Wednesday, 16 January 2013

Darul Takzim FC!


Sila ambil perhatian bahawa my beloved state sedang memiliki sebuah team bola sepak yang agak bombastik, fantastik dan chopstick serta lambchop dan beef steak (melebih2 di situ). Fantastik kerana telah melabur secara mewah untuk mendapatkan pemain2 kebangsaan yang perkasa dan famous amos (perlu ker guna perkataan2 begini untuk menonjolkan kehebatan mereka?) serta penuh kntroversi. Antaranya syafiqrahim, safeesali yang rajin wat regangan, matyor, si kembor aidiladha, serta beberapa pemain harimau muda yang aku tak kenal. Aku siap kompius antara muslim dari tganu dengan anak pak muslim dari atm. Juga tidak ketinggalan 2 pemain import dari spain dan itali. Wow!  Dan oleh kerana itu, team ini sedang menjadi buah mulut orang dan mencuri perhatian para peminat bola di malaysia. Rasanya aritu namanya macam Darul Takzim FC. Tah macamana kat scoreboard dia tulis JDT (johor darul takzim fc) pulak tetiba. Nama glemernya pulak, harimau selatan, aummm!!! Jap2, derang ni berasal dari pasukan johor ke pasukan johor fc? Johor fc kan? (eh, aku pulak yang tanya korang. tadi macam aku yang nak bagitau korang?) Kompius sat. Sebab yang dia lawan persahabatan itu ari pasukan johor (senior).

Ok, takpe. Abaikan part tu dulu. Aku tak sempat buat research lagi. Maklum lah, dah berzaman rasanya aku tak mengikuti bola sepak negeri johor ni sebab tak pernah masuk final mana2 liga pun kan. Pernah gak terfikir, bila la johor ni nak masuk final. Balik2 kelantan, negeri sembilan. Dulu masa zaman uni ada lah jugak sokong selangor (di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung katanya) sebab kalau derang menang boleh dapat cuti hihi. Tapi masa tu memang derang agak terel la kan. Redgiant katanya.

Maka, dengan tiba2 juga, saya telah menjadi penyokong team ini. Seingat saya, kali terakhir negeri johor terel main bola ni dalam tahun 90-an dulu. Kot. Macam pernah je derang masuk final, Johor lawan pahang, ada tak? Dan bila tmj berhasrat 'membeli' pemain2 glemer ni, saya adalah sangat teruja! Sebab dah lama teringin nak tengok bola kat stadiumlarkin. Tak pernah. Jadi, untuk membuktikan keterujaan itu, saya telah mengajak encik suami untuk menonton perlawanan johor menentang perak pada hari jumaat lepas. Alah, besok cuti, boleh la kan. Cuba kalo besok keje. Jangan harap! Teruja ke mana, sokong ke mana.

Sebenarnya bukan lah saya ni kaki bola, telah mendapat seru atau terbuka hati ke haper, tapi sebab encik suami cakap, kawan beliau, perempuan, nak pergi tengok jugak. Jadi, sebagai isteri yang sporting, saya pun mencadangkan agar kami juga turut serta. Sporting, kan, saya?

Tapi macamana kekdahnya? Nak beli tiket kat mana? Bila? Boleh beli dan2 tu ke? Rasanya kalau tahun2 lepas, beli on the spot pun takpe kot, takde saper nak tengok. Tapi ni tengok derang lawan kat pahang tu ari macam penuh je stadium, ni dia mesti tuan rumah, takkan stadium kosong jugak kot. Jadi, encik suami mintak tolong kawan perempuan tu tadi kirim belikan kat kawannya.

Dipendekkan cerita, hari jumaat tu, (sori la kalau citer ni biasa2 je, tapi bagi saya luar biasa sebab tak pernah umur saya pergi stadiumlarkin tu) balik kerja, saya terus mandi dan bersiap2 nak ke jb. Siap dah pasang niat, 'kalau kalah ni, ini lah kali pertama dan terakhir aku pergi tengok derang main kat stadium.'

Kalau menang malam ni baru kita beli jersi, ok?

Saya penyokong darul takzim fc yaw!

Dan beliau juga.

Sampai di jb, kami terus ke plazalarkin. Lepas solat, kami makan mee rebus stulang laut. Lepas makan, encik suami tanya kat orang kedai tu pasal tempat parking stadium. Orang tu kata dari sini pun orang dah jalan kaki dah. Tapi tak perasan pulak nampak orang berjalan. Tengok lampun stadium, macam jauh lagi. Macam penat je nak berjalan. Kami pun naik kete. Bila masuk je atas jalan, dah mula sesak. A'ah la, ramai orang parking kat sini. Baru lah nampak ramai orang berjalan menuju ke stadium. Alahai... tempat parking tadi dah ada orng masuk pulak. Maka, saya pun turun depan shell dan encik suami u-turn cari tempat parking. Sempat terfikir, isy, karang beliau lupa tempat parking, macamana? Dah lah malam2 ni.

Gelagat mereka yang berjalan ke stadium.



Tak lama kemudian, encik suami pun sampai. Tak jauh sangat la.

Boleh tahan jugak lah sambutan pelanggan pada hari ini, kata peniaga2 di sini.

Lalu kami pun menghubungi kawan kepada kawan encik suami untuk mendapatkan tiket. Kawan ini berniaga jersi, jambu dan kacang di sini.


Jom, masuk stadium!

Tiket biasa je. Tunggu mereka membuktikan sesuatu baru lah layak kiter duduk grandstand. Ye tak?

Penuh dengan penonton.




Sebilangan penyokong perak (berbaju kuning)

Kelab penyokong.

Saya duduk di bawak scoreboard. Jadik la...

Pemain2 masuk padang.

Penyokong perak lagi.

Sebenarnya tengok kat tv lagi nampak hihihi. Time gol pun tak tau saper yang golkan. Tengok berita besok pagi baru tau huhu. Caner defender boleh golkan? Tapi tengok kat stadium lagi feel la...

Tiada insiden. Derang bakar bunga api kat tempat masing2 jek. Botol pun tak dibaling sebab sumer orang johor adalah skema, tinggalkan botol air kat pintu masuk.

Masuk 2nd half, pemain perak tinggal 9 orang sahaja. Dan mereka banyak melakukan taktik bertahan.

First half 0-0. Masuk 2nd half baru gol. Oleh aidilzafuan.



Dah, mari balik...

Kesimpulannya, saya malu la, sebab encik suami suka jerit2. Tapi saya pun dok komplen jugak. Abis, derang tu main macam padang tu ada kat kiri kanan jek. Tengah2 takde saper nak main. Asik la sepak ke kiri, ke kanan, kiri lagi, kanan lagi. Try nya tak! Sakit ati lah juga, walau pun menang.

Minggu ni nak pergi lagi tak? Lawan atm. Sabtu kena kerja, ganti untuk jumaat depan. Tapi jumaat takde kelas, maknanya kalau datang kerja pun hari sabtu tu, takde buat apa2. Tengok lah dulu. Semalam dah seri lawan kelantan. Nampak lah juga daya usaha mereka tu bermain. Tapi atm pun semalam menang 3-0. Adeh!

1 komen:

Irfa said...

gigih ko ye layan bola kat stadium
semangat tahun baru ni ;0