali ini, doktor cucuk ubat lebih sikit. Homai! Apakah? Nak kena cucuk lagi sekali? Ya N0rasiah. Tah dari mana doktor tu dapat ubat tu tah, tiba2 dia cucuk je kat sebelah tempat tadi. Kali ni dia cakap, yang ni rasa sakit sikit ya, bisa sikit ya, nak baby kena tahan ya. Hadoiii psiko betul lah doktor ni hahaha. Tapi memang betul, ubat yang ni lebih berbisa sikit berbanding yang tadi. Tapi i is ok. Cabut gigi, cucuk gusi pun lagi sakit lagi lama kot. Ini 10 minit je dah hilang sakitnya.

Besok tu sampai termimpi2 lah aku pasal mencucuk ubat ni. 

Sebelum keluar, doktor bagi schedule appointment seterusnya pada hari Rabu ini dan kemungkinan ovum pickup akan dilakukan pada 1 September hari Selasa minggu depan. Takutnyaaa!!!

Hari Sabtu tu, aku bangun pagi2 untuk mencucuk sendiri buat pertama kali dengan pemantauan doktor. Tapi bukan dr. tokha. Dr. Hairul@azwan hehe. Beliau dah biasa menggunakan syringe ni masa buat research dulu. Penat kena bebel salah pegang syringe lah, salah sedut lah huhuhu. Dia tak tau, lepas seminggu ni aku akan lebih terer dari dia dalam bidang mencucuk ini.

Untuk percubaan pertama ini, aku mengambil masa 20 minit untuk mengcompletekan tugasan ini. Kali kedua hari Ahad, buat sorang2 tanpa pemantauan. Bangun pukul 5 pagi, terus cucuk. Ok, dah confident. Apa lah yang susah sangat tah. Eleh...





2 komen:

Yayu said...

Tolong cepat habiskan cite ni

AyunasiA said...

akan cuba 1 post/hari. tinggal copy paste je..