Hari ni merupakan hari pendaftaran pelajar di Meidai. Encik suami adalah salah seorang daripadanya. Abis, selama ni apa? Mungkin ada yang tak perasan yang aku ambil ctg selama 3.5 tahun, bukan 3 tahun seperti sepatutnya. Ini kerana tempoh 0.5 tahun yang pertama ini, encik student belum bergelar pelajar phd, sebaliknya research student. Kisahnya, untuk masuk ke uni di jepun ni, mereka ada membuat entrance exam. Ala2 interview la gitu. Selalunya derang yang pernah study kat jepun ni, akan pergi je entrance exam ni dan terus masuk sebagai student phd. Tapi ada kekdah kedua iaitu kiter pergi dulu sebagai research student, hadir exam semasa berada di sini, dan kemudian baru mendaftar sebagai student phd. Macam yang encik suami lakukan ini. Dengan cara ini, selain tak perlu keluarkan duit sendiri untuk hadir exam tersebut, tempoh 0.5 tahun ini rasanya sudah cukup untuk membiasakan diri dengan budaya penyelidikan di uni jepun. Kira macam pra-sekolah la gitu... boleh?
Entrance exam encik suami berlangsung pada 28 november 2013 yang lalu. Mula2 dia ada presentation dan interview, kemudian ada ujian bertulis. Yang bestnya, sebelum presentation tu sensei dah siap semakkan slide bagai. Dan yang tambah bestnya, sensei beliau merupakan ketua panel interview tersebut hehe. Petang tu jugak sensei bagitau, dah lulus, unoffficially. Dan bila dah official, sensei sendiri yang hulurkan surat tawaran dengan sekotak teh. Heh. Tapi rasanya semorang pun akan lulus kot (ada lab-mates yang cakap camni... eleh!) . Cuma yang ini lulus dengan confident. Cuba bayangkan kalau beliau datang dari mesia, naik airasia, tumpang rumah member atau sewa hotel, kemudian hadir exam tersebut, buta2 gitu jer, tentulah ia tidak semudah yang ini.
Dengan itu juga, secara rasmi juga aku akan bercuti selama 3 tahun lagi. Rasa macam sekejap jek dah hampir 6 bulan aku kat sini. Cepatnya! Takmo la cepat sangat... Bulan pertama rasa lambat, tapi selepas tu, sedar2 dah setengah tahun! Dah nak raya oi!
So, bila nak balik mesia? Buat masa ni aku belum ada rasa nak balik lagi. Aku tengok derang kat sini balik mesia macam balik kampung hujung minggu jek. Bila2 rasa nak balik, beli tiket dan balik. Murah je tiket airasia tu. Tapi kalau asik nak balikkk je, baik la study kat mesia jek. Nak rasa jauh sikit, study kat usm ke, unimap ke. Aku nak rasa raya kat sini macamana. Nak rasa puasa yang panjang kat sini macamana. Nak rasa macamana sayunya dengar lagu raya kat sini macamana. Biarlah tak meriah pun. Biarlah tak seronok pun. Biarlah sedih pun. Lagi pun dah 34 tahun aku menyambut hari raya dengan sederhana tapi meriah. Apalah sangat dengan 3 tahun yang tak meriah, tak seronok dan sedih ni... uhuk uhuk uhuk. Ok, dah terkeluar tajuk. Baik berhenti sekarang. Ok bye!
72 RANCANGAN B
1 week ago
4 komen:
Salam, nak tanya pasal proses pergi ke jepun utk entrance exam. Perlu apply visa tak? apa yang diperlukan untuk imegresen pass dan sbgainya. how long it will takes?
fatinaminah: sekarang masuk jepun dah tak perlukan visa. boleh main pergi je macam gi indonesia. visa pelancong 90 hari. tapi sebaiknya standby return ticket masa kat imigresen tu. dan kat dalam katebang dia akan kasi borang sikit kena isi. simple je. kena bagi alamat tempat tinggal masa kat jepun tu je. nak tau lebih lanjut rajin2 la belek arkib yea..
Blh minta email tak? nak tanya beberapa perkara.. hehe
Post a Comment