Masa nak kena pergi kerusus kat KT tu ari, bos cakap cenggini,
Pergi jer, tengok benda apa nak dibeli. Tangkap2 gambar.
Maka aku yang kengkunun naive ni pun pergi lah dengan kemre beserta 2 bateri dan 2 memory stick. Kunun macam pergi melancong la kan. Bila dah ada kat sana, ok, ini bukan setakat tengok2 benda nak dibeli, tangkap2 gambar ok. Ianya lebih dari itu! Belum pun sempat aku balik, surat dah keluar, suh aku pergi bengkel RnR pulak. Ok lah, aku pergi. Bila dah pergi bengkel, belum pun sempat aku balik, surat dah keluar lagi, suh aku pergi bengkel lagi. Ni, belum pun sempat aku pergi, ok surat belum keluar, tapi dah ada list beberapa lagi bengkel bulan puasa, dan lepas raya. Fuh! Mintak2 nama aku tak tersenarai lah... Tu belum sambungan kerusus macam itu hari bulan 11 nanti selama 3 minggu jugak! Kesimpulannya di sini, aku dah terjebak! Lepas ni, aku akan mula mengajar dalam bidang instrumen o&g. Bukan, bukan peralatan kat klinik perbidanan dan sakit puan. Setakat ni lampu kat dada ni dah blinking sekali sekala. Cemas nya!!! Kiranya kalau orang bertapa, belum cukup 7 purnama lah. Kalau kena cucuk keris memang lut lah. Keluar darah putih macam mahsuri.
Errr sebenarnya nak nyatakan di sini akan betapa cemasnya diriku kini. Sekian.
Ne nong ne nong ne nong (pernah dengar tak lagu neng nong neng nong?)...
Thursday, 20 June 2013
Dari Bidan Terjun Ke Pakar Bidan
Hasil karya AyunasiA pada 8:31 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment