Ingat aku jer yang tak sabar nak drama terlanjur cinta tu cecepat habis. Rupanya ramai lagi yang dah tak tahan melihat ke'kelemer'an si nia tu. Nyampah pulak. Nampak macam lemah sangat wanita2 melayu ni. Rasa nak tunjal2 je. Eeeeee geram betul. Sibbaik dah habis dah. Dan endingnya juga melegakan ramai orang. Tapi ada jugak yang tak puas ati sebab nia tak memilih nazimothman. What to do...
Selain itu, yang turut menemui hujung jalannya ialah adam&hawa. Apa jadi? Adakah hatiku telah berbolak semula? Tidak. Hujung2 tu dah tak best dah. Tengok pun tak fokus sangat. Meleret2. Aku juga membaca novelnya. Tapi aku baca selepas setiap episod lah. Takmo spoil la kununnya. Tu yang rasa citer tu meleret2 part azi dan johan yang takde pun dalam novel. Tapi toksah risau. Kot lah kalau suatu hari nanti aku teringin nak tengok balik citer tu, semua episod sudah pun aku download. Tapi bukan dalam masa terdekat ni lah kot. Sebab?
Sebab sekarang aku dah beralih arah pula kepada drama Hanya Padamu di slot zehra, setiap jumaat jam 9 malam, yeay! Sejujurnya aku tak pernah sekali pun layan slot zehra ni. Tau, dulu orang sibuk dok layan nurkasih. Tapi aku tak faham langsung citer tu. Sampaikan ke movienya pun aku tengok 2-3 kali tak faham2 jugak. Berusaha jugak tu tengok 2-3 kali walau pun tak faham sebab ada sipi2 beto dalam filem tu huhuhu.
Tentang hanya padamu. Drama ni start tayang pada 28 disember yang lalu. Kiranya dah 3 episod lah. Dan aku tak dapat tengok episod pertama tu semasa tayangannya itu sebab kes 'wo ai beijing.' Tapi aku tak kisah sebab boleh je download atau tengok kat tonton. Selain sebab aku juga berkongsi 'nasib' yang sama dengan dak anna, pengasas bkfc yang bernikah pada hari tu (takde tv kat lokasi pernikahan). Ada geng sama2 tak dapat tengok. Boleh pulak.
So, balik2 jer dari beijing, terus aku mendownload episod pertama sebab malam tu dah episod kedua. Tapi tak sempat. Eee strimiks ni memang nak kena tau. Jadi aku terpaksa lah tengok episod kedua dulu. Tapi takde lah jadi konfliks atau kecelaruan ker haper. Boleh jer.
Dan minggu lepas, bila aku pergi tengok bola di stadium, aku cuma ingat yang aku terlepas tengok MLM jer. Boleh pulak aku terlupa yang aku juga terlepas tengok hanya padamu. Hari sabtu tu baru aku teringat. Uwaaaa rasa bersalah sangat kat beto hahaha... Macam tak setia pulak rasanya. Pui!
Patutnya aku tak layak komen tentang cerita ni sebab memang berlaku conflict of interest (macam lah dia kroni aku). Belum tengok pun aku dah kata citer tu best sangat2! Tapi percayalah, citer ni memang best tau! Tak caya sudah! Kenapa aku suka citer ni?
Satu, dua dan tiga sampai infiniti ofkos la sebab aku memang akan tengok semua permainan watak yang dilakukan olehh BK (ok, pasnih aku akan tulis BK je, instead of beto, ok). Tapi aku pernah kecewa (dalam jiwataiko dan jangan ambil padang kami), so tak semestinya aku akan suka juga dengan citer ni. Tapi 3 episod pertama ni nyata tak mengecewakan. In fact trailer episod keempat pun dah buat aku teruja! Waaa garangnyer dierrr... i loike!
Untuk episod 1-3 ni, selain nak memperkenalkan watak, juga derang nak mengaitkan satu2 watak itu. Macam bk, mula2 dia couple ngan emelda. Emelda ni anak orang kayes, pak engku. Bk ni memula kerja 7e jer. Kendian pak engku propose bk untuk emelda. Dan offer kerja sekali. Tapi bk ada prinsip, takmo dapat sumer tu secara percuma. Dia nak usaha sendiri. Kendian bk dapat kerja ngan syarikat lain. QS di construction company. Tapi derang kawen lah jugak pastu. Emelda lak dok desak dia suh kerja ngan bapak dia. Episod 3 baru bk masuk kerja ngan pak engku, itu pun sebab kompeni dia banyak kes rasuah, dia takmo subahat. Tapi, baru first day kerja (tak sempat kerja pun lagi), terus dia dapat tugasan pertama iaitu hapuskan bukti rasuah yang dilakukan oleh pak engku. Lohhh...
Di pihak heroinnya pulak, si adawiyah ni anak yatim piatu, tinggal ngan mak sedara yang hantu dan pak sedara yang sakit, serta sepupu zahirilazim yang baik dan pandai. Mak sedara dia ni tak suka ngan dia, so selalu kena 'dera' (aku nak tulis buli sebenarnya, tapi aku rasa buli macam kes kat sekolah jek hihi), sampai tak dapat ambik upsr. Mak sedara ni join mlm. So, bila dia ber mlm, adawiyah ni lah yang tukang jaga pak sedara dia tu. Tu yang selalu tak gi sekolah tu. Si zahiril ni pulak, tersangat lah bijak nya, dapat 11A masa spm. So, dia dapat pergi jepun. Masa dia nak tunjuk result spm tu kat bapak dia, bapak dia dah meninggal. Bila zahiril dah pergi jepun, mak sedara ni gi antar adawiyah ke rumah anak yatim. Aku kompius sebenarnya, berapa umur si adawiyah ni sebab macam dah habis sekolah je, tapi macam beza umur ngan zahiril tu 5 tahun (dia upsr, zahiril spm). Eh, sukati lah. Dan bila masuk rumah anak yatim, dia dibuli pula oleh rakan2. Masa dihantar ke sana, mak sedara siap cakap kat cikgu besar yang adawiyah ni budak nakal. Menyampah betul. Entah, takde pulak scene pergi sekolah. Kebanyakannya scene kat rumah anak yatim dengan baju seragam hijau.
Dipendekkan cerita, bk dulu pernah tinggal kat rumah anak yatim tu (patut lah dia macam sebatang kara jek masa zaman2 7e tu). So, titik persilangan berlaku bila bk pergi melawat rumah anak yatim itu. Eh, cop, sebenarnya titik persilangan pernah berlaku masa adawiyah masih duduk dengan mak sedara dia, di mana bk ngan emelda pernah pergi ke rumah mereka masa pak sedara dia meninggal. Derang gi hantar sumbangan kat masjid, orang masjid yang bagitau pak sedara tu meninggal. Tu derang gi melawat la tu. Ok, ni kira ada 2 titik persilangan la kan. Dalam sesuatu graf tu, kekadang berlaku 2, 3 malah banyak titik persilangan. Contohnya kalau graf kuadratik ngan graf garis lurus, boleh jumpa 2 titik persilangan. Ok, abaikan.
*Pembetulan, sebenarnya titik persilangan pertama berlaku masa adawiyah naik basikal nak panggil zahiril kat sekolah masa pak sedara dia jatuh..
Dipendekkan lagi cerita, pak engku telah disiasat oleh sprm. Maka, beliau telah membunuh diri. Ya! Brutal seh citer nih. Depan mata emelda dan bk lagik! Dia tembak kepala. Trailer minggu ni pulak menunjukkan bk dah berjambang, ada anak pempuan sorang dan adawiyaah ni baru grad, datang rumah bk untuk kerja jadi personal cikgu untuk anak bk. Ok, tu maknanya berlaku
p/s susah nak jumpa pelakon yang lancar mengaji dalam drama/filem, kan? tapi si adawiyah ni boleh tahan jugak mengaji.
p/s citer ni bermula dengan prolog, so dah boleh dapat gambaran endingnya macamana. tapi oleh kerana dia seminggu sekali, makan masa 4 bulan kot nak habis, so mungkin orang akan lupa prolog tu.
2 komen:
serius tak paham citer ni sebenarnya sebab macam mana nak mengaitkan watak Beto dan Adawiyah tu..cume igat mase kecik2 dlu beto penah nak terlanggar adawiyah mase beto pegi kg tu..tapi betullah umor mereka beza tu..
btw..beto dan emelda cam tak sesuai..kalau bleh nak heroin lain plss...hehe
a'ah laaa derang ada terlanggar adawiyah mula2 tu.
kannn??? banyak2 pelakon, kenapa emelda???
Post a Comment