Saturday, 12 January 2013

Ada Apa Dengan AJL27


Takyah tunggu. Balik2 je terus AJL. Selalu tu bila kuar iklan ajl, mesti lagi seminggu atau 2 minggu sebelum. Ni tau2, eh, ahad ni? So, hari sabtu tu aku malas nak gosok baju sebab nak tunggu ahad, sambil2 tengok ajl.

Lepas berita tivi9 (sekarang ni aku tengok berita tivi9 sebab tak panjang sangat hehe), terus layan purple carpet derang. Dalam program hiptv sebenonya. Memang duorang tu ke pengacara hiptv? Macam tak sesuai jek. Kamaladli ngan miraliana. Sibbaik ada sazzy yang menyelamatkan keadaan. Sekarang ni dah jadi kebiasaan, dalam program nyanyi2, retis pelakon pun datang and vise versa.

AJL kali ni bertemakan ekspresi seni. Tu yang masing2 buat gimmick ala2 berseni. AJL dimulakan dengan persembahan misha omar, ziana zain dan faizal tahir. Misha nyanyi lagu bunga2 cinta. Bila kali terakhir dia muncul di khalayak umum eh? Tau dia dah bertunang ngan pilot 2 tahun lepas. Aku ingat sebab baju dia kaler electric blue (tema baju raya ku). Tapi belum kawen lagi kot ek? Gaun dia malam ajl tu kembang sangat, so tak nampak kalau dia angkat2 kaki pun. Tapi vokal masih mantap seperti dulu. Gigi pun dah cantik. Ziana pulak aku tak suka bila dia nyanyi lagu rancak sebab tak berkenan gaya dia menari. Entah. Pulak tu lagu fatalistik tu memang aku tak gemor. Sementara faizal tahir pulak tak tau apa motif diketengahkan sebagai pembuka persembahan. Ke sebab dia tak masuk bertanding tahun ni, nak jugak kasik dia perform? Lagu anti graviti tu pulak macam tak berapa nak pergi. Sebenarnya aku tak faham, bila masa intanladyana tu dapat bunga dari faizaltahir? Bila dah tengok ulangannya barulah faham. Rasanya bukan faizalthair yang campak bunga tu. Lakonan silap mata jek. Eh, kenapa aku kena komen persembahan yang tak bertanding ni pulak? Ok ok, teruskan ke komen setiap persembahan.

Ombak Rindu Hafiz & Adira


Dimulakan dengan video abangtapa yang sedang emosi kununnya. Air mata betul ker tu? Lagu ni dah lama, so kemunculan dia mungkin lah boleh mengembalikan ingatan kiter pada ombak rindu (walaupun tajuknya dah terang2an ombak rindu). Oh, sebelum tu, lupa nak komen. Aku suka penggunaan backdrop atas pentas ajl kali ni. Ok sambung. Props untuk lagu ni ialah munger. Macam dalam  taman. Bagi aku lagu ombak rindu ni kontot. Ke aku je yang rasa camtu? Rasa macam sekali korus je dah habis. Kot? Aku takde komplen pasal persembahan derang, cuma agak ketara lah ketegangan antara mereka. Yelah, bukan mudah nak berhadapan dengan ex, kan. Dah dimulakan dengan abangtapa, ditutup juga dengan abangtapa juga. Macam tak perlu je dukung2 tu kan? Nak tarik pengundi persembahan terbaik kot. Macam tahun lepas alyah pelok remyishak, menang persembahan terbaik. Tapi tu markah dari juri. Ni pengundi awam. Pengundi kita mencegah maksiat la tu kot kikiki. Sayangnya lagu ni masuk tahun ni. Kalau tahun lepas mungkin peluang lebih baik.





Patah Seribu Shila Amzah


Lagu terbaik aim. Aku tak berapa suka lagu ni. Rasa macam biasa2 jer. Mungkin pengaruh telemovie patahseribu tu kot. Sebab aku tak berapa suka sharnazahmad. Kesian dia, aku tak suka huhuhu. Tapi aku suka sikit lagu ni dalam citer istanbul. Lagu ni kuar time beto cuci rambut lisa. Terasa kesedihannya. Tapi kalau ikut lirik, agak tak sesuai lah sebab lirik dia lebih kepada kekasih yang mati. Tapi ada elemen ditinggalkan la tu. Mati tu cuma asbab, eceh. Dalam persembahan shila malam tu, dia nampak gumuk. Tapi gambar dia masa purple carpet tu nampak kurus pulak. Pastu dia mulakan lagu tu dengan bunyi telefon dan dialog. Aku memang tak suka adegan2 sedemikian berlaku di atas pentas. So, aku tak suka lah. Penyampaian lagu pulak ok jek. Takde slack.

Simetri Hazama & Amy


Aku tak pernah dengar lagu ni. First time dengar masa semi final tu ari. Bagi aku, tak sedap la lagu ni huhuhu. Aku tak suka sangat hazama sebenarnya (aku ni semua orang aku tak suka hahaha). Bukan lah aku tak suka sampai benci ke haper. Tak minat je. Suara hazama ni ok jugak sebenarnya. Ada elemen rock 90-an gitu. Ada la part tarik2 dia yang macam lagu rock dulu2. Tu yang hattan suka kot. Dalam persembahan malam tu, derang punya costume ala2 gothic kot. Tak faham aku lagu tu. Gegirl keliru!

Idola Azlan & The Typewriter



Lagu ni pulak aku rasa macam pernah dengar, tapi tak pernah ambik pusing. Part corus tu macam pernah dengar la kot. Maybe sekali sekala bila aku terbukak radio era. Persembahan dia biasa2 jer. Mekap pulak dah macam mekap masa meetunclehussein menang dulu. Mekap sebelah muka. Cuma ni dia tak lukis muka clown la. Dark psychedelic circus ke haper tah konsepnya. Lagu ni pulak katanya tribute to sudirman. Tapi dia tak sebut nama, so boleh jadi general jugak. Cuma dia guna intro lagu salam terakhir, so memang untuk sudirman la kot. Pendek kata, lagu ni takde lah sampai tak sedap, tapi tak best je hehehe.

Pelangi Senja Stacy



Sebagai bukan pendengar setia era, aku baru je tau pasal kewujudan lagu ni. Mungkin pernah terdengar sikit2, tapi macam tak perasan. Bila dengar masa semi final terus aku tersuka lagu ni. Maybe aku memang lagi suka stacy nyanyi lagu balada kot. Persembahan stacy dibuat di atas jeti kununnya. Takut2 macam nak jatuh je aku tengok. Pastu baju dia ada ekor2 (veil ke nama benda tu?) berwarna pelangi. Ada beberapa orang tarik2 joget ngan ekor2 tu. Hujung2 tu derang bukak kain stacy, tinggal kain bertingkat2 pulak. Seperti shila amzah, pun stacy nampak gemuk di situ. Walau pun lagu balada, tengok kaki dia macam dah nak terangkat2 gak nak menari tu. Cuma ada part hujung2 tu yang dia cuba tarik tapi tak sampai. Adeh. Tapi aku tetap suka lagu ni. Dan stacy.

Lagu Bedroom Sanctuary 


Banyak nyer lagu yang aku macam pernah dengar. Lagu ni pun. Tak pernah kenal pun penyanyi nya. Sebenarnya aku, kalau nak download lagu2 baru, selalu bukak website era. Tengok senarai lagu kat carta. So, tau lah jugak lagu2 baru. Lagu ni pun aku suka. persembahan dia pulak ala2 comel gitu. Ada belon. Siap ada freeze sekejap tu. Kiranya lagu ni lagu rancak zaman sekarang la. Kalau dulu kan lagu pop joget2 tu kira lagu rancak.

Selepas lagu ni derang  umumkan lagu juara mobile yang dimenangi oleh lagu ombak rindu.

Tanpamu Amir Jahari


Suka lagu ni! Lagu ni pun ada dalam citer istanbul. Lagu ni lebih kurang lagu lagu di atas, kategori rancak masa kini. Masa semi final baru aku tau yang amir ni budak af9. Tak perasan pulak. Katanya dia ni dah jadi buskers sejak zaman sekolah lagi. Persembahan dia pun ala2 comel gak. Dia banyak guna bahan2 bukan musical instrument sebagai elemen muzik. Kon jalan, tongdram, tepuk tangan. Tapi masa intro aku rasa macam kelam kabut je tepukan tangan derang. Tang tengah2 tu sedap pulak bunyinya. Pendek kata aku suka lagu ni, tapi rasa macam tak sesuai untuk menang kot.

Teman Pengganti Black & RJ (gantikan malique)


Aku rasa ramai orang suka lagu ni. Tapi tidak aku. Tapi takde lah tak sedap ke haper. Ok jer. Lagu ni memang ambik intro lagu noorkumalasari, kan? Tak tau apa motifnya. Dengar citer lirik citer ni ada kena mengena dengan penulisnya. Kan ada orang citer dia sakit, kan. Kira dia tulis lagu ni macam sudirman dengan lagu salam terakhir la. Persembahan derang aku rasa biasa2 je. Ada platform pusing2. Caner bleh menang persembahan terbaik? Ok, lagu tak best takyah ulas panjang2.

Terukir Di Bintang Aizat


Dah abis ajl, timbul pulak kontroversi, ujirasid kecit ati sebab disingkirkan dari ajl. Asalnya yuna suh dia nyanyi lagu ni, tapi dah saat akhir pihat penganjur suh ganti. Tak tau saper yang pilih aizat. Apa2 lah nak... Persembahan aizat memang la cool, tapi pitching adalah ke laut. Ada la sikit2 dia improvise, tang 'kamu' tu dan kedengaran sedap la pulak, tapi ada part2 yang falseto kurang tepat. Mula2, tang '...jika engkau minta' pun sumbang bunyi nya. Tapi dah nama pun juara lagu, penyampaian kureng pun takpe kot. Aku suka ke tak lagu ni? Mula2 dulu tak suka, sekarang dah boleh terima la sikit2. Setaraf ngan lagu kosong ar. Suka sangat tu tidak lah, tapi tak juga tak suka. Ada orang cakap aizat dah macam nasirwahab, ada kumis.





Kuakui Hafiz


Masa hafiz nyanyi lagu ombak rindu, aku dah terfikir, kat mana pulak dia dapat rambut kerinting tu? Sebab aritu katanya dia dah tukar imej straight. Rupanya memang dia dah berambut straight dan kemas. Masa ombak rindu tu dia tepek kot rambut kerinting. Lagu ni pun aku tak pernah dengar, tapi macam pernah terdengar. Tapi sekali dengar intro nyer je dah tau dah, ni lagu siapa. Very keajaian. Persembahan hafiz diiringi oleh ajai yang bermain pinano, biola dan gitar oleh shah slam. Bila dengar banyak2 kali, sedap jugak lagu ni. Sangat ajai. Hafiz menang vokal terbaik melalui lagu ni. Aku dengar dia tarik suara pun dah boleh teka, mesti dia menang lagi. 



Andai Ku Bercinta Lagi Mojo


Aku adalah sangat sukaaa lagu ini. Walau pun aku tak yakin lagu ni boleh menang, tapi tetap menang di hati ku. Pui! Mula2 dengar lagu ni kat radio sinar, aku ingat ni lagu lama. Sebab melodi lagu ni dan suara penyanyi nya tu ala2 rockers 90-an gituk. Sebelum tahu yang lagu ni lagu lama pun aku dah jadikan ia ringtone aku. Kalau perasan aku ada taruk lagu ni sebagai lagu yang sedang aku layan sekarang ni. Tapi sampai ke ajl ni aku tak faham maksud lirik lagu ni. Bila cheryl tu cakap baru lah aku faham. Sebelum ni aku tak dapat tangkap maksud, 'tunjukkan di mana ruang hatinya yang masih belum kau huni' sebab aku tak membayangkan 'nya' itu ialah isteri tersebut. Aku ingat orang yang dibercinta lagi kan tu. So, sekarang ni aku dah faham lah. Lagu ni mengenai kawan si edry ni yang isterinya meninggal akibat kanser. Dan si kawan itu sangat menyayangi isterinya sehinggakan kalau dia bercinta lagi pun pasni dia rasa dah takde lagi ruang hati dia yang kosong untuk diisi sebab dah diisi sepenuhnya dengar cinta buat isterinya itu. Sampaikan kalau nak mengayat aweks baru nanti pun dia terpaksa pejam mata dan memaksa lafaz cinta itu, dengan wajah si isteri di minda nya. Caner tuh? Elok takyah bercinta lagi lah kalau dah cenggitu, kan. Laaast sekali dia cakap, 'tanpa dirimu asaku mati.' Maka aku pun menggugel maksud 'asa' itu. Ohhh harapan. Putus asa = putus harapan. Persembahan dia diiringi dengan suara soprano marsha sambil2 berlakon lah jugak. Kengkonon marsha tu antu isteri dia la kot. Bagi aku arrangement muzik lagu ni adalah sedap. Dan sejak lagu shahir kebahagiaan dalam perpisahan, kemudian anuar zain dengan sedetik lebih dan stacy dengan kisah dongeng, edry semakin pandai menulis lirik. Imaginasi tinggi. Persembahan mojo juga agak gempak, cuma mungkin lagu ni perform kedua last, so pengundi pun tak sempat nak undi. Tapi penyampaian vokal penyanyi nya agak kurang mantap. Ada la yang lari2 sket. Tapi yang penting janji rock!!! Ok, adil lah kan, lagu yang paling aku suka, ulasan yang paling panjang hehe.



Anak Kampung Jimie Palikat & One Nation Emcee


Finalis terakhir. Lagu ni aku tak berapa suka. Suka sikit2 je. Banyaknya tak suka. Mungkin sebab ada elemen rap di situ. Dan elemen penyanyi pompuan tu. Tak suka aku tengok pompuan tu tergedik2 hahaha. Pastu persembahan pulak mendapat sentuhan noranizaidris, tambah lah point tak suka di situ. Pendek kata tak best lah.

Kesimpulannya, kalau tahun lepas aku sangat berpuas hati dengan keputusan ajl, tahun ni aku separuh2. Yang aku tak setuju untuk menang ialah lagu idola dan persembahan terbaik. Lain2 boleh diterima.

Sekian, terima kasih.

1 komen:

Irfa said...

baca smpi abis dan tak tahu mana aku nak komen..oh ok,pun x suka penyanyi one nation mc tu ;)x suka rambut dia.boleh?