Friday, 29 June 2012

Tilawah Kebangsaan = Rejab, Tilawah Antarabangsa = Sya'ban

Bila dah mula mengadap kain baju, aku seolah2 dipukau. Selagi tak siap sepasang, aku takkan berhenti. Sekarang ni strategi yang aku gunakan ialah gunting semua, tebuk leher semua, cantum lapik leher semua dan jahit sepasang demi sepasang. Apa yang pelik. Saper cakap aku buat magik? Aku cuma mengatakan bahawa aku dah tak guna strategi lama. Banyak strategi benonya. Kadang2 aku mula semua step tu sepasang demi sepasang. Kadang2 aku guna step 1,2,3 tapi bila part jahit/cantum baju tu, aku siapkan baju semua, kendian baru kain semua. Tapi aku menyedari bahawa aku buat kerja ni sensorang. Tak sesuai nak buat cenggini kalau bajunyer banyak. Kalau sepasang dua takper kot. Sebabnya pernah berlaku, baju semua dah siap, tapi kain tak sempat siap di hari raya. Lagi pun kalo jahit terus, takyah bukak pasang benang 2 3 kali. Aku siap dah terfikir nak cipta robot yang boleh pasangkan benang hehehe.

So, berapa pasang baju raya tahun ini? Mungkin sama macam tahun lepas, cuma aku banyak jahit baju batik. Yang aku beli hujung tahun lepas tu. Satu pun tak siap lagi hihi. dan baju pagi raya masih belum ditemui. Kalau dah suntuk sangat kang aku beli readymade je lah kot. Susah kot nak jumpa baju kaler tu. kilang kain tak buat kot, kan?

Ok, takde idea.

Thursday, 21 June 2012

Lapan Belas


*Opsss ini bukan rating di panggung wayang.

Hari yang ditunggu tiba jua. Bulan 6 ni kira bulan aku lah (bagi aku je). Selain hepi besdei yang hakikatnya hepi 'bersedih' (sebab aku diserang sakit kepala tahap bengap yang merudumkan semangat hepi besdei ku pada hari itu yang membawa kepada takde selera nak celebrate makan kambing whatsoever), bulan 6 juga adalah bulan AGM kpf hahaha. Aku pun pelik macamana derang boleh begitu lambat menyediakan laporan tahunan padahal akaun derang tutup 31 disember? Kalau kwsp, tabung haji, bulan 2 dah tau berapa dividen, kan? Ini kena tunggu sampai bulan 6 baru lah boleh dengar berita gumbira. Tak cukup staf barangkali.

Cuma yang baik nya ialah kalau selalu kan kiter dapat bonus hujung tahun kan. Tengah tahun melopong je tunggu 25 haribulan. Dengan langkah mereka ini, tengah tahun aku juga berbonus jua. Nak2 pulak roadtax mati bulan 7. Sedang elok lah, takyah aku nak pikir kat mana nak cekau duit atau takyah lah aku korek2 tabung amanah demi nak menghidupkan insurans dan roadtax. Errr lagipun tabung amanah pun dah dikorek buat beli tayar 4 biji minggu lepas huhuhu. Dan macam tau2 juga, tayar kete kancil juga sedang menuju ke arah pembotakan. Ni lagi lah lama kot. Last tahun 2009 kot tukar tayar tu.

Selain itu, kalau selalu orang kata kalau nak beli kete, belilah awal tahun, sebab market price bila nak jual besok takde de mengambil kira bulan berapa ko beli, tetapi tahun berapa ko beli. Kira kalau beli hujung tahun tu umpama kerugian lah sikit. Ke tak untung? Tetapi dengan langkah yang mereka ambil ini juga, kalau pun aku nak beli kete (bukan tahun ni la tapi, sila jangan cucuk), tengah tahun boleh dikira selamat (tak rugi, tak untung). Sebenarnya takde lah rugi pun, cuma cakap2 orang yang menjadikan ia seolah2 rugi. Orang tu tak pikir kot, hujung tahun banyak perayaan, senang nak berziarah ke rumah saudara mara dengan kereta baru. Eh? Ada kaitan ker?

Maka, dalam kerinduan ayah dan bonda segala juadah disediakan, dalam mak2 dan pak2 sekelian berdebar menantikan detik 28 jun itu, terselit lah rasa hepi extended dengan pemberian dividen kali ini.

Untuk rekod, tahun ini (ekceli tahun berakhir 2011) merupakan kadar tertinggi dalam sejarah kpf selepas pada tahun 2008 ke 2009tah sebanyak 16.5%. Sejujurnya aku tak menjangka dia akan exceed 16.5%. Harapan tu ada lah. Sebab kalau dilihat, tahun 2010 (tahun lepas punya) adalah tahun gawat menuju pulih. Dan tahun 2011 (tahun ni) pula boleh dianggap pulih 'macam chong wei semalam'. Kalau tahun lepas pun boleh dapat 15%, kemungkinan untuk tahun ni lebih tinggi adalah cerah. Apa2 pun aku berterima kasih yang tidak tehingga kepada mereka2 yang menjalankan perniagaan bagi pihak kpf ini kerana telah membawa keuntungan yang dapat dikecapi bersama oleh aku yang, tah, tak terlibat langsung kot melainkan beli minyak sawit cap saji sahaja. Eh, dan krimer pekat saji hihi. Syukur ya Allah...

Sungguh pun demikian, aku adalah dah terfikir nak jual saham2 ku pada tahun ini dan menggantikannya dengan membeli emas pula. What do you think? Aku takut sebenarnya. Takut tahun depan berita baik bulan 6 ini akan tinggal sejarah sahaja. Ye lah, dengan isu fgvh ni kan, macam mengancam nyawa kpf jek, kan? Tak tau nak rujuk kat siapa pasal hal ini. Apa effectnya penyenaraian itu yang tidak disertai oleh kpf, terhadap kpf? Adakah 51% itu sudah berubah? Adakah kpf hilang income yang membawa kepada kekurangan keuntungan, sekaligus kekurangan dividen juga? Tu yang aku tak suka bab fgvh ni. Sekarang ni kan dah ok, takdelah aku sampai jadi kaya, tapi dapatlah menampung sedikit kehendak yang bersarang di sanubari ini. Aku pun teringin nak pakai SIII  hahaha :-p

Bercakap pasal fgvh ni pulak, yang aku dengar saham yang diperuntukkan untuk peneroka cuma lebih kurang 800 unit jek. Tak sampai pon 1 lot. Tapi, kat kertas derang tulis lah banyak kosong juta juta juta. Padahal kalau dibahagikan pada 112k orang, tak sampai pun seribu. Pastu yang aku dengar jugak, harga bukak dia besok lebih kurang rm4. Maka, tidak kah kalau didarab dengan 800 unit tu, dia jadik rm3200 jek? Tak? Pastu, kenapa sampai peneroka sampai nak kena (tahap wajib) buat loan dengan bank? Setakat 3200 tu, takde lah peneroka sengkek sangat nak bayar. Kot? Musykil aku. Yang benarnya, bila derang ambik loan, processing fee je dah rm200. Darab lah dengan 112k orang. Tak juta juta juta jugak bank dapat? Padahal processing tu tidak lah susah sangat kot. Tah. Susah kot.

Bukan kah begitu? Sepatutnya peneroka diberi pilihan, nak beli pakai duit sendiri ke, nak buat loan. Bukan ker derang dapat rm15k kan? Takat 3k tu, celah gigi je kot. Eceh!

Tapi, yang aku dengar jugak, loan tu diberi sebab saham yang nak dibeli tu banyak. 30 lot ke haper tah. Errr kat mana aku dengar ni eh? Ok lah, kalau betul 30 lot, aku setuju lah buat loan atau tak payah beli langsung.

Ermmm gegirl keliru lah! Tapi hepi ngeee...



Friday, 15 June 2012

UAI Di ParitRaja

Sabtu minggu lepas, uai telah datang ke paritraja ini. Katanya pertama kali beliau berjaya masuk johor. Maksudnya bikin ceramah la. Tak perasan pulak aku yang dia tak pernah berceramah di johor. He?

Dah tau dia nak datang malam tu, petangnya aku balik awal sikit dari berjalan2. Lepas maghrib, kami makan dulu. Selalunya laju jer aku makan nasi kerabu tu. Eh, ada tak aku bagitau yang nasi kerabu makcik pasar malam hari rabu telah aku banned? Dari carta pertama kini dia jatuh ke tangga tercorot. Puncanya kebelakangan ni daging yang di masak dah tak macam daging untuk nasi kerabu. Biasa kan daging salai, kan? Ni dia masak macam tumis. Dan sekali tu aku rasa loya dengan rasa daging tu. Terus kena ban.

Lepas makan nasi kerabu separuh, kepala aku rasa berpusing. Terus keluar segala nasi beriani kambing dan nasi kerabu itu. Tapi lega lah. Tak pening dah. Lepas isyak, kami pun pergi ke lokasi ceramah. Tempat yang sama anwar datang itu ari. Nama tempat tu dataran keadilan. 

Lepas ito, nampak banyak kereta di tepi jalan. Maka kami pun park di situ. Depan pintu pagar kktm. Aku tau jauh sebab signboard mekdi pun sayup je. Tempat tu betul2 kat depan mekdi. Maka kami pun berjalan. Meriahnyaaa. Lagi meriah daripada time anwar datang tu ari. Cuma takde polis jelah. Rela je jaga. Lagi banyak gerai jualan. Siap bukak meja makan pun ada. Jumpa classmate merangkap jiran sebelah rumah encik suami. Dia berniaga buku agama. 

Lebih kurang pukul 9, ceramah pun dimulakan. Masa aku sampai tu uai baru sampai dan sedang bergambar2. Mengambil iktibar dari kes anwar itu ari yang aku tak dapat duduk, kali ni aku bawak plastik sampah hitam yang besar sebagai alas. Dan ia merupakan keputusan yang sangat bijak!!! Sebabnya, kawasan tu baru lepas hujan kot. So, tanah pun basah lah. Dengan plastik sampah yang kalis air, kami dapat duduk dengan selesa, yeay!

Keseluruhannya, ceramahnya menarik, kelakar dan banyak ilmu baru ditimba. Aku tak follow sangat ceramah dia sebelum ni. So, banyak lah benda baru yang aku dengar. Macam ustazkazim pun, bila dengar ceramah2 dia, memang banyak benda yang dah banyak kali dia ulang. Orang yang tak follow memang akan rasa benda tu baru. Bagi aku dah biasa dah. Sama la.

Habis je ceramah, terus hujan turun. Bertebaran lah maknusia semua meninggalkan kertas surat khabar yang dijadikan alas itu bersepah2 di tanah. Apa da...

Sebelum balik, kami round2 gerai jualan dan terbeli beberapa keping cd. Time berjalan ke kereta dalam hujan, baru lah terasa, oh, jauhnya kiter parking!

Abis.




p/s ceramah ini anjuran pas, tapi tiada langsung unsur politik dalam program ini (takde kempen2 bagai). rasanya sebab ceramah agama itu sendiri dah menunjukkan perjuangan pas. tak?

p/s dengar citer pada hari dan waktu yang sama, ada satu acara pertandingan karaoke ke konsert dangdut tah, di kompleks paritraja. tapi tak ramai orang di sana, katanya.


Thursday, 14 June 2012

Janji Jujur Sepi (Download)

*baru tengok malam tadi, dah boleh download hehe. KLIK sini.

Suker! Suker! Suker! (pa'kal 'like' kat fb tu boleh klik sekali jek. kalau banyak2 kali, aku dah klik 1000 kali dah).

Sejak pelangi kasih, aku dah tak follow sangat adik bet0 tu di fb. Tau, ada drama jangan ambik padang kami setiap isnin jam 9 malam. Tapi, entah lah. Tak tau kenapa aku tak suka cerita tu. Sampaikan filem chowkit kuar kat pawagam pun aku buat dek jer. Salah satu sebabnya aku tak tengok ialah sebab dalam tu bet0 jadi sidekick jek. Macam tak berbaloi jek nak bayar tiket. Tau jugak dia baru abis shoot beberapa drama, tapi malas nak ambik tau. Aku ingat, ok lah. Dah sampai masa kemaruk aku hilang kot huhuhu.

Tetiba malam tadi, tengah tengok berita, encik suami tekan2 info. Sekilas aku terpandang, janji jujur sepi. Eh, macam pernah dengar je tajuk tu? tv9, kata encik suami. Aku pun terus menekan info. Yes! Betul lah. Ada bet0. Cepat pulak derang tayangkan, ek? Rasa macam baru je dia cakap baru abis shoot citer tu.

Neel0fa. Aku rasa ni kali pertama dia berlakon dengan neel0fa. Aku selalu rasa bet0 ni tak sesuai berlakon dengan pempuan2 cantik dan urban hahaha. Tapi dalam cerita ni, aku rasa derang berdua memang sehsuai sangat! Ini mengukuhkan lagi bukti bahawa bet0 ni pelakon versatile dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja pasangan pelakonnya.

Yang tak berapa nak best nya ialah citer ni start kul 8.30 malam. Sebelum isyak. Ceritanya best.

Tapi aku rasa, dalam semua citer yang aku tengok, kebanyakan scene last nya mesti dia berpelukan dengan heroin. Hechiu bet0!

p/s hari ni filem jiwa taiko pula ditayangkan di pawagam. nak tengok tak?



Timbang Rasa


Heran aku. Macamana seorang guru boleh mengabaikan jawapan peperiksaan pelajar, hanya kerana pelajar itu jawab lebih dari yang sepatutnya. Exam kali ni dibuat macam di uni. Kehendak MQ@. Enam soalan, perlu jawab empat sahaja. Kalau ikut pengalaman, aku pernah jawab lebih dari yang dikehendaki kerana tak berapa yakin dengan jawapan yang dah dijawab. Aku anggap lecturer akan ambil markah tertinggi. Tak terfikir pulak aku yang ada lecturer akan ambil jawapan yang mula2 jer. Kalau yang ke-3 tu dapat markah 5/20 dan yang ke-5 tu dapat markah penuh, macamana? Adakah patut, hanya kerana pelajar tu tak potong jawapan yang tak markah penuh tu, kita terus hukum dia salah?

Adakah aku terlalu lenient?

Bagi aku ini semua bukan soal integriti atau professionalisme. Ia soal toleransi.

Dan bagi aku, benda ni kita yang buat dia. Kita yang tanda, bukan mesin. Kenapa nak berlagak sangat macam kita berkuasa.

Ingat, kalau bukan kita, esok lusa anak cucu kita pula yang akan mendapat balasan.










Tuesday, 12 June 2012

Hari Ni Happy Birthday Saya!















Thank you.

p/s saya lahir hari selasa. 

Friday, 8 June 2012

Ganti Entry Kontroversi Tadi

Terpaksa lah aku ganti entry tadi sebab cikbunga sudah salah tafsir pula. Sorry cikbunga! (kenapa tiba2 aku backing pempuan tu pulak deh?)







Thursday, 7 June 2012

Cuti Sekolah Yang Bererti


Alahai... Belum pun sempat tulis pasal cuti hari pekerja (dah sebulan berlalu huhu), dah masuk cuti sekolah pulak. Boleh tak kiter lupakan cuti hari pekerja itu? Kot2 takde keje besok aku tulis lah. Kot2.

Cuti sekolah kali ni ialah cuti sekolah yang paling aku kisah. Selama ni aku tak ambik port pun. Tambah pulak, tah kenapa jabatan aku ni suka taruk cuti semester seminggu selepas cuti sekolah. So, memang susah nak bercuti2 time cuti sekolah ni tanpa menyusahkan orang lain. Kalau orang menyusahkan kiter memang sangat senang kekdahnya, ya.

Maka hari sabtu hujung bulan mei yang lalu, kami seberataan telah pulang ke kampung halaman. Semua ok. Takde satu pun yang tertinggal. Macam hari raya. Cumanya kali ni takde lah sibuk2 nak pergi beraya ke, bara'an ke kan.

Aku bertolak balik pada pagi sabtu. Pergi ambik sapit kat hostel, kendian pegi sarapan kat kompleks. Sampai kota, singgah kipmart. Konon nak cari sos bbq, tapi tak jumpa. Time ni hujan dah mula turun. Apakala kami keluar nak ke kereta, encik suami membuat aksi terkejut. Aku ingat kete kena pecah ke haper. Rupanya...



Fancit la pulak. Patut lah 1-2 minggu ni aku rasa macam misalignment jek tayar kete ni. Sebenarnya, sepatutnya tahun lepas lagi kami dah tukar tayar. Tapi, kengkonon nak tukar kete (berangan tak sudah), takyah lah tukar tayar. Agaknya selama setahun ni dia menjerit2 agaknya, help help help!

Melihat keadaan yang sedemikian, benda pertama yang aku terlintas ialah, alamak, komfem 200 melayang ni. Terlupa lah pulak aku bahawa tayar itu boleh ditukar dengan spare tyre hehe.

Dalam hujan, kami mencari spare tyre. Aiyak? Kat mana?

Ting!

Ini lah masanya untuk melihat manual book. Wah! Siap dengan step by step menukar tayar juga?



Lenkali kena ingat, ya. Tayar avanza disimpan di luar kereta. Kena bukak skru yang kat belah kanan tu.


Hello? Boleh, say hello to spare tyre? Sebab selama 5 tahun dia duduk dalam kandungan, baru ni dia diberanakkan. Sibbaik ada angin.


Wo! Bahaya tu. Bukak skru pakai selipar? Not good.

Ada rasa macam tengah final exam amali kursus automotif plak hehe.


Okeh, done! Singgah di eto3, tumpang bengkel kete ketatkan skru.


Sampai di rumah, suasana meriah. Tengah prepare untuk bbq malam ini. Dipendekkan cerita, belah malam kami memotong kek harijadi cum hari guru cum anniversary. Birthday untuk abah dan diari ramadhan rafiq. Hari guru untuk semua anak dan menantu. Kalau tak anak, menantu lah yang cikgu. Cikgu sekolah, cikgu pusat latihan dan cikgu universiti. Anniversary pulak untuk abangtp-kakshila dan kakonnie-abangsaiful.



Birthday boy kecit pun ada


Hari ahad melepak di rumah saja. Makan je manjang. Hari isnin, kami ke mersing pula. Petangnya seperti biasa, pergi ke kebun cili. Tidak! Bukan cili jer. Ada brendi juga.



Oh, gini ek bunga dia? First time tengok hihi.


Seperti biasa, aku ambik tender petik cili.

Ni mandur kebun namanya.

Pokok masih pendek.

Sempat kutip separuh batas je.  Kalau pokok besar ni aku rasa 3 pokok je kot yang dapat dikutip.

Cantik pulak pemandangan kebun brendi

Rakan duet ku








Di belakang sana, anak2 brendi dah mula tumbuh.

Pedas! Puas hati kalau beli cili pedas cenggini.

Brendi, terus jual.



Cili bawak balik untuk grading. Tak sampai separuh baldi pun.
Malam itu kami tidur di rumah mak long. Biler eh kali terakhir aku tidur sini? Tak ingat. Lama sangat dah. Kat rumah mak long, aku terjakun tengok dapur gas mak long. Fuiyoh! Dapur infrared tuuu.

Besok pagi, kami bergerak pulang lebih kurang pukul 10.30. Sampai jb baru pukul 12. Laju nyer! Pung pang pung pang, petang sebelum balik, singgah jasko. Kendian terus balik. Home sweet home!

Satu percutian yang bermanfaat dan merehatkan.


Wednesday, 6 June 2012

Telefon Pertamaku

 Semalam sampai rumah, aku dengan hepinya bagitau encik suami...

Abang, henpon tinggal kat opis ngeee...

Patut lah telefon tak angkat. Tengok ni. Pukul 5.45, 550, 6 ada missed call.

Alah, dah masuk kete baru teringat. Malas nak naik lagi.

Sibbaik tepon cikai jek. Kalau tepon pintar, mesti dengan gigihnya aku naik semula. Tak kosser.

Apa punya kedekut lah aku ni. Telefon pon pesen lama. Orang dah tak pakai dah. Abis, dah 40 kali jatuh pun dia takmo rosak2. Caner? Aritu skrin dia kuar line, macam nak rosak. Tetiba hilang pulak line tu. Hek eleh... Kalau beli telefon baru pun, telefon sekarang ni nak buat apa? Nak kasik kat adik2 pun segan. Derang pakai paling cikai pon samsungkorbi. Derang banyak duit, biarlah. Aku masih lagi berpendapat bahawa telefon pintar ni memperbodohkan maknusia.

Sebab apa? Takyah telefon pintar lah. Cukup setakat gps. Kengkonon smart sangat lah tu, tunjuk jalan. Kang tak guna, jatuh kufur nikmat pulak (dah beli tapi tak guna). Maka, nak pergi kerja yang dah 10 tahun kiter pergi balik tu pun nak pakai gps. Waima nak balik kampung halaman tanah tumpah darah sendiri pun, pakai gps. Lain lah kalau nak pergi timbaktu ker, korea selatan ke, kan. Nyampah.

Dah terlanjur cakap pasal telefon ni, best jugak kalau aku cerita pasal telefon pertama ku. Pertama kali aku tengok handphone ialah milik kawan aku kat yuitm. Masa tu, dialah satu2nya orang yang aku kenal memiliki handphone. Tak ingat jenis apa. Mak dia keje telekom. Selepas tu, roomate aku pulak memilik handphone. Boyfriend dia bagi, katanya. Telefon yang antenanya dok kat tengah tu. Macam lucah sket. Masa tu macam meluat tengok beliau bergayut di telefon itu siang malam. Boyfriend berkerjaya lah kata kan. Jeles lah tu.

Kali pertama menggunakan handphone, aku guna handphone eita. Yang motorola gabak tu. Masa tu prepaid mahal. Nak register line tu pun aku tunggu sampai dapat duit ptptpu pertama. Bila dapat je ptptpu, aku register celcom. Kerana menurut kata hati, bil telefon mencanak naik. Cukup masa (beberapa bulan je), tak mampu nak bayar. Terminate. Tapi, bil tak bayar2 jugak. Sampai aku kerja, barulah aku settle kan bil tu. Sampai dapat surat loyar lagi tau. Earnst&young ke haper tah.

Selepas itu, aku adalah handphone free. Boleh hidup tanpa handphone selama hampir 2 tahun. Tapi ada telefon rumah. Sehinggalah pada final semester, selepas kes tak pergi test sebab tak dapat maklumat, terpaksalah aku beli handphone jugak. Pon dengan dana ptptpu. Terima kasih ptptpu! Iklan sekejap.

Sebelum beli telefon tu, aku ada pinjam telefon kawan encik suami. Hah? Kawan encik suami pun bagi pinjam handphone? Entah. Tapi rasanya mereka saling bertukar telefon, dan aku pinjam pulak telefon yang mereka saling bertukar itu. Semata2 sebab nak main game penguin tolak2 ice block. Best giler game tu. Dan oleh kerana suka sangat dengan game tu, maka telefon pertama ku adalah sama dengan telefon itu. Tada!


Hahaha tak glemer langsung, kan? Ni model mitsubishi. Aku beli telefon ni kat bukit jalil. Dulu kan ada karnival jualan mega ke haper tah, tetiap tahun ada kat situ. Dan aku beli simkad digi. Kenapa ek? Sebab murah kot. Background keypad tu boleh tukar2 warna. Aku suka pakai kaler kuning. Dia kasik banyak kaler. Mana tah pergi semua tu.

Bila balik je, dengan penuh keterujaan, aku terus lah nak main game penguin tolak2 ice block tu. Sekali, eh, takde pun? Dia ada game lain. Sedih. Nak ngamuk pun ya. Besok tu, kami pergi semula ke bukit jalil (gigih nyer, kan?). Tanya kat kedai tu, mana game penguin tolak2 ice block? Rupa2nya walau pun model yang sama, game yang diinstall dalam tu tak sama. Yang ni batch baru, derang tak install game tu kot. Dan tak boleh pun nak install2 sesuka sesuki hati dan2 tu. Maka, dengan kehampaan tahap mega, aku pasrah dengan ketentuan itu. Terpaksa lah aku guna henfon tak glemer ni tanpa sebab.

Tapi,  henpon ni pun species nokiah jugak. Campak kat dinding pun tak rosak. Sempat lah aku pakai sampai sebelum kawen. Tak ingat lak kenapa aku dah tak pakai henpon ni, padahal dia tak rosak? Sebalik nya aku pakai henfon encik suami yang lagi olskool iaitu... tada!


Sebijik macam ni lah kaler henfon ni kali terakhir aku menggunakannya. Henfon trium di atas aku bagi yayu kot? Rasanya bateri dia dah nak kong kot masa tu. Untuk henfon 3210 nih, aku belikan bateri baru. RM15 jek. Henfon ni pula ialah henfon pertama encik suami. Giler teruja masa beli henfon ni. Ingat lagi, masa tu encik suami baru keje kat kilang hitachibangi. Gaji pertama kot. Kami beli ni kat sungeiwangplaza ker bbplaza tah. Tak perasan sebab dia kan bersambung. Masa tu tempat ni memang pusat henfon yang murah kot. Harga masa tu rasanya dalan 6-7 ratus kot. Dan beliau guna line tmtouch. Tak ingat, prepaid ke postpaid. Sejak itu lah, asal nak beli simkad baru je, mesti dia nak nombor depan dan belakang yang sama. Kalau 013, belakang pun 013. Sekarang ni 019, belakang pun 019 (dah 2 simkad 019 dia guna). Sebab tu begitu sukar nak suruh beliau tukar simkad lagi sebab susah nak jumpa nombor sedemikian.

Sebelum kawen, aku pun tukar simkad. Sebabnya, dulu, kekdahnya simkad ni kan ada zon2 dia kan. South, north, centre kot. Nombor digi aku tu nombor kl. Kalau dulu, kat mana kita zon kiter, kat situ lah maklumat akaun kiter itu disimpan. Jadi, bila kita call ke luar zon, atau kita call dari luar zon, caj dia dikira dari zon maklumat akaun kiter itu, dalam kes ini, centre. Oleh kerana encik suami telah menetap di johor dan aku pulak menetap di dungun pada masa itu, sila bayangkan macamana kadar caj yang aku kena bila setiap kali aku call dari dungun, dia pergi ke kl sebelum ke johor. Sebab itu lah aku tukar simkad. Aku beli simkad tu kat samitbp ni. Kedai tu pun dah takde dah (dekat2 dengan pawagamgsc masa tu). Aku pilih nombor tu sebab 5 nombor di belakang tu simetri. Bila difikirkan semula, nombor tefon ni, masa baru2 je kiter concern pasal nombor tu. Selepas2 tu kan orang akan save guna nama kiter. Lantak ler apa nombor pun. Tapi, bila sesekali nak isi borang, baru ingat semula nombor tu. Kadang2 sampai terlupa bila dah lama tak isi borang hehehe. Oh, dan nombor tu aku guna sampai sekarang (sila check phonebook anda kalau nak tau apa yang simetri itu hihihi).

Bila aku mula bekerja pekerjaan sekarang, sempat lah aku pakai 3210 ni selama sebulan. Pastu kami beli telefon baru. Tada!

 


Tada! Ya, kami bemakna kami lah. Mula2 encik suami beli dulu. Bulan jun 2007. Kat fotocharlie. Sebelum tu beliau pakai 3310. Bulan depannya, aku pulak beli yang sama, sebijik dot. Kat simpang PR ni. Dah tutup pun kedai tu. Murah je tefon ni. Aku ingat rege nya sampai sekarang sebab sama ngan nombor rumah abah di eto5 hehe.

Encik suami dah bertukar ke telefon pintar pada tahun lepas. Alasannya, betri dah kembung. Memang lah kembung kalau overcharging. Aku punya betri tak kembung pun? Padahal beza sebulan jek usia mereka. Beberapa minggu yang lalu, encik suami tukar telefon lagi. Aku rasa sejak tahun ni kot, telefon pintar tu dah tak berapa nak pintar dah. Asik lah the number you have dialed is not reachable. Menyakitkan hati! Ditambah pulak dengan komen kawan2 yang mengatakan telefon mereka yang sama jenis mengalami masalah yang sama. Maka, aku paksa lah beliau tukar henfon lain.

Tapi, bila dah tukar (macam downgrade je hihihi), masalah masih berlaku. Baru lah terlikir nak tukar simkad. Maka, beliau pun pergi kedai tukar simkad. Tada! Dah takde masalah lagi. Hahahaha. Sekarang ni, aku lak rasa bersalah sebab beliau tak berapa serasi dengan tefon baru tu. Tak banyak apps kan. Dah lah tefon ni takde built in compass! Sayang je telefon lama tu. Patut ke aku gantikan balik telefon yang lama (upgrade sikit pun takpe) dan ambik telefon baru itu? Aku tak rasa perlu lagi, tapi kesian lak kat dia. Lagi pun kalau nak pun, aku mesti beli yang kaler pink punya. Ni, hitam? Tapi, aku kah yang bersalah?

Kini, aku masih lagi jadi pengguna henfon nokiah 6070 sehingga kini. Sibbaik tepon ni berbunyi sebab betri nak habis sekejap tadi. Kalau tak, harus aku tertinggalkan ia lagi hari ini.





Monday, 4 June 2012

ITIK 2012 : Keluar Pintu Belakang, Masuk Pintu Jiran


Sehari selepas sambutan hari guru itu hari (17 mei 2012), aku pergi ke klcc. Sepatutnya aku pergi dengan student naik bas, tapi derang nak pergi pwtc dulu, baru pergi klcc. Sedangkan aku nak terus ke klcc jek. Pikir punya pikir, duit boleh cari, kelas boleh switch, peluang cuma sekali, last2 aku mengambil keputusan untuk pergi sendiri.

Tujuan hakikinya ialah untuk menyertai itik 2012. Selama ni, tetiap tahun, asyik lah encikdirector yang masuk itik ni. Adakah kami yang bukan director ini tidak inovatif? Adakah orang dalam bidangkimpalan jer yang berinovasi?

Projek jagung aku tu dah lama. Budak yang aku supervise tu pun dah selamat bekerja. Tahun lepas, kami hantar penyertaan ke pertandingan peringkat jabatan, kantoi. Sedangkan peringkat dalaman pun dah kantoi, usah berangan lah nak masuk peringkat kebangsaan, jauh sekali antarabangsa. Tapi encik kb aku tak berputus asa. Dia tetap nak jugak bawak mesin tu ke persada. Bukan persada jb.

Maka, encik kb pun dengan gigihnya keluar ikut pintu belakang. Bukan curik2 masuk, tetapi guna platform  lain. Ya, kami masuk guna platform majikan encik suami. Encik kb ada member, merangkap supervisor masa buat master itu ari. So, beliau (aku namakan dia dr. kiteretsu, sebab nama dia dekat2 dengan kiteretsu hihi) pun hantar proposal kepada pusat inovasi derang. Sampai lah ke peringkat presentation pemilihan, aku tak tau. Aku cuma diberitahu selepas projek itu terpilih untuk menyertai itik itu. Alahai, aku ni supervisor je kepada budak yang buat mesin tu. Tak kisah pun kalau encik kb tak masukkan nama aku. Tapi dah dia letak, terima kasih je lah.

Beberapa minggu sebelum itik, pihak uni memanggil kami untuk presentation kepada ejen paten. Bagusnya kolaborasi ini ialah, dr. kiteretsu tu jenis maknusia yang pandai bercakap. So, kami tak payah lah pening2 nak present macamana. Serah je kat dia.

Seminggu dua kemudian, encik ejen bagi report. Kami diberi masa 1 tahun untuk menyediakan dokumen untuk pempatenan.

Aku melihat kolaborasi ini menguntungkan kami. Untuk itik ni pun, kami tak perlu keluar belanja untuk sediakan poster, sewa booth (katanya 10k/booth), pengangkutan untuk mesin itu dan sebagainya. 2 hari sebelum pergi tu derang hantar van untuk angkut mesin tu. Aku juga dipelawa untuk naik bas uni untuk pergi ke sana. Aku je yang tak nak pergi sebab kekangan tugas yang lagi penting di opis sendiri. Banyak kelas maaa...

Memang lah  nampak macam kami ni melukut di tepi gantang, tapi kalau dipikir balik, dr. kiteretsu tu lah yang patut rasa cenggitu. Atau semua orang tak perlu rasa cenggitu. Kot. Bila orang tanya, kiter kata lah, collaboration...

Maka, pagi itu aku pergi dari rumah. Bertolak macam pergi keje. Sebijik dot. Sampai pagoh singgah isi minyak dan pam tayar. Kendian teruskan perjalanan sampai ke hentian nilai.


Berenti kat situ sebab melayan curiousity. Dah 2 orang cakap nasi lemak kat situ sedap. Gerai hujung katanya. Maka aku pun pergi lah ke gerai hujung. Umak aih! Siap kena beratur tuh. Pung pang pung pang, siap makan, aku terus ke klcc.
 
Aku makan nasi lemak lauk paru goreng.

Tawaf 2 kali baru masuk parking suria. Kat belakang klcc tu dah takde tempat parking tanah tu dah. Ada khemah besar pulak. Terpaksa lah masuk parking ikut jam. Ingat kalau parking belakang tu sekali masuk rm8 je. Jer.

Sampai di situ, aku register sebagai trade visitor jer. Sampai je kat booth, alahai, terlambat beberapa saat jer. Judges baru jer pergi. Hmmm tak dapat merasa pengalaman dinilai. Encik kb adalah impress sebab aku berjaya sampai walau pun sensorang. U pakai gps ker? katanya. Aku anti-gps ok. Aku lebih rela tengok buku peta huhuhu.

Sedang aku berjalan2 tengok booth encikdirector, encik kb panggil balik. Dato' NC dah nak sampai booth kami. Ada hikmahnya kami berkolaborasi dengan dr. kiteretsu. Dia lah yang jadi jurucakap kami. Beres!

Lebih kurang jam 3 petang, student aku pun sampai. Derang lama kat pwtc. Ada pameran metaltech. Dengan poyonya kami bergambar2 di depan booth. Derang macam pelik, kenapa kami berada di situ. Jawapan selamat, JTiM tak cukup duit hahaha. Tapi encikdirector boleh masuk pulak? Erkkk...

Dah pukul 4.30pm, aku pun beransur. Karang terperangkap dalam jam pulak. Solat dulu kat suria, kendian terus balik. Syukur, kat tempat yang polis trafik jaga, semuanya tengah turn jalan aku yang jalan. So, takde lah trap dalam jam. Best! Sampai rumah jam 8 malam.

Besok tu encik kb call bagitau projek kami dapat pingat perak. Ya, selama ni projek2 yang encikdirector masuk adalah mendapat pingat perak jua. Maka, takdelah korok sangat projek kami, kan?

Petang tadi aku jenguk kat library ada dipamerkan projek encikdirector dengan award2nya sekali. Mana projek dan award kami? Tak nak pamer sekali? Ermmm...

Nak pamer pun segan. Huduh jek hihi. Prototype.

Poster seragam untuk semua peserta uni. Cuma kami tepek logo JTiM kat situ untuk memuaskan hati pihak berkuasa tempatan huhuhu

NC dah nak singgah

Projek ni guna bahan pakai buang. Sekali demo, sebijik jagung terkorban. Sudahnya kami tunjuk video jek la.

Dr. kiteretsu sedang menerangkan kepada dato' NC.





Tompang glemer