Satu yang aku suka tentang blog, berbanding laman sosial lain ialah, aku 'bebas' menulis apa sahaja (kecuali soal dasar, betul, tuan director?) tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Sebab orang baca blog sebab dia 'nak' baca. Tidak seperti di laman sosial yang selalunya kiter 'ter'baca. Sifat streaming laman sosial itu kadang kala menjerat kita, kan? Walau pun kadang kala kiter bukan lah nak sangat baca entry orang tu. Tapi dah sifat semulajadi, bila nampak orang tu baru update, kita terus klik link dia dan errr 'ter'baca jugak. Tapi kalau tak suka dengan entry tu, dah, jangan masuk blog dia lagi dah. Buang link dia dari bloglist kita (aku tak buang sebab masih menjaga hati hahaha) dan lupakan. Bukan kiter kenal dia secara personal pun. Kecuali lah kalau pembaca blog kiter tu ialah kawan2 kiter.
Terlintas di fikiran aku akan jenis2 kawan pada hari ini. Kawan di alam maya ini. Satu, kawan lama di alam realiti yang kiter temui balik di laman sosial. Sebahagiannya menjadi kawan di blog juga. Tapi aku tak ramai kawan jenis ini yang baca blog ni sebab tak mahu kebebasan bersuara ini tersekat. Kalau pun terlepas jugak sorang dua, korang terpaksa lah pasrah kalau entry2 aku tak kena dengan selera politik korang. Atau paling mudah, buang link aku dari bloglist korang, berhenti 'melanggan' blog ini dan lupakan saja. Kita tetap kawan walau tidak berkomunikasi.
Kedua, kawan yang originally dari alam maya dan terbawa2 ke alam realiti. Atau yang memang tak membawa ke alam realiti langsung pun. Tak pernah blind date. Walau pun sikap menjaga hati itu masih perlu, ia tidak lah sampai tahap jingga sangat. Jadi, secara pukul rata, aku anggap pembaca blog ni ialah dari kategori kawan kedua ini. Boleh jugak aku tambah kategori ketiga tapi ni tak masuk kategori kawan, tetapi orang yang baca blog ini kerana ter'paut' dari keputusan enjin carian. Ni yang lagi ramai sebenarnya (untuk blog ni lah. blog korang mestilah lagi ramai regular reader, kan). Kesimpulannya (kesimpulan bagi intro ni, bukan entry ni. belum lagi) apa yang akan aku tulis di bawah ini ialah segala yang tercetus ketika menghadap fb, sudah tertaip di ruangan 'what's on your mind?', juga sudah customized untuk dikongsi, kepada siapa dan tidak dikongsi kepada siapa (eh, tak, aku guna english kat fb aku) tetapi tak tertekan butang 'post'. Banyak sangat yang difikirkan.
Pertamanya yang ingin aku dibangkitkan ialah tentang pengalaman sehari semalam berada di kampung halaman sebelum pru. Benda pertama yang aku temui di atas meja tempat abah selalu membaca sotkabo ialah sebuah buku tanpa nama penulis dan penerbit bertajuk (lupa tajuk sebenar tapi lebih kurang cenggini la) 'kenapa mereka tinggalkan anwar'. Aku percaya buku ini diedarkan kepada seluruh warga kampung ini. Di dalamnya diceritakan kisah2 oleh para bekas kawan dan penyokong dsai tentang sebab2 kenapa mereka meninggalkan dsai. Antaranya ialah zulkiflinordin. Tapi secara rawak (aku baca skip2), dua sebab utama mereka meninggalkan dsai ialah kerana soal moral dan kerana sikap gila kuasa. Ada satu kisah tu, mamat ni kata dsai pernah bukak pintu hotel dengan memakai long john. Maksud dia, kalau orang tu 'bermoral', mestilah dia suruh tunggu jap, pakai baju, sebelum buka pintu tu. Apakah? Tu baru satu kisah. Ada banyak lagi, termasuk yang terlibat dengan kes 1998 dan 2008. Ada la dalam 20 orang kot.
Aku juga percaya, sesiapa yang membaca buku yang muka suratnya tunggang terbalik itu, jika tidak mendapat maklumat lain yang membela, akan percaya sepenuhnya cerita2 itu. Tapi aku rasa abah tak baca habis buku tu sebab ada mukasurat yang melekat dan tak diceraikan lagi. Aku pulak yang berusaha menceraikannya hahaha. Tapi nak sampaikan di sini bahawa masyarakat kampung tidak mendapat maklumat yang seimbang. Walau pun ada anak2 muda yang terdedah dengan maklumat2 ini, maklumat2 ini tidak cukup kuat mesejnya untuk mereka terima, apatah lagi nak disampaikan kepada ibu bapa mereka. Ye lah, mereka tinggal dalam persekitaran itu kan.
Kedua. Selepas menarik nafas yang agak dalam, mengira tolak tambah kali bahagi aku dah boleh menerima keputusan pru13. Aku percaya kepada qada' dan qadar. Memang itu yang sudah tertulis. Kita tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Tapi kita masih boleh memperbaikinya pada masa akan datang. Akan datang tu bukan lah 5 tahun lagi. Lama sangat tu. Derang ada masa 21 hari untuk menghantar petisyen. Aku memang tak mampu berbuat apa2 lah. Biarlah mereka yang sepatutnya yang melakukannya. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan mereka. Doakan yang baik2 saja.
Ketiga. Tentang isu yang berbangkit sebaik sahaja pru13 melabuhkan tirainya. Isu racist. Sebenarnya sebelum pru lagi orang dah cakap, tapi ia meledak selepas itu. Tsunami ciner kataya. Memang, kebanyakan ibu negeri telah ditawan pr, kecuali jb dan melaka kot (malas nak carik, tapi rasa 2-3 buah jer). Semorang tau ciner ramai kat bandar2, apatah lagi ibu negeri. Tak termasuk terengganu dan kelantan la tapi. Tapi sebenarnya orang ciner pangkah sesiapa sahaja selain bn. Aku pun terkejut bila batu pahat boleh jatuh ke tangan pkr. Bukan apa. Kalau nak diikutkan kawasan bp ni dari bandar bp tu sampai ke rengit. Sepanjang tu banyak kampung2, parit2 yang ramai melayu. Kalau ikut tempat2 lain di negeri johor ni, kalau kata kampung, mesti be end pegang punyer lah. Apatah lagi calonnya ialah bekas timbalan menteri pelajaran. Tapi, bak kata (opismate) aku, 'dah, aku mintak tukar laki aku dia tak nak tolong, padan lah muka aku tak pangkah' hahaha. Husband dia asal cikgu, naik pangkat pindah ke iab gentinghighland. Tapi bila dun penggaram (area bandar) pun pr (dap) menang, aku yakin udi ciner turut membantu. Hakikatnya, parlimen tu malay lawan malay, manakala dun tu ciner lawan ciner. Takde pilihan.
Eh, pasal analisis pru, biarlah selepas aku selesai mengkaji ek. Ni nak citer pasal isu tadi. Bila orang ungkit pasal 13mei, aku selalu terkaitkan dengan kisah jepun. Bila jepun menyerang mesia? 1941? Ke 1945? Boleh tak dah lupa? Tengok! Bukan aku je yang lupa. Ramai lagi yang dah lupa. Bukan setakat lupa tahun, kekejaman yang dilakukan oleh jepun ketika itu pun orang dah lupa. Errr tu bukan lupa sebenarnya, tapi orang yang melalui zaman tu yang dah takde lagi dah. Kalau kita tengok, masa tu adalah zaman datuk nenek dan moyang kita. Tetapi pada zaman 80-an, ketika dasar pandnag ke timur diperkenalkan, masa tu ialah zaman mak abah kiter. Masa tu datuk nenek kita mungkin masih ada lagi. Kita pun ramai yang dah ada. Tapi masa zaman jepun tu mak abah kiter masih kecik atau belum ada lagi. Sama lah juga, masa tahunn 80-an, kiter masih kecik atau belum ada lagi.
Nak sampaikan kat sini ialah, macamana kiter dan mak ayah kiter boleh 'memaafkan' akan kekejaman jepun, sebaliknya boleh pergi kerja di kilang jepun, hantar korang belajar ke jepun, kawin dengan orang jepun, tengok rin hani koma dan oshin, maero attack dan chiaki (eh betul ke tajuk ni?), seolah2 jepun tidak pernah menjajah negara kita. Ada lah marah sikit2 bila tengok citer sarjanhasan dan embun kot. Adakah kerana kita tidak berada pada zaman itu dan hanya membacanya dari buku sejarah?
Tengok pulak pada kejadian 13mei. Masa tu kiter belum ada lagi. Sebahagiannya dah ada, tapi masih kecik, tak tau pape. Kiter tau pun dari buku sejarah dan cerita mulut ke mulut. Tu pun mungkin orang kl je tau cerita sebenar. Sotkabo pun tak banyak masa tu. Kalau ada pun, entah2 (spekulasi) 'sama macam sekarang'. Tapi kenapa sampai sekarang kiter masih tak mahu memaafkan kaum itu? Padahal derang sama jugak macam kiter, pegang ic biru? Aku bukan nak memperjuangkan kaum derang, atau mengenepikan hak bangsa kita. Walau pun aku tak berapa nak suka dengan bangsa yang lagi satu tu, tapi tu 'tak berapa nak suka terpilih'. Sikap sesetengah mereka yang aku tak suka. Namun, terimalah hakikat bahawa keberadaan mereka di tanah air kita ini banyak manfaatnya kepada kita. Betol tak? Banyak sangat sebenarnya. Errr jangan suruh aku pindah ke singapore pulak ek?
Akhir kata,
Kepada pr, dalam kesedihan akibat kegagalan yang kecil dan tipis, kenangkan lah juga kemenangan yang besar. Mungkin itu boleh merawat hati.
Kepada be end, dalam kegembiraan atas kemenangan yang kecil dan tipis, kenangkan lah juga kekalahan yang besar. Tapi kenapa aku lihat derang tak berapa nak happy eh? Lagi mau tanya ker?
Saturday, 11 May 2013
Yang Tidak Disiar Dalam FB
Hasil karya AyunasiA pada 10:54 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
Suka tgk suasana hubungan kaum lps pru 13 ni. Kat BB ni la. Tmpt lain x tau. Nmpk ketiga2 kaum makin erat hubungannya. Seronok tgk masing2 mesra bergurau senda. Rasanya kat BB ni tak de masalah rasis kot. Ke... kat sini je mcm tu? Tsunami cina ... katanya la. Tu kat tv dok ckp mcm tu. Org pun percaya.. pada hal hakikatnya elok je pak cik, uncle, apek tu bertepuk bertampar. Huhh.... tak nak tgk berita tv3 suku lagi. Dari tekanan darah normal blh jadi tinggi.
Err... tak lama lagi dpt saham air. Ini kali la...
Post a Comment