Ada orang tak boleh makan nasi tanpa kicap. Aku ok jer. Takde kicap pun selera jek. Cuma ada sesetengah lauk yang aku kena gu kan dengan kicap seperti kari. Nom nom nom. Aku bersyukur kerana hidup2 ajer, terus kenal dengan kicap manis jalen. Dah lah sedap, murah pula tu.
Kata abang ipar aku, tokei jalen ni asalnya partner dengan tokei kipas udang. Sebab tu rasa dia dekat2 sama. Entah ye ke tidak. Tapi kalau ikut lidah aku, rasa kedua2 kicap ni, macam lebih kurang jek. Dah tentulah tak sama dengan rasa kicap tamin atau cap ibu dan anak ayam, kan. Lain liga tu.
Setahun dua ni aku dah dengar orang cakap pasal kemahalan harga kicap kipas udang, tapi aku tak ambik port sangat. Sebab memang tak pernah pandang pun kicap kipas udang tuh. Tapi pada suatu hari aku terperasan tanda harga kicap2 nih. Banyak kali aku belek harga vs kuantiti kedua2nya. Sama kuantiti tapi harga, sekali ganda kot! Macamana boleh jadi macam tu eh? Rasanya kicap bukan barang kawalan, kan? Sebab tu dia boleh letak harga sesuka hati jek. Nak kata dia monopoli, tak jugak. Tapi memang ramai yang dah 'ketagih' dengan kicap kipas udang, kan? Mahal2 pun, tetap kena beli jugak.
Ini gambar yang aku tangkap kat aeonbig pada hari sabtu lepas.
Syukur lah aku bukan penagih kicaphabhalcapkipasudang ini. Alhamdulillah...
0 komen:
Post a Comment