Hao jiu bu jian. Ni hao ma? Wo hen hao. Ni ne?
Sila jawab wo ye' hen hao. Ni mang ma? Wo bu mang. (takde kena mengena langsung haha)
Mengada, kan? Macamlah terel sangat cakap ciner. Padahal itu je pun yang aku ingat huhuhu. Penat je laoshi ajar, sudahnya bila masa ia berguna, langsung tak boleh guna. Sebenarnya takut salah cakap, lain pulak maknanya. Tulah, banyak sangat berfikir. Tapi serious, perasaan bila cakap ciner ngan orang ciner (yang betul2 ciner negeri ciner) ialah bangga semacam hahaha. Tak berani dia nak mengata aku. Boleh, dia panggil aku masuk kedai, lai lai lai popo. Popo tu bukan nenek ke? Ceh! Padan muka aku tak jadi masuk.
Alhamdulillah, akhirnya kami telah selamat pergi ke dan selamat kembali dari kota Beijing. Sengaja aku mengupdate blog ni dengan auto publish supaya takde yang tau dan tiada yang akan merindui ku. Pui! Ada ker? Sebenarnya aku yang rindu kat blog aku sendiri. Asal jumpa free wifi je terus taip url blog ni, walau pun dah sedia maklum yang blogger dan facebook diblock di sana. Jadiklah, buat confirmation.
Kalau tahun lepas, satu semenanjung malaysia ni telah ku jelajahi, tetapi tahun ini kami telah mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke luar negara pula. Selepas menunaikan umrah, encik suami telah memberi greenlight untuk aku berangan2 nak melancong ke luar negara. Kalau boleh memang lah nak mencukupkan 'kuota' 3 buah masjid yang mesti dijejaki, tapi errr ada ke pakej perlancongan ke palestin? Nak ikut misi aman palestin pun macam takde kepakaran. So, kita cari masjid lain lah dulu. Kat ciner pun ada masjid yang berusia lebih 1k tahun.
Kenapa china? Kenapa beijing. Kenapa bukan guangzhou yang sedang 'in' dikalangan pelancong malaysia? Sebab tujuan utama aku ialah nak menjejakkan kaki di tembok besar china! Impian aku ialah nak melihat sendiri 7 keajaiban dunia. Nak tau, apa yang ajaib sangat. Selain beijing, kalau di china ni aku teringin nak tengok muzium tentera terracotta di xian/shanxi. Tu pun selepas aku menonton satu dokumentari mengenainya, tah, dah lama dulu lah. Insya Allah selepas ini aku akan cuba pergi ke sana, mungkin pergi sendiri. Rasanya macam negeri china ni tak lah begitu mengerikan untuk diterjah kot.
Dan buat kesekian kalinya, kami mengambil pakej andalusia. Tak serik tu. Aku dah survey beberapa ejen dan nampaknya pakej mereka antara yang termurah untuk tempoh yang sama. In fact ada yang lebih mahal dengan tempoh yang kurang. Dan untungnya aku boleh pergi pada tarikh off peak. Regenya murah la sket. Sama macam pergi umrah tu ari, aku pergi pada hujung cuti sekolah termasuk awal masuk sekolah.
Yang menambah best lagi ialah sekarang ni musim sejuk dan beijing merupakan antara bandar perlancongan tersejuk pada musim sejuk di dunia. Wow! Excited banget! Selepas pergi ke antara tempat terpanas di dunia, ini peluang terbaik untuk mencuba yang sejuk pula. Tapi, untuk maksud tersebut, kos tambahan terpaksa dikeluarkan untuk membeli pakaian yang sesuai. Adeh! Ada orang cadangkan beli je kat bundle. Memang lah murah banyak, tapi boleh ke jumpa yang cantik? huhuhu. Ye lah, bila dah berjalan tu haruslah aku nak berposing2 sakan kan. Maka, pakaian yang kelihatan cantik di dalam gambar adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian serius. Maka, selepas membayar booking di pejabat mereka di bbu, kami terus mengsurvey universaltraveller. Konon nak tengok2 dulu.
Bila masuk ke kedai tu, dia kata kalau pergi beijing sekurang2nya kena pakai 3 lapis baju. Longjohn, sweater dan jacket. Tapi kalau aku jadi dia, aku akan cakap 4-5 lapis pun takpe sebab memang patut pun. So, untuk lawatan pertama, kami membeli longjohn sorang satu. Untuk aku boleh tahan -15 degree katanya, sementara encik suami punya takde saiz untuk yang sama sebab. So, kami beli yang tahan -10 degree je. Sebab kalau ikut purata katanya suhu di sana dalam -4/-5 degree gitu. Oh, rasanya masa tu juga aku beli sweater, kot. Baru beli benda tu je pun dah habis sebelah tangan. Actually aku ada plan jangka panjang, tu yang beli jek walau pun mahal. Ni kira one-off budget la. Besok2 kalau nak pergi korea ker, zurich ker, rusia ke, takde lah banyak sangat nak kena top up (ada ati lagi tu nak pergi rusia. baru gi beijing dah kebas2 jari huhuhu). Bukan juga tak boleh beli je di sana sebab memang tengah musimnya, baju tu pun murah2. Tapi, mentara nak sampai ke sana, kena lah buat persediaan. Buatnya tengah jalan heater bas rosak ker, pastu bas rosak tengah jalan, sanggup ker kalau darah beku kat dalam badan (exaggerate jek hihi)?
Dan semasa pergi ke shah alam tu ari, sempat lah aku menyambung soping baju panas di sana. Memula pergi sacc, ada kedai goingplaces. Beli socks dan glove kat sini. Glove encik suami boleh guna untuk slide kat skrin henfon hihi. Tak terfikir pulak yang kalau dah berglove, kita susah nak guna henfon. Dan encik suami beli cap (ke nama benda alah tu?) yang kiut hihi. Kendian besok tu pergi oneutama. Banyak pilihan kat sana. Universaltraveller, wintertime, uniqlo dan travelforall. Tapi antara ni yang agak reasonable rege dan banyak choice ialah universaltraveller dan uniqlo. So, kat sini kami beli jaket, glove, muffler dan sepasang lagi longjohn. Katanya yang kat uniqlo tu ada teknologi heattech yang nipis tapi memanaskan. Murah lah sikit banding ngan yang UT punya, tapi dari segi ketahansejukan, UT punya is much better kot. Pastu beli sepasang lagi socks kat soxworld. Ada orang rekemen. Maka lengkaplah sudah persediaan persalinan kami. Kos semua tu sama ngan duit yang aku bawak untuk soping di sana huhuhu. Haish... takpe, fikir positif, duit boleh cari. Lagi pun, felda yang bayar. Sedapkan ati.
Seminggu sebelum pergi, dapat berita visa kami dah diluluskan. Cuti dan permohonan ke luar negara pun dah approved juga. Derang kat admin kata, ramai jer yang pergi mana2 tak declare. Tapi memikirkan aku ni nak pergi negara komunis, takut lah jugak. Tak pepasal mati katak pulak kang. Lagi pun ksn baru je kuarkan circular berkaitan, kan. Bukan kena bayar pun. Borangnya pun sekarang lebih simple berbanding yang sebelum ni.
Dan pada hari cuti krismas merangkap anniversary day, sekali lagi kami ke bbu untuk mengambil beg souvenir dari andalusia. Sambil tu beli lah juga barang2 sampingan seperti losyen dan lipbalm. Ubat2an pulak aku bawak yang umrah punya dulu. Tahun depan baru expired. Tapi tak guna pun.
Seminggu sebelum pergi juga aku dah packing baju hihihi. Bukan apa. Memanglah aku dah tau nak bawak apa. Tapi selagi tak masuk dalam beg, selagi tu lah hati tak tenteram. Selain pakaian panas, aku cuma bawak baju tidur dan jeans. Tak perlu pun bawak baju malaysia (blouse ke haper). Memang sepanjang masa pakai 3 lapis tu je. Longjohn tu pun kalau bawak sepasang je pun takpe. Tak busuk pun sebab tak berpeluh. Tapi being manusia yang biasa panas dan lembap sepanjang tahun, otak tu boleh pulak imagine ketiak busuk. So, kalau ada rasa macam tu, kena ada 2 jugak la. Tapi, satu lagi tu beli je kat sana pun takpe. Tourguide ada bawak kawan dia jual longjohn, rm50 jek. Tapi tebal la yang dia jual tu. Kang dalam gambar tak nampak slim pulak kikiki (apakah?).
Setakat ni pun dah agak panjang entry ni. Apa kata aku sambung cerita permulaan perjalanan kami ke entry seterusnya? Tada!
Monday, 7 January 2013
Wo Ai Beijing - Part 1 Permulaan Cerita
Hasil karya AyunasiA pada 10:33 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment