BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 10 November 2010

Ku Menonton Bukan Kerana Promosi Nuffnang

Bulan lalu, kita disajikan dengan pelbagai program tv berkaitan dengan seniman agung negara. Di corong radio pula, saban waktu lagu2 dari projek indiepretasi seniman agung tersebut diperdengarkan. Nak dengar lagu2 lain pun jarang2 sekali. Errr dah terlambat ke aku nak cerita ni ek? Lantak ar.

Aku sempat menonton konsert tribute dan dokumentari berkenaan beliau. Konsert tu bagi aku adalah best la jugak. Best sebab lagu2 nya. Tapi, yang menjadi spoiler beso nya ialah kak pah ko. Apa taknya. Dah lah konsert tu terang2 ala2 karaoke, (ada lirik lagu kat depan derang sebab aku tengok semua penyanyi dok tengok bawah time nyanyi). Dah tu, kak pah ni boleh pulak salah lirik. Ok, tidak lah obvious sangat, tapi sebagai penyanyi bilik mandi, lirik2 lagu filem pramli bagi aku adalah berada di hujung mulut je. Alah, lagu 'dengan tari sembah kami' tu. Rasanya dia dah biasa nyanyi 'dengan tari sembah tari', sekali kat skrin tulis 'dengan tari sembah kami'. Terus dia combine kan menjadi 'dengan tari sembah tami'.

Ok, manusia biasa, tersasul, boleh la diterima alasan tu. Tapi, mengikut hemat aku, kesilapan itu berlaku kerana tiadaanya latihan atau rehearsal. Aku rasa, mesti dia ingat, alah, ada lirik kat depan, datang je terus nyanyi pon takpe. Pastu sepanjang menyanyi tu, sepanjang tu lah dia tengok bawah. Nampak sangat tak bersedia, kan? Dah lah aku baru baca cerita gosip dia. Huh! Tambah lah aku menyampah.

Kendian malamnya pulak, aku menonton dokumentari beliau. Rasanya dah lama dah dokumentari tu sebab ramai yang ditemubual tu dah meninggal. Anyway, banyak benda baru yang aku tau dari dokumentari tersebut. Sebelum ni aku tau lah pramli mula mengalami kejatuhan sebaik sahaja kembali ke malaysia. Tapi, tidak lah aku tau apa sebab musabab dia terpaksa pulang ke tanahair. Dan tidak lah pula aku tau kenapa dia mengalami kejatuhan itu. Dan yang membuat aku terkejut dan sedih sekali ialah apabila mengetahui tentang pengakhiran hayatnya yang sangat erm bagi aku agak tragis.

Tak pasal2, aku dah memandang serong terhadap senator itu. Tak suka!

p/s dan inilah halwa telingaku kebelakangan ini:

Gelora Jiwa
Ya Habibi Alibaba
Tunggu Sekejap
Itulah Sayang
Jeritan Batinku

1 komen:

luna said...

sok sek la kat aku psl senator tu....aku x de asterok..