Laaa kata nak pasang lampu lip lap lip lap sempena hari raya ni. Mana??? Adeh... bukan takde idea, tapi takde masa lor. Dan kadang2 idea yang keluar juga tidak sesuai untuk tatapan umum. Kang kena tangkap dek akta-kesalahan-pilihanraya-1954-seksyen-11(1)-d-dan-c (takde kena mengena), saper nak jamin aku? Tapi hati tetap2 gedik2 nak mengulas tentang pru. Rugi oh. Bukan setahun sekali.
Aritu aku kata datukhusammusa (DHM) tu hero of the hero kan? Tapi ada orang lain gelarkan dia 'sultan muhammad al-fateh moden'. Isy, aku ni dah lah sensitif kalau sebut pasal sultan muhammad nih. Tapi bila pikir balik, ada betulnya jugak. Sultan muhammad pembuka pintu kota konstantinopel, manakala datukhusam bakal pembuka pintu putrajaya. Saper pulak nak jadi hasan tukang pacak bendera tu eh?
Dan baru lah aku terfikir bahawa walau bagaimana sekali pun, beliau mesti kena menang di putrajaya. Ye lah, apa cer pulak kalau beliau kalah, tapi kerajaan pr dah tawan putrajaya? Kalau beliau menang, tapi pr masih tak dapat masuk putrajaya takde lah pelik sangat kot. Ok, itu biar orang putrajaya yang pikir.
Pada hari penamaan itu ari, banyak video yang aku tengok, tapi tak boleh lawan video pencalonan dhm di putrajaya. Sebak dan terharu pulak. Sambil2 tu aku layan jugak filem fetih1453. Tambah lagi rasa terharu. Isy isy isy. Kan best kalau aku mengundi kat sana? Rugi pulak tak join mana2 penamaan calon. Abih, malam tu aku gi tengok bola, balik dekat pukul 2 pagi. Ngantuk lorrr. Bangun2 tengok kat tivi je lah.
Tapi, jangan pandang rendah calon di kampung ku. Kalau selama ni lepas penamaan, azalina boleh bungkus kain baju duduk diam2 kat rumah, tetapi tidak kali ini. Bukan sahaja beliau dilawan oleh calon pr, tetapi juga oleh seorang calon bebas. Yeay! Maknanya aku boleh mengundi la. Walau pun pru12 aritu dah pernah mengundi, tapi tu cuma undi satu kertas jek. Kali ni boleh pangkah dua kali. Jakunnya!
So, siapakah calon di kampung halaman ku? Haaa bukan orang biasa2 ok. Retis lagik! Ko ade? Azalina akan dicabar oleh penyanyi 80-an dayangku intan dan seorang lagi calon bebas lelaki, errr apa nama dia ek? azman ke haper tah (malas nak carik) Lantak ler. Yang penting aku berbangga kerana akhirnya, wujud jua seorang pemimpin di kalangan pr. Biarlah tak menang pun kan, asalkan tidak lah azalina tu menang gratis je kan. Eh, itu untuk kerusi parlimen. Kerusi dun pulak calon bn ialah yb yang lepas, hamimah, manakala pr memperkenalkan seorag calon paling muda, anis-afida-mohd-azli yang berusia 25 tahun. Memula aku ingat entah siapa lah budak ni. Tiba2 hari isnin lepas, ada seseorang update pasal ex-cikgu sekolah semencu yang meninggal dunia. Aku tak terfikir apa2 masa ni. Tapi tak lama tu, salahuddin-ayub (tak kenal sudah!) pulak update pasal ayah anis-afida tu baru meninggal. Dan nama ayah dia ialah cikgu-azli-jopri. Eh cop cop! Kompius jap. Maknanya anis tu anak cikgu-azli lah? Dan cikgu-azli ialah orang eto5 (anak peneroka) blok 12 (abah blok 13 ok). Ok, cerah sudah. Maknanya, takde sebab kenapa aku tak pangkah cucu peneroka eto5! hahaha.
Best kan, musim pru kali ni? Tak dapat (dan tak boleh) pergi ke 'rapat umum' pun, masih boleh dengar atau tengok secara live kat tenet. Terutamanya yang penting2, macam kat desapinggiranputra tu ari. Live kat cilifm. Hari tu, mula2 dsai ada kat dewan ciner mana tah, kunun ada debat dengan najib anjuran bersih. Ada live jugak kat radiobangsarutama. Sekali, najib dengan selamba dok lancar manifest0 selangor. Baru dsai nak sampai desapinggiranputra, dia terpaksa patah balik ke hq ada emergency. Maka keciwa lah orang2 putrajaya malam tu. Pendek kata, tetiap malam ada je live streaming dari tempat kejadian. Kalau nak dengar suara DHM tetiap ari, sila lah klik cilifm.blogspot.com hehe. Tapi bukan la tetiap ari. Kerap kali la.
Ok aku nak buat pengakuan di sini bahawa aku sebenarnya baru tau yang auku dah dipinda. Lorrr mati2 aku ingat masih sama macam dulu. Rupanya yang dipinda ni dah membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik. Patut lah ada mahasiswa yang nak bertanding kat pekan tu ek? Tapi tak jadik. Aku pun ada perasan, dalam bukujingga ada mention, nak mansuhkan auku. So aku ingat, memang auku yang lama tu lah. Rupanya walau pun dah dipinda, pr tetap nak mansuhkan jugak.
Ni semua salah errr media (nak juga cari kambing hitam). Macamana lah aku nak tau, kalau dah pinda ke tak pinda, takde beza pun? Semua yang berlaku selama ni aku tengok dan aku dengar tak menggambarkan auku yang dah dipinda pun? Dia lebih kepada, mahasiswa bebas berpolitk, tapi di luar kampus. Macam baru ni yang forum kat uia yang tak boleh buat kat uia tu. Derang kata mahasiswa ni dah macam bonzai. Walau pun auku dah dipinda, mahasiswa masih lagi bersikap dingin terhadap aktiviti politik. Dah terbantut. Tu yang aktiviti politik tak berapa meriah di kampus. Ok, aku banyak dengar forum dan debat pra-pru, tu yang baru tau hihi.
Ari tu aku ingat, kempen paling tak boleh blah ialah lagu sayangiselangoryakinibn tu. Sekali tengok tivi1, ada lagu yang dinyanyikan oleh pompuan onenationemcee sambil tergeliat2. Siapa lah yang teruja nak keluar mengundi kalau dah gitu kekdahnya. Alaaa kalau tengok tivi1 ada dia tunjuk simulasi mengundi, pon pompuan tu pelakonnya. Tak nyanyi pun memang dah gedik dah. Eee meluat! (saper suruh tengok tivi1?) Aku bukan apa, kan kau suka tengok program analisis kan. Tu yang mana2 tivi pun aku layan. Memang lah tivi2 tu sumer tak boleh pakai, tapi ada juga yang relevannya. Antara program yang aku layan ialah lanskap-pru13, respon (tv1), malaysia-memilih, vantage-point (awani), rakyat-memilih (tvalhijrah), chat-pru13 (tv9) dan mandat-pru13 (tv3). Oh, a'ah ek, aku lupa nak tengok ntv7 dan tivi8. Masa hari penamaan aritu aku layan awani je, selain alhijrah. Tapi tiba2 hari isnin kot, derang jemput fathul-bari, langsung cancel nak tengok alhijrah dah huhuhu.
Macam2 berlaku setakat ini. Dari isu calon bukan pilihan rakyat setempat, roket mendarat di bulan, tak tercalon lalu mencalonkan diri sebagai calon bebas, calon-bebas-mesra-bn, eh, macam2 lah lagi. Kang berjela2 pulak entry ni.
Apa2 pun kiter kena ingat, hati manusia ni dipegang oleh Allah swt. Jadi, boleh jadi pilihan kita hari ini tak sama dengan pilihan kita ketika memegang pen untuk memangkah tu nanti. Doa je lah yang baik2.
Wednesday, 24 April 2013
Sultan Muhammad Al-Fateh Moden
Hasil karya AyunasiA pada 9:46 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Kali ni pasti aku pangkah bebas cikgu azaman johari..cikgu ni mmg aku kenal.anak peneroka adela..cikgu ni berprinsip..ramai skrg anak2 peneroka kwsn parlimen pengerang yg nak kan calon anak tempatan..tp alih alih azalina n hamimah mansor yg terpilih lagi..depa ni aku tengok xda aura sebagai pemimpin masyarakat pasal x berapa mesra rakyat..
Pasal cikgu azaman berperinsip aku ckp pasal dia macam datuk kamilia..cikgu ni sanggup letak jawatan sebagai timbalan ketua ameno dan guru serta merta pasal tak setuju dengan pilihan najib..apa dia ingat anak peneroka atau penduduk parlimen pengerang xda yg layak ke nak jadi calon..balik2 azalina,hamimah n syed sis.. Entah mana punya datang syed pun aku xtau.
KAMI MAHUKAN ANAK TEMPATAN JADI CALON.
Jadi bila cikgu ni bertanding jadi calon (guna lambang KUNCI) aku rasa setakat anak dan peneroka gugusan adela(ada 4buah felda) pasti sokong dia.. Cikgu ni bukan lekeh punya orang..dia ada pasaraya bestari,kedai makan, n niaga lain lainkat adela..kira berduit punya orang la..
Jadi secara rasionalnya aku akan pangkah calon bebas cikgu azaman..
azalina xmungkin pasal aura anak dara sebagai pemimpin dia da xda.maklum la da expired..
Calon PKR dayangku diamond pasti tidak pasal aku x nampak apa yang dia perjuangkan..
Pilihan DUN pulak
hamimah mansor pasti tidak pasal tak mesra rakyat..
Anis afida dalam pertimbangan.kalau pas berjuang sendirian tanpa pkr n dap, aku pasti pilih pas..
Tapi tengol pas bersongkol dengan pkr n dap tu yang xbest.
Mungkin aku buat undi rosak untuk DUN..
I got this website from my pal who shared with me on the topic of this website and at
the moment this time I am visiting this site and reading very informative posts here.
Post a Comment