Thursday, 7 June 2012

Cuti Sekolah Yang Bererti


Alahai... Belum pun sempat tulis pasal cuti hari pekerja (dah sebulan berlalu huhu), dah masuk cuti sekolah pulak. Boleh tak kiter lupakan cuti hari pekerja itu? Kot2 takde keje besok aku tulis lah. Kot2.

Cuti sekolah kali ni ialah cuti sekolah yang paling aku kisah. Selama ni aku tak ambik port pun. Tambah pulak, tah kenapa jabatan aku ni suka taruk cuti semester seminggu selepas cuti sekolah. So, memang susah nak bercuti2 time cuti sekolah ni tanpa menyusahkan orang lain. Kalau orang menyusahkan kiter memang sangat senang kekdahnya, ya.

Maka hari sabtu hujung bulan mei yang lalu, kami seberataan telah pulang ke kampung halaman. Semua ok. Takde satu pun yang tertinggal. Macam hari raya. Cumanya kali ni takde lah sibuk2 nak pergi beraya ke, bara'an ke kan.

Aku bertolak balik pada pagi sabtu. Pergi ambik sapit kat hostel, kendian pegi sarapan kat kompleks. Sampai kota, singgah kipmart. Konon nak cari sos bbq, tapi tak jumpa. Time ni hujan dah mula turun. Apakala kami keluar nak ke kereta, encik suami membuat aksi terkejut. Aku ingat kete kena pecah ke haper. Rupanya...



Fancit la pulak. Patut lah 1-2 minggu ni aku rasa macam misalignment jek tayar kete ni. Sebenarnya, sepatutnya tahun lepas lagi kami dah tukar tayar. Tapi, kengkonon nak tukar kete (berangan tak sudah), takyah lah tukar tayar. Agaknya selama setahun ni dia menjerit2 agaknya, help help help!

Melihat keadaan yang sedemikian, benda pertama yang aku terlintas ialah, alamak, komfem 200 melayang ni. Terlupa lah pulak aku bahawa tayar itu boleh ditukar dengan spare tyre hehe.

Dalam hujan, kami mencari spare tyre. Aiyak? Kat mana?

Ting!

Ini lah masanya untuk melihat manual book. Wah! Siap dengan step by step menukar tayar juga?



Lenkali kena ingat, ya. Tayar avanza disimpan di luar kereta. Kena bukak skru yang kat belah kanan tu.


Hello? Boleh, say hello to spare tyre? Sebab selama 5 tahun dia duduk dalam kandungan, baru ni dia diberanakkan. Sibbaik ada angin.


Wo! Bahaya tu. Bukak skru pakai selipar? Not good.

Ada rasa macam tengah final exam amali kursus automotif plak hehe.


Okeh, done! Singgah di eto3, tumpang bengkel kete ketatkan skru.


Sampai di rumah, suasana meriah. Tengah prepare untuk bbq malam ini. Dipendekkan cerita, belah malam kami memotong kek harijadi cum hari guru cum anniversary. Birthday untuk abah dan diari ramadhan rafiq. Hari guru untuk semua anak dan menantu. Kalau tak anak, menantu lah yang cikgu. Cikgu sekolah, cikgu pusat latihan dan cikgu universiti. Anniversary pulak untuk abangtp-kakshila dan kakonnie-abangsaiful.



Birthday boy kecit pun ada


Hari ahad melepak di rumah saja. Makan je manjang. Hari isnin, kami ke mersing pula. Petangnya seperti biasa, pergi ke kebun cili. Tidak! Bukan cili jer. Ada brendi juga.



Oh, gini ek bunga dia? First time tengok hihi.


Seperti biasa, aku ambik tender petik cili.

Ni mandur kebun namanya.

Pokok masih pendek.

Sempat kutip separuh batas je.  Kalau pokok besar ni aku rasa 3 pokok je kot yang dapat dikutip.

Cantik pulak pemandangan kebun brendi

Rakan duet ku








Di belakang sana, anak2 brendi dah mula tumbuh.

Pedas! Puas hati kalau beli cili pedas cenggini.

Brendi, terus jual.



Cili bawak balik untuk grading. Tak sampai separuh baldi pun.
Malam itu kami tidur di rumah mak long. Biler eh kali terakhir aku tidur sini? Tak ingat. Lama sangat dah. Kat rumah mak long, aku terjakun tengok dapur gas mak long. Fuiyoh! Dapur infrared tuuu.

Besok pagi, kami bergerak pulang lebih kurang pukul 10.30. Sampai jb baru pukul 12. Laju nyer! Pung pang pung pang, petang sebelum balik, singgah jasko. Kendian terus balik. Home sweet home!

Satu percutian yang bermanfaat dan merehatkan.


1 komen:

Irfa said...

kecur air liur tgk cili..aku kalau tgk cili je mesti naik 'hantu'
hantu cili :)