Monday, 24 June 2013

Hablur Mudah Larut


Dah lama tak story mory pasal hiburan ek. Almaklum, 2-3 bulan lepas kan sibuk dengan cerita politik, maka aku pun larut sama lah dalam kancah politik. 4-5 bulan lepas pulak sibuk dengan cerita bola, maka aku pun turut serta lah dalam arena bola. Hari ni tak nak cerita bola lagi dah sebab aku merajuk dengan bola. Aik? Haritu kemain berkobar2 prektis chant b.o.s.? Bukan merajuk sebab apa. Tapi sebab aku tak dapat pergi tengok bola kat bukit jalil 29hb nanti. Frust giler kot! Padahal dah bayar tempahan tiket dan bas nak ke sana. Tapi kita hanya merancang, kan.

Okeh, toksah sedih2. Baik kiter hepi2 (walau pun hatiku tengah bersedih pasal benda lain pulak ni) citer pasal hiburan pulak. Macam biasa lah, nak citer pasal drama tivi yang sedang aku layan sekarang ni. Ni satu lagi. Sebelum tu nak umumkan kat sini bahawa haritu, buat pertama kalinya BK telah naik pentas ambik trofi sebab menang anugerah tribute p.ramlee dalam kategori pelakon lelaki terbaik melalui telefilem selagi cinta berzikir. Alaaa citer yang kiter bengkak2 mata tengok tu. Aku tengok 3-4 kali pun still melalak part last tu. Pandai betul berlakon sedih tau. Akak tersentuh dik!

Yang pertama ialah drama dalam slot zehra tv3 iaitu sebenarnya saya isteri dia (SSID). Aritu lepas habis hanya padamu, aku kengkonon takmo layan slot zehra ni sebab susah kot nak commit. Plus letih kot nak tunggu seminggu sekali. Macam ni best. Dah hujung2, download banyak2, tengok sekali harung. Best best best.

So, memang aku tak tengok citer ni dari awal. Aku mula tertengok masa tengah kerusus kat kt. Tu pun sebab memang takde benda lain yang aku boleh buat kat sana. Ye lah, duduk bilik hotel, ngadap tv je lah kot. Itu pun aku tengok tak tengok jer. Cuma perasan la pelakonnya izzue dan tiz. Aku suka tiz sejak citer pencari jalan lurus. Izzue pulak aku mula kenal dalam citer cita dan cinta. Eh, tapi masa abpbh aritu aku undi dia tau hehe.

So, lepas balik kerusus tu, aku terus download citer SSID itu. Sekali lagi, kalau dah adaptasi dari novel, mestilah kisah kawen terpaksa kan. Dah macam2 jenis kawen terpaksa dah kita tengok ek. Cuma kali ni tidak lah pula pompuan itu menderita ke haper. Ala2 suwit gituh. Cumanya, yang ketara klise nya ialah part lelaki mesti anak orang kaya.

Dari segi pemilihan pelakon, aku rasa sangat sesuai. Lelaki jambu dan pompuan yang nampak matang (mekap kot). Cumanya kalau ikut pendapat aku. izzue tu tak berapa pandai berlakon kot. Especially part memek muka. Kadang2 agak janggal di situ. Tiz pulak sangat comel dan manis. Cuma nya aku perasan dalam banyak cerita, pakaian yang dipakainya selalu menampakkan ketidakkurusan beliau. Body dia lebih kurang fazura, kan? Tapi kalau kena gayanya, boleh je nampak slim. Tapi mungkin jugak, dalam citer tu kan dia bertudung, mestilah kena cover bentuk badan, kan. Eh, apa yg aku susah sangat dia nak slim ke tidak, eh? Sesuatuh tau!




Next ialah cerita cinta jangan pergi. Owh! Cerita ini sangat errr merilekskan (boleh?). Atau boleh aku katakan sangat dramatik. Aku tak tengok nurkasih tapi dah tengok nurkasihthemovie tak paham sepatah haram. Boleh, tengok citer melayu tapi tak paham? Tapi aku tau filmscape+khabirbhatia memang juara citer2 jenis macam ni. Tapi sama jugak macam ssid, aku tak tengok dari awal. Pon sama, aku rasa susah nak commit dengan citer kat tv pada weekend. Masa kuar promo sebrlum start tu memang aku dah berazam nak tengok, tapi boleh pulak terlupa. Sori abam wemi!

Sama macam ssid jugak, aku start download citer ni lepas balik kerusus. Tak, aku tak tengok masa tengah kerusus sebab tv tak dapat tv9. Tapi aku ada tertengok satu episod masa malam raya itu hari. Masa tu baru teringat yang aku pernah berazam nak tengok citer ni.

Yang aku suka tentang citer ni ialah satu pelakonnya, dua pemandangan dia, tiga lagu tema dia, empat watak2 dia dan yang utama ialah cerita dia. Semua best lah! Yang tambah best, sekali lagi sebab aku maraton citer ni sari episod 1 sampai 21 sekali harung. Selalu tau, kena kejar keretapi. Asik ketinggalan jek. Tapi best!




Citer ketiga ialah dahlia. Ok, lepas habis sehangat asmara, aku kengkonon buat2 lupa nak bukak mustikahd sebab malas nak tido lambat lagi. Dulu sebeoum adamhawa, pukul 10 aku dah boleh masuk tido. Sekarang, pukul 12 pun kekadang masih tengok tv. Not good tau. Pulak tu, aku dah jarang tengok csi dan yang sewaktu dengannya. Rugi jek.

Tapi tak lama la aku bertahan tak tengok dahlia ni. Episod ke-3 ke 4 tah (part razman confess tu), aku ter ter tertengok la pulak. Huaaa kesiannya. Terus melekat tetiap hari. Yang bestnya citer ni ialah kerana dahlia tu tidaklah merana beserta lembap seperti isteri2 mangsa kecurangan laki yang lain. Sebab kalau orang lain aku rasa kalau laki curang dengan bff sendiri selama 3 tahun, lembik dah pompuan tuh. Tapi dahlia ni bangkit. Inilah yang kita mahu!




Nampaknya aku dah lama tak tengok telefilem kot. So, tu jelah.



0 komen: