Thursday, 27 June 2013

Kerana Bola, Lelaki Itu Rela Berbaju Pink


Bila kali terakhir aku pergi stadiumlarkin tengok bola ek? Bulan 4 kot, sebelum pru. Sebab selepas pru aku dah pergi kerusus. Kiranya 2 bulan jugak lah aku tidak menatap wajah muhamat yo (sukati je kasi nama) itu. Takde lah rindu ke haper. Tapi 2 bulan itu telah mengurangkan keterujaanku dalam arena tengok bola kat stadium ni. Macam dah redho je tengok kat tivi. Sebab tu kot aku 'tergamak' cancel pemergian ke stadiumbukitjalil hari sabtu ni. Bosannya ko ni!

Tapi selasa lepas aku telah pergi menyaksikan bola sekali lagi. Lantak lah lawan team tak glemer pun. Buat lepas dendam tak dapat pergi bukitjalil kekdahnya. Sebelum pergi rasa macam serba salah pulak nak sokong saper. Sebab ni lawan feldaunited. Tapi bila masuk dalam stadium jek, terus terbit rasa menyesal sebab cancel pergi bukitjalil tu tadi. Halorrr ruginya. Dapat aku bayangkan macamana suasananya kat sana nanti. Dan tak dapat aku bayangkan macamana suasana apabila aku sibuk membuat kerja ketika orang lain tengok bola. Tekanan!!!

Game malam selasa tu agak membosankan sebab derang terpaksa turunkan budak2 reserve. Tapi ada lah jugak muhamat yo, nunez, awe plus alhafiz tu. Tapi tetap lah tak best sangat. TiMJ pulak tak senang duduk. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Belum bunyi wisel first half baginda (eh, baginda ke beliau? baginda la kan?) dah masuk bilik errr apa nama bilik rehat tu? Memula tu dah lead 1-0. Tetiba dah minit 80+ feldaunited gol pulak. Keputusan akhir seri 1-1. Biasa lah. Kalau tak seri takde lah jdt namanya, kan.

Tak ramai orang. Semua simpan duit+tenaga nak ke bukit jalil agaknya. Padahal kalau nak diikutkan perlawanan ni agak penting jugak sebab liga super kan. Tapi mamat kumpulan 2yol tu wajib ada. Kenapa tah, setiap kali mesti aku nampak mamat tu, tak kira lah kat mana aku duduk.

Tapi kawasan lain penuh la jugak. Bawah scoreboard tu je kosong.

Para pemain malam itu. Masa nak masuk tu aku terjumpa safeesali tengah makan kat kafe luar stadium. Komfem tak main la tu.

Ooo Johor!

Macam dah kurus sket si nenas tu.
 

 
Sepakan selepas gol jdt.
Dan sebagai bonus, ini ialah chant terbaru yang aku dengar malam itu. Comel je. Enjoy! (sebenarnya aku tepek je dulu video ni, tapi belum habis upload lagi. kalau ada tu maknanya dah siap upload la)


Kesimpulannya, yang penting takde yang injured. Selamat maju jaya JDT!

Dah macam waris jari hantu!

Pengalaman pertama duduk grandstand.


0 komen: