Friday, 28 March 2014

So I Tender My Resignation




Selepas 5 bulan menjadi akauntan sepenuh masa, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta. Penat2 je aku buat balancing, kawal kuar masuk dan rekod, sudahnya duit habis entah tak tau ke mana. Lebih2 lagi semasa proses berpindah tu ari. Tiba2 je encik suami kata duit yang dijadikan saving juga sudah tinggal serdak2 sahaja. Ilek. Pocik. Haih... sampai terpaksa korek duit gaji mesia pula tu. Aiyokkk!!! Apa sudah jadi dengan kempen jimat cermat yang telah dilancarkan? Tak boleh la beli kereta??? Huuu sedih lah!

Aku cuba compare dengan rakan2 lain di sini. Rasa macam aku dah jimat banyak dah. 3 bulan sewa kaikan bersamaan dengan sebulan sewa rumah mereka. Kereta pun aku takde. Maknanya takde sewa parking, takde duit minyak. Ada la sekali sekala pinjam kete derang, tapi takdelah banyak sangat pakai minyak kot. Nak kata selalu makan luar, tak jugak. Sebulan 4/5 kali jer. Errr banyak juga tu. Tapi memang belanja makan antara belanja paling besar kami setakat ini. Ke sebab aku selalu makan ikan? Ikan mahal kot? Orang lain selalu makan ayam jek ker? Ke sebab aku takde dapat elaun anak macam derang? Eh, macam2 lah yang aku pikir. Tu yang rasa nak resign jer tu. Rasa macam gagal gitu. Sibbaik aku tak jadi akauntan betul ek. Kalau tak, asal akaun tak balance je, resign. Company rugi pun resign hehe.

Sampai lah pada hari Khamis minggu lepas. Encik suami balik dan tunjukkan buku akaun bank beliau yang baru dikemaskini. Selepas dibelek2, akhirnya aku telah menemui punca kenapa aku rasa sosak jer padahal dah berbelanja penuh berhemah dah selama ini. Mulanya aku tak nak percaya sebab aku yakin sangat bahawa kami ada menerima 2 pucuk surat dari bank di sini yang memaklumkan telah berlaku transaksi dari bank di malaysia ke bank mereka serta caj yang mereka kenakan ke atas transaksi tersebut. Kedua2nya berlaku pada hujung bulan disember yang lalu. Apa maknanya?

Maknanya 2 transaksi tersebut tentulah satunya elaun dari uthm dan satu lagi elaun dari kpt untuk bulan januari hingga mac 2014. Make sense, kan? Cumanya yang tidak berlaku ialah, aku tak baca pun kedua2 surat tersebut. Terus buat assumption. Dan bila kawan2 lain, di sini dan di mesia, cerita pasal elaun derang yang masuk pada bulan januari, aku dengan kompidennya bagitau encik suami yang kiter punya (bunyi dah macam aku lak yang empunya elaun hihi) dah masuk hujung bulan 12. Lagi advance dari derang kononnya. Dan beliau pun percaya cakap akauntan beliau ini hehe.

Hakikatnya, dalam buku akaun beliau, betul, ada 2 transaksi dari bank malaysia. Satunya dari citibank untuk elaun dari uthm (berdasarkan amaun yang dinyatakan). Tetapi yang lagi satu tu dari maybank di mana itu ialah elaun permulaan yang juga daripada uthm yang tak sempat diberi sebelum kami datang ke sini itu hari. Memang encik suami yang transfer duit tu dari maybank. Ini bermakna, beliau tak dapat elaun dari kpt bagi bulan januari-mac!!! Adoiyaiii!!! Tangisan dalam ketawa betul lah.

Selepas itu, beliau pun terus menghubungi pihak kpt. Rupa2 nya memang derang tak terima pun nombor akaun bank yang encik suami bagi ketika awal2 bukak akaun dalam bulan 11 dulu. Dan data yang encik suami masukkan dalam talian juga tiada dalam rekod. Tak sempat save ke haper tah. Sabo je haku. Pulak tu bulan januari tu derang ada bagi sekali duit buku yang setahun sekali tu.

Ini nasib baik lah perasan awal2. Kot lagi lambat, merasalah aku terpaksa ikat perut kat sini. Tapi bagus jugak lah. Tak pasal2 kami ada simpanan terlebih. Terima kasih la kpt, sebab tolong simpankan bagi pihak kami.

Ok, sekarang dah boleh makan ikan banyak2. Tak jadi resign. Hiks.





Wednesday, 26 March 2014

Rasmi Menjadi Pelajar


Hari ni merupakan hari pendaftaran pelajar di Meidai. Encik suami adalah salah seorang daripadanya. Abis, selama ni apa? Mungkin ada yang tak perasan yang aku ambil ctg selama 3.5 tahun, bukan 3 tahun seperti sepatutnya. Ini kerana tempoh 0.5 tahun yang pertama ini, encik student belum bergelar pelajar phd, sebaliknya research student. Kisahnya, untuk masuk ke uni di jepun ni, mereka ada membuat entrance exam. Ala2 interview la gitu. Selalunya derang yang pernah study kat jepun ni, akan pergi je entrance exam ni dan terus masuk sebagai student phd. Tapi ada kekdah kedua iaitu kiter pergi dulu sebagai research student, hadir exam semasa berada di sini, dan kemudian baru mendaftar sebagai student phd. Macam yang encik suami lakukan ini. Dengan cara ini, selain tak perlu keluarkan duit sendiri untuk hadir exam tersebut, tempoh 0.5 tahun ini rasanya sudah cukup untuk membiasakan diri dengan budaya penyelidikan di uni jepun. Kira macam pra-sekolah la gitu... boleh?

Entrance exam encik suami berlangsung pada 28 november 2013 yang lalu. Mula2 dia ada presentation dan interview, kemudian ada ujian bertulis. Yang bestnya, sebelum presentation tu sensei dah siap semakkan slide bagai. Dan yang tambah bestnya, sensei beliau merupakan ketua panel interview tersebut hehe. Petang tu jugak sensei bagitau, dah lulus, unoffficially. Dan bila dah official, sensei sendiri yang hulurkan surat tawaran dengan sekotak teh. Heh. Tapi rasanya semorang pun akan lulus kot (ada lab-mates yang cakap camni... eleh!) . Cuma yang ini lulus dengan confident. Cuba bayangkan kalau beliau datang dari mesia, naik airasia, tumpang rumah member atau sewa hotel, kemudian hadir exam tersebut, buta2 gitu jer, tentulah ia tidak semudah yang ini.

Dengan itu juga, secara rasmi juga aku akan bercuti selama 3 tahun lagi. Rasa macam sekejap jek dah hampir 6 bulan aku kat sini. Cepatnya! Takmo la cepat sangat... Bulan pertama rasa lambat, tapi selepas tu, sedar2 dah setengah tahun! Dah nak raya oi!

So, bila nak balik mesia? Buat masa ni aku belum ada rasa nak balik lagi. Aku tengok derang kat sini balik mesia macam balik kampung hujung minggu jek. Bila2 rasa nak balik, beli tiket dan balik. Murah je tiket airasia tu. Tapi kalau asik nak balikkk je, baik la study kat mesia jek. Nak rasa jauh sikit, study kat usm ke, unimap ke. Aku nak rasa raya kat sini macamana. Nak rasa puasa yang panjang kat sini macamana. Nak rasa macamana sayunya dengar lagu raya kat sini macamana. Biarlah tak meriah pun. Biarlah tak seronok pun. Biarlah sedih pun. Lagi pun dah 34 tahun aku menyambut hari raya dengan sederhana tapi meriah. Apalah sangat dengan 3 tahun yang tak meriah, tak seronok dan sedih ni... uhuk uhuk uhuk. Ok, dah terkeluar tajuk. Baik berhenti sekarang. Ok bye!

Monday, 24 March 2014

Rumah Baru Di Yamate Biru (Sebelum Diduduki)


Terlupa nak masukkan gambar rumah sebelum diduduki dalam entry yang lepas. Patutnya gambar2 ini boleh membantu imaginasi pembaca sekalian. Nyaris2 aku nak publish gambar selepas siap kemas tadi. Tetiba terjumpa gambar2 ni pulak. Terus terbantut. Gambar2 ini aku ambil pada kunjungan kali kedua semasa tuan rumah suruh tengok, apa lagi yang nak dibuat ke atas rumah ini. Masa tu dia dah siap bersihkan semua dah.

Ini bilik tidur. Ada built in wardrobe.

Satu kelebihan unit intermediate ialah dinding dia tidak terdedah kepada kondensasi.

Ini je bilik yang dindingnya rosak sikit. Ini yang dia cat semula tu.

Pintu lemari dah yang dah kopak. Dinding tu bukan rosak ke hape. Orang yang lepas kot ada tampal wallpaper, pastu tak boleh tanggal. Sayang sebenarnya sebab wallpaper asal masih elok.

Dinding belah sini pun sama, ada bekas tampalan. 

Dapur asal. Ada heater dan dapur gas. Tapi heater tu dah rosak. Dapur gas pulak dah agak buruk. hiks.

Aku rasa masih boleh guna lagi, tapi takut apinya dah tak cantik. Nanti rosak belakang periuk kuali i. So, benda ni pun ku suruh lupuskan.

Antara barang yang ditinggalkan penyewa yang lepas. 


Mesin basuh pun ada, tapi tak tau ok ke tidak. So, aku suruh dia buang jugak. Lagi pun mesin ni kecik, tak kosser aku nak basuh baju banyak2 kali. Tapi outdoor unit ekon tu agak mengganggu la. Tak faham kenapa dia pasang kat bawah.

Ok, itu jer buat masa ini.


*Biru = building

Thursday, 20 March 2014

Kesian La Hai...


Awal tahun aritu kan kami pergi jenjalan ke kyoto dan osaka tu kan. Masa pergi outlet kat osaka, encik suami ada la beli satu track top dan track bottom yang sepasang tu. Masa tu lah keluar cerita sedih dari beliau.

Masa sekolah rendah, beliau kira atlit ar kat sekolah. Suatu hari, menjelang hari sukan sekolah, beliau diminta mengetuai bacaan ikrar hari sukan. Alaa yang ada sebut, ... akan bermain dengan semangat kesukanan tu. Jadi, cikgu suruh beliau beli satu baju sepasang macam tu lah.

Tapi tau jelah zaman tu, mana lah mampu kan. Lagi lah masa zaman kecik2 tu, adik beradik beliau berderet2an berganding2an. Tapi abah bawa lah jugak beliau pergi kota untuk cari baju tu. Dah cari2 tu, jumpa lah satu baju tu. Memang memenuhi kehendak cikgu lah kan. Satu sut baju ngan seluar. Dulu orang panggil baju track top tu wind breaker, kan? Yang jenis kanvas, dalamnya kain tu. Tapi, beliau tak beli pun pakaian tersebut sebab mahal sangat. Akhirnya, beliau baca ikrar hari sukan tanpa berpakaian seperti yang sepatutnya.

Jadi, bila beliau menyampaikan hasrat nak membeli pakaian tersebut di sini, aku setujukan saja. Alahai, kesiannya... 23 tahun menyimpan cita2 tau.

Tuesday, 18 March 2014

Restart


Kehidupanku di sini seperti melalui proses restart bilamana kami berpindah ke rumah baru. Ya, aku dah keluar dari bilik asrama yang best itu. Agak sedih la jugak sebab baru je dapat microwave oven kat bilik tu hehe. Ada pulak. Takde lah. Sebenarnya banyak lagi keistimewaan kaikan tersebut yang menyebabkan aku sayu hati tatkala meninggalkannya pada hari Jumaat, 14 Mac 2014 yang lalu. Dah lah internet free, peralatan rumah pun lengkap. A'ah lah, aku tak pernah gunakan kemudahan laundry kat tingkat 7 tu. Tak terfikir pulak nak keringkan baju. Dapat tau pasal keputusan tu awal bulan februari ari tu. Tak kuasa nak cari rumah merata2 tempat, kami terus cop rumah kat Yamate Biru. Dah ada 3 family malaysian kat bangunan tu. Takde lah hidup isolated sangat.

Masa first time tengok rumah tu, kami dibawa ke 4 buah rumah, kesemuanya hampir sama, intermediate unit. Takde pulak unit tepi. Kalau dapat unit tepi, lagi lah melompat2 aku teruja nak buat langsir hikhikhik. Banyak tingkap! Percaya atau pun tidak, lepas tengok rumah tu, terus aku beli kain langsir! Masa tengok tu sempat ukur tingkap tau! Dan dalam masa 3 hari, langsir aku dah pun siap. 8 keping night curtain dan 4 keping day curtain. Pastu tak sabar nak pasang pulak. Haih...

Lepas dah comfirm rumah tu, kami tunggu tuan rumah panggil lagi untuk check lagi rumah tu untuk dibuat apa lagi yang patut. Sebab beliau tak tau nak buat apa lagi. Kat sini kekdahnya kiter bayar ala2 deposit, tapi hujung2 nanti tak dapat balik pun deposit tu. So, baiklah kiter gunakan sebaiknya duit deposit itu untuk beliau baiki apa yang patut sebelum kiter duduk.

Pada kali kedua tengok rumah tu, kami suruh beliau buang mesin basuh dan ekon. Katanya ekon tu dah rosak. Sedih la jugak sebab kalau ada ekon, dah jimat tang membeli heater dan kipas angin. Ada sebuah almari baju, kabinet kecik wat isi stok makanan, kerusi beroda dan kerusi kami tak bagi buang. Kendian kami minta dia baiki dinding satu bilik yang dah rosak. Beliau nak bukak wallpaper dan cat katanya. Ada juga sebuah pintu wardrobe yang dah kopak, beliau nak ganti yang baru. Kendian kami minta juga beliau pasangkan kepala gas baru untuk heater hihihi. Dah macam memeras pulak ya. Oh, satu lagi pintu bilik air yang kayu juga beliau hendak tukar dengan yang besi/kaca sebab bahagian bawah pintu kayu tu dah dimakan air. Aku rasa tidak lah banyak sangat kopaknya, tapi dah beliau sendiri yang nak tukar, sukati lah kan.

Dan pada hari khamis, sehari sebelum kami berpindah tu, beliau suruh tengok rumah lagi. Tepat pukul 3 petang, dalam hujan yang agak lebat, aku dah pun tercongok kat depan rumah. Masuk2, tengok ekon tak dibuang lagi. Rupanya tak rosak pun hehe. Pastu tengok dinding bilik kecik tu dah dicat warna krim. Teranglah sikit bilik tu jadinya.  Oh, lupa nak citer. Rumah ni ada 3 ruang. 2 ruang 6 tatami dan 1 ruang 4.5 tatami. Yang dicat tu yang 4.5 tatami.

Lepas dah berpuas hati, teruslah kami sign contract. Settle semua tu, terus dapat kunci rumah. Maknanya malam ni dah boleh angkut barang lah! Sebenarnya kalau ikut kan kami boleh stay kat kaikan sampai hari sabtu, tapi oleh kerana hari sabtu takde staff yang boleh check bilik tu sebelum kami check out, maka terpaksa lah kami pindah hari jumaat.

Jadi, khamis malam jumaat tu, kami pun mengangkut barang2 dari kaikan ke yamate biru. Takde lah banyak sangat barang aku. 2 buah stream dah muat. Kiranya barang2 aku meningkat 2 kali ganda lah berbanding masa datang bulan 10 aritu sebab masa tu muat 1 kereta je. Alhamdulillah... rezeki merantau.

Pada hari jumaat, lebih kurang jam 3 petang, kami panggil staff untuk check bilik. Cuak jugak lah sebab dinding bilik tu berkulat sikit. Jenuh aku menyental, takmo jugak tanggal. Nasib baiklah 'dinding' tak termasuk dalam check list pemeriksaan itu hihi. Lepas tu, kami terus keluar dan pergi ke rumah baru. Rumah ini.

Petang itu jugak kami berkejar ke Cainz pula untuk mencari heater untuk sinki. Tapi mahal sangat la pulak. Tak jadi beli. Dari situ kami ke 2nd Street Nagakute dan terus beli mesin basuh dan rak untuk oven (1300yen). Kat sini macam semorang wajib ada rak tu kot huhuhu.

Balik tu, bapak2 semua keluar gi main bowling. Sepatutnya tak boleh tido rumah ni sebab gas tak masuk lagi. Plus kontrak mula 15hb sebenarnya.. hiks. Tapi api air  dah ada kan. Maka malam itu, aku tido lah di celah2 kotak. Nyenyak jek.

Tengahari sabtu, encik Livenas datang untuk masukkan gas. Petang tu kami pergi ke Nitori untuk membeli beberapa barang rumah. Balik tu terus pergi makan kat Anjo. Memang tak sempat mengemas la hari sabtu tu. Hari ahad baru lah boleh beroperasi sepenuhnya. Tengahari tu encik suami keluar sekejap beli peti ais. Maka lengkap lah sudah rumah ini dengan segala keperluan. Tinggal heater kat sinki je yang takde. Basuh lah pinggan sikit2. Agak2 kebas tangan tu, berenti lah. Tak lama lagi dah nak musim panas kan, so takde lah sejuk beku macam time winter tu ari. Dan masakan pertama di rumah baru ialah nasi goreng hehe.

