Hari Keempat : Isnin 31 Disember 2013
Selepas pergi ke great wall, maka berakhirlah episod wo ai beijing ku ini. Boleh? Penat lah nak citer. Adeh...
Eh, tapi besok2 aku jugak yang nak baca, kan? So, aku teruskan lah juga. Bukan untuk korang, tetapi untuk aku. Dan untuk dia untuk dia untuk dia.
Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. Tahun depan baru aku balik hehehe. Punya lah lama aku pergi. Dari tahun 2012 sampai 2013. Sebelum bercerita tentang perjalanan kami hari ini, elok kiranya aku ceritakan tentang pemerhatian aku terhadap negara ciner ini, beijing khususnya dan masyarakat ciner juga. Tapi mungkin kenyataan aku ni tak berapa tepat atas beberapa sebab. Antaranya, aku pergi masa musim sejuk yang orang ciner tak berapa keluar rumah. Dua, sekarang juga musim cuti. Selain cuti krismas, cuti tahun baru pun derang cuti 3 hari (1, 2 dan 3hb). Maybe derang pun dok pergi bercuti ke mesia, kan? Tiga, pemerhatian aku tu dibuat dari atas bas. Yang bergerak. Jadi skop tu agak terhad la kan. Dan aku tak berhenti lama di sesuatu tempat. Jadi, bilangan sampel juga tak banyak untuk dibuat kesimpulan hehe.
Pertamanya mengenai kereta. Kalau kat mesia ni kita tau, kereta2 buatan ciner seperti chery (apa lagi ha?), kan? Tapi kat sana, tak seperti kiter yang-buat-proton-dan-banyak-orang-pakai-proton, derang pulak tidak. Nak jumpa chery pun macam 1 dalam 100 kot. Antara kereta yang paling banyak aku nampak ialah volkswagon dan hyundai. Kalau kat mesia ni, asal VW je, mesti bayangkan kete katak tu kan. Sekarang je lah baru nampak polo, golf dll tu. Tapi kat sana ada macam2 model VW. Katanya kete kat sana murah, tapi tak tau lah murah cemana. Tapi minyak dia mahal ok. 4 hengget seliter. Lebih kurang 8 yuan. Memula aku ingat dia cakap 4 yuan. Kalau 4 yuan, maka lebih kurang kiter je lah rege nya kan. So, walau pun kereta murah, sesetengah orang tak mampu tang minyak dia.
Hyundai pulak memang melata. Majoriti teksi dia ialah elantra. Selain tu, nissan, honda ngan toyota tu ada lah jugak. Merc, BM, volvo pun ada sikit2.
Kalau motosikal pulak, memang susah nak jumpa. Kalau ada pun, skuter. Atau basikal bermotor. Macam yang aku cakap aritu, derang takut mati eksiden kalau naik motor ni kot. So, memang susah nak jumpa mat rempit di sini hihi. Tapi basikal adalah banyak. Dan berani mati macam orang naik motor kat mesia ni.
Dari segi trafik, orang kat sini pun macam orang kiter la. Suka langgar lampu. Tapi lagi teruk sikit kot huhuhu. Kalau orang naik basikal lagi lah. Asal boleh je dia. Tapi jalan derang ada cctv. On the spot boleh tau kalau kena saman. Macam ada sekali tu, bas kami buat u turn di tempat yang salah, TG terus call bini dia suh check online kot ada saman. Sibbaik takde hihi. Driving licence derang pulak ada sistem merit. Sorang dapat 12 point. Sekali langgar lampu tolak 6 point. Kalau habis point, maka kena masuk sekolah semula la kalau nak renew lesen. Kat sana senang je, orang buat salah, sumbat je dalam lokap. Abis citer.
Nak kata bandar derang macam kota metropolitan pun takde lah sangat. Memang lah ada bangunan yang unik2, tinggi2, tapi biasa je aku tengok. Tak lah nampak eksklusif sangat. Kerrr aku yang tak pergi ke tempat2 cenggitu kot. Entah. Dan kitorang tak jumpa pun kawasan perindustrian. Tingin gak aku nak tengok. Ye lah, orang ciner ni kan boleh buat semua benda dalam dunia ni kan. Pegang nombor 2 dalam ekonomi dunia pulak tu. Nak lah tau sebesar mana kawasan industri dia. Tapi takde pon kitorang lalu. Katanya dulu ada kat tengah beijing ni, tapi dah dipindahkan ke satu tempat. Satu lagi yang aku kempunan ialah nak tengok stadium badminton huhuhu.
|
Kebanyakan kete derang pasang tint cenggini. Untuk driver tengok side mirror kot. |
Ok, sambung citer jenjalan. Masuk hari keempat, kami dah pandai demand. Takmo makan nasik goreng dah. Jemu. So, pakcik katering kata bagi roti ngan cakoi atau kuih2 jek. Cakoi dia sedap hehe.
|
Ni kat depan restoran. Ni kira macam seksyen roti canai la kalau kat tempat kita. Bezanya roti canai tu diganti dengan cakot. Ada kuih2 jugak. |
Lepas sarapan, kami ke kawasan stadium. Bukan pergi stadium, dekat je ngan stadium. Tu lah masanya aku dapat tangkap gambar dengan stadium sarang burung tu. Lepas2 tu dia dah tak pergi lagi dah. Lupa kot. Ada, lalu, tapi tak berenti. Dekat dengan stadium ni ada satu kedai jewellary underground. Masa nak masuk tu macam ngeri jek. Tak ramai orang pon. Biasanya pelancong je yang pergi kedai2 ni. Di luar kedai tu, ada jual cenderamata dan jajan2. Serta permainan kanak2 (benda2 yang dicari pelancong). Kat sini lah aku jumpa FM yang sama rege ngan malam tadi tu.
Cakap pasal FM ni, nak tergelak aku masa mula2 aku nak beli FM kat pasar xiushui semalam tu. Kat situ ada satu kedai souvenir yang agak besar. Bila aku tanya rege FM tu, dia cakap 25 yuan. Umangai! Pastu aku mintak la 5 yuan. Boleh2 dia tak kasi sebab dia kata (sambil menunjukkan FM itu kat aku), benda tu dibuat dengan teliti, diukir bla bla bla. Padahal FM tu sama je ngan yang kiter selalu jumpa kat mesia ni. Dia pakai mold je kot. Pastu di warnakan. Takde lah sampai diukir kot. Last2 aku blah je. Malam tadi aku beli 5 yuan dapat 3 ketul lagik.
|
Satu2nya gambar aku ngan bird nest stadium nih. |
|
Kat dalam kedai jewellary. |
Masa kat kedai ni lah aku berjumpa dengan seorang malaysian yang bekerja di sini. Dari blog2 yang aku baca, katanya dia ni sekejap ngaku orang penang, sekejap orang melaka. Entah, tak tau lah mana yang betul.
Memula kami disuruh masuk dalam 'kelas' macam biasa. Tak lama kemudian, masuk seorang pempuan ciner ni. Dia cuba nak terangkan sesuatu, tapi english dia terlalu chinglish. Tak paham! Kendian dia panggil mamat malaysian ni. Bila mamat tu masuk, terus dia introduce diri dia sebagai steven, from cheras. Ok. Tapi rasanya orang penang/melaka yang orang citer kan sebelum ni tu memang orang lain, sebab ustaz kata yang dulu dia pergi orang lain, pun orang mesia katanya.
Tak kisah lah. Yang penting, set dalam kepala, jangan percaya sangat hahaha. Tapi kalau dia kata dia asal dari malaysia memang aku percaya sebab dia punya melayu agak ke'malaysia'an. Maksudnya ada bahasa melayu pasar yang digunakan. Menurut kata dia, dia dah 5 tahun kat sini, sebagai sales manager. Maka aku percaya di sini bahawa apa yag dia cakap tu dengar boleh, percaya jangan hahaha. Orang nak jual, apa pun boleh dia cakap asalkan dapat jual, kan.
Tapi dia pandai. Menggunakan reverse psikologi. Dia kata lagi 7 hari dia akan pulang ke malaysia. Bukan for good, tapi for'ever' hahaha. Kendian dia kutuk2 la bos dia, company ni dan beijing sekali bla bla bla. Katanya dia dah resign dah. Tunggu hari jek. Dia kata yang paling dia tak tahan kat sini ialah makan. Tak sedap katanya. Memang betul pun. Sempat tu kutuk sup telur yang dia panggil 'air telur'. Tapi serius, memang sup telur tu takde rasa pun. Macam air dimasukkan telur jer. Habis sesi kutuk mengutuk majikan sendiri, baru lah dia promote barang kemas. Kat kedai ni ada jade dan kristal jugak.
Kat sini lah aku jumpa alat untuk periksa ketulenan kristal. Termasuk diamond jugak. Aku pun terus lah ambik benda tu dan test cincin tunang aku hihihi. Sibbaik ori. Entah ye ke tak tah alat tu. Benda tu ada led indicator ikut level. Lain batu, lain level dia. Makcik kuching ada test batu ruby kot yang dia beli kat guangzhou. Sekali, langsung tak nyala led tu. Kesian dia.
Akhirnya, aku tak beli pape kat sini. Tapi steven tu ada bagi souvenir. Jade. Ooo kat sini rupanya. Aritu aku ingat dapat benda ni kat kedai jade. Patut lah masa kat sana tak dapat pape. Masa dia tengah agih2kan jade ni, tiba kat aku, aku pun ambik la kan. Sekali, terlepas pulak (pakai glove, tak rasa). Terus pecah. Kantoi di situ. Dia bagi aku yang lain.
Keluar dari kedai ni, ada orang jual helicopter mainan. Ramai yang beli. Balik nanti dah takyah naik katebang dah hehehe.
Dari sana, kami sepatutnya ke summer palace. Tapi tiba2 diberitakan yang tempat tu tutup ari ni sebab ada event kot. Tah, sambutan tahun baru kot. Eh, cakap pasal tahun baru ni kan, kiter kat mesia ni punya lah beriya bercountdown, berkonsert, berbunga api bagai nak nyambut tahun baru. Tapi derang sikit punya boring ker. Langsung takde apa2 berlaku. Macam 'just another day' jek. Ok lah, derang sambut tahun baru china. Tapi, time tahun baru china pun takde der kerajaan bakar bunga api ke apa. Ada jual bunga api, tapi ko bakar lah sendiri. Maka, hari ni dan esok sama jer dengan hari2 lain, kecuali derang cuti umum 3 hari jek.
|
Ternampak satu bangunan yang unik. Macam shopping complex. |
|
Aku bayangkan tempat ni macam sunwaypyramid ar hehehe... |
|
Ternampak pokok macam kobis ni kat tepi jalan. |
|
Satu lagi bangunan unik, macam bola golf. Tangki air kot? |
|
Belakang tu bangunan BIMC (beijing international media centre), pusat media yang digunakan masa sukan olimpik tu ari. |
|
Sungai yang beku. |
|
Satu (ke tiga?) lagi bangunan yang unik. |
|
Menara berkembar tiga. |
|
Haaa ni lah dia yang aku katakan aritu, persamaan 'the mines dengan beijing.' Owner yang sama kot. Oh, kat sini jugak aku ternampak parkson tau. Parkson kan orang malaysia punya. |
Oleh kerana summer palace tutup, maka kami terus ke panda zoo. Switch ngan esok punya agenda. Panda ni maskot sukan olimpik tu ari. Ada sekor panda gergasi kat sini.
|
Panda zoo. Ekceli kat sini ada zoo biasa jugak, tapi kami tak masuk situ sebab time2 gini derang (binatang2) berhibernasi jek. Baik takyah tengok. |
|
Ni ha si panda gergasi itu. Malas je tengok. |
|
Tak putih pun... |
|
Ada sekor panda yang aktif. Dia tengah makan. Daun buluh. Kiut jek. |
|
Aku dan panda :) |
|
Satu lagi panda yang sedang tidor. So cute gaya dia tidur. |
|
Ni pun panda tido. Mana kepala mana kaki? |
|
Tiba2 ada kucing. Sesat. |
|
Spesis monyet pun ada beberapa ekor. |
|
Zoo ni duduk dikelilingi bangunan. Tak macam zoo kiter yang ada unsur hutan. |
|
Kereta mereka. Oh, plate dia ada lain2 warna. Biru ni untuk kereta biasa. Teksi dan kenderaan awam warna kuning. Tingat pasal kete singapore. Kalau plate kaler merah tu bayar road tax separuh jek. Boleh kuar pukul 3 petang hingga 3 pagi. Hek? |
|
Salah satu model VW yang banyak di sana. |
Lepas ke zoo, kami pergi makan. Lain sikit kedai ni. Kena parking jauh sikit. Ngeri jek nak melintas jalan kat sini.
|
Restoran muslim = signboard hijau. |
|
Tunggu bas lepas makan. |
|
Bas derang panjang. Bercantum dua. |
Lepas makan, kami pergi solat di satu lagi masjid yang agak tua. Lupa lak nama masjid nih. Oh, baru aku teringat. Masa pergi umrah dulu, aku terfikir sesuatu. Kenapa aku tak nampak orang ciner pergi umrah ek? Mungkin ada, tapi sangat sikit kot. Tapi memang aku takde nampak.
|
Penyapu buluh. |
|
Cantik masjid ni. |
tbc...
5 komen:
Make sure that the referral program is worth the time and effort of other people to recommend people to your company.
Then, create a hyperlink in the description of the video
which will redirect the viewer to your website or blog and to a CPA offer that gives other interesting videos
which can be downloaded to a mobile phone.
Giving Google another reason to pay attention to you and bring you in traffic.
My webpage - how to to make a website
Also known as eczema, this skin condition may appear or worsen during pregnancy.
I would also like to dismiss the earlier notion
that developing of genital skin tags should not be misunderstood towards developing any sexually transmitted diseases.
'We usually have two or three people in the room, no-one has time, so we have one person tightening the body and another giving a treatment on the face'.
Here is my blog :: skin tags inner thigh
Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any
widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.
Check out my web site policy health Insurance
I'm not sure exactly why but this website is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I'll check back later on and see if the problem still
exists.
my site ... quick auto insurance quotes ()
A few things that can help avoid this issue are taking digestive enzymes before
eating large meals, not drinking a lot of liquid before or while eating (this dilutes natural
digestive enzymes and stomach acid), drinking a lot
of water, and adding probiotics to your diet.
If this is the case, take advantage of each glassful
by making drinks enriched with powdered milk, yogurt or honey.
Those who think obesity is due to their genetic makeup
relish any news that 'fat genes' have been found as they look to blame something else for their predicament rather than
their own habits and behavior.
Also visit my weblog how many calories to gain weight
Post a Comment