Sorry lah uols. Nama pun blog, kan. Maka, sempena musim raya ni, sebagai seorang penganalisis politik tidak bertauliah, suka lah aku menulis tentang pru13 ni . Besok dah sebulan dua lepas pru, kot reda lah entry2 sebegini. Buat masa ini, sila pasrah yea.
Aku tengok bloglist kat sebelah tu, takde satu pun blogger yang aku follow, menulis tentang politik atau sekurang2nya pru13. Kenapa eh? Derang tak teruja ker nak raya nih? Boring nyer?
Malam tadi aku tengok satu program kat tivi1, landskappru13. Temuramah dengan pesuruhjaya spr. Pastu ada simulasi mengundi. Best pulak tengok sebab kali ni lain sikit, ada sesi manicure hihihi. Layout pun ada perubahan sikit. Jadi, hari ni aku nak cerita pasal proses mengundi pada pru13 nanti. Sila rujuk Gambarajah 1 di bawah hihi.
Gambarajah 1 |
Okeh, memula sekali, nak citer pasal menge'seal' peti undi. Proses ni kiter tak dapat tengok melain kan kita jadi petugas kat situ. Sebelum menge'seal peti undi, mereka akan bukak tutup peti tu dan menunjukkan isi dalam peti itu kepada ejen2 parti sebagai membuktikan bahawa peti itu adalah kosong. Takyah tunjuk pun dah nampak sebab peti sekarang jenis transperent. Pastu dia akan tutup balik tudung tu dan mengikat kat tepinya dengan tali kain putih (yang salu buat ikat fail tu). Panjang tali itu adalah 2x lebar peti itu. Dia akan ikat mati (2 kali, tak tau buka sila ke haper) dan tengahnya diikat simpul pulak. Kendian dia akan tampal sticker macam tag beg naik katebang tu dan ejen2 parti akan sign kat atas tag tu. Last sekali baru lah dia ikat dengan 'macam' cable tie. Kaler kuning. Dah siap tu, baru lah boleh memulakan aktiviti mengundi.
Kiter pulak, bila sampai di sekolah, pergi carik kawan2 sekelas dulu huhuhu.
Mari kita pergi mengundi bersama2, kata kawan A.
Mari! balas kawan B.
Kalau ikut yang lepas, sebelum pergi ke kelas 3 biru (rasa2 macam kelas ni yang aku pergi dulu), kiter kena pergi ke tempat menyemak dulu. Ni kira check in la. Ikutkan kiter dah check dah pusat mengundi, saluran dan nombor siri kiter kat tenet. Tapi ni saje la ikut prosedur. Kat situ dia akan bagitau saluran kiter dan bagi nombor siri. Pastu, baru lah kiter pergi beratur kat kelas 3 biru. Aku yakin, aku akan nebes jugak kali ni.
Bila tiba giliran kiter, kiter pun masuk ke dalam kelas tersebut. Mula2 sekali, tunjukkan ic kat orang pertama. Dia akan semak dalam list dan menyebut nama dan nombor ic kiter itu kuat2. Kendian dia akan potong nama kiter. Oh sayugia diingatkan, sila pastikan bahawa dua orang lagi petugas yang lain tu tidak memegang alatulis untuk menulis yea. Pastikan kawan2 sebelah dia tak salin nama atau nombor ic kiter semasa disebut kuat2 itu, ok. Seperti yang aku tulis kat situ, orang kedua cuma pegang berus dan orang ketiga cuma pegang pembaris. Maknanya derang berdua tokleh tulis apa2. Kalau ada, terus cakap, SAYA BANTAH! hahaha poyo. Eh, tapi memang gitu kot.
Bila orang pertama memulangkan ic kiter semula, masukkan dalam kocek dulu. Karang tercicir pulak. Aku rasa kiter tokleh bawak henbeg kot, ek? Pastu pergi kat orang kedua. Dia akan suh kiter tunjukkan kedua2 tangan kiter, atas dan tapak. Kalau takde kesan dakwat, kiter kena letakkan jari telunjuk (eh, lupa lak kiri ke kanan) di atas tempat letak jari. Macam kusyen gitu (tapi tak lembut). Dan dia akan menyapu dakwat kekal itu pada keseluruhan kuku sehingga ruas pertama jari kita. Belah atas jek.
Oh, warna dakwat tu tak semestinya hitam tau. Ia masih lagi rahsia sehingga lah pada 5hb mei nanti. Sebab tu kalau dikatakan ada orang cuba calit dakwat kengkonon nak simulasi mengundi, mungkin misi mereka akan gagal sebab aku suspek dakwat tu akan berwarna pink kot hihihi.
Kendian, bergerak pula ke orang ketiga. Masa ni kiter dah macam orang terpotong jari dah hihi. Orang ketiga ini akan menceraikan kertas undi kiter dan melipatnya dua kali (lipat empat) sebelum menyerahkannya kepada kiter.
Pastu bergerak lah ke kotak memangkah dan pangkah lah! Kali ni derang akan pakai ballpen. Kalau pen nyer abis dakwat, pun boleh jerit, SAYA BANTAH! Eh tak tak, tipu je. Mintak je lah pen baru kot. Aku rasa kemungkinan akan berlaku kiter terbawak balik pen itu tanpa sedar. Kalau derang nampak mungkin derang akan tegur la kot. Kalau tak, simpan ler buat kenangan hihi (tu kalau aku).
Dah siap pangkah, lipat balik seperti mana orang ketiga tadi lipat dan buang lah kertas2 undi itu ke dalam peti2 undi. Akhir sekali, keluar lah ikut pintu. Jangan kuar kut tingkap pulak. Usai lah sudah tanggungjawab anda sebagai rakyat malaysia. Pastu, kalo yang tak ambik cuti ari isnin, boleh lah kemas baju dan balik key el. Kalo lambat takut tak sempat dengar keputusan pulak.
Aritu aku dah plan, kali ni kalau undi hari sabtu, malam lepas mengundi tu aku nak balik eto5. Yang lepas aku kat semencu, tokleh berekspresi langsung. Tapi oleh kerana undi nanti hari ahad, maka, boleh lah aku tengok keputusan tu kat rumah sendiri. Sukati lah nak jerit ke, tepuk tangan ke, hentak kaki ke, baling botol ke, nangis ke... kan.
Agaknya, kalau ******* ****** ****** derang umum cuti tak ari isnin tu?
Update! (8.30 pagi)
Encik suami kata layout aku salah. Dia kata ejen parti ngan tempat memangkah tu terbalik. Rasionalnya, ejen parti tu mengadap pintu masuk, so dia boleh nampak orang keluar dan masuk. Entah siapa yang betul, kena tunggu 5hb nanti lah yea. Jadi, sebelum aku dituduh memberi ajaran sesat, biar aku letak layout mengikut pandangan encik suami. Berdua lebih baik. :)
2 komen:
ikut pengalaman sebagai petugas spr satu ketika dahulu, ejen duduk kat tempat ketua pusat mengundi...pulis kat luar bilik. ketua pusat mengundi duduknya kat tempat memangkah.. tempat memangkah kat tempat ejen.yag lain sama
tu dulu kot. sekarang ada perubahan layout. pape pun, kiter tunggu je lah 5hb besok.
Post a Comment