Internet? Kami share dengan member kat rumah bawah ni jer. Sorang bayar 2500 yen sahaja. Ekonomi rumahtangga katanya hehe. Buat masa ni aku guna wifi je. Nanti2 baru nak tarik kabel dari rumah dia. Pakai kabel laju sikit kan. Tapi wifi ni pun ok jek. Boleh jer aku tengok movie streaming. Tapi ni sebab member tu balik mesia. Tak tau lah kot dia dah balik nanti jadi slow pulak. So, sekarang ni aku dah boleh ber whatsapp, wechat, skype, instagram, line dan yang sewaktu dengan nya lah ya. Jangan lupa add tau! Aku masih guna nombor tepon mesia.

Gambar? Tak boleh ambik gambar lagi sebab belum betul2 siap kemas. Buat masa ni, ini je yang boleh ditunjukkan. Ok bye.

Patriotik tak, patriotik tak?


Wednesday, 5 March 2014

Ume Si Bunga Aprikot/Plum


Ini ialah entry gambar2 bunga ume yang aku pergi tengok sampai tercicir wallet tu. Sekali pandang bunga ni macam sama dengan bunga sakura. Tapi pokoknya lain. Isy, teringat citer memoirs of geisha, scene dia cover kesemua 4 musim. Ada satu scene musim bunga ni, chiyo dating ngan chairman time hanami tepi sungai apatah. Awww cantik sangat!

Sebenarnya dulu aku ada satu pe'el ni. Di mana aku takkan share gambar kat fb sebelum update kat blog. Dulu la. Sekarang ni perlahan lahan aku dah share kat fb dulu. Macam gambar yuki aritu. Tu pun aku dah menyesal sebab excited sangat upload gambo kat fb. Kalau boleh nak orang tau kat blog dulu. Sebab tu aku tak suka add kawan blog dalam fb. Sibbaik la instagram boleh upload kat henfon je. Kalau tidak, makin kurang lah eksklusiviti kamu wahai blog. Ada sesiapa mengalami sindrom yang sama?

Okeh, ume ni keluar mula2 sekali pada musim bunga kot. Hujung bulan ni baru turn sakura pulak. Biasanya derang kuar secara berperingkat. Mula2 belah selatan akan mula dulu. Maybe belah2 kyushu dah kuar sakura kot. Nagoya ni kat tengah2 jepun. Maknanya kalau terlepas tengok kat tempat sendiri, boleh lah kejar dia sampai ke utara hehe. Kena kejar sebab dia keluar seminggu jek. Pastu dia gugur la. Tak sabar nye nak tengok sakura! Tak sabar nak rasa bunga tu gugur atas badan hihi. Errr ada ke dia gugur time kita lalu bawah dia? Ke kena gegar pokok tu nak bagi gugur?

Kan aku cakap aku dah jumpa bunga ni kat taman rekreasi masa sesat tu kan. Tapi tu macam milik persendirian aku rasa. Kat tepi rumah orang. Tapi banyak jugak pokoknya. Macam kiter tanam pokok rambutan la kan. Tapi ni pun dah cukup cantik aku rasa. Barang diingat, aku seperti biasa tak geti nak pilih gambar. So, jalan mudah, aku tepek semua yang aku tangkap hahaha. Kecuali yang blur la. Maka, tengok mana yang korang nak tengok je lah yea.

Macam pokok bonzai. Aku siap terbongkok2 bawah pokok tu. Ada 2 warna, putih ngan pink.

Yang putih.







Yang pink.










Cantik cabang dahan ni.





Suka!









Ni bunga kat depan rumah orang. 


Macam kobis.


Ni salah satu padang taman rekreasi tu. Luas lagi.

Orang tu cari bunga ume.

Yang ni pulak bunga ume kat taman agrikultur tu. Dia jenis berjuntai2. Yang tadi tak berjuntai pulak?

Belum kembang betul. Masih banyak putik. Minggu ni dah kembang kot.

Bunganya pun kecik2.

Tak tau bunga apa.

Ume kuning. 

Ume spesies berjuntai.

Lain sangat dengan yang kat tepi jalan tu ek?

Ni baru betul2 pink. Tadi tu pink cair. Ada yang lagi pekat.
















Yang ni paling pekat antara yang ada.




Ada 12 varian.

Ada pokok buluh macam kat arashiyama!

Ni semua putik2 lagi.







Sampai teleng2 pose aku.

Nak ambik gambar macam kat kyoto!





Salah angle lak teleng nya.

Dah, itu jer. Aku kalau banyak sangat gambar, tak tau nak citer apa. Sekian.