Sehari selepas sambutan hari guru itu hari (17 mei 2012), aku pergi ke klcc. Sepatutnya aku pergi dengan student naik bas, tapi derang nak pergi pwtc dulu, baru pergi klcc. Sedangkan aku nak terus ke klcc jek. Pikir punya pikir, duit boleh cari, kelas boleh switch, peluang cuma sekali, last2 aku mengambil keputusan untuk pergi sendiri.
Tujuan hakikinya ialah untuk menyertai itik 2012. Selama ni, tetiap tahun, asyik lah encikdirector yang masuk itik ni. Adakah kami yang bukan director ini tidak inovatif? Adakah orang dalam bidangkimpalan jer yang berinovasi?
Projek jagung aku tu dah lama. Budak yang aku supervise tu pun dah selamat bekerja. Tahun lepas, kami hantar penyertaan ke pertandingan peringkat jabatan, kantoi. Sedangkan peringkat dalaman pun dah kantoi, usah berangan lah nak masuk peringkat kebangsaan, jauh sekali antarabangsa. Tapi encik kb aku tak berputus asa. Dia tetap nak jugak bawak mesin tu ke persada. Bukan persada jb.
Maka, encik kb pun dengan gigihnya keluar ikut pintu belakang. Bukan curik2 masuk, tetapi guna platform lain. Ya, kami masuk guna platform majikan encik suami. Encik kb ada member, merangkap supervisor masa buat master itu ari. So, beliau (aku namakan dia dr. kiteretsu, sebab nama dia dekat2 dengan kiteretsu hihi) pun hantar proposal kepada pusat inovasi derang. Sampai lah ke peringkat presentation pemilihan, aku tak tau. Aku cuma diberitahu selepas projek itu terpilih untuk menyertai itik itu. Alahai, aku ni supervisor je kepada budak yang buat mesin tu. Tak kisah pun kalau encik kb tak masukkan nama aku. Tapi dah dia letak, terima kasih je lah.
Beberapa minggu sebelum itik, pihak uni memanggil kami untuk presentation kepada ejen paten. Bagusnya kolaborasi ini ialah, dr. kiteretsu tu jenis maknusia yang pandai bercakap. So, kami tak payah lah pening2 nak present macamana. Serah je kat dia.
Seminggu dua kemudian, encik ejen bagi report. Kami diberi masa 1 tahun untuk menyediakan dokumen untuk pempatenan.
Aku melihat kolaborasi ini menguntungkan kami. Untuk itik ni pun, kami tak perlu keluar belanja untuk sediakan poster, sewa booth (katanya 10k/booth), pengangkutan untuk mesin itu dan sebagainya. 2 hari sebelum pergi tu derang hantar van untuk angkut mesin tu. Aku juga dipelawa untuk naik bas uni untuk pergi ke sana. Aku je yang tak nak pergi sebab kekangan tugas yang lagi penting di opis sendiri. Banyak kelas maaa...
Memang lah nampak macam kami ni melukut di tepi gantang, tapi kalau dipikir balik, dr. kiteretsu tu lah yang patut rasa cenggitu. Atau semua orang tak perlu rasa cenggitu. Kot. Bila orang tanya, kiter kata lah, collaboration...
Maka, pagi itu aku pergi dari rumah. Bertolak macam pergi keje. Sebijik dot. Sampai pagoh singgah isi minyak dan pam tayar. Kendian teruskan perjalanan sampai ke hentian nilai.
Berenti kat situ sebab melayan curiousity. Dah 2 orang cakap nasi lemak kat situ sedap. Gerai hujung katanya. Maka aku pun pergi lah ke gerai hujung. Umak aih! Siap kena beratur tuh. Pung pang pung pang, siap makan, aku terus ke klcc.
Aku makan nasi lemak lauk paru goreng. |
Tawaf 2 kali baru masuk parking suria. Kat belakang klcc tu dah takde tempat parking tanah tu dah. Ada khemah besar pulak. Terpaksa lah masuk parking ikut jam. Ingat kalau parking belakang tu sekali masuk rm8 je. Jer.
Sampai di situ, aku register sebagai trade visitor jer. Sampai je kat booth, alahai, terlambat beberapa saat jer. Judges baru jer pergi. Hmmm tak dapat merasa pengalaman dinilai. Encik kb adalah impress sebab aku berjaya sampai walau pun sensorang. U pakai gps ker? katanya. Aku anti-gps ok. Aku lebih rela tengok buku peta huhuhu.
Sedang aku berjalan2 tengok booth encikdirector, encik kb panggil balik. Dato' NC dah nak sampai booth kami. Ada hikmahnya kami berkolaborasi dengan dr. kiteretsu. Dia lah yang jadi jurucakap kami. Beres!
Lebih kurang jam 3 petang, student aku pun sampai. Derang lama kat pwtc. Ada pameran metaltech. Dengan poyonya kami bergambar2 di depan booth. Derang macam pelik, kenapa kami berada di situ. Jawapan selamat, JTiM tak cukup duit hahaha. Tapi encikdirector boleh masuk pulak? Erkkk...
Dah pukul 4.30pm, aku pun beransur. Karang terperangkap dalam jam pulak. Solat dulu kat suria, kendian terus balik. Syukur, kat tempat yang polis trafik jaga, semuanya tengah turn jalan aku yang jalan. So, takde lah trap dalam jam. Best! Sampai rumah jam 8 malam.
Besok tu encik kb call bagitau projek kami dapat pingat perak. Ya, selama ni projek2 yang encikdirector masuk adalah mendapat pingat perak jua. Maka, takdelah korok sangat projek kami, kan?
Petang tadi aku jenguk kat library ada dipamerkan projek encikdirector dengan award2nya sekali. Mana projek dan award kami? Tak nak pamer sekali? Ermmm...
Nak pamer pun segan. Huduh jek hihi. Prototype. |
Poster seragam untuk semua peserta uni. Cuma kami tepek logo JTiM kat situ untuk memuaskan hati pihak berkuasa tempatan huhuhu |
NC dah nak singgah |
Projek ni guna bahan pakai buang. Sekali demo, sebijik jagung terkorban. Sudahnya kami tunjuk video jek la. |
Dr. kiteretsu sedang menerangkan kepada dato' NC. |
Tompang glemer |
3 komen:
selalu Md.Aspan jadi Mohd Aspan
tak pon, takde md langsung, kan?
haha ingatkan dr kiteretsu org Jepun ke hapa....rope2nya kartigesu..
Post a Comment