Heran aku. Macamana seorang guru boleh mengabaikan jawapan peperiksaan pelajar, hanya kerana pelajar itu jawab lebih dari yang sepatutnya. Exam kali ni dibuat macam di uni. Kehendak MQ@. Enam soalan, perlu jawab empat sahaja. Kalau ikut pengalaman, aku pernah jawab lebih dari yang dikehendaki kerana tak berapa yakin dengan jawapan yang dah dijawab. Aku anggap lecturer akan ambil markah tertinggi. Tak terfikir pulak aku yang ada lecturer akan ambil jawapan yang mula2 jer. Kalau yang ke-3 tu dapat markah 5/20 dan yang ke-5 tu dapat markah penuh, macamana? Adakah patut, hanya kerana pelajar tu tak potong jawapan yang tak markah penuh tu, kita terus hukum dia salah?
Adakah aku terlalu lenient?
Bagi aku ini semua bukan soal integriti atau professionalisme. Ia soal toleransi.
Dan bagi aku, benda ni kita yang buat dia. Kita yang tanda, bukan mesin. Kenapa nak berlagak sangat macam kita berkuasa.
Ingat, kalau bukan kita, esok lusa anak cucu kita pula yang akan mendapat balasan.
Thursday, 14 June 2012
Timbang Rasa
Hasil karya AyunasiA pada 10:49 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
sape yang amek soalan 4 terawal je tu??
adalah... sohabat mu itu.
Post a Comment