Thursday, 24 June 2021

My IVF Journey Episode 7 : Embrio Transfer (ET)



Keesokan harinya selepas OPU, aku pun pergi kerja seperti biasa. Takde rasa pape yang aneh pun pada sekitar ovari. Ye tak ye je aku dah di ovum pick up. Selepas OPU, dah takde sesi injek menginjek, cuma kena makan ubat pr0gynova, duphast0n, folic acid, dexamas0ne dan cardiprin+aspirin+glycine serta memasukkan crinone 2x sehari ke dalam miss v. Selain doktor cucuk kat bontot setiap minggu sampai week 13 katanya. Bayangkan je lah sekali cucuk RM100, kalau 13 minggu dah 1.3k. Tu tak masuk ubat2 lain tu lagi. 


Bab makan ubat tu aku ok lagi sebab kecik2 cinonet je semua ubat tu. Tapi crinone ni agak mengerikan, pada mulanya. Puas lah aku tengok yutube cemana orang masukkan benda alah tu. Doktor pun ada ajar, tapi secara teori je lah. Tapi bila dah cuba sekali, hmmm kau ni banyak nau berfikir, sebab tu takut tak pepasal. Sebenarnya tak sakit apa pun dan tersangat lah senang. Mana la kiter tau hehe. Cuma bab kena keluarkan sisa2 dia setiap kali sebelum masukkan yang baru je aku agak reluctant sebab kena masukkan jari sendiri huhuhu. Tapi lama2 dah expert hehe. Ni pun kena buat sampai week 13 ok. Every day ok.


Oh, 2hb september itu juga merupakan hari pelajar2 ilp kembali semula ke institut untuk menyambung semula latihan yang tergendala selama hampir 6 bulan. Tapi first day tu derang ada gotong royong kat asrama. Petang tu baru kami dapat berjumpa semula dengan anak2 ini. Alhamdulillah, semua masih sihat kecuali sorang ada cedera sikit jatuh motor. Petang tu aku bagi briefing sikit tentang susun atur dan SOP di bengkel kami. 


Esok tu pagi2 pukul 8, orang dari victory lab dah call nak confirmkan esok nak buat embrio transfer pukul 9.30 pagi. Dia suruh sarapan sesiap. Sempat aku tanya berapa embrio yang jadi? Dia kata setakat ini 5 ketul. Alhamdulillah... Mudah-mudahan ke-5-5 nya berkembang pesat sehingga hari transfer esok. 


4 September 2020, Jumaat


Dan masa nya pun telah tiba. Alhamdulillah, hari ET kami ni jatuh pada hari Jumaat. Semoga berkat penghulu segala hari ini, maka rezeki juga menyebelahi pihak kami, amin. Kalau tengok yutube tokti, dia buat FET (frozen embrio transfer) pada hari jumaat jugak, 14 ogos. Maknanya beza 3 minggu dengan aku. 


So, pagi tu kami keluar lebih kurang jam 7.30 pagi sebab nak sarapan dulu. Kami bersarapan di kedai roti canai ceker. Kedai belum bukak kami dah terpacak kat situ. Kira first customer lah. Selesai makan, kami terus bergerak ke JB. Kali ni dah tak payah pakai maps dah. Senang je nak pergi ke situ. Keluar je exit pandan, menghala ke JB. Lab tu terletak betul2 kat depan plaza pelangi. Dah lain betul plaza pelangi tu kan? Tapi dulu2 pun kami jarang pergi situ. Yang selalunya pergi Pelangi Leasure Mall kat jalan bakar batu sana. Sebab kat situ ada pawagam kot.


Sampai kat lab, baru pukul 9 lebih sikit. Awal sangat lah pulak. Sampai2 je terus rasa nak terkucil. Memang lah time ET ni kena tahan kencing, tapi ni awal sangat. Memang takkan boleh tahan punya. Sibbaik kat sebelah tu ada petron. Aku pun membuang kat situ. Dah sudah tu baru lah aku minum air semula dan naik ke lab tersebut.


Sementara menunggu doktor, embriologist datang menerangkan prosedur yang akan dilakukannya dan menunjukkan hasil fertilasi yang telah dijalankan olehnya. Menurut beliau, dari 10 folikel yang disedut itu hari, terdapat 11 biji telur. Macamana boleh ada lebih telur dari folikel tu, aku pun tak pasti. Mungkin sama macam telur ayam yang ada 2 telur kuning tu kot hihi. Dan dari 11 telur itu, hanya 5 yang berjaya disenyawakan (sepertimana yang dimaklumkan semalam), tetapi pagi ini, hanya 4 embrio mencapai gred yang memuaskan untuk ditransfer. Yang satu lagi tu tak berapa nak elok la kiranya. Dan dari 4 embrio2 tersebut, 1 embrio berada pada gred I/II, 2 embrio pada gred II/III dan 1 embrio pada gred III. Indikasinya gred terbaik ialah gred I. So, oleh kerana gred embrio tidak begitu memberangsang, mereka bercadang untuk memasukkan ke-4-4 embrio tersebut pada hari ini. Subhanallah! Maksudnya, akan ada kebarangkalian ke-4-4 nya terimplan dan aku akan membawa 4 orang baby! Ya Allah! 


Tapi yelah. Itu cuma kebarangkalian sahaja. Tapi tak mustahil, kan? Buatnya salah 1 dari 4 tu membelah jadi 2? Tak ke jadi 5? Buatnya 2 dari 4 tu membelah jadi 2, tak ke jadi 6? Atau pada tahap maksimum, buatnya ke-4-4 nya membelah jadi 2, tak ke jadi 8? Ya Allah, tak dapat aku bayangkan. Sejujurnya aku berharap akan jadi 1 sahaja. 2 paling banyak, 3 alhamdulillah. Tapi apa2 juga yang terjadi, Allah swt jua yang maha mengetahui. Kalau ikut kemampuan, aku rasa aku mampu jaga sorang je pada satu masa. Tak dapat bayangkan kalau ada 2 3 4. Dengan keadaan kami yang pjj ni, tak tau lah macamana... kami tak plan apa2 pun lagi huhuhu.


Okeh, untuk ET ni, prosedur dibuat di bilik lain. Bilik ni agak baru la suasananya. Kebetulan pulak, diorang baru beli mesin ultrasound baru dan akan dirasmikan ke atas aku pada hari ini. Maka aku pun menjadi bahan ujikaji lah kiranya. Mula2 tu derang bawa aku ke bilik prosedur dan suruh salin baju. Pastu dia pun mengetest mesin baru tu dengan bantuan supplier mesin tu. Tiba2 aku rasa macam special pulak dapat merasmikan mesin tersebut. Brand samsung katanya. Dah selesai mengetest mesin tu, kami pun menunggu kedatangan dr. thokha. 


Bila dr. datang, prosedur ET pun dijalankan. Lebih kurang je macam IUI. Bila dr dah masukkan catheter tu, embriologist pun datang membawa embrio. Sebelum tu dia panggil nama dan kau kena menyahut ya! Gitu, nak confirmkan dia nak masukkan embrio orang yang betul. Dah prosedur dia camtu. Pastu aku nampak embriologist tu macam masukkan syringe yang mengandungi embrio tu ke dalam catheter dan ter lepas lah embrio tersebut ke dalam uterus. Pastu derang tunjukkan yang putih2 tu lah embro yang dimasukkan dan dia pun print gambar tu. Nampak la ada warna putih kat situ. Ok, Sejujurnya aku masih tak faham (sampai ke sudah) macamana bentuk rahim tu kalau tengok pada skrin tu. Nampak lah macam ada sesuatu yang macam gua. Tapi aku tak dapat relate dengan gambar 2D dari depan yang selalu aku tengok dalam gambar anatomi manusia. Selalu dr. scan guna tvs, yang ni scan kat perut. Bukan ke sudut pandangnya lain? Boleh tak scan guna 3D? Senang sikit nak faham.


Dah sudah tu, dr. tanya pasal MC yang aku mintak. Ok, memang agak complicated sebab aku tak boleh cuti rehat (cuti dibekukan sebab keluar station masa pkp haha). Jadi, kena bergantung sepenuhnya kepada MC. Kalau ikut dr. ni, dia suruh je pergi kerja. Tapi aku tak nak mengambil risiko. Dah lah setiap 3 hari kena datang semula ke klinik, nak berulang alik pulak kat jalan mersing-kota yang elokkk sangat tu kan. Maka aku ambik MC je lah. MC swasta kan ada 14 hari. Aritu dah ambik 1 hari masa buat swab test tu. Ni tinggal 13 hari je lah.


Selesai je prosedur tu, derang suruh balik je terus. Takde kena baring sekejap ke haper. Ok... Aku pun terus lah balik. Dalam kereta aku baring kat belakang. Dah siap bawak bantal lagik. Tapi masalahnya pening lorrr. Mata tengok tepi, kereta jalan ke depan. Otak pun senoneng. Tapi tahan je lah. Sebelum balik tu kami singgah di UTC sebab nak bayar saman. Masa OPU tuari kami tak letak kupon parking, maka kena lah saman haha. Katanya kalau bayar sebelum 14 hari boleh dapat diskaun 60%. Kena saman tu rm30. Sekali pergi, kena bayar rm12 sahaja. Ni kalau zaman baru2 kerja dulu, rasa mahal betul rm30 tu kan? Sekarang ni alhamdulillah, dah tak rasa mahal sangat.


Balik tu singgah beli nasi ayam hj ali dan putu bambu juriah. Begitu lah kisah embrio transfer ku. Now, masuklah kita ke fasa 2 Weeks Wait (2WW).


Ok, aku nak citer sikit pasal victory ivf lab ni untuk pengetahuan bersama.


Kat jb ni kekdah nya berbeza dari pusat2 rawatan infertility lain (yang aku tahu) di malaysia. Contoh macam tokti, dia buat kat alphafertility. Pastu tempat2 yang femes mcm KLfertility (ni sebab aku follow fb doktor dia - drNatasha). Kat pantai pun ada dr yang aku follow kat fb - drAdilah. Pastu drTee kat klang tu, metroivf ( dr cine tapi bahasa melayu dia kat fb sangat bagus!). Eh tapi metroivf ni macam nak sama ngan victory lab ni. Dan kat penang Ramfertility - drRamPandian a. Yang ni ramai patient dia dari indonesia. 


Kebanyakan di tempat2 ni, derang buat prosedur rawatan di pusat2 tu, kemudian selepas 13 minggu usia kehamilan, patients akan dilepaskan untuk meneruskan check up dan bersalin di mana2 hospital atau klinik yang mereka kehendaki. Maksudnya doktor kat pusat2 tu menjalankan rawatan tu semata. Takde sambut orang beranak ke apa.


Berbeza dengan di jb ni (or at least drthokha ni). doktor2 o&g dari hospital sekitar jb yang buat rawatan infertility (contoh regency, pakar puteri dll) akan pergi ke makmal ni untuk menjalankan prosedur sahaja. Maksudnya kat sini cuma ada embriologist, takde doktor. Time prosedur opu pun doktor datang bawak pakar bius masing2 sekali. Selepas itu, patient akan teruskan follow up dengan doktor masing2 di hospital masing2 sampai lah bersalin (kecuali patient yang datang dari jauh luar johor kot, maybe dilepaskan jugak selepas 13 minggu. 


Tapi bukan nak kata apa la. Aku rasa, di sebalik kejayaan sesebuah ivf tu, sebenarnya ada seorang embriologist yang sangat hebat. Ya lah. Doktor cuma keluarkan telur. Tapi derang lah yang mensenyawakan telur2 tu dan menjaganya sampai jadi embrio atau blastocist. Doctor datang tinggal masukkan je. Tapi yalah, doktor pun hebat la haha. Tetiba aku rasa best jugak kerja embriologist ni eh? Kenapa aku tak tau selama ni?.


Wednesday, 16 June 2021

My IVF Journey Episode 6 : Ovum Pick Up (OPU)

Actually aku dah auto published 14 entry, 1 setiap hari. Tapi bila melihat kepada unique view yang sangat rendah, dan komen yang langsung takde, maka aku unpublished semula. Mulai sekarang, aku akan tunggu 10 unique views dan 5 komen, baru publish entry baru haha. Lapar komen rupanya😅

1 September 2020, Tuesday

Hari ini adalah hari ovum pick-up aka OPU. Aku tak risau sangat sebab telur aku tak banyak sangat. 10 biji je kalau tengok tvs yang lepas. Bila tak banyak, prosedur pun tak lama. Memang lah kalau baca pengalaman orang, ramai yang cakap sakit, ada risiko OHSS dan sebagainya. Tapi aku positif, semuanya akan baik2 sahaja. Lagi pun aku kan pernah operate buang fibroid tuari kan. Makanya aku dah ada pengalaman dibius dan merasai sakit yang lebih sakit kot dari opu nih.

So pagi ni kami bergerak dari rumah pada jam 6.38 pagi. Biasalah aku, takut lambat. Lagi pun hari ni kan hari kerja. Takut jem pulak. Tapi, takde jem pun. Sebelum pukul 8 kami dah sampai kat situ. Mula2 aku tak nak naik dulu sebelum pukul 8. Sekali orang lab tu call tanya dah sampai ke tidak. Maka aku pun naik la ke lab tu. Dahhh jadi orang pertama sampai, walau pun sebenarnya prosedur aku orang kedua. Orang pertama kena cucuk malam aritu kul 9.30pm, aku lak cucuk kul 10pm.

Ini lah dia victorylab tersebut.

Kat sini ada macam2 jenis klinik jugak.

Are you ready?

Mommy and daddy in the making.



Lepas register, derang terangkan t&c dan kami kena sign beberapa dokumen. Pas orang pertama sampai, kami dibawa ke wad. Salin baju dan derang pasang drip air. Sebab kami kan kena puasa. Takut dehidrated katanya. Actually lepas masuk kan vitamin C kemarin derang ada tanya, samada aku nak biarkan benda alah cucuk tu sampai ke hari ni ke, nak cabut. Eh, tak kuasa lah aku nak bercucuk tangan 2 hari kat rumah. Maka terpaksa lah redho kena cucuk lagi sekali.

Sementara tu encik suami pula pergi mengambil sperma. Sampai beliau settle pun doktor tak sampai lagi. Ye lah, kena tepati masa kan. Karang tak menetas pula telur2 itu.

Actually lab ni cuma tempat prosedur2 fertility dijalankan. Doktor yang membuat rawatan datang dari pelbagai hospital di sekitar jb ni. 

Dan tepat jam 9.30 pagi, member sebelah pun pergi ke bilik operasi. Yang aku ni dah nak terkencing pulak. Setahu aku untuk opu ni tak perlu tahan kencing sebab doktor akan guna tvs scanner. Aku pun suruh encik suami tanyakan kat nurse. Feh, lega, dia kasi kencing. Ikut kan aku dah puasa sejak pukul 9 malam lagi. Patutnya takde lah nak kencing sangat. Tapi ni derang gi masukkan air lah pulak, kan. Kantung ku memang sejenis 5 minit selepas minum je pun dah penuh.

Tak lama kemudian, orang sebelah pun ditolak masuk ke wad semula. Aku dengar nurse tu cakap, telur dia 53 biji! OMG macam telur ikan! Masa menuju ke wad tadi, dia ada tegur aku, nak buat opu jugak ke? Dia cakap, takutnya. Memang patut pun dia takut kalau dah telurnya banyak cenggitu. Risiko kena ohss pun tinggi. Fuh! Mula2 tu aku pelik jugak lah, kenapa dia nak takut, sebab aku dengar dia doktor kot! Tapi bila tau telur dia sebanyak itu, oh, ya patut. Doktor tak doktor.

Lepas tu, aku pula dibawa pergi ke bilik operasi. Macamana suasananya? Alah, macam bilik biasa je. Cuma ada katil pastu ada tempat letak kaki. Agak usang peralatan di situ.

Dah baring tu, datang lah dr. bius. Mula2 dia tanya sejarah pernah operate ke apa. Bila aku cakap aku pernah operate kat regency, dia terkejut sebab aku tak kenal dia. Mana nak kenal kalau dah dr. lain yang membius aku aritu. Dr. aritu macam tinggi gempal2 sikit. Dia ni kecik2 kurus.

Untuk prosedur ni aku akan dibius penuh tapi ala2 je. Dose nya rap2 je katanya. Makanya ada kebarangkalian aku akan tersedar dan mendengar semasa prosedur dijalankan. Maka, apakala dr bius itu menekupkan gas ke mulut ku, aku pun padam. Sedar2, aku sedang diangkat dari katil tadi ke katil sorong. Pastu diangkat pula dari katil sorong ke katil wad. Takde rasa apa2 sakit watsoeve. Cuma rasa best macam bangun dari tido yang cukup hahaha. Dalam mamai2 tu aku cuba la sambung tido tu tadi. Tapi lepas 10 minit, eh macam dah takleh tido balik je. Dan aku pun berjaga lah. Oh, dan nurse tu kata doktor dapat retrieve 11 folikel.

Lebih kurang pukul 12pm, kami pun dibenarkan balik. Saing ngan orang pertama tadi. Nurse pesan, kena cuba minum dulu, kalau ok baru makan. Makan pun benda2 lembut je, bubur ke. Masuk je kete, aku terus minum dan rasa ok jek. Pastu kami singgah makan kat kedai nasi kerabu aritu. Kononnya aku nak makan roti dan bungkus je nasi kerabu tu. Sekali sampai kedai, eh, ok kot kalau makan nasi kerabu tu terus. Hadoi.. menderhaka betul. Masalahnya, aku tak rasa macam aku baru buat opu pun? Nak kata sakit, ngilu ke haper, langsung takde. Ngapaain sih? Kau rasa?


Posing dulu sebelum balik.





Jumpa lagi hari jumaat nanti.

Pas makan kami pun balik. Besok tu aku balik mersing macam biasa pepagi buta dan bekerja macam biasa rabu dan khamis. Bila difikirkan balik, betul ke aku dan buat opu nih?

Baru perasan signboard ni tulis yUTHM dan Mersing. Macam ditujukan kan kami berdua je kan.



Thursday, 10 June 2021

My IVF Journey Episode 5 : Check Up Terakhir Sebelum Prosedur

Sebelum tu nak bagitau, blog ni boleh komen ya. Cuma aku filter dulu sebelum publish. Saje la bagitau😎

30 August 2020, Sunday

Hari Ahad 30 Ogos, plan asalnya kami akan pergi jumpa doktor, pastu terus balik mersing supaya aku boleh masuk kerja petang. Dah siap2 isi borang half day lagi. Mula2 dah janji aku kena datang petang tepat pukul 3 sebab hari tu sepatutnya cuti (Ahad), klinik tutup. Tapi biasanya dibuka untuk kes2 tertentu, contohnya macam masa aku operate dulu, doktor nak discharge kan patient, so dia kena la datang. Itu yang aku kata, tak tau bila masa doktor ni cuti sebenarnya.

Tiba2 hari sabtu tu, klinik call bagitau nak tukar time. Dia suruh datang pukul 10 pagi. Ok. Walaupun agak mustahil, tapi kalau setakat jumpa doktor, buat swab test, takde lah lama sangat kan. Maka aku pun positif je lah. Sempat kot, pecut balik mersing, lagi pun encik suami ikut sekali. Besok tu kan cuti hari merdeka kan. Makanya petang tu nanti kami akan balik semula la ke parit raja. Gitu perancangannya.

Tapi, manalah kita nak tau, banyak prosedur yang kena buat pada hari ini. Dah lah aku asik terjaga je malam tu sebab takut nak buat covid test hihi. Nebes hoi!

Injection besarkan telur yang terakhir pagi ahad tu.


So, lebih kurang pukul 7.30 pagi, kami pun bergerak ke hospital. Takde jem pun sebab hari ahad, kan, gomen je keje. Sampai tu singgah sarap dulu kat mykluang kopitiam, dekat dengan hospital.

Makan set roti dan telur separuh masak.

Beserta milo monster.



Mee rebus pun ada.

Siap pakai baju kerja.


Makan lontong juga.


Rupa2nya, area kedai2 tu parking free. Patut lah banyak kereta, tapi orangnya tak ramai. Semorang gi hospital parking kat situ rupanya. Tapi limited la. Banyak kedai tak bagi orang parking depan kedai dia.

Lepas sarapan, kami terus pergi ke hospital. Dia dah pesan, kena register dedua orang sebab dedua nak kena buat covid test. Sampai kat klinik, gelap je. Tapi ada sorang nurse. Tak lama tu dia bawak kami ke tempat buat medical check up untuk buat covid test. Perasaan time ni kemain la takut. Sakit ke weh? Dalam setengah jam gitu, kami dibawa ke tepi A&E, tempat covid test dijalankan.

Kena tunggu doktor yang nak ambik sample.

Awal2 dah cakap, aku nak dulu sebab kalau aku nampak encik suami buat, nanti aku lagi takut.

Test tu tak dibuat kat dalam ni pun. Tapi kat belah luar. Doktor yang duduk dalam ni. Kita duduk luar, dia hulur tangan bersarung je.

Wayang je rupanya bilik2 ni.

Dan kebetulan, bila doktor sampai, nama aku dipanggil dulu. Aku pun duduk di kerusi yang disediakan dan mendongak untuk dijolok hidung. Zup zap. Dah. Eh jap. Masa bila sakitnya? Tak sakit pun uolsss. Doktor tu siap keluarkan benda alah tu, dan masukkan kat lubang hidung sebelah lagik. Alhamdulilah, sekali lagi toleransi aku terhadap sakit agak tinggi. Punya lah nak sedapkan hati, aku cakap pada diri, ala, sekejap je, bukan kena buat sendiri pun, doktor yang buat. Kita tinggal tadah hidung jek. Paling lama pun sampai mersing je sakitnya. Gitu. Tapi sebenarnya, langsung tak sakit. Haih.. membesar2kan betul lah. Encik suami cakap, geli. Ok, ada la geli sikit sebab ada berus hujung tu.

Pastu kami balik semula ke klinik. Nurse tadi dah takde, ganti nurse lain. Nurse tadi ikut doktor gi lab, ada prosedur. Pastu dia suruh gi ambik darah pulak. Masa tu dah dekat pukul 11. Aku ingat waktu ni sebab ingat nak join battle ritote datorizalmaan haha. Tengah berjuang, dah nak bayar, nurse pulak dah panggil nak ambik darah. Maka lupakan je lah. Aku saje je. Takde lah nak sangat. Kalau ada, ada. Kalau takde pun tak kisah.

Ambik darah pun kemain lama. Siap dia masukkan IV lagi. Sebab lepas tu nak masuk vitamin pulak. Sampai part tu aku dah surrender, kena mintak MC la nampaknya. Memang takkan sempat sampai mersing sebelum pukul 1 tengahari. Pas settle ambik darah, balik ke klinik terus nurse pasang drip vitamin. Dedua orang sekali. Lama la jugak nak menunggu tu. Dah sudah tu kena tunggu doktor pulak. Dekat pukul 1pm kot baru doktor balik dari lab. Kat sini aku dah faham. Memang doktor takde cuti pun sebab prosedur iui atau ivf ni kan ikut hari period patient. Kalau time nak buat ivf tu kebetulan jatuh hari ahad ke, public holiday ke, doktor akan buat jugak. Haih, sibbaik aku tak jadi doktor. Tiber. 

Ok, kali ni doktor check telur lagi. Ada dalam 10 folikel katanya. Dan doktor kasi pulak ubat nak kena inject pukul 10 malam ni. Kena tepati masa. Pastu doktor ajar cara nak bancuh ubat dan cucuk. Sama je macam sebelum ni. Beza tang botol air dia je, lain sikit. Tak yah kepak nak pecahkan botol tu. Botolnya sama macam botol ubat. Pastu kami pun balik. Seterusnya ialah ovum pick up pada hari Selasa 1 September jam 10 pagi, tapi kena datang kul 8 pagi di victorylab.

Balik tu singgah makan patin tempoyak kat depan kedai nasi kerabu tuari.

Ok lah, cuma tak pedas langsung je.



Suka lah tu takyah gi kerja.

Dan ini lah rupa ubat pecah telur. Tuari takmo kasi pecah. Ini kali kita kasi picahhh. Perlu dicucuk 36 jam sebelum ovum pick up. Lebih kurang masa buat iui dulu la. Dulu aku kena gi wad bersalin hsi malam2 untuk cucuk kat bontot. 

Kebanyakan tempat yang aku baca, kena cucuk kat bontot dan kena pergi mana2 klinik untuk diinjek oleh medical person. Tapi yang aku punya ni boleh cucuk kat perut macam biasa. 

Lepas cucuk, doktor suruh wasap. Tapi aku sms sebab tak keluar pulak wasap kat nombor dia. Telefon aku tu kadang2 ting tong jugak.

Maka selesai lah aktiviti mencucuk diri sendiri buat kali ini. Macamana pengalaman? Ok jek. Semua aku buat sendiri. Kacang lah!

My IVF Journey Episode 4 : Sambung Stimulasi & Tahan Telur Pecah

29 August 2020, Saturday

Yang syringe depan tu lah ubat tahan telur pecah tu. Pagi Jumaat cucuk sensorang lagi


Pagi Sabtu aku paksa encik suami tengok aku cucuk. Kalau tak, u'll miss tue moment, ok. Tapi bila dah beliau memantau, maka banyak la komplennya.


Pagi Ahad last cucuk stimulasi telur dan tahan telur pecah.


Hari sabtu gi tesco sebab nak makan ni. Nyamannyak!


Hari jumat tu betul2 aku bukak tv nhk, keluar berita pm abe letak jawatan PM kerana sakit. Bowel problem katanya.


Wednesday, 9 June 2021

My IVF Journey Episode 3 : Hari Ke-5 & Ke-6 Injection

27 August 2020, Thursday

Aktiviti mencucuk hari ke-5 dan ke-6 berjalan lancar tetapi tanpa alcohol swab. Oleh kerana semalam (Rabu) kena pergi hospital, pagi tu aku ambik la beg merah siap2. Sekali tengok dalam tu, laaa ada rupanya alcohol swab ngan kapas dalam tu. Maknanya kain gauze je lah yang aku tak bawak hahaha. Tak pepasal tak hygiene tempat cucuk aku. Masa hari ke-5 aku rasa macam sakit nya lebih sikit dari biasa. Tetiba semalam (hari ke-6) lepas cucuk aku tak rasa pape lah pulak. Eh? Tak sakit langsung la pulak? Ini pelik? Sebab selama 3 4 hari ni dia rasa bisa selepas jarum dikeluarkan. Ini masa cucuk tu ada lah rasa sikit sakit cucuk jarum tu, tapi lepas tu dia tak rasa pape langsung pulak. Tapi aku perasan lah kat tempat cucuk tu tak keluar darah langsung. Selalu ada gak darah sikit kat tisu tu. Mungkin kah kalau tak kena saluran darah, dia takkan sakit? Whatever.

Inject hari ke-5.

Hantar report kat dr hairul.

Cucuk hari ke-6. Kali ni aku mulakan dengan 1 humog, pastu foliculin, pastu 2 lagi humog. Kot lah turutan bancuhan ni mempengaruhi kesakit-taksakitan tu ke. Sebab aku rasa foliculin tu je yang sakit lain macam.


Ada rupanya benda alah ni dalam beg merah.

So, untuk appointment hari Rabu tu, mula2 aku call klinik hari Selasa pagi. Dia dah ambik nombor telefon, nama segala, dia kata dia akan call nanti. So aku assume petang karang lah dia akan call untuk confirmkan. Sekali tunggu punya tunggu, takde pulak dia call. So aku suruh encik suami wasap pn.ainun. Yang ni aku musykil sikit sebab nombor telefon pn.ainun ni lain dari nombor yang terdapat pada kad klinik. Tapi kalau orang tanya, biasanya doktor akan suruh contact pn.ainun ni. Eh, tak faham lah aku. Yang aku call tu nombor landline, so aku rasa yang jawab tu staff nurse kat kaunter.

Lepas encik suami wasap, dia bagitau yang aku dah salah faham. Appointment aku memang ON, cuma time nya je yang tak tau lagi sebab dia akan ikut masa doktor. Kot besok ada orang nak beranak ke, operate tiba2 ke, kita tak tau. Tu yang tadi dia kata dia akan call.

Yang aku pulak, dah mintak half day. Ingat nak keluar pukul 1pm, pastu kalau settle sebelum malam, aku nak balik mersing semula sebab tinggal 1 hari je kerja besok nya kan. Tapi, sampai ke pukul 2pm, masih takde orang call. Aku pun tunggu je lah. Sampai lah pukul 4pm, encik suami wasap semula pn.ainun. Haih susah lah komunikasi 4 penjuru ni. Maka berlaku miscommunication di situ. Last2 aku bergerak ke sana lepas punch out. Tak jadi nak half day.

Sampai2 je kat depan hospital, baru lah budak staffnurse tu call nak suruh datang lepas maghrib. Sebab aku sampai tu dah pukul 6.45pm. Laaa baru nak call ke? Kalau aku tunggu dia call tadi, ada gak aku tak pergi sudahnya. So, lesson learn. Pasni biar aku je wasap pn.ainun tu. Aku ingat kalau encik suami yang wasap kan senang, dia dah ada rekod conversation yang sebelum2 ni. Ok, selesai kat situ.

So, lepas register, aku pun terus lah lepak kat klinik. Tunggu punya tunggu, akhirnya giliran aku tiba lebih kurang pukul 8.45pm kot. Memula dr. scan tvs nak tengok telur. Bukan telur la sebenarnya. Folikel telur. Masa hari kedua aritu dia scan nampak 4 biji je kat belah kanan. Belah kiri tak nampak langsung. Kali ni pulak, dia jumpa 6 biji belah kanan dan 4 biji belah kiri. Lebih kurang. Yey! Kira banyak gak lah bagi wanita seusia ku ini. Mintak2 ada isi telur (ovum) lah dalam folikel tersebut. Seterusnya, semoga telur tersebut cukup matang apabila dikeluarkan kelak. Amin. Dan saiz folikel tu pun dah agak besar. Insya Allah, dia akan membesar lagi dalam 4 hari ni. So, next appointment ialah pada hari Ahad (30 Ogos) ini untuk melihat progress telur2 itu. Mudah-mudahan 1 September nanti dia akan dapat dikeluarkan dengan jayanya.

TAPI...

Sebelum semua itu, ada satu lagi yang lebih penting dan besar akan berlaku pada hari Ahad itu nanti iaitu, kami akan melakukan ujian saringan Covid19! OMG!!! Boleh tak kalau tak jadi nak buat ivf sebab takut nak test covid lagi besar dari takut nak buat ivf ni? Huaaa. #prayforNorasiah.

Oh, malam semalam juga, dr. bagi 1 lagi ubat untuk dicucuk iaitu ubat untuk elak dari telur menetas awal. Maksudnya besok tu kena cucuk 2x lah. Tapi malam tu dr. dah cucuk kan 1 dos untuk tunjuk kekdahnya. Tapi yang ni kacang goreng je sebab ubat tu dah siap2 ada dalam syringe tu. Tinggal tolak bubble, cucuk, tolak dan cabut. Cuma dr. kata kena cucuk lebih laju dari sebelum ni sebab jarum dia macam tak berapa tajam. Ubat ni takde rasa bisa. Sakit sikit je.

Habis semua, aku pun balik. Oleh kerana dah malam, maka terpaksa lah aku balik parit raja. Gilo apo nak merentas hutan tengah2 malam. Hutan highway takpe, ramai orang. Mula2 sekali aku singgah petronas sebelum tol skudai tu untuk solat. Sebelum tu pam tayar dulu sebab dapat warning. Ni mesti tampalan aritu dah bocor balik ni. Pas solat, ingat nak drive thru burger king kat situ. Sekali ternampak burger ramly kat kedai mesra. Terus aku beli seketul. Sedap jugak! Pastu isi minyak dan terus pecut balik. Jem sikit kat senai sebab ada construction. Sampai rumah lebih kurang pukul 11 malam.

Burger bodo je pun sedap.


Now, i is mata rabak dan puyeng. Hari ni pergi kerja balik hari. Alaaa rindu zaman pkpb berulang alik pergi kerja selang sehari...

Dan pagi ni aku bangun kul 5 pagi, mandi dulu baru cucuk. Kali ni humog tu dapat yang 75iu dan 150iu. Tapi totalnya sama je lah. Kurang lah satu step release, goncang dan sedut. Tapi, kena tambah satu step mencucuk la pulak. All is well. Berani gak aku ni sebenarnya kan?