Sebagai seorang penyokong pasukan JDT sejak bulan Januari yang lalu, hati ku melompat2 tak sabar nak menyaksikan perlawanan piala akhir piala FA pada 29 Jun ini. Masa semi final itu ari, encik suami ajak jugak pergi ke bukit jalil, tapi aku kan baru balik dari KT hari jumaat tu kan. Dah lah sampai rumah masa tu pukul 4 petang lebih. Tak sanggup aku nak melakukan perjalanan lagi, walau pun cuma duduk kat sebelah dan tido.
Berbalik kepada kisah aku balik dari KT. Hari khamis tu, lepas habis majlis penutup, aku terus cha alip bot. Dah bawak beg siap2. Sepatutnya besok boleh check out, tapi aku dah tak boleh pikir benda lain selain balik balik balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Sampaikan encik suami nak datang jemput pun aku tak bagi sebab macam buat penat je. Nak jalan2? Memang tak lah kan. Yang penting aku nak balik!!! So, aku bertolak dari inst3p lebih kurang pukul 4.30 petang dan sampai di rumah yayu pukul 9 malam. Tu pun dah rasa jauh giler kot. Memang patut lah aku tak balik time weekend. Nak sampai kontan pun dah rasa macam selama jek. Tido rumah yayu semalaman, besok pagi baru balik. Tu pun encik suami nak jemput kat kontan, pun aku tak bagi hihi.
Besok pagi, bangun2 je, dapat sms dari abang tp, pakcik meninggal dunia. Innalillah... Pakcik ialah abang kepada emak aku. Nampaknya tinggal mak long je lah femli belah arwah mak yang masih ada.
Pagi tu aku dan yayu pergi beli sarapan. Memula pegi dekat2 tempat kerja yayu, sekali nasi-lemak-sedap yang dicari dah habis. So, patah balik, beli nasi kerabu je kat rnr pandan. Laaa aku pernah makan kat sini masa nak pergi kb suatu masa dahulu. Tapi malam la. Lain kot. Lepas sarapan di rumah, aku pun bertolak balik. Lebih kurang pukul 11 pagi. Cuma singgah isi minyak kat segamat. Kendian terus shoot ker klinik kesihatan bp. Menyambung ujian saringan tibi yang tergendala itu ari. Macam dah tak relevan jer. Tapi batuk masih belum baik. Boleh la kot. Sampai kat klinik lebih kurang pukul 3 petang, tapi orang yang nak mencucuk tu tak sampai2 la pulak. Dekat pukul 4 baru dia datang. Maka, aku pun dicucuk di tangan kiri.
Masa kat KT tu ari aku ada pergi klinik, sekali. Tu pun sebab dah tak tahan sangat. Batuk sampai termuntah. First time pergi klinik bayar sendiri. Mahal tu, rm56. Malam, kan. First time jugak dirawat oleh doktor graduan dari belgium hehe. Boleh, satu KT tu aku pusing, semua klinik tutup? Baru pukul 5.30 kot. Takde klinik 24 jam pun. Ingat ada la klinik ciner ke yang bukak, tapi, semua pun sama. Last2 aku patah balik ke gong badak da tunggu klinik bukak pukul 8 malam. Dia bagi 2 jenis ubat batuk. Satu tak mengantuk, makan siang malam. Satu lagi ubat batuk+selesema makan malam jer sebab memengantukkan. Aku bagitau aku tengah kursus. Kang makan siang2, tertido plak dalam kelas. Dah lah tak makan ubat tu pun memang aku dah tersengguk2 dah. Segan je dengan cikgu. Dah lah cikgu henskem. Eh?
Ok, pas cucuk kat klinik kesihatan, aku terus balik. Oh rumahku syurgaku!
Hari isnin tu, paginya aku kena jaga exam. Petang nya baru aku pergi klinik kesihatan. Lagi pun memang result tu boleh tengok selepas 72 jam (3 hari). Kalau pagi tak cukup jam pulak. Sebelum buat ujian2 ni aku ada baca kat tenet. Ada yang kata dia positif tibi dan kena makan ubat selama 6 bulan. Ada yang 9 bulan, bergantung kepada jenis tibi. Ada tibi pulmonari (peparu kot ek?), ada tibi kelenjar dan ada beberapa jenis lagi. Ada pulak seseorang ni kata suami dia lambat dikesan kena tibi. Baru 2 bulan makan ubat dah jalan. Serius? Menakutkan betul. Tapi doktor yang mula2 periksa aku sebelum xray bagai tu kata, aku macam takde simptom2. Tak susut berat badan (lagi naik, ada), tak hilang selera makan (pergh! sedap2 makanan kat inst3p), tak demam petang2 dan takde contact dengan pesakit tibi. Cuma batuk jer dah lebih 2 minggu. Bukan 2 minggu lagi. Dah 2 bulan pon!
So, untuk injection tuberkulin test tu, dia mencucuk sejenis cecair di bawah kulit. Siot betul la. Aritu masa dia cucuk tu, kali pertama tak masuk betul, dia keluarkan balik jarum dan tukar yang lain. Sengal betul kena cucuk 2 kali. Tapi tak sakit pun. Aku dah biasa diambil darah kat tangan. Cuma dalam proses tu aku akan tengok tempat lain. Takut. Tak tau takut apa. Maka, pada hari ini, dia akan tengok kesan cucukan itu. Dia akan keluar merah kat keliling tempat cucukan tu. Tapi yang nak diukur ialah bahagian yang menggelembung. Entah, aku tak nampak ada gelembung pun? Tapi misi tu rasa2 je. Pastu dia tanda diameter gelembung itu dengan bolpen. Woi! Sakit la ko tekan mata pen tu kat tempat gelembung tu. Dan bila diukur dengan pembaris, tak sampai pun 1 cm. Kalau ikut kat tenet, dia kata kalau besar duit 20 sen maknanya ada kuman tibi. Tapi ni besar duit 5 sen jek. So, satu ujian dah negatif. Belum tengok result yang lain.
Kendian aku ke makmal pulak untuk ambik result ujian darah dan kahak. Kendian ambik xray. Pastu, baru lah aku register untuk jumpa doktor. Dan bila dibaca result2 tu semua, ternyata tiada jangkitan kuman. Alhamdulillah... Kiranya injection BCG aku berkesan la kot? Doktor cuma bagi ubat batuk yang rasa macam sabun dettol dan ubat kumur. Itu ajer?
You kena sentiasa ada strepsil dalam mulut. Tekak tu kering, masih merah lagi.
Kiranya belum boleh minum ais la ek? (boleh pulak tanya soklan ni?)
Jangan lah dulu...
Huaaa... i miss chocolateblog so much!
Dalam kesyukuran itu, aku merasa frust lah jugak sebab macam dah takde rawatan yang boleh dijalankan terhadap diri ku. Kena cuba petua orang tua2 lah lepas ni. So, sekarang ni aku sedang undergo rawatan alternatif dibawah seliaan 'dr. friends' hehe. Segala mak nenek species limau dah masuk dalam tekak aku ni. Tak cukup masuk dalam mulut, yang disapu kat luar tekak pun ada. Macam dah ter'citrus overdosed' pulak aku rasa.
Eh, cemana cerita bola boleh masuk cerita batuk pulak ni? Lenkali lah citer bola, ye?
Saturday, 8 June 2013
Kegagalan Dalam Ujian Yang Menggembirakan
Hasil karya AyunasiA pada 11:49 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment