Monday, 21 January 2013

Wo Ai Beijing : Part 5 Jade, Burning Cream dan Kristal


Hari Ketiga : Ahad 30 Disember 2012

Hari yang paling mengujakan. Sebab kami akan ke tembok besar china, yeay! Kalau melawat melaka bererti melawat malaysia, samalah juga, kalau melawat tembok besar bererti melawat china (aku yang reka). Tapi sebelum tu, sebelah paginya kami menjelajah kedai2 gomen lagi. Mula2 sekali, lepas sarapan, kami ke kedai jade. Ok, kalau sebut jade, mesti ingat ciner, kan? Or myanmar. Tapi kat mesia takde lah pulak bangsa myanmar jual jade kot. So, jade ciner lagi glemer. Hakikatnya, orang ciner pun cakap yang jade myanmar adalah yang terbaik.

Depan hotel sebelum bertolak. Tengok kasut ku, comel, kan? Aku pun masa tengok orang pakai kasut macam ni, aku rasa comel. Apatah lagi bagi si pemakai. Maknanya, aku comel la? Eh? Ok, jangan pertikaikan gambar aku dengan baju yang sama sebab memang itu je baju yang aku bawak. Yang lain pun mungkin jeans je. Dan tudung. 

Kiranya tembok besar ni terletak di pinggir kota beijing la. Dan kedai2 gomen yang kami akan pergi hari ni ialah kedai2 yang terletak on the way nak ke tembok itu. Untuk ke sana, kami perlu melalui hiway bertol. Sampai di sana, kami terus di bawa ke tingkat atas iaitu ruang pameran dan di'sekolah'kan sekali lagi. Kali ni tentang jade lah pulak kan. Tak lah panjang sangat penerangan dia tu. Cuma dia kata jade ni ada 2 kategori, hard jade dan soft jade. Maksudnya kalau hard tu lagi keras dan susah pecah lah kan. Dan lebih berkualiti. Serta lagi mahal. Kendian kami diberi masa untuk melihat2 dan membeli2 jade2 itu. Tidak seperti kedai2 semalam yang bagi aku tak lah begitu 'china', kali ni aku telah membeli sesuatu di kedai jade ini. Memang lah kat mesia ni pun boleh jumpa jade, tapi hmmm u know what i mean, kan?

Belian pertama di kedai gomen (belian malam tadi tu tak kira). Masa nak pilih antara yang hijau atau yang putih sikit, promoter tu cakap, kalau yang hijau tu biasa orang tua yang pakai. Ye ker? Tapi aku pun rasa yang putih sikit ni nampak sesuai untuk orang muda. Muda kerrr... Eh, lagi satu, katanya gelang ni sesuai dipakai di tangan kiri, sama macam pakai cincin di jari manis tangan kiri lah konsepnya (salur darah terus ke jantung/hati). Tapi untuk gelang ni bukan lah atas faktor 'cinta' tapi untuk faktor kesihatan. 

Dan2 bergambar tunjuk tangan.

Ikut kepercayaan derang, jade bentuk kobis ni boleh membawa rezeki.. Tapi akar kobis tu kena menghala ke arah dalam rumah kiter la. Kalau hala ke rumah jiran, jiran yang akan kebas rezeki kiter hihihi. Macam2 la derang ni.

Macam2 bentuk jade sebagai perhiasan.

Pelbagai warna jade kobis. Kisahnya jade ni makin lama makin hijau. Mengikut teori aku, aku rasa yang hijau tu lumut yang terperangkap dalam batu tu lah kot. Lumut tu masih hidup, tu yang dia makin membiak menyebabkan batu jade tu menjadi semakin hijau. Ok tak teori ni?

Oh, kami kena pakai tag yang menunjukkan nombor kumpulan rombongan. Bila kiter beli apa2, dia akan tulis nombor tag tu kat atas bil. Untuk senang bagi komisen kat pasukan promoter tertentu la kot, kan?

Pasu jade pun ada.



Selain tu, jade juga ada yang dijadikan tikar/alas tilam dan alas bantal. Bila tengok benda ni terus aku teringat  yang abah pernah beli tali pinggang yang ada batu jade ni. Alaaa masa tu ada musim orang dari ciner kot, datang kat felda2, jual benda2 ni. Apa ke nama team derang tu tah, lupa lak aku. Ada nama dia. Derang ada kasi pinggan la, minyak masak la, tapewer la, dll kalau kiter pergi dengar penerangan derang. Ooo baru lah aku perasan  yang orang2 dari kedai2 gomen yang aku pergi ni lah yang mungkin orang ciner yang datang tu. Sebab benda2 yang derang jual dan demo yang dibuat adalah sama seperti yang pernah mak/abah ceritakan.  Aku ingat, masa tu mala tengah dalam hari dan dia pakai tali pinggang tu. Akibatnya darah keluar dengan lancar sekali. Tak tau lah kebetulan ke haper.

Tikar jade.

Ini mungkin alas kaki atau tempat  duduk atau alas bantal.

Bantal.

Entah apa ke bentuk benda tu.

Rupa2nya jade ni ada banyak warna. Yang aku tau hijau jek. Rupanya ada yang coklat, purple dll.

 Pelbagai anting2.

Kat tingkat bawah ada 2 orang pengukir jade sedang membuat demo.

Dia buat bentuk patung orang.

Ni dia citer paasal pingat sukan olimpik tuari di mana benda bentuk gelung tu adalah jade. Untuk gold dia letak jade putih (hardest and most expensive), silver kehijauan dan bronze kaler hijau gelap.

Medal olympic game.


Selepas agak lama di sana, kuar2 je nampak orang jual keledek bakar. Beli sebijik, 5 hengget. Isi kuning dan lemak.

Selain keledek, ada juga jual buah limau dan plum


Seterusnya kami terus ke kedai ubat burning cream. Takde gambar semasa di sini. Rasanya sebab memang tokleh ambik gambar kat sini. Krim tu untuk luka melecur. Sekali lagi kena dengar taklimat. Memula dia memperkenalkan koyok. Tau je lah fungsi koyok ni kan. Dia kasik kitorang beberapa keping yang dipotong 1x1 inci. Koyok ni dijual segulung, 3 meter panjang, lebih kurang sejengkal lebar dengan harga 200 yuan satu. Aku tak beli. Makcik2 katering tu beli satu, kongsi reramai. Masa tu  jugak dia bagitau sikit pasal titik2 refleksiologi sebab koyok ni perlu ditampal di tempat yang sesuai dengan tempat sakitnya. Bukan semua tempat sakit itu adalah tempat ditampal koyok. Tapi yang selama ni kita tampal tu adalah jugak betulnya. Antaranya kalau pening kepala, tampalkan kat kiri kanan dahi. Tapi kalau migrain kat tengah2 dahi dekat antara mata. Kalau sakit gigi tampal kat rahang pipi dan kalau sakit betis, tampal kat lekuk tepi lutut. Macam takde kaitan je kan, betis ngan lutut. Tapi gitulah. Aku dah try.

Kendian barulah dia menunjukkan krim melecur tu. Mula2 tadi dia dah nyalakan api dapur. Dan diletakkan rantai besi kat atas api tu. Bila dah panas (dia suh rasakan bahangnya), dia suh dua orang pegang hujung besi tu. Kendian dia sentuh besi tu sekali lalu dan berlari ke arah kami, nak tunjukkan tangan dia merah melecur. Pastu dia terus sapu krim tu. Oh, ini serius. Mak abah pernah cerita pasal demo ni. Sebijik ceritanya. Sementara tu dia terangkan pulak pasal silk protein (pitera kot) essence. Ala2 serum lah. Macam sk2 tu. Dan akhir sekali dia tunjukkan minyak urut pulak. Dah habis tu, barulah dia tunjuk balik tapak tangan dia. Dia kata mula2 tu memang la rasa berdenyut2, tapi selepas beberapa minit tu, dah tak rasa apa dah. Tapak tangan dia pun dah macam takde apa2 berlaku.


Di luar burning cream centre. Ada la beli something kat sini.

Seterusnya kami pergi ke kedai kristal pula.

Khusyuk mendengar kelentong hahaha.

Kalau pegang bola kristal jadi apatah. Lupa. Aku pegang untuk bergambar jek.



Tukang terangkan tu tak geti cakap oramputih, so TG cuba menterjemah. Dia nak bagitau yang harga kat sini jauh lebih murah sebab takde kos2 tambahan seperti sewa kedai dan sebagainya. Ye lah tu. Tapi tetap lah mahal. Tokleh tawar lagik. 

Aku bersama patung kristal yang besar dan jade kobis lagi.

Sekali lagi, tak beli pape kat sini, so ambik gambar jek.

Keluar dari tempat ni, ada orang jual souvenir dan permainan kanak2. Tu derang dok membeli lah tu. Pantang nampak.

Seterusnya, kami menghala ke greatwall. Tak lah jauh sangat... dalam 20 minit gitu. Tapi kalau dari pusat bandar tadi, dekat sejam jugak kot. Dalam perjalanan, ternampak satu tempat macam taman tema. Dia nak buat ala2 disneyland gitu. Tapi tak siap lagi. Ke terbengkalai tah, lupa lak.

Dari luar dah nampak menarik.

Besar jugak taman ni. Terletak di pinggir bandar.

Sebelum sampai ke greatwall, kami singgah makan dan solat di sebuah restoran yang agak besar. Tingkat bawahnya ada kedai cenderahati, atasnya ada restoran. Ada dua jenis restoran, halal dan belum-tentu-halal. Yang halal kat belakang sikit..

Lepas makan, naik ke tingkat atas lagi untuk solat. Satu yang bagus tentang masijd dan surau kat beijing ni ialah dia ada penjaga. Kalau yang kat sini, orang tu siap tunjukkan tempat wudhuk, jaga kasut dan barang2 pengunjung. Macam aku, letak kasut kat rak. Masa nak keluar, tengok2 kasut aku dah tersedia depan pintu, tinggal pakai jek. Ingat encik suami yang letak. Rupanya orang tu, kot. Saper lagi?


Kali ni tempat wudhuk dia cuma ada air panas. Ya ampunnn... panas ok bukan suam2 kuku. Sempat berfikir dulu, camne nak ambik wudhuk. Dah macam main2 pulak dok tarik2 kaki.

Yang baju coklat tu penjaga lelaki. Ada sorang lagi pempuan.

Lepas solat, kami meninjau2 kedai cenderamata kat bawah tu tadi. Cantik2 sangat sumer bendanya, tapi, harga mencekik darah tahap tak masuk akal punya. Sayangnya... Maka, mampu ambik gambar je lah.

Gegelang napkin. Kalau murah memang aku dah beli. Cantik2.

Macam2 benda dijual di sini. Kira kalau nak cari sesuatu yang kechinaan, sini lah tempatnya. 

Bestnya kalau dapat beli pinggan2 ni. Boleh tukar konsep hiasan rumah kepada konsep oriental, eceh.

Masa datang aku dah pasang cecita nak beli benda yang macam bunting kecik tu. Kan selalu nampak orang gantung kat rumah benda tu kan. Ada jumpa kat sini, tapi tu lah...

Susah2 sangat, aku print je gambo ni, frame kan, gantung kat rumah. Nampak jugak macam hiasan china, kan?

Sebelum keluar, jumpa orang buat art. Huruf berkarakter. Macam best. Satu huruf 10 yuan. Ramai gak group kami yang buat. Tapi masa dah suntuk. Tak mo lah orang tunggu kiter kan. Pikir punya pikir, kami pun buat jugak. Tu pun bila ustaz pun nak buat jugak. Ye lah, dia kan ketua rombongan. Maknanya, kalau kami lambat, dia pun lambat jugak lah. Ustaz buat dua, satu nama dia, satu nama tunang dia. Kantoi nama tunang hihihi.

Ada dua orang tukang lukis tu, sorang lelaki, sorang pempuan. Hasil pemerhatian, yang lelaki tu macam lebih cantik kombinasi warnanya. So, kami order kat lelaki. Tapi aku rasa kalau buat tulisan china lagi cantik karakternya. Lupa lah pulak cemana nak eja nama china aku huhuhu. Memang asyik melihat derang melukis. Dah memang kerja derang, kan. Laju jer. Tak pakai berus pun. Pakai kepingan apatah, macam kertas jer.

Contoh2 lukisan. Aku suka huruf A yang ada 2 burung dan matahari tu. Ada dia terangkan maksudnya, tapi aku lupa.

Hasil kami punyer. Suker suker suker! Tapi dia tak buat A 2 burung ngan matahari tu laaa. Padahal ada 3 A kat situ. Tapi aku suka gak ayam U ngan naga N tu. 

Dia siap laminate sekali. Mahalnya laminate! Tapi memikirkan jauh lagi perjalanan, kami laminate la jugak.

Nanti nak frame kan. Tapi tak tau nak taruk kat mana.

Siap je benda ni, kami pun berlari2 ke bas. Sori...

tbc...



0 komen: