BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 15 June 2012

UAI Di ParitRaja

Sabtu minggu lepas, uai telah datang ke paritraja ini. Katanya pertama kali beliau berjaya masuk johor. Maksudnya bikin ceramah la. Tak perasan pulak aku yang dia tak pernah berceramah di johor. He?

Dah tau dia nak datang malam tu, petangnya aku balik awal sikit dari berjalan2. Lepas maghrib, kami makan dulu. Selalunya laju jer aku makan nasi kerabu tu. Eh, ada tak aku bagitau yang nasi kerabu makcik pasar malam hari rabu telah aku banned? Dari carta pertama kini dia jatuh ke tangga tercorot. Puncanya kebelakangan ni daging yang di masak dah tak macam daging untuk nasi kerabu. Biasa kan daging salai, kan? Ni dia masak macam tumis. Dan sekali tu aku rasa loya dengan rasa daging tu. Terus kena ban.

Lepas makan nasi kerabu separuh, kepala aku rasa berpusing. Terus keluar segala nasi beriani kambing dan nasi kerabu itu. Tapi lega lah. Tak pening dah. Lepas isyak, kami pun pergi ke lokasi ceramah. Tempat yang sama anwar datang itu ari. Nama tempat tu dataran keadilan. 

Lepas ito, nampak banyak kereta di tepi jalan. Maka kami pun park di situ. Depan pintu pagar kktm. Aku tau jauh sebab signboard mekdi pun sayup je. Tempat tu betul2 kat depan mekdi. Maka kami pun berjalan. Meriahnyaaa. Lagi meriah daripada time anwar datang tu ari. Cuma takde polis jelah. Rela je jaga. Lagi banyak gerai jualan. Siap bukak meja makan pun ada. Jumpa classmate merangkap jiran sebelah rumah encik suami. Dia berniaga buku agama. 

Lebih kurang pukul 9, ceramah pun dimulakan. Masa aku sampai tu uai baru sampai dan sedang bergambar2. Mengambil iktibar dari kes anwar itu ari yang aku tak dapat duduk, kali ni aku bawak plastik sampah hitam yang besar sebagai alas. Dan ia merupakan keputusan yang sangat bijak!!! Sebabnya, kawasan tu baru lepas hujan kot. So, tanah pun basah lah. Dengan plastik sampah yang kalis air, kami dapat duduk dengan selesa, yeay!

Keseluruhannya, ceramahnya menarik, kelakar dan banyak ilmu baru ditimba. Aku tak follow sangat ceramah dia sebelum ni. So, banyak lah benda baru yang aku dengar. Macam ustazkazim pun, bila dengar ceramah2 dia, memang banyak benda yang dah banyak kali dia ulang. Orang yang tak follow memang akan rasa benda tu baru. Bagi aku dah biasa dah. Sama la.

Habis je ceramah, terus hujan turun. Bertebaran lah maknusia semua meninggalkan kertas surat khabar yang dijadikan alas itu bersepah2 di tanah. Apa da...

Sebelum balik, kami round2 gerai jualan dan terbeli beberapa keping cd. Time berjalan ke kereta dalam hujan, baru lah terasa, oh, jauhnya kiter parking!

Abis.




p/s ceramah ini anjuran pas, tapi tiada langsung unsur politik dalam program ini (takde kempen2 bagai). rasanya sebab ceramah agama itu sendiri dah menunjukkan perjuangan pas. tak?

p/s dengar citer pada hari dan waktu yang sama, ada satu acara pertandingan karaoke ke konsert dangdut tah, di kompleks paritraja. tapi tak ramai orang di sana, katanya.


2 komen:

Lub said...

aku skrg dh addicted dgn ceramah/soal jawab UAI pulak.tiap minggu mesti beli cd baru..buat halwa telinga masa drive. hehehe.

AyunasiA said...

sebelum ni aku takmo dgr sebab tak suka orang ckp bahasa pantai timur. ni baru try2 beli cd, tak bukak pun lagi